Kenyangkan Perut Dengan Mee Ayam Soto Kat Food Court Today S Market Seri Alam
Kenyangkan Perut dengan Mee Ayam Soto kat Food Court, Today's Market, Seri Alam || Ini kisah hari Hol baru baru ni. Tak tahu nak kemana tapi nak ke luar rumah.. Pastu rasa malas mahu hadap jammed yang teruk sangat maka ke Todays Mall, Seri Alam jer. Inilah tempat aku selalu tonton wayang. Tapi cuma wayang biasa je yang ada.. Takdalah 4D or IMAX pulak 😅
Lepas habis shopping beberapa barang, aku ngan emak singgah food court yang ada kat situ..Ianya agak baru direnovate tahun ni sebab food court lama telah dirobohkan last year tak silap.
Nampak ada banyak jugak pilihan makanan kat sini tapi tempat duduk tak sebanyak dulu. Semua kedai jual berlainan menu. Ada Western food macam sizzling tu, spaghetti, Indonesian, Asam Pedas, roti canai, sate dan banyak lagi menu yang dijual untuk semua.
Percubaan pertamaku singgah sini, order Indonesian food.. Dan mak aku order roti canai kosong. Dengan harapan semua sedap ler. Tapi gambar yang ada cuma menu aku je..Haha.... Roti canai situ tak berapa nipis dan garing yang macam mak i nak 😅
Mee Celup Soto namanya terpampang kat papan tanda kedai tu. Tapi tengok balik list menu yang diletak kat rak tu, Mee Ayam namanya. Hoho..
Tak kisahlah apa pun namanya, janji sedap, halal dan mengenyangkan, tu dah cukup rasanya.. Haaaa, benda sedap, kita share ❤️
Suka pulak mee bentuk gitu.. Lembut..Then ayam tu jenis berempah.. Sedap.. Memula aku fikirkan ayam rendang tapi versi lain sikit.. Hahaha.. Sekali mak cakap, itu sup berempah punya jenis ler.. 😂
Sesunguhnya, sedap weh rasanya! RM6 semangkuk yang penuh isi. Padu! 👍
Dalam bekas silver tu adalah sambal ya.. Sekali dengan kicap dan sos diberi ui..
Ikutlah kepedasan yang awak nak
Banyak jenis bakso dan pecel Indonesia pun ada.. Next time try bakso lain atau makanan lain yang ada kat sana.. 😍
Alhamdulillah, puas hati! Atau memang sebab lapar... Sebab belum lumch lagi masa datang petang tu.. 😁 Anyone nak try, sila lah singgah sana ye... Lokasinya Today's Market, Seri Alam, Johor ya..
Notakaki: Mengantuknya harini kerja..... Malam tadi layan Hindustan 🤣SENYUM SAJA
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.nonasani.com/2022/09/kenyangkan-perut-dengan-mee-ayam-soto.html