Kenyataan Media Kaji Semula Keputusan Benarkan Pengeluaran Kwsp




Saya membaca dengan penuh kebimbangan pengumuman kerajaan bahawa semua pencarum KWSP berumur 55 tahun ke bawah kini dibenarkan mengeluarkan sebanyak RM500 sebulan daripada caruman terkumpul mereka di KWSP untuk tempoh 12 bulan akan datang. 

2. Ini adalah satu idea yang akan menjejas masa depan ramai rakyat Malaysia.

3. Hasrat disebalik penubuhan KWSP ialah untuk mewujudkan satu skim tabungan untuk hari tua. Ia bukanlah akaun simpanan seperti di bank-bank yang boleh dikeluarkan pada bila-bila masa. 

4. Pada ketika ini pun, jumlah simpanan di dalam akaun KWSP kebanyakan rakyat Malaysia tidak mencukupi untuk menyara kehidupan mereka selepas bersara. 

5. Pada ketika negara merdeka, jangka hayat rakyat Malaysia ialah 58 tahun. Simpanan yang sedikit sudah memadai untuk hari-hari selepas bersara.

6. Kini jangka hayat rakyat Malaysia telah mencapai 76 tahun. Namun, jumlah simpanan KWSP sebahagian besar mereka adalah tidak mencukupi untuk menyara kehidupan sehingga ke 76 tahun. 

7. Lebih kurang 70 peratus dari pencarum ke KWSP mempunyai simpanan yang hanya dapat bertahan untuk selama 5 tahun sahaja selepas mereka bersara. 

8. Demikian juga, lebih kurang 85 peratus dari pencarum KWSP mempunyai pendapatan bulanan RM4,000 ke bawah. Pengeluaran sebanyak RM500 sebulan adalah lebih separuh dari caruman bulanan.

9. Oleh itu, adalah tidak bertanggungjawab untuk menyuruh rakyat Malaysia mengeluarkan RM500 sebulan daripada simpanan KWSP untuk membiayai keperluan mereka. 

10. Ia adalah satu langkah jangka pendek yang akan memudharatkan mereka di masa hadapan. Rakyat akan terpaksa menanggung masalah yang lebih besar selepas persaraan mereka nanti.

11. Dalam krisis dan kemelesetan yang kita hadapi hari ini, kerajaan seharusnya menunjukkan kesediaan berkorban untuk rakyat. 

12. Adalah lebih wajar semua pekerja yang bergaji kurang dari RM10,000 sebulan dikecualikan dari potongan cukai bulanan untuk tempoh 12 bulan akan datang. Ini akan meningkatkan pendapatan boleh guna mereka. 

13. Tindakan ini akan merangsang kegiatan ekonomi melalui perbelanjaan pengguna. Kesan alir-ke-bawah (trickle down) dari pendekatan ini adalah lebih cepat dalam merancakkan aktiviti perniagaan, khusus di sektor peruncitan. 

14. Dan lebih penting, ia tidak menjejaskan simpanan KWSP rakyat yang diperlukan untuk zaman selepas persaraan.  

15. Kerajaan boleh menanggung belanjawan defisit. Tetapi rakyat tidak akan dapat menanggung perbelanjaan selepas persaraan jika sebahagian besar dari simpanan mereka digunakan pada ketika ini. 

16. Oleh itu, saya menyeru kepada kerajaan mengkaji semula keputusan membenarkan rakyat mengeluarkan simpanan KWSP mereka dan sebaliknya membatalkan kutipan cukai peribadi melalui PCB untuk selama 12 bulan.

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
SETIAUSAHA AGUNG KEADILAN
MP KULIM BANDAR BAHARU
ADUN PANTAI JEREJAK

23 Mac 2020

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/03/kenyataan-media-kaji-semula-keputusan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Mohon Pengeluaran Wang I Lestari Kwsp Maksimum Rm500 Sebulan Selama 1 Tahun

Cara Mohon Pengeluaran Wang I Lestari Kwsp Maksimum Rm500 Sebulan Selama 1 Tahun

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 742 hits
KUALA LUMPUR Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang berhasrat untuk membuat permohonan pengeluaran i Lestari boleh menggunakan tiga kaedah yang telah ditetapkan Ahli perlu mengemukakan borang yang telah lengkap diisi secara dalam talian a...
Cara Memohon Pengeluaran I Bestari Akaun 2 Kwsp

Cara Memohon Pengeluaran I Bestari Akaun 2 Kwsp

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 10524 hits
CARA MEMOHON PENGELUARAN I BESTARI AKAUN 2 KWSP PENGENALAN merupakan antara dana persaraan tertua di dunia Ditubuhkan pada tahun 1951 KWSP terus mendokong misi untuk melindungi simpanan ahli dan menyediakan perkhidmatan terbaik Terbaharu se...
Cara Pengeluaran Kwsp I Lestari

Cara Pengeluaran Kwsp I Lestari

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 674 hits
Alhamdulilah mungkin ini adalah berita gembira disaat rakyat Malaysia berduka Kepada pekerja yang mencarum KWSP anda boleh keluarkan akaun 2 maximum hingga RM500 setiap bulan selama 12 bulan melalui pengeluaran i Lestari 1 Bila boleh permoh...
Pengeluaran Kwsp Akaun 2 Kerana Impak Perintah Kawalan Penggerakan Wajarkah

Pengeluaran Kwsp Akaun 2 Kerana Impak Perintah Kawalan Penggerakan Wajarkah

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 821 hits
Baru tengahari tadi PM kita umumkan beberapa insentif untuk rakyat yang terjejas kerana Perintah Kawalan Penggerakan Insentif yang paling mendapat perhatian rakyat ialah pengeluaran RM500 setiap bulan bermula 1 April ini hingga hujun tahun ...
Covid 19 Pengeluaran Rm 500 Sebulan Untuk Pencarum Kwsp Bermula 1 April 2020

Covid 19 Pengeluaran Rm 500 Sebulan Untuk Pencarum Kwsp Bermula 1 April 2020

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 447 hits
Covid 19 Pengeluaran RM 500 Sebulan Untuk Pencarum KWSP Bermula 1 April 2020 Salam semua sejak Covid menular masuk ke negara Malaysia pelbagai langkah dan inisiatif kerajaan telah dilakukan untuk mengekang wabak Covid 19 Rasanya untuk tahun...
3 Cara Pemohonan Pengeluaran I Lestari Kwsp Tak Perlu Datang Ke Kaunter

3 Cara Pemohonan Pengeluaran I Lestari Kwsp Tak Perlu Datang Ke Kaunter

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 1879 hits
Mungkin ramai yang bimbang keputusan kerajaan membenarkan pengeluaran wang Akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja akan menyebabkan pandemik Covid 19 semakin buruk di negara ini Bagaimanapun kebimbangan itu tidak berasas kerana pencarum yang...
Cara Pengeluaran Akaun 2 Kwsp Secara Online

Cara Pengeluaran Akaun 2 Kwsp Secara Online

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 1465 hits
CARA PENGELUARAN AKAUN 2 KWSP SECARA ONLINE Berdasarkan Inisiatif pengeluaran menerusi i Lestari ahli dibenarkan membuat pengeluaran wang sebanyak RM500 sebulan selama 12 bulan untuk menangani impak penularan virus Covid 19 secara online Se...
Hati Hati Baru Je Diumumkan Scammer Dah Buat Link Pengeluaran Kwsp Untuk Perdaya Mangsa

Hati Hati Baru Je Diumumkan Scammer Dah Buat Link Pengeluaran Kwsp Untuk Perdaya Mangsa

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 432 hits
Tolong jangan terpedaya ok small Cover image via facebook Selangorkini small Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataannya hari ini berkata setiap ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang berumur bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran ...
Pengeluaran Kwsp Akaun 2 Rm500 Sebulan

Pengeluaran Kwsp Akaun 2 Rm500 Sebulan

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 529 hits
Dalam sidang media sebentar tadi PM baru sahaja mengumumkan pencarum kini boleh memohon pengeluaran KWSP Akaun 2 sebanyak RM500 sebulan selama 12 bulan maksimum Ini bertujuan meringankan beban akibat wabak COVID 19 yang semakin membimbangka...
Lirik Lagu Rasa Takdir Nyanyian Amira Othman Dan Irfan Haris

Flyhigh My Kelas Online Terbaik Malaysia Dengan Guru Berkualiti Harga Berpatutan

Istana Pahang Nafi Sekeras Kerasnya Dakwaan Tengku Ampuan Pernah Tawar Sebarang Bentuk Bantuan Di Tiktok

Wanita Didakwa Bunuh Simpan Mayat Dua Anak Dalam Beg

Ex Mp Demands Transparency Over Govt S Plan To Introduce Nuclear Power

Chronology Of Push To Oust Muhyiddin

Bermain Sambil Belajar Ilmu Kewangan Di Mortgagecalculator Org

Kurang Pasti Tentang Kecederaan Berjalur Kod Bar Tumpuan Untuk Selamat Zara Qairina Saksi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Drama Apa Yang Mereka Pentaskan Di Perhimpunan Agung Bersatu

Every Awas Speed Camera Locations Complete List 2025

Pulut Kuning Azie Kitchen Dan Bab Pentaksub

Buku Taubatku Untuk Siapa Renungan Mendalam Tentang Taubat Karya Ibnu Jauzi

The New Jbl Sense Lite

Rumah Perdana Menteri Nepal Dibakar Penunjuk Perasaan