Isu Kampung Sungai Baru Ppim Nasihat Guna Saluran Betul Kenyataan Media Ppim 20 07 2024


KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mahu semua pihak menggunakan saluran yang betul dalam usaha mendapatkan penyelesaian terbaik dalam isu yang membelenggu pembangunan di Kampung Sungai Baru.
Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi berkata pihaknya ada menerima maklumat sebahagian kumpulan majoriti penduduk yang bersetuju dan telah berpindah keluar semenjak menerima arahan mahkamah.
Walau bagaimanapun, PPIM juga sedia maklum ada sebahagian penduduk yang tidak bersetuju dengan tawaran pihak pemaju dan telah membuat rayuan ke mahkamah mengenai isu pampasan.
"Saya yakin komitmen yang diberikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) YB Dr. Zaliha Mustafa, mampu menyelesaikan masalah ini," katanya.
Nadzim menegaskan video tular baru-baru ini tidak mewakili pandangan PPIM, serta aktivis PPIM di Kampung Sungai Baru juga tidak mewakili pihak PPIM.
"Dr. Zaliha telah turun padang dan berjumpa dengan kedua-dua pihak yang terlibat, dan saya difahamkan individu di dalam video tersebut tidak turut serta di majlis yang diadakan pada 27 Mei 2024 dan 13 Jun 2024 tempoh hari," katanya dalam satu kenyataan.
PPIM menawarkan diri untuk bersama-sama berada dengan pihak yang berkepentingan untuk bermusyawarah dan mendengar dari semua pihak agar informasi yang betul dapat dijelaskan kepada orang awam.
"Kita perlu adil mendengar dari semua pihak dan mencetuskan situasi menang-menang (win-win situation) dan mencegah persepsi buruk terutama membabitkan sentimen kaum.
"Masalah ini telah berlanjutan dari tahun 2016, melibatkan tiga menteri sebelum Dr. Zaliha lagi. Maka lagi cepat kita duduk bersama lagi cepat kita mendapat persefahaman," katanya.
Nadzim menegaskan kerjasama semua pihak adalah perlu dan tidak mahu isu ini dipolitikkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Selain itu, PPIM mahukan libat urus bersama pemegang taruh di Kampung Sungai Baru bukan sekadar isu pengambilan tanah tetapi juga pembangunan sosio ekonomi, keselamatan, penjagaan alam dan pembangunan insan seiring dengan konsep Malaysia MADANI.
"PPIM berharap Kampung Baru kekal menjadi Kampung Melayu biarpun di celah-celah kemajuan Kuala Lumpur. Kita tidak dapat lari dari pembangunan namun jangan sampai hilang identiti jati diri dan hanya tinggal sekadar sejarah sahaja.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2024/07/isu-kampung-sungai-baru-ppim-nasihat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ppim Perjuangkan Dasar Pengurusan Makanan Untuk Banteras Pembaziran Makanan Kenyataan Media Ppim 16 07 2024

Ppim Perjuangkan Dasar Pengurusan Makanan Untuk Banteras Pembaziran Makanan Kenyataan Media Ppim 16 07 2024

papar berkaitan - pada 16/7/2024 - jumlah : 267 hits
Kuala Lumpur Persatuan Pengguna Islam Malaysia menyeru kerajaan Malaysia dan sektor korporat untuk bekerjasama dalam penggubalan Dasar Pengurusan Makanan Sisa yang komprehensif Inisiatif ini bertujuan untuk mengurangkan pembaziran makanan y...
Pencetakan Digital Haram Meningkat Finas Altimet Dan Ppim Berusaha Atasi Isu Hak Cipta Liputan Malaysia 10 07 2024

Pencetakan Digital Haram Meningkat Finas Altimet Dan Ppim Berusaha Atasi Isu Hak Cipta Liputan Malaysia 10 07 2024

papar berkaitan - pada 11/7/2024 - jumlah : 432 hits
Aktiviti pencetakan digital haram menggunakan aplikasi atau perisian semakin membimbangkan disebabkan penyebaran luas kandungan negatif seperti perjudian dalam talian dan bahan lucah Selain itu aktiviti ini juga melanggar undang undang hak ...
Isu Kg Sungai Baru Madani Jangan Zalim Macam K Jaan Dulu Khalid

Isu Kg Sungai Baru Madani Jangan Zalim Macam K Jaan Dulu Khalid

papar berkaitan - pada 16/7/2024 - jumlah : 274 hits
malaysiakini comBekas menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad menggesa kerajaan supaya tidak mengulangi kesilapan pentadbiran terdahulu kerana tidak menjadi perantara yang sewajarnya antara pemilik tanah dan pemaju dalam projek pemba...
Hari Puteri Ppim Daerah Kusel 2024

Hari Puteri Ppim Daerah Kusel 2024

papar berkaitan - pada 13/7/2024 - jumlah : 394 hits
AssalamualaikumAlhamdulillahTahniah myteamPPIMSKI 2024JOHAN ACARA KRAFTANGANNAIB JOHAN ACARA DAIE CILIKPENCAPAIAN NO 5 ACARA NASYIDALHAMDULILAH
Video Jurnalis Merdeka Com Raih Kasau Award 2024 Bahas Isu Strategis

Video Jurnalis Merdeka Com Raih Kasau Award 2024 Bahas Isu Strategis

papar berkaitan - pada 10/7/2024 - jumlah : 243 hits
Pemberian penghargaan dipimpin langsung Wakil Kepala Staf Angkatan Udara Marsekal Madya TNI Andyawan Martono
Kenyataan Media Yadim

Kenyataan Media Yadim

papar berkaitan - pada 21/7/2024 - jumlah : 168 hits
Zamri Zainal A idinQunut Nazilah bukan untuk dibaca kepada sesama Muslimin Mukminin Pertentangan dalam su isu pentadbiran apatah lagi melibatkan soal disiplin dan tatacara bukan bermaksud menentang dan memusuhi Islam yang layak digunakan Qu...
Aktiviti Persidangan Antarabangsa Maafim Ke 4 Ppim 20 07 2024

Aktiviti Persidangan Antarabangsa Maafim Ke 4 Ppim 20 07 2024

papar berkaitan - pada 22/7/2024 - jumlah : 351 hits
20 Julai 2024 Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi menghadiri Persidangan Antarabangsa ke 4 anjuran MAAFIM bertema Beyond Borders Global Perspective in Interdisciplinary Healthcare di Hotel Glenmarie Shah Alam Persidangan ini mengumpulkan ...
Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Pengantin Baru Lepas Potong Kek Kahwin Tiba Tiba Parcel Sampai

Pas Leaves It To Police To Probe Viral Audio Resembling Perlis Mb

Mongol Dan Islam Sejarah Yang Ramai Tak Tahu

Mic Ready To Move Forward With Or Without Bn


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Berkunjung Ke Pasar Pagi Baling Kedah

Mendaki Rawang Bypass

Majlis Khatam Hafazan Perdana

Happy Deepavali 2025

Bakat Amp Bplant Hasilkan Produk Kelio Inisiatif Bantu Ekonomi Keluarga Atm

Penumpang Menjerit Kabin Pesawat Terbakar Disebabkan Power Bank