Shafie Apdal Punca Kes Covid 19 Di Negara Meningkat Terutamanya Di Sabah Musa Aman


Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dalam surat terbukanya kepada rakyat Malaysia mendakwa, punca peningkatan kes Covid-19 di Sabah adalah disebabkan Presiden Warisan Plus, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. 


WARISAN Plus wajar mengakui punca sebenar peningkatan kes Covid-19 di Sabah dan seluruh negara, dan bukannya menyalahkan saya dan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS). 


Sekiranya Warisan Plus memenangi PRN Sabah lalu, saya tidak fikir mana-mana pemimpinnya akan menyentuh isu pandemik berkenaan. 


Tidak berpuas hati dengan kekalahan mereka, hari ini kita dapat melihat pemimpin Warisan Plus dan Pakatan Harapan sewenang-wenangnya menuding jari termasuk pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, yang dengan mudah menyatakan cubaan saya menggulingkan Presiden Warisan, Shafie Apdal, membawa kepada pilihan raya negeri. 


Dalam usaha berterusan DAP untuk mengelirukan rakyat, Ahli Parlimennya, Teresa Kok, berkeras menyatakan pilihan raya negeri Sabah berpunca daripada saya, Musa Aman, kerana saya cuba menggulingkan kerajaan Warisan Plus dengan membentuk “kerajaan pintu belakang” dan seterusnya mendakwa tindakan saya sebagai “dosa utama” yang menyebabkan peningkatan kes.


Saya ingin mengingatkan Teresa Kok, PH dan Warisan Plus dan sesiapa saja pemimpinnya, bahawa pakatan dianggotai DAP, PKR dan Amanah yang menyokong penuh Shafie dalam menasihati TYT untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Sabah, bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.


Shafie yang menyebarkan video bahawa beliau sanggup mati daripada menyerahkan kembali kuasa kepada saya. Ironinya, beliau yang lebih awal merampas pentadbiran kerajaan daripada kami selepas PRU-14.


Warisan Plus dan PH mesti berhenti membohongi diri sendiri dan rakyat mengenai siapa sebenarnya kerajaan pintu belakang di Sabah.


Shafie mendesak pilihan raya diadakan kerana menyedari beliau hilang keyakinan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri. Beliau sepatutnya bertindak sebagai seorang budiman, namun memilih untuk menasihati TYT supaya membubarkan DUN dan mengadakan pilihan raya walaupun menyedari kesan melakukannya di tengah-tengah pandemik.


Beliau boleh memilih untuk meletak jawatan secara bertanggungjawab atau membawa Sabah ke kancah pilihan raya ketika pandemik Covid-19. Beliau membuat pilihan yang jelas salah dan mementingkan diri sendiri.


Tidak seperti Shafie, Menteri Besar dan Ketua Menteri lain bertindak secara matang dan terpuji - mereka meletak jawatan. Tiada yang memilih untuk membahayakan nyawa rakyat di negeri masing-masing.


Sejak pilihan raya lalu, Sabah dan seluruh negara menyaksikan peningkatan ketara kes jangkitan Covid dengan ratusan kes baharu setiap hari.


Saya berasa amat terkesan dengan perkembangan menyedihkan ini dan saya berpendapat beberapa penekanan mesti dibuat supaya keadaan sebenar diperjelaskan manakala rakyat boleh menilai sendiri siapa yang bertanggungjawab terhadap bencana ini.


Saya ingin menegaskan, tiada mana-mana 32 bekas wakil rakyat yang menyatakan sokongan terhadap saya untuk membentuk Kerajaan Negeri pada 29 Julai 2020 atau saya sendiri, pernah memohon Dewan Undangan Negeri dibubarkan atau pilihan raya diadakan di tengah-tengah pandemik Covid-19.


Lebih penting, tiada mana-mana antara 32 wakil rakyat itu atau saya mempunyai kuasa untuk meminta Dewan Undangan Negeri dibubarkan.


Pilihan raya negeri itu berpunca daripada nasihat yang salah untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri.


Mengambil kira ancaman terhadap nyawa rakyat Sabah, kami mengarahkan peguam supaya memohon penangguhan pilihan raya kerana adalah berbahaya untuk mengadakan pilihan raya dalam suasana pandemik berleluasa.


Peguam utama kami merayu dengan panjang lebar di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, memohon Mahkamah membenarkan penangguhan kerana kami tidak mahu membahayakan nyawa rakyat.


Bagaimanapun, peguam mewakili bekas Ketua Menteri dan Kerajaan Negeri Sabah keras menentang kami dan menyifatkannya sebagai hujah terdesak untuk menghalang pilihan raya. Saya menolak keras dakwaan bahawa ia adalah hujah terdesak.


Dalam hal ini, Shafie Apdal mesti memberi penjelasan kepada rakyat Sabah mengapa peguamnya menolak permohonan penangguhan pilihan raya ketika pandemik.


Rakyat Sabah berhak mendapat penjelasan daripada pentadbiran negeri terdahulu mengapa Dewan Undangan Negeri dibubarkan dan pilihan raya negeri diadakan ketika suasana pandemik Covid masih berleluasa.


Jelas, peningkatan mendadak kes jangkitan Covid adalah berpunca daripada mereka yang menyebabkan pilihan raya dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri.


Saya menolak keras fitnah melampau dan tuduhan tidak berasas yang dibuat terhadap mereka yang menyokong saya dan diri saya, kononnya kami menjadi punca peningakatan kes pandemik Covid-19 di Sabah dan seluruh negara.


Sumber : thereporter.my

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/10/shafie-apdal-punca-kes-covid-19-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Musa Aman Salahkan Shafie Punca Lonjakan Covid 19

Musa Aman Salahkan Shafie Punca Lonjakan Covid 19

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 307 hits
malaysiakini comDiterbitkan Hari ini 7 21 pmMusa AmanBekas ketua menteri Sabah Musa Aman dalam satu surat terbuka kepada rakyat Malaysia hari ini menyalahkan Shafie Apdal sebagai punca berlakunya lonjakan kes Covid 19 di seluruh negara teru...
Kes Covid 19 Meningkat Lzs Tutup Sementara Lima Cawangan

Kes Covid 19 Meningkat Lzs Tutup Sementara Lima Cawangan

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 249 hits
SHAH ALAM 22 OKT Lembaga Zakat Selangor menutup lima cawangannya buat sementara waktu susulan peningkatan kes Covid 19 di beberapa mukim di negeri ini Agensi itu memaklumkan cawangan terlibat ialah di Sungai Buloh Masjid Kota Damansara Seks...
Kes Pertama Negara Pesakit Covid 19 Terjun Tingkat Lapan Bangunan Hospital

Kes Pertama Negara Pesakit Covid 19 Terjun Tingkat Lapan Bangunan Hospital

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 252 hits
KUALA LUMPUR Seorang pesakit COVID 19 wanita ditemui maut selepas dipercayai terjun dari tingkat lapan bangunan Hospital Queen Elizabeth I Kota Kinabalu malam tadi Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Habibi Majinji pihaknya menerim...
Covid 19 847 Kes Hari Ini 578 Di Sabah

Covid 19 847 Kes Hari Ini 578 Di Sabah

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 295 hits
Oleh Oktober 22 2020 6 08pmPUTRAJAYA Sebanyak 847 kes baharu COVID 19 dikesan hari ini yang mana daripada jumlah itu 578 kes dikesan di Sabah Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada keseluruhan 847 kes berk...
Kes Covid Di Sabah Luar Biasa Kerajaan Perlu Telus

Kes Covid Di Sabah Luar Biasa Kerajaan Perlu Telus

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 246 hits
Hari ini kes baru Postif Covid 19 sebanyak 1228 kita sudah beralih ke fasa baru dari 3 kepada 4 angka Maksudnya PN dan PM tebuk atap terbukti gagal Agaknya bagaimana Nasib Frontliner doktor dan jururawat di Sabah Pasti menakutkan Apakah sep...
Covid 19 Semakin Meningkat Di Sabah Sukarelawan Diperlukan

Covid 19 Semakin Meningkat Di Sabah Sukarelawan Diperlukan

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 267 hits
Tak sanggup rasanya baca berita terkini Covid terutama dari negeri Sabah Jumlah kematian pun makin meningkat di sana Pray for Sabah Allah bantu Sabah Di saat ini mereka perlukan bantuan dan tenaga kerja dari kita Apabila mendengar di sana a...
Dulu Jemaah Tabligh Dikecam Kini Jemaah Prn Sabah Lonjak Kes Covid 19

Dulu Jemaah Tabligh Dikecam Kini Jemaah Prn Sabah Lonjak Kes Covid 19

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 324 hits
RAYUSA SAYA menulis artikel ini pada lewat 2 Oktober selepas terkejut dengan jumlah kes baharu Covid 19 hari tersebut iaitu 287 Apabila menyambungnya pada lewat 3 Oktober pula catatan bukan sahaja memeranjat malah merisau dan menyedihkan Se...
Sabah Terus Diamuk Badai Covid 19 Kes Aktif Lebih 8 000

Sabah Terus Diamuk Badai Covid 19 Kes Aktif Lebih 8 000

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 287 hits
Oleh Melati Mohd Ariff Berikut adalah rangkuman mingguan mengenai Covid 19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta dunia dari 17 Oktober hingga jam 12 30 tengah hari 23 Oktober KUALA LUMPUR 23 OKT Sabah terus menjadi mangsa amukan bada...
Kes Covid 19 Meningkat Mb Perak Gesa Rakyat Berhenti Tunding Jari Terhadap Ahli Politik

Kes Covid 19 Meningkat Mb Perak Gesa Rakyat Berhenti Tunding Jari Terhadap Ahli Politik

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 404 hits
Kes Covid 19 meningkat MB Perak gesa rakyat berhenti tunding jari terhadap ahli politikDi kala ramai yang masih menyalahkan ahli politik yang didakwa menjadi penyumbang utama peningkatan kes posifit Covid 19 di negara Menteri Besar Perak Da...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu