Kenyataan Media Majlis Presiden Pakatan Harapan 19 Mac 2020
KENYATAAN MEDIAMAJLIS PRESIDENPAKATAN HARAPAN19 Mac 2020
Menjamin Keselamatan Ekonomi buat Pekerja dan Perniagaan Malaysia Ketika KrisisPandemik COVID-19 menyebabkan gangguan di seluruh dunia dan mungkin menyebabkanberlakunya kemelesetan ekonomi dunia. Walaupun dengan niat baik, pelaksanaan kawalanperintah pergerakan secara tiba-tiba di seluruh negara telah menimbulkan kekeliruan dalamkalangan orang ramai dan telah mewujudkan kelompongan ekonomi.
Tugas segera Kerajaan adalah untuk "melandaikan keluk” epidemik COVID-19 (“flatten thecurve”). Pada masa yang sama, adalah penting untuk Kerajaan memberi jaminan keselamatanekonomi buat pekerja dan perniagaan Malaysia dalam masa krisis sebegini supaya kesepaduansosial terus terpelihara. Dalam situasi getir ini, perpaduan rakyat Malaysia adalah sangatpenting.
1. Bantuan tunai segera kepada pekerja Malaysia di seluruh negaraBantuan kewangan RM600 kepada setiap pekerja yang berpendapatan di bawah RM4,000,yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji untuk tempoh maksimum 6 bulan, melengkapkanpakej rangsangan ekonomi yang telah diumumkan pada 27 Februari 2020. Bantuan inilebih-lebih lagi perlu disampaikan kepada mereka yang terlibat dalam ‘gig economy’, sepertipemandu e-hailing, pekerja harian yang hilang punca pendapatan, serta mana-mana kumpulanpekerja lain yang memerlukan bantuan ini.Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mengumumkan bayaran RM200 kepada semua penerimaBantuan Sara Hidup (BSH) yang dijadualkan pada Mei 2020, akan diawalkan pada Mac 2020dengan tambahan RM100. Kami percaya bantuan lebih menyeluruh diperlukan untukmembantu pekerja di seluruh sektor, khususnya pekerja Malaysia yang bekerja di Singapurayang berkemungkinan tidak mendapat gaji, diberhentikan kerja, atau perlu mencari penginapandi Singapura, kerana mereka tidak boleh bekerja atas Perintah Kawalan Pergerakan yangdiumumkan Kerajaan Malaysia.
2. Membantu PKS melalui masa sukarProjek-projek kecil bernilai RM2 bilion untuk pembangunan luar bandar yang akan dilaksanakanpada April 2020 tidak mencukupi. Kerajaan perlu meningkatkan perbelanjaan bagi membantuPKS merentas semua sektor, terutamanya pelancongan dan runcit. Pengecualian bayarancukai dan lesen untuk tiga bulan akan datang perlu dilaksanakan.Pinjaman perlu dipermudahkan untuk membolehkan pekerja dan perniagaan bertahan. BankNegara Malaysia harus menyediakan dana pinjaman tanpa faedah untuk memudahkan modalkerja selagi diperlukan untuk semua sektor ekonomi (pada masa ini, kadar pembiayaanKemudahan Bantuan Khas yang disediakan untuk mengurangkan kejutan COVID-19 adalahpada 3.75%). Sekiranya langkah-langkah ini tidak mencukupi, pembayaran secara langsunghendaklah dikeluarkan.
3. Moratorium tiga bulan untuk pembayaran balik pinjaman bankBagi melindungi pekerjaan pekerja tempatan dan menyelamatkan perniagaan di negara ini,moratorium selama tiga bulan amat penting untuk dilaksanakan bagi semua pembayarpinjaman. Kadar keuntungan yang besar membolehkan bank menampung kerugian mereka. Inimerupakan peranan pihak bank bagi menjamin keberlangsungan peniagaan dan pekerja untukmengelakkan berlakunya keruntuhan sistemik (“systemic collapse”).
4. Insentif tambahan untuk pekerja kerajaan barisan hadapan (frontliners)Rakyat Malaysia amat menghargai pengorbanan penjawat awam yang merupakan pejuangbaris hadapan menentang pandemik COVID-19. Oleh itu, insentif tambahan dan kemudahandiperlukan bagi menyokong mereka dalam menjalankan tugas yang berisiko untuk melindungikesihatan rakyat Malaysia.Pada ketika ibu pertiwi dilanda krisis, solidariti dan perpaduan semakin penting untukmemastikan rakyat mengharungi cabaran ini bersama, memastikan tiada siapa yang tercicir dankebajikan semua rakyat terjamin.
Dato’ Seri Anwar IbrahimPresidenParti Keadilan Rakyat(KEADILAN)
Mohamad SabuPresidenParti Amanah Negara(AMANAH)
Lim Guan EngSetiausaha AgungParti Tindakan Demokratik(DAP)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://wrlr.blogspot.com/2020/03/kenyataan-media-majlis-presiden-pakatan.html