5868 Peraduan Tag Dan Menang Merdeka Ke 64 Di Mybeli Bersama Ppim Dan Fusionex Kenyataan Media Ppim 18 08 2021


PETALING JAYA, 18 OGOS 2021 - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) melancarkan Peraduan Tag & Menang Merdeka sebagai penghargaan kepada pelanggan-pelanggan Mybeli dengan menawarkan pelbagai hadiah hebat dan e-baucar. Menerusi anjuran bersama Fusionex, pertandingan ini terbuka untuk semua individu di seluruh negara dan akan berlangsung pada 18hb Ogos 2021 hingga 30hb Ogos 2021.
Sejak dilancarkan pada April 2021, Mybeli telah berkembang tiga kali ganda hasil sokongan kuat dari para pengguna muslim. Menurut Ketua Aktivis PPIM, nadzimjohan@toqqi, objektif utama platform mesra muslim ini adalah untuk membantu dan menyediakan satu platform atas talian yang dapat membantu pembangunan usahawan secara holistik terutama dengan rancangan promosi dan pemasaran strategik serta bijak. Ini seterusnya meningkatkan sosioekonomi pengusaha muslim khasnya dan kestabilan ekonomi negara amnya.
"Dengan Mybeli, pemilik perniagaan dapat menyumbang kepada peningkatan ekonomi Malaysia melalui rangkaian ekosistem komuniti-untuk-komuniti kami. Kami membuktikan aspirasi kami dengan pelaksanaan inisiatif bantuan kemanusiaan dengan pengedaran barangan keperluan harian kepada mereka yang terkesan teruk oleh wabak COVID-19. Program Amal Myberi menyumbang 1% daripada perbelanjaan anda di Mybeli untuk diagihkan kepada komuniti yang memerlukan. Melalui kempen ini, kami percaya Semangat Perpaduaan Merdeka boleh dipupuk dengan mengajak orang ramai bersama-sama menunjukkan rasa cinta dan bangga terhadap negara kita, " kata nadzimjohan@toqqi.
Sepanjang tempoh peraduan, pelanggan Mybeli boleh memuat-turun gambar ataupun video di media sosial dengan menunjukkan kepelbagaian cara mereka menyambut Hari Kemerdekaan pada tahun ini yang sudah semestinya berbeza berikutan pandemik yang masih berleluasa ini. Tag sekurang-kurangnya 3 rakan dengan hashtag #Mybeli #Merdeka dan #kitabebas. Dapatkan 'LIKES' terbanyak untuk membolehkan anda memenangi hadiahhadiah menarik.
Seramai 21 pemenang akan dipilih. 10 daripada pemenang tersebut akan memenangi ebaucar bernilai RM50, 10 lagi akan mendapat hadiah misteri dan akhirnya, pemenang hadiah utama akan memenangi sebuah telefon bimbit Apple iPhone XR 128GB.
Bersempena dengan Hari Kemerdekaan, Mybeli juga akan melancarkan 50 koleksi rekaan eksklusif "one-of-a-kind" yang tersedia untuk pre-order di http://www.mybeli.com.my.
• Kecintaaan terhadap negara dengan kemeja-T Merdeka.
• Kekalkan keselamatan dengan Merdeka Face Mask.
• Perbelanjaan lebih mudah dengan Beg Kanvas Lipat Merdeka.
• Bekerja dari rumah dengan Mousepad eksklusif.
Mybeli merupakan platform yang dibina menggunakan teknologi dan kepakaran dari Fusionex, diilhamkan oleh PPIM di mana objektifnya adalah untuk mendidik dan membantu pemilik-pemilik Perusahaan Kecil Sederhana(PKS) mempelajari ekonomi digital dengan mudah dan seterusnya mengembangkan perniagaan mereka. Mybeli juga menawarkan khidmat sokongan penuh kepada peniaga terutamanya bagi mereka yang memerlukan bantuan kemahiran IT. Dilengkapkan dengan sokongan teknologi berkelas dunia, Mybeli akan dapat membantu PKS supaya tidak tenggelam di dunia digital serta menembusi pasaran yang sebelumnya tidak tercapai.
"Kami berbangga dengan perkembangan Mybeli dan tahniah kepada PPIM bagi menerokai alam teknologi. Inisiatif strategik PPIM terhadap keperluan ruang perniagaan digital telah membantu ramai pengusaha muslim untuk bertahan ketika musim pandemik ini. Fusionex amat gembira kerana dapat menaja Peraduan Tag & Win Merdeka, yang memberi peluang kepada pelanggan Mybeli menjadi salah seorang pemenang bertuah ketika mereka berbelanja di Mybeli. Kami berharap agar inisiatif ini akan mendorong lebih banyak PKS untuk menerapkan digitalisasi dan berkembang dalam norma baharu ini bersama rakan kongsi PPIM, "kata Pengarah Pembangunan Perniagaan Fusionex Saiful Hayaz Abu Bakar.
Tentang PPIM
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) merupakan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM). Ianya ditubuhkan pada tahun 1997 oleh sekumpulan aktivis dan profesional yang ingin membawa perubahan dalam lanskap kepenggunaan Islam dan melindungi kepentingan pengguna muslim di Malaysia.
Untuk maklumat lanjut mengenai PPIM, sila lawati www.ppim.org.my.
Tentang Fusionex
Fusionex adalah peneraju teknologi data dan merupakan pemenang pelbagai anugerah bertaraf dunia dengan kepakaran khas dalam teknologi pengurusan Big Data, Analisis Data, IR 4.0, IOT dan Learning & Artificial Intelligence. Fusionex menawarkan produk dan perkhidmatan yang fokus membantu bisnes memperoleh manfaat yang tidak ternilai dari data.
Fusionex diketengahkan di Forbes, Bloomberg, Gartner, IDC, Forrester, Edison, dan Huffington Post sebagai syarikat Big Data Analytics dan peneraju pasaran terbesar di ASEAN, membawa platform berasaskan data yang canggih data inovatif kepada pelangganpelanggannya termasuk syarikat Fortune 500, syarikat FTSE, konglomerat besar, serta sebilangan besar perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang merangkumi seluruh Amerika Syarikat, Eropah, dan Asia Pasifik. Fusionex juga dikreditkan sebagai syarikat MDEC Global Acceleration and Innovation Network (GAIN) dan penerima anugerah MSC R&D MGS.

Untuk maklumat lanjut mengenai Fusionex, sila lawati www.fusionex-international.com.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2021/08/5868-peraduan-tag-dan-menang-merdeka-ke.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenyataan Media Majlis Presiden Pakatan Harapan 23 Ogos 2021

Kenyataan Media Majlis Presiden Pakatan Harapan 23 Ogos 2021

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 254 hits
Majlis Presiden Pakatan Harapan menjunjung kasih ke atas titah perkenan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong untuk melantik Dato Sri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri yang telah dibuat selaras dengan peruntukan Perlemba...
5867 Ppim Sambut Baik Kenyataan Timbalan Yang Dipertua Muip Samudera My 18 08 2021

5867 Ppim Sambut Baik Kenyataan Timbalan Yang Dipertua Muip Samudera My 18 08 2021

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 248 hits
KUALA LUMPUR 18 Ogos 2021 Persatuan Pengguna Islam Malaysia menyambut pendirian dan keterbukaan kenyataan YAM Tengku Panglima Raja Lt Kol Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah SSAP SIMP ...
Muat Naik Podcast Menang Wang Tunai Rm1000 Dalam Peraduan Anugerah Podcast Syok Edisi Merdeka

Muat Naik Podcast Menang Wang Tunai Rm1000 Dalam Peraduan Anugerah Podcast Syok Edisi Merdeka

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 426 hits
Pada Hari Kebangsaan ini SYOK mempelawa semua pencipta podcast di Malaysia untuk memuat naik podcast dan berpeluang membawa pulang wang tunai RM1000 berserta sebuah trofi dalam peraduan Anugerah Podcast SYOK Edisi Merdeka dari sekarang hing...
5856 Jpj Ppim Bantu Pemandu Kenderaan Perdagangan Terjejas Covid Menerusi Jpj Prihatin Bernama 08 08 2021

5856 Jpj Ppim Bantu Pemandu Kenderaan Perdagangan Terjejas Covid Menerusi Jpj Prihatin Bernama 08 08 2021

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 265 hits
KOTA BHARU 8 Ogos Jabatan Pengangkutan Jalan bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia menerusi program JPJ Prihatin akan terus menyantuni golongan pemandu lori bas dan kereta sewa yang terkesan akibat pandemik COVID 19 Ketua Pengarah JPJ D...
5864 Sop Masjid Kenapa Ada Double Standard Anda Tanya Ppim Jawab Tv Ppim 13 08 2021

5864 Sop Masjid Kenapa Ada Double Standard Anda Tanya Ppim Jawab Tv Ppim 13 08 2021

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 313 hits
Nak solat di masjid tapi dihalang Wujud SOP Double Standard Apa kes ni Apa pandangan anda Jom saksikan LIVE FB PPIM dalam segmen Anda Tanya PPIM Jawab bertajuk SOP Masjid Kenapa Ada Double Standard yang sedang berlangsung sekarang Jom saksi...
5857 Rtd Ppim Continue To Channel Aid To Commercial Vehicle Drivers Bernama 08 08 2021

5857 Rtd Ppim Continue To Channel Aid To Commercial Vehicle Drivers Bernama 08 08 2021

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 261 hits
KOTA SHARU Aug 8 The Road Transport Department together with the Malaysian Muslim Consumers Association will continue to implement the JPJ Prihatin programme to help commercial vehicle drivers affected by the COVID 19 pandemic RTD director ...
5839 Penyerahan Simbolik 250 Buah Kotak Infak Rezeki Sumbangan Ppim Di Rumah Ybk Yayasan Basmi Kemiskinan 30 07 2021

5839 Penyerahan Simbolik 250 Buah Kotak Infak Rezeki Sumbangan Ppim Di Rumah Ybk Yayasan Basmi Kemiskinan 30 07 2021

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 520 hits
KELANA JAYA 30 Julai 2021 Penyerahan simbolik 250 buah Kotak Infaq Rezeki sumbangan Persatuan Pengguna Islam Malaysia oleh Pengerusinya Dato Nadzim Johan kepada Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan Dato Zainal Abidin Sakom di Rumah YBK Kotak ...
Kenyataan Media Pemuda Amanah Memburukkan Kenyataan

Kenyataan Media Pemuda Amanah Memburukkan Kenyataan

papar berkaitan - pada 23/8/2021 - jumlah : 358 hits
Kenyataan kenyataan di media sosial dan media arus perdana yang dibuat oleh Pemuda Amanah berkenaan kedudukan Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat hanya memburukkan keadaan Bagi aktivis Angkatan Muda KEADILAN Malaysia ...
Rm100 000 Barangan Dapur Dimenangi Pemenang Pemenang Peraduan Makan Menang Anjuran Lengquas

Rm100 000 Barangan Dapur Dimenangi Pemenang Pemenang Peraduan Makan Menang Anjuran Lengquas

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 355 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraRM100 000 BARANGAN DAPUR DIMENANGI PEMENANG PEMENANG PERADUAN MAKAN MENANG ANJURAN LENGQUASPeraduan Makan Menang anjuran produk makanan sejuk beku jenama LengQuas telah melabuhkan tirai pada 30 Jun 2021 Be...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Joker123th 100

Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias