Kenyataan Media Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Berkaitan Kursus Dakwah Harmoni Anjuran Global Unity Network Unity






1. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) amat kesal dengan tohmahan oleh seorang ahli politik yang mendakwa Kursus Dakwah Harmoni anjuran Global Unity Network Unity (UNITY) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) mengundang ancaman terhadap akidah anak bangsa.
 






2.​ Dakwaan tersebut adalah satu lagi bentuk tohmahan yang tidak bersandarkan fakta sebenar. Ia hanyalah bertujuan memburukkan imej dan komitmen Kerajaan dalam menjayakan agenda mengukuhkan kedudukan Islam dan pembangunan ummah di negara kita.
 




3.​ Hakikatnya, Kursus Dakwah Harmoni tersebut ialah program tertutup dan khusus untuk  guru-guru agama dakwah terpilih daripada Jabatan Agama Islam Perak. Program berkala yang dianjurkan tersebut merupakan sebahagian dari siri latihan peningkatan kefahaman dan kemahiran dakwah yang bermatlamat meningkatkan kepakaran dakwah kepada guru-guru bagi membolehkan mereka memberikan kefahaman yang sebenar tentang ilmu berkaitan agama-agama lain dan perbandingannya kepada komuniti dan generasi muda.
 
4.​ Seperti mana sedia maklum, Lawatan Harmoni Terbimbing telah dibimbing oleh Encik Shah Kirit Kakulal Govindji yang mempunyai kepakaran dalam perbandingan agama. Lawatan Harmoni Terbimbing ini dijalankan di pusat ibadah bukan Islam adalah salah satu dari aktiviti pendidikan terkawal bagi mencapai objektif kursus yang dilaksanakan.
 
5.​ Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah dimaklumkan sepanjang Lawatan Harmoni Terbimbing tersebut, tiada penglibatan dalam amalan upacara keagamaan. Ia bukan program terbuka kepada umum kecuali untuk para peserta yang telah terlatih dalam bidang dakwah dan perbandingan agama.
 
6.​ Lawatan itu juga telah memberi ruang dan peluang kepada guru agama dakwah berdialog dan menyampaikan mesej agama Islam yang sebenar serta sejagat demi memelihara kesejahteraan dan keharmonian tamadun insan. Malah, penganjuran kursus tersebut menerusi pendekatan dialog antara tamadun bukan inisiatif baru, tetapi telah dilaksanakan dengan jayanya sejak 5 tahun yang lalu.


7.​ Justeru, saya ingin menyeru umat Islam agar tidak terpengaruh dan menolak tohmahan yang dilemparkan oleh pihak-pihak tertentu yang berniat jahat bertujuan memecah belahkan keharmonian dan usaha perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.


8.​ Sesungguhnya negara kita memerlukan lebih ramai guru agama dakwah yang berilmu dan berkepakaran tinggi dalam bidang ilmu agama dan perbandingannya demi memelihara jati diri aqidah dan sahsiah terutama di kalangan generasi muda dan masyarakat Islam.
 
Sekian, terima kasih.
 
SENATOR DATO’ SETIA DR. HJ. MOHD NA’IM BIN HJ. MOKHTAR
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
 
2 Ogos 2024


https://www.facebook.com/100088104087618/posts/461905086756290/


https://www.instagram.com/p/3425473290968824636


https://x.com/dsdrnaim/status/1819209528401076247?s=46






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/08/kenyataan-media-menteri-di-jabatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aktiviti Kunjungan Hormat Ppim Ke Atas Yb Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Ppim 01 08 2024

Aktiviti Kunjungan Hormat Ppim Ke Atas Yb Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Ppim 01 08 2024

papar berkaitan - pada 1/8/2024 - jumlah : 238 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri YB Dr Zaliha Mustafa di Menara DBKL Jalan Raja Laut Antara yang dibincangkan adalah berkaitan isu pengguna isu penjaja dan ...
Isu Kampung Sungai Baru Ppim Nasihat Guna Saluran Betul Kenyataan Media Ppim 20 07 2024

Isu Kampung Sungai Baru Ppim Nasihat Guna Saluran Betul Kenyataan Media Ppim 20 07 2024

papar berkaitan - pada 20/7/2024 - jumlah : 203 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia mahu semua pihak menggunakan saluran yang betul dalam usaha mendapatkan penyelesaian terbaik dalam isu yang membelenggu pembangunan di Kampung Sungai Baru Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi ...
Akhirnya Memohon Maaf Kepada Ds Anwar Ibrahim Perdana Menteri

Akhirnya Memohon Maaf Kepada Ds Anwar Ibrahim Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 7/8/2024 - jumlah : 202 hits
Meta syarikat pemilik Facebook memohon maaf atas penyingkiran siaran media sosial oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengenai pemimpin Hamas Allahyarham Ismail Haniyeh Ini selepas Pejabat Perdana Menteri menyampaikan bantahan terhadap wakil...
Kenyataan Media Yadim

Kenyataan Media Yadim

papar berkaitan - pada 21/7/2024 - jumlah : 95 hits
Zamri Zainal A idinQunut Nazilah bukan untuk dibaca kepada sesama Muslimin Mukminin Pertentangan dalam su isu pentadbiran apatah lagi melibatkan soal disiplin dan tatacara bukan bermaksud menentang dan memusuhi Islam yang layak digunakan Qu...
Karam Singh Walia Diziarahi Wakil Perdana Menteri

Karam Singh Walia Diziarahi Wakil Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 9/8/2024 - jumlah : 186 hits
Pada 7 Ogos 2024 Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Dato Seri Diraja Anwar Ibrahim saudara Farhan Fauzi telah menziarahi Dato Karam Singh Walia tokoh kewartawanan alam sekitar yang terkenal dengan penggunaan peribahasa langka Dimaklu...
Perdana Menteri Mengumumkan Peruntukan Rm100 Juta Untuk Keselamatan Sempadan Utara

Perdana Menteri Mengumumkan Peruntukan Rm100 Juta Untuk Keselamatan Sempadan Utara

papar berkaitan - pada 30/7/2024 - jumlah : 139 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan hari ini bahawa kerajaan telah meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM100 juta untuk meningkatkan kemudahan keselamatan di sepanjang sempadan utara semenanjung Dalam ucapan beliau sema...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities