Kenapa Sjkc Di Sarawak Bertegas Guna Bahasa Mandarin Ajar Sains Matematik


Gambar hiasanCikgu Mohd Fadli Salleh sekali lagi melontarkan pandangan beliau berkenaan SJKC yang menolak ntuk menggunakan Bahasa Inggeris di sekolah mereka untuk pembelajaran Sains dan Matematik. Sekolah berkenaan untuk rekod akan mengekalkan dengan menggunakan Bahasa Mandarin bagi tujuan tersebut.
Kenapa SJKC di Sarawak tidak mahu terlibat sama untuk mengajar murid mereka menggunakan Bahasa Inggeris tahun depan?

1. Pandangan kuat saya mengatakan bukan kerana pada mereka English tidak bagus. Bukan. Bukan itu sebabnya.

2. Pada saya mereka ingin memudahkan murid-murid mereka faham dengan Matematik dan Sains.

3. Majoriti murid SJKC adalah dari kaum Cina itu sendiri. Bahasa pertuturan utama kaum Cina adalah Bahasa Cina. Bahasa Malaysia atau English menjadi bahasa kedua dan ketiga.
4. Memberi penerangan, memberi tunjuk ajar dalam sesuatu topik, jika terus murid faham pastinya lebih cepat mereka dapat. Bayangkan begini,

"Today we will learn about multiplication. You must remember, multiplication is repeated addition."

Lebih separuh murid tahun 1 dalam kelas menganga. Sepatah haram mereka tak faham. Maka guru kena terangkan pada murid dalam Bahasa Malaysia pula,

"Cikgu kata. Hari ini kita akan belajar pendaraban. Darab ini ialah penambahan berulang."

Nampak tak disitu ada pembaziran masa untuk translate apa yang diajar dahulu? Jadi masa mengajar yang sepatutnya sejam, hanya setengah jam dapat sampaikan ilmu. Setengah jam lagi habis untuk translate semula apa yang diajar.

5. Ini yang berlaku dikebanyakan sekolah sewaktu pelaksanaan PPSMI diwajibkan suatu ketika dahulu. Masa yang dibazirkan untuk translate itu sangat berharga dan sepatutnya diguna sepenuhnya untuk mengajar topik tersebut. Bukan untuk translate!

6. Jadi pada saya sebagai guru Matematik, sangat perlu mengajar dalam bahasa yang difahami murid-murid untuk memudahkan mereka faham seterusnya menguasai topik tersebut.

Tak kisahlah bahasa apa pun. Jika murid di sekolah itu datangnya dari kaum Kadazan, guna bahasa dan istilah Kadazan untuk memberi faham dan mengajar. Jika datang dari kaum Iban, guna bahasa Iban. Dan jika dari kaum India, guna sahaja bahasa India.

Fokusnya untuk memberi faham, bukan fokusnya untuk menguasai bahasa lain.
Jadi saya sebagai guru Matematik tiada pertikaian dan tiada masalah jika SJKC dan SJKT berkeras ingin ajar Matematik dan Sains dalam bahasa ibunda mereka.

Kerana saya sangat yakin mereka ingin memudahkan murid-murid mereka faham selain mengelakkan pembaziran masa untuk translate setiap penerangan dalam bahasa ibunda pula.

7. Pejuang Bahasa Malaysia mungkin akan berbeza pendapat dalam isu ini. Mereka mungkin memperjuangkan agar seluruh sekolah di Malaysia menggunakan Bahasa Kebangsaan untuk memupuk semangat perpaduan selain memperkasakan Bahasa Malaysia.

Terpulanglah. Itu bukan perbahasan utama dalam artikel kali ini. Itu kita bahaskan semula dalam artikel yang lain.

8. Kalian boleh rujuk pada semua screenshot yang saya sertakan ini. Bahawa sangat ramai guru-guru yang setuju, untuk mudah memberi faham kepada murid (dalam subjek Matematik khususnya), pengajaran dalam bahasa yang difahami murid itu sangat penting.

9. Kesimpulannya, keputusan untuk mengajar Matematik (khususnya) dan Sains dalam Bahasa Inggeris perlu dikaji dengan cermat.

Saya tidak menulis artikel ini untuk ditujukan pada negeri Sarawak sahaja, tetapi untuk pendidikan di seluruh Malaysia.

Jika Bahasa Inggeris itu bahasa utama dan sememangnya menjadi bahasa perbualan rakyat di sana, sebagai guru Matematik saya tiada bantahan untuk diteruskan.

Namun jika sebaliknya, haruslah kita teliti dengan cermat dan mendalam agar murid-murid tidak dijadikan bahan eksperimen seterusnya kita pula menanggung kerosakan jangka panjang.
Fokus utama artikel ini adalah memberi faham kepada murid dalam subjek Matematik.

Suka saya tegaskan, artikel ini tiada kaitan dengan politik, sentimen perkauman atau sebagainya.

Kalian datanglah berdiskusi secara ilmiah di sini. Tolong elakkan komen yang bersifat politik, perkauman dan keagamaan.

Kita satu Malaysia. Dan saya hanya ingin yang terbaik untuk generasi kita yang akan datang.

Itu sahaja. Sekian, terima kasih.

*****************
Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis. Ia tidak mewakili mana-mana pihak, tidak mewakili sekolah, daerah, jabatan mahupun KPM.

Hanya artikel ilmiah dari seorang guru Matematik sekolah rendah yang cintakan dunia pendidikan dan mahu pendidikan negara kita terus maju dan terbilang.

Mohd Fadli Salleh.
#MFS
- Bicara warga bawahan. Moga-moga dipertimbangkan -


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2019/05/kenapa-sjkc-di-sarawak-bertegas-guna.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bahasa Mandarin Vs Matrikulasi

Bahasa Mandarin Vs Matrikulasi

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 173 hits
Dr Zaharuddin Abd Rahman Teguran hanya sebaris ayat oleh menteri pendidikan cetus kontroversiMENJADIKAN syarat boleh berbahasa MANDARIN bagi jawatan guru bahasa Mandarin atau bagi subjek berbahasa pengantar mandarin adalah BOLEH diterima Se...
Pengalaman Menjadi Tutor Matematik Ajar Kelas Tusyen Addmath Calculus Statistik

Pengalaman Menjadi Tutor Matematik Ajar Kelas Tusyen Addmath Calculus Statistik

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 564 hits
Pengalaman Menjadi Tutor Matematik Ajar Kelas Tusyen Addmath Calculus Statistik Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua Saya dah jadi tutor Math and Matematik Tambahan selama hampir 4 tahun Dalam masa itu ramai yang tanya macam mana pen...
Khutbah Jumat Singkat Bahasa Jawa Ramadhan Akan Meninggalkan Kita

Khutbah Jumat Singkat Bahasa Jawa Ramadhan Akan Meninggalkan Kita

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 2828 hits
KHUTBAH JUM AT SINGKAT BAHASA JAWAAKHIR BULAN ROMADHONKemuliaan Ramadhan semakin jelas bila ilihat dari khutbah Nabi SAW Wahai manusia Sesungguhnya kamu dianugerahi bulan yang besar lagi penuh berkah yaitu bulan yang di dalamnya ada satu ma...
Khutbah Idul Fitri Bahasa Jawa 2019

Khutbah Idul Fitri Bahasa Jawa 2019

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 927 hits
KHUTBAH IDUL FITRI 2019ROMADHON SAMPUN NILARAKEN KITOHari ini kalimat takbir dari mulut umat Islam bergema di mana mana Hal ini dilakukan sebagai ungkapan syukur yang bercampur gembira lantaran mereka telah ber idul fitri atau kembali kepad...
Rakyat Harus Faham Bahasa Counter Terrorisme Mohamad Sabu

Rakyat Harus Faham Bahasa Counter Terrorisme Mohamad Sabu

papar berkaitan - pada 3/6/2019 - jumlah : 469 hits
Setiausaha Akhbar Menteri Pertahanan Mohamad Sabu Amin Shah Iskandar ketika mempertahankan ucapan yang dibuat bosnya berkata istilah father and mother merupakan terma yang biasa digunakan dalam aktiviti counter terrorisme Istilah yang digun...
Niat Mandi Idul Fitri Dalam Bahasa Arab Latin Dan Terjemahannya

Niat Mandi Idul Fitri Dalam Bahasa Arab Latin Dan Terjemahannya

papar berkaitan - pada 4/6/2019 - jumlah : 338 hits
Hari Raya Idul Fitri 2019 datang lusa nanti Banyak amalan yang sunah dikerjakan salah satunya mandi Hari Raya Idul Fitri Berikut niatnya Mandi sebelum Idul Fitri merupakan jenis mandi yang disunahkan oleh Rasulullah SAW Selain mandi sebelum...
Youtuber Atta Halilintar Muncul Di Soal Ujian Bahasa Indonesia Tingkat Sd

Youtuber Atta Halilintar Muncul Di Soal Ujian Bahasa Indonesia Tingkat Sd

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 249 hits
Plt Kepala Dinas Pendidikan Kota Serang Wasis Dewanto menilai pemilihan sosok Atta dalam soal ujian ini dinilai kurang pantas apalagi untuk soal pelajaran bahasa Indonesia
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


W69 Slot

Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia