Kenyataan Media


 
Kenyataan Media

29 Mac 2022

Menteri Kesihatan kata, “Bila saya mengambilalih KKM, saya buat keputusan untuk pastikan bahawa pengurusan aplikasi MySejahtera dibawa ke KKM sebab saya dapati bahawa selama tempoh pandemik, tiada kontrak antara pihak KPISoft dengan kerajaan”.

Kenyataannya itu juga bermaksud bahawa kontrak rundingan dengan KPISoft/Entomo, syarikat yang bertanggungjawab membangunkan aplikasi MySejahtera hanya bermula saat beliau menjawat jawatan tersebut pada bulan Ogos 2021, iaitu 16 bulan setelah aplikasi MySejahtera diluncurkan. Maksudnya selama 16 bulan kerajaan bersama dengan KPISoft/Entomo mengawalselia penggunaan dan data aplikasi MySejahtera tanpa sebarang perjanjian.

Sehingga saat ini persoalan tentang pemilikan aplikasi MySejahtera dan datanya terus kabur meski ada cubaan dari pihak menteri untuk menjelaskannya.

Menurut laporan, KPISoft/Entomo adalah 100% milik sebuah entiti Singapura iaitu Entomo Pte Ltd berdasarkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Ini membimbangkan tatkala kerajaan Malaysia telah melibatkan entiti asing tanpa kontrak atas tujuan CSR untuk membangun dan mengurus perisian yang mengumpul data peribadi dan sensitif rakyat Malaysia.

Saya juga terkejut bahawa Majlis Keselamatan Negara pada bulan April 2020 telah membenarkan entiti asing untuk membangun dan mengurus aplikasi yang sangat penting kepada kepentingan keselamatan negara yang tidak hanya punya akses kepada maklumat kesihatan dan peribadi tanpa perjanjian yang bertulis, tapi mempunyai pemilikan ke atas kerahsiaan dan data aplikasi tersebut.

Dari menjelaskan persoalan-persoalan ini, kabinet kini sedang mempertimbangkan untuk menganugerahkan MySJ Sdn. Bhd. kontrak secara runding terus untuk aplikasi MySejahtera. Menteri Kesihatan gagal untuk menjawab soalan saya tentang tender terbuka dalam hal ini, dan ini membawa maksud terdapat aspek yang tersembunyi dari pengetahuan umum tentang MySejahtera.

Tidak mungkin rakyat akan tahu data apa yang telah disimpan dan bagaimana ia digunakan untuk tujuan-tujuan tertentu oleh entiti asing ini. Menteri bertanggungjawab dan kabinet boleh saja menafikannya, namun sekiranya mengambilkira bahawa tidak ada sebarang perjanjian yang telus bermula dari bulan April 2020, rakyat Malaysia wajar untuk mempunyai syak wasangka dan berasa bimbang.

Rakyat Malaysia mahu tahu di manakah data itu disimpan? Apakah ia disimpan di dalam persekitaran yang selamat dengan akses yang terhad? Mekanisme apa yang digunapakai bagi mengelakkan pihak ketiga dari mengakses dan mencuri data mereka? Apa jenis perlindungan yang rakyat ada bagi mengelakkan data itu disalahguna yang akan mengakibatkan mereka dianiaya, ditipu dan di-diskriminasi?

Saya kini menggesa sebuah siasatan yang komprehensif oleh Parlimen dimulakan bagi mengenalpasti segala perihal melibatkan MySejahtera bagi memaknai konsep ketelusan dengan maksud kerahsiaan data peribadi dilindungi dari watak-watak yang tamak yang hanya mahu mencari keuntungan dari data peribadi rakyat Malaysia.

ANWAR IBRAHIM

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/03/kenyataan-media.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ppim Sokong Perdana Menteri Tolak Pindaan Akta 342 Kenyataan Media Ppim 19 03 2022

Ppim Sokong Perdana Menteri Tolak Pindaan Akta 342 Kenyataan Media Ppim 19 03 2022

papar berkaitan - pada 20/3/2022 - jumlah : 250 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia mengucapkan terima kasih dan bangga dengan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang memberi jaminan pindaan Akta 342 tidak akan diteruskan di Parlimen Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan to...
Tahniah Ketua Pengarah Jakim Yang Baharu Kenyataan Media Ppim 18 03 2022

Tahniah Ketua Pengarah Jakim Yang Baharu Kenyataan Media Ppim 18 03 2022

papar berkaitan - pada 19/3/2022 - jumlah : 290 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia mengalu alukan pelantikan Datuk Hajah Hakimah Mohd Yusoff sebagai Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia yang baharu Kami mengucapkan setinggi tinggi tahniah kepada Datuk Hajah Hakimah di atas pelan...
Terima Kasih Kerajaan Atas Keprihatinan Kenyataan Media Ppim 17 03 2022

Terima Kasih Kerajaan Atas Keprihatinan Kenyataan Media Ppim 17 03 2022

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 254 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas pengumuman beliau semalam berkaitan pengeluaran dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi ...
Gaji Rm200 000 Sehari Gaji Minima Rm1 500 Sebulan Satu Dosa Besar Kenyataan Media Ppim 23 03 2022

Gaji Rm200 000 Sehari Gaji Minima Rm1 500 Sebulan Satu Dosa Besar Kenyataan Media Ppim 23 03 2022

papar berkaitan - pada 24/3/2022 - jumlah : 251 hits
Apakah kita harus menerima hakikat bahawa ada individu di negara ini yang mampu meraih gaji sebanyak RM200 000 sehari tetapi menjadi satu dosa yang besar bagi seorang Perdana Menteri mengumumkan gaji minima RM1 500 sebulan Amat mengejutkan ...
Guru Agama Rotan Murid Kerana Minta Rakan Buka Songkok Kenyataan Media Ppim 04 04 2022

Guru Agama Rotan Murid Kerana Minta Rakan Buka Songkok Kenyataan Media Ppim 04 04 2022

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 215 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia membantah sekeras kerasnya tindakan seorang guru agama di Cheras Kuala Lumpur yang telah merotan pelajarnya sehingga menyebabkan kecederaan Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi berkata perkara seperti itu ...
Kenyataan Media Dsai Mengenai Cabaran Najib Berdebat

Kenyataan Media Dsai Mengenai Cabaran Najib Berdebat

papar berkaitan - pada 4/4/2022 - jumlah : 143 hits
Kenyataan Media4 April 2022Saya ambil maklum lontaran cabaran debat dari mantan Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak Sikap saya jelas dan tidak berganjak sejak lebih 10 tahun lalu di mana saya pernah melontarkan cabaran yang serupa kepada ...
Ppim Hargai Pengorbanan Petugas Media Kenyataan Media Ppim 31 03 2022

Ppim Hargai Pengorbanan Petugas Media Kenyataan Media Ppim 31 03 2022

papar berkaitan - pada 1/4/2022 - jumlah : 234 hits
KHAMIS 31 MAC Sejak kebelakangan ini pelbagai isu melanda negara yang memerlukan perhatian ramai Persatuan Pengguna Islam Malaysia mengambil inisiatif untuk menggerakkan usaha membantu rakyat dan memperjuangkan hak rakyat secara lebih proak...
Kenyataan Media Majlis Presiden Pakatan Harapan 5 April 2022

Kenyataan Media Majlis Presiden Pakatan Harapan 5 April 2022

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 280 hits
Kenyataan Media Majlis Presiden Pakatan Harapan 5 April 2022 Pakatan Harapan Beri Komitmen Penuh Untuk Luluskan RUU Pindaan Perlembagaan Persekutuan Pimpinan utama Pakatan Harapan telah mengadakan satu pertemuan bersama Perdana Menteri pagi...
Viral Di Sosial Media Treasure Akan Lancar Muzik Video Untuk Lagu Darari

Viral Di Sosial Media Treasure Akan Lancar Muzik Video Untuk Lagu Darari

papar berkaitan - pada 23/3/2022 - jumlah : 231 hits
Meskipun sudah lebih sebulan dikeluarkan DARARI salah satu lagu dalam album baharu TREASURE masih tetap bermain di sosial media ARTIKEL BERKAITAN Lagu yang digubah dan ditulis oleh ahli TREASURE Bang Ye dam iaitu DARARI telah mendapat sambu...
Virgoun Orang Yang Sama Chord

Little Pepe Menjadi Pilihan Kegemaran Bull Run Baru Pada 2025 Ketika Ripple Kes Bull Cardano Melemah Bitcoin Com News

Rasmi Skuter Ev Gaya Retro Yadea Rs20 Mendarat Rm4 998

Siapa Calon Pm Pembangkang

Hiso8888 17 August Hiso8888 Top 58 By Evie

5 Theme Parks In Malaysia For Adventure Lovers

Puma X Ros Drop Metallic Speedcat Launches This August

Cuti Panjang 2026


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mu Vs Arsenal The Gunners Curi Tiga Poin Berharga Di Old Trafford Arteta Angkat Bicara

Popular Blog Yang Diharapkan

Perikanan Ternakan Ikan Sangkar Sumber Pendapatan Sampingan

Jana Pendapatan Sampingan Hanya Dengan Klik

Pantun Selamat Pagi Indahnya Senyuman Hari Baru

Ppim Lancar Anti Bully Centre Buka Saluran Aduan Tanpa Takut Refleks 14 08 2025