Kenapa Tempoh Pemulihan Ekonomi Saling Bercanggah Tanya Najib


Executive Editor    MINDA RAKYAT 
PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Najib Razak hari ini mempersoalkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang terus mengubah tempoh masa yang diperlukan untuk memulihkan ekonomi ekonomi negara.

Dalam satu hantaran di Facebook, beliau berkata, kerajaan pada mulanya mengumumkan ia memerlukan 6 bulan bagi memulihkan ekonomi, kemudian berkata ia akan mengambil masa 3 tahun dan terbaru 10 tahun.

Najib berkata ekonomi negara sebelum pilihan raya umum ke-14 semakin meningkat dengan defisit semakin menurun, rizab negara meningkat, nisbah hutang negara menurun, dividen tabung awam sentiasa bertambah dan Bursa Malaysia mencatat tahap tertinggi dalam sejarah.

Bagaimanapun katanya, selepas pilihan raya umum ke-14 itu, ekonomi negara merosot teruk sehingga ia kini “memerlukan 10 tahun untuk dipulihkan”.

“Masa itu hutang negara mungkin benar-benar sudah sampai RM2 trilion dan tidak ada lagi aset untuk dijual,” katanya lagi.

Komen Najib adalah respons terhadap kenyataan presiden PPBM, Muhyiddin Yassin semalam bahawa kerajaan memerlukan masa 10 tahun untuk memulihkan ekonomi Malaysia bagi membolehkan semua pihak mendapat manfaat daripada kemakmurannya.

Beliau berkata, inistiatif “kemakmuran bersama” yang diperkenalkan oleh kerajaan baru-baru ini akan memastikan tiada kelompok yang diabaikan atau terbiar miskin sewaktu negara berkembang maju.

“Maka sebab itulah, dengan adanya pandangan baru (kemakmuran bersama) yang dikemukakan, kerajaan berharap dalam tempoh 10 tahun, seawal-awalnya 10 tahun, kepincangan yang berlaku dalam masyarakat dan negara, terutama dari segi penguasaan ekonomi, akan dapat kita perbaiki,” katanya dalam satu program di Muar.

Pada 15 April, pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Daim Zainuddin dilaporkan berkata pada satu majlis di Kuala Terengganu bahawa kerajaan memerlukan 6 bulan untuk membaiki kerosakan yang ditinggalkan oleh kerajaan sebelum ini dan mengembalikan negara ke landasan yang sepatutnya selepas PH mengambil alih kerajaan pada Mei tahun lepas.

Katanya, PH perlu berdepan dengan rakyat dan memberikan penjelasan yang tepat apabila diperlukan, terutama isu berkaitan ekonomi supaya orang ramai faham keadaan yang dihadapi.

“Saya fikir kerajaan memerlukan 6 bulan lagi untuk membaiki keadaan, bukan sahaja dari segi pembangunan ekonomi, tetapi juga isu lain. Rakyat perlu faham perkara ini.”

Di satu sudut lain, Menteri Kewangan Lim Guan Eng, beberapa kali berkata, beliau yakin Malaysia akan kembali menjadi sebuah kuasa ekonomi dalam tempoh 3 tahun lagi.

Pada 19 Mac beliau berkata, terdapat perkembangan positif berikutan peningkatan pelaburan asing.

“Angka ekonomi makro sepanjang tahun lepas adalah positif dan kita yakin untuk kembali kepada status ekonomi Harimau Asia dalam tempoh 3 tahun,” kata Lim.

Beliau berkata, pelaburan asing langsung (FDI) meningkat 48% tahun lepas, tetapi pelaburan dalam negeri merosot 17% dalam tempoh yang sama.

“Hubungan pelaburan lebih baik dengan China menyaksikan pelaburan dari negara itu meningkat dari RM5 bilion setahun lepas ke RM20 bilion.”

Lim berkata, pelabur asing juga mula kembali selepas menjauhkan diri kerana skandal 1MDB.

Beliau sebelum itu berkata, hasil kerajaan persekutuan dijangka berkurang sebanyak RM21 bilion berikutan penghapusan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Najib mahu GST dikekalkan bagi mengukuhkan ekonomi.

MR :  PH kena jawab persoalan Najib bukan mencari kesalahan untuk dihukum dengan manipulasi perkara kecil



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/05/kenapa-tempoh-pemulihan-ekonomi-saling.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ekonomi Menyedihkan Sepanjang Setahun Najib

Ekonomi Menyedihkan Sepanjang Setahun Najib

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 408 hits
Najib Razak KUALA LUMPUR Ekonomi negara dalam keadaan yang menyedihkan dalam tempoh setahun pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan menurut Datuk Seri Najib Razak Bekas perdana menteri itu berkata sepanjang tempoh tersebut mata wang ringgit t...
Najib Tanya Kenapa Harga Kamera Aes Lagi Mahal Dari Zaman Bn

Najib Tanya Kenapa Harga Kamera Aes Lagi Mahal Dari Zaman Bn

papar berkaitan - pada 18/5/2019 - jumlah : 462 hits
KUALA LUMPUR Kesediaan kerajaan Pakatan Harapan menambah kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik di semua lebuhraya tidak terlepas daripada kritikan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Beliau mendapati harga sebuah kamera AES mening...
Kit Siang I Never Accused Najib Of Murders

Kit Siang I Never Accused Najib Of Murders

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 321 hits
Najib Razak Siapa ingat dokumentari 1 jam yang disiarkan hampir 4 tahun dahulu di mana rakyat Malaysia menyebarkan propaganda mereka bahawa saya adalah pembunuh Altantuya Murder in Malaysia kata mereka Najib pembunuh tuduh mereka Siapa yang...
Baju Raya Mahal Bukan Najib Tapi Peniaga Yang Kata

Baju Raya Mahal Bukan Najib Tapi Peniaga Yang Kata

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 885 hits
MALAYSIAKINI Bekas perdana menteri Najib Razak mengetengahkan isu kenaikan kos jualan peniaga baju raya Beliau berkongsi sebuah laporan yang memetik seorang peniaga sebagai berkata kos jualan telah meningkat sehingga 40 peratus pada tahun i...
Bicara Kes Najib Irwan Berlangsung 52 Hari Mulai 6 Jan 2020

Bicara Kes Najib Irwan Berlangsung 52 Hari Mulai 6 Jan 2020

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 414 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan selama 52 hari bermula 6 Jan tahun hadapan untuk perbicaraan kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah...
Mahkamah Tetapkan 52 Hari Bermula 6 Januari Sebagai Tarikh Bicara Kes Najib Dan Irwan Berlangsung

Mahkamah Tetapkan 52 Hari Bermula 6 Januari Sebagai Tarikh Bicara Kes Najib Dan Irwan Berlangsung

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 382 hits
foto sumber internetKUALA LUMPUR 14 Mei Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan selama 52 hari bermula 6 Jan tahun hadapan untuk perbicaraan kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri ...
Kos Ecrl Ikut Logik Ph Mereka Samun Berbilion Bilion Bidas Najib

Kos Ecrl Ikut Logik Ph Mereka Samun Berbilion Bilion Bidas Najib

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 319 hits
Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak membidas kerajaan Pakatan Harapan dalam isu kos sebenar projek Laluan Rel Pantai Timur Dalam hantaran di Facebook Najib dengan sinis berkata PH samun RM15 bilion apabila mereka bersetuju kos ECRL diteta...
Kisah Pokok Tumbang Depan Rumah

Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Main Bunga Api Waktu Siang Pun Boleh

Loko Pemuda Chord

Bangun Subuh Hafazan Malam Latihan Berkuda Petang Beginilah Heba Dilatih Jadi Juara Hidup

Keputusan Spm 2024 Diumumkan 24 April 2025

Ketua Editor Pereka Grafik Akhbar Tempatan Ditahan Untuk Siasatan Sudah Dibebaskan

Send Unlimited Emails With 100 Delivery


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jadikan Gambar Kepada Anime Gibli

Cinta Diri

Malaysians Respond To Us Tv Host S No Money Comment By Calling His Mother Green

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Kahwini Wanita Tempatan Warga Asing Nikmati Hidup Mewah Dengan Pendapatan Rm55 000 Sebulan

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh