Kenapalah Pejabat Pos Salak Tinggi Tak Dibuka Pada Hari Minggu
Seperti yang pernah Tedi coretkan pada 12-April-2016 yang lalu kami kelewatan dan mengambil keputusan untuk bercuti separuh hari.Cuti separuh hari itu kami gunakan untuk ke Pejabat POS Salak Tinggi di Kosmopleks bagi mengambil satu bungkusan dokumen yang dihantar melalui POS Laju.Bungkusan POS Laju itu kebetulan pula tidak dapat dihantar pada hari sebelumnya. Mungkin itu takdir bagi kami.Cuma apa yang bermain di fikiran Tedi ialah tentang waktu dan hari operasi Pejabat POS Bandar Baru Salak Tinggi ini iaitu hanya pada hari Isnin hingga Jumaat dari jam 8.30 pagi sehingga 5.30 pagi. Pada hujung minggu iaitu Sabtu dan Ahad, mereka tidak beroperasi.Kenapa mereka tidak beroperasi pada hari minggu? Bukankah ia memudahkan para pelanggan seperti kami? takkanlah kami harus ambil cuti setiap kali kami nak mengambil bungkusan di Pejabat POS Salak Tinggi?Tentulah ia akan menyukarkan orang ramai terutamanya yang amat bergantung kepada penghantaran barang melalui kiriman pos seperti POS Laju ini.Tedi tahu bahawa waktu operasi bagi setiap Pejabat POS di Malaysia ini tidak seragam, contohnya di Midvalley mereka beroperasi sehingga waktu malam, mungkin kerana bilangan pelanggan yang ramai.Tapi bagi Tedi, sektor perkhidmatan seperti ini seharusnya menyediakan perkhidmatan mereka pada hujung minggu kerana pada waktu itulah para pelanggan mempunyai kelapangan.Sektor perkhidmatan yang Tedi maksudkan adalah seperti pusat khidmat pos, pusat servis kereta dan sebagainya. Tak tahulah mungkin kerana mereka telah punyai ramai pelanggan maka mereka takkan pernah sedar akan kesukaran yang kami hadapi ini.Alamat Pejabat POS Bandar Baru Salak Tinggi adalah Lot 551, Blok H Kosmoplex, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang.Nombor telefon Pejabat POS Bandar Baru Salak Tinggi adalah 03-87068489.Diharapkan pihak pengurusan Pejabat POS Bandar Baru dapat mengambilkira cadangan Tedi ini, sekurang-kurangnya buka separuh hari pada hari Sabtu pun jadilah.Mungkin ia agak sukar kerana perlu gilirkan para kakitangan mereka tapi kalau ia boleh meningkatkan urusniaga mereka, apa salahnya kan? 20160625
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.interpretzz.com/2016/06/kenapalah-pejabat-pos-salak-tinggi-tak.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Interpretzz+%28interpretZZ%29