Kenapa Wahid Omar Yang Dipecat Pnb Dilantik Ketuai Ukm
Menteri Pendidikan, Maszlee Malik mempertahankan keputusan melantik bekas menteri Barisan Nasional, Tan Sri Abdul Wahid Omar ke lembaga pengarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), susulan kritikan Ahli Majlis Tertinggi PPBM, Datuk A Kadir Jasin.
Beliau berkata, lantikan itu dibuat melalui merit dan selepas mendapat kata sepakat pihak tertinggi.
“Pegawai-pegawai kerajaan banyak saja dari kerajaan terdahulu. Apa yang dia (Wahid) lakukan?
“Saya tidak rasa kita patut bergantung kepada khabar angin. Sebab kamu kata dia telah disingkirkan dari PNB (Permodalan Nasional Berhad)? Tidak, itu khabar angin dan kita tidak membuat keputusan dari khabar angin,” katanya selepas merasmikan Majlis Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa (UIA) ke-34, hari ini.
Wahid dilantik sebagai pengerusi lembaga pengarah UKM berkuatkuasa 1 November lalu hingga 31 Oktober 2021, menggantikan Tan Sri Dr Ibrahim Saad.
Wahid sebelum ini dilantik sebagai senator untuk mengetuai satu portfolio di Jabatan Perdana Menteri di bawah kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak.
Beliau kemudian meletak jawatan dan selepas pertukaran kerajaan pada 9 Mei lalu, bekas ketua Maybank itu disingkir daripada jawatan pengerusi PNB yang disandangnya sejak 1 Ogos 2016.
Kadir dalam blognya baru-baru ini berkata: “Mungkin Maszlee tidak sedar Wahid telah dipecat daripada PNB atau dia tidak bersetuju dengan penyingkirannya, atau hanya Maszlee terlalu pandai untuk manusia biasa.”
Sementara itu, Maszlee enggan mengesahkan jika beliau sudah meletak jawatan sebagai presiden UIA. – FMT
KLIK BACA: Najib bantai PH, Petronas dijarah kerana negara kekurangan hasil
KLIK BACA: Dr Mahathir: “Sepatutnya saya sudah meninggal dunia…” – Jangan pergi dulu Tun…
KLIK BACA: Umno tak pernah kalah, kalah kerana menyeleweng kini dipandang jijik semua kaum di M’sia, kata Tun Mahathir
DIKEMASKINI: Jho Low guna kod rahsia ‘kek untuk puan boss’ rasuah barang kemas isteri MO1
KLIK BACA: Khairuddin lepas geram pada Najib bercakap macam tok imam masjid
KLIK BACA: Kesal, Najib tidak dengar nasihat Tun Mahathir
MESTI BACA: Altantuya video pendedahan terbaru Deepak: Kenapa Najib bercakap seperti hakim?
KLIK BACA: Beri Melayu lesen jual arak – Zaid Ibrahim bengong!
The post Kenapa Wahid Omar yang dipecat PNB dilantik ketuai UKM? appeared first on Malaysian Review.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.malaysianreview.com/190164/kenapa-wahid-omar-yang-dipecat-pnb-dilantik-ketuai-ukm/