Bahasa Mandarin Vs Matrikulasi


Dr Zaharuddin Abd Rahman Teguran hanya sebaris ayat oleh menteri pendidikan cetus kontroversi


MENJADIKAN syarat boleh berbahasa MANDARIN bagi jawatan guru bahasa Mandarin atau bagi subjek berbahasa pengantar mandarin, adalah BOLEH diterima. Sebagaimana syarat boleh berbahasa Arab bagi jawatan guru bahasa Arab atau matapelajaran Syariah & Usuluddin yang bahasa pengantarnya Arab.
Menjadikan syarat MANDARIN bagi jawatan korporat di sektor swasta hanya kerana pelanggan syarikat majoritinya mandarin, adalah TIDAK PATUT berlaku di sebuah negara bernama Malaysia yang bahasa ibundanya Malaysia & bahasa antarabangsanya Inggeris.
Malah meletakkan itu sebagai kewajiban boleh dikatakan sebagai ‘racist’ kerana majoriti bangsa yang boleh berbahasa Mandarin adalah bangsa Cina.
Sebagaimana juga tidak wajar menjadikan bahasa Arab sebagai syarat jawatan korporat sektor korporat seperti di institusi kewangan Islam, namun itu tidak pun berlaku sehingga pelbagai bangsa & agama boleh bertugas di perbankan Islam, semua bergantung kepada merit utama iaitu pengetahuan.
Bahasa Melayu/Malaysia sebagai syarat?
Namun jika menjadikan Bahasa Malaysia sebagai syarat semua jawatan korporat di sektor awam dan swasta dalam negara Malaysia?, ia sentiasa WAJAR kerana ia bahasa bagi negara Malaysia. Ia juga bukan ‘racist’ tetapi patriotik.  
Pengalaman saya melihat negara republik Czech menterjemah hampir semua buku termasuk novel antarabangsa ke bahasa ibunda mereka bagi menjaga jati diri negara dan sama-sama berbangga dan menaikkannya, suasana hampir serupa berlaku di Jerman.
Dapat matrikulasi dan IPTA tapi tak ada kerja?
Jika matrikulasi diraih oleh majoriti Melayu, ya mereka berpeluang mendapat pendidikan tinggi di IPTA, tetapi setelah graduasi mereka dinafikan bertugas di sektor swasta kerana tiada bahasa Mandarin atau bukan berbangsa Cina, disebabkan syarikat swasta dikuasai pemilik bercakap Mandarin, itulah yang menjadi isu sekarang ini yang MENCETUS TIDAK PUAS HATI sebahagian orang Melayu. Iaitu ketidakseimbangan graduasi dan bukaan peluang pekerjaan.
Tidak dapat dinafikan, agak banyak syarikat besar dari usahawan berbangsa Cina yang berjaya berbanding syarikat milik Bumiputera. Lihat sahaja peratusan pemegang ekuiti saham mereka di syarikat besar senaraian awam di Bursa Malaysia. Tahun 2017, pemilikan ekuiti individu Bumiputera di Bursa Malaysia hanya 4-5%.
Lantaran itu, isu bahasa Mandarin sebagai syarat kerja di sektor swasta itu amat dirasai oleh masyarakat Melayu Islam.
Matrikulasi terhad untuk mereka pula
Bangsa selain Melayu pula TIDAK PUAS HATI JUGA kerana peluang mereka ke matrikulasi sangat terhad dan BUKAN SEMUA MEREKA dari keluarga kaya yang mampu ke IPTS.
Sefaham saya, YB Menteri Pendidikan dan Kementerian Pendidikan CUBA melayan rungutan ini dan mengimbangi antara kuota dan kerumitan tekanan politik dengan menambah jumlah pelajar ke matrikulasi sekali gus bertambah juga bilangan bangsa selain Melayu yang akan diterima ke matrikulasi.
Itu bagi memastikan agar kuota Melayu tidak berkurang apabila ditambah kuota bangsa lain serta MENGELAK kecaman politik dari masyarakat Melayu.
Memang jelas dari statistik pendapatan antara kaum di Malaysia, bangsa Melayu yang merupakan majoriti masih memerlukan kuota matrikulasi bagi membesarkan sedikit peluang mereka bersaing dalam dunia kerjaya swasta. Ini BUKAN rasis tetapi berdasarkan keperluan dan statistik.
Masalah bangsa sememangnya rumit dan diplomasi serta tolak ansur sentiasa perlu di kehadapankan dari memastikan masyarakat kita boleh sama-sama melangkah ke hadapan, merapatkan jurang ekonomi antara bangsa-bangsa utama dalam negara.
Mereka yang bermasalah serta masih terkebelakang, perlukan sedikit pertolongan melalui kuota dan subsidi manakala yang sudah di depan perlu pula berjiwa besar dan tidak hanya berlari terus membawa hanya orang-orang yang sebangsa dengannya. Itu hanya akan menambah prejudis dan melebar jurang.
Tiada kayu magis untuk menyelesaikan kemelut ini. Hanya sekadar berkongsi sudut pandangan. Namun, saya SOKONG kenyataan YB Menteri Pendidikan yang menegur dalam hanya sebaris ayat perihal syarat bahasa Mandarin yang mencetus kontroversi.
Walau sebenarnya, tapisan sebahagian pasaran sektor swasta bukan sahaja boleh dibuat dengan meletakkan syarat Mandarin, malah ada iklan kerja yang tiada terlihat syarat itu, namun syarikat tetap menapis secara internal dan mengetepikan semua yang berlainan bangsa dengan pemilik syarikat.
Cuma, apabila ia sudah sampai diletak dalam syarat, itu menunjukkan kurang sensitivi semakin menebal tahun demi tahun. Itu patut diubah, TIDAK mengubahnya adalah ‘rasis’.
*Dr Zaharuddin Abd Rahman, Presiden NGO MURSHID



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/05/bahasa-mandarin-vs-matrikulasi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Matrikulasi Pemuda Dap Saran Kerajaan Utamakan B40

Matrikulasi Pemuda Dap Saran Kerajaan Utamakan B40

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 361 hits
Ketua Pemuda DAP Howard Lee memohon Kementerian Pendidikan menyelesaikan ketidaksamarataan dalam status quo di bawah sistem penapisan untuk peperiksaan matrikulasi PETALING JAYA Pemimpin Pemuda DAP menyarankan kerajaan mengutamakan golongan...
Kuota Matrikulasi Ketegasan Maszlee Tepati Perlembagaan

Kuota Matrikulasi Ketegasan Maszlee Tepati Perlembagaan

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 261 hits
Harap menteri pendidikan PM istiqamah pertahan hak orang Melayu Ketua Eksekutif Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia Mohd Zai Mustafa BANGI Ketegasan Menteri Pendidikan Maszlee Malik mempertahankan isu kuota Program Matrikulasi baru...
Peningkatan Tempat Matrikulasi Tidak Jejas Lepasan Stpm Kpm

Peningkatan Tempat Matrikulasi Tidak Jejas Lepasan Stpm Kpm

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 256 hits
PUTRAJAYA Pertambahan sebanyak 15 000 tempat untuk program Matrikulasi yang diputuskan Kabinet baru baru ini tidak akan menjejaskan pengambilan lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia ke peringkat ijazah pertama di universiti awam Kement...
Kuota Matrikulasi Pas Sokong Pendirian Menteri Pendidikan Dr Maszlee

Kuota Matrikulasi Pas Sokong Pendirian Menteri Pendidikan Dr Maszlee

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 428 hits
Dewan Pemuda Pas Perak mempersoalkan sikap pemimpin Melayu Islam dalam kerajaan Pakatan Harapan yang berdiam diri seolah olah takut untuk memberikan komentar dalam isu membabitkan kuota matrikulasi Ketuanya Ahmad Faisal Mohd Puait berkata m...
Matrikulasi Kerajaan Ph Perlu Tegas Dan Tidak Berkompromi Dengan Desakan Mana Mana Pihak

Matrikulasi Kerajaan Ph Perlu Tegas Dan Tidak Berkompromi Dengan Desakan Mana Mana Pihak

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 168 hits
KUALA LUMPUR 23 Mei UMNO Bahagian Shah Alam menyeru agar kerajaan pusat tegas dan tidak berkompromi berhubung kontroversi yang timbul sejak akhir akhir ini berhubung pengambilan pelajar Matrikulasi Ketuanya Datuk Azhari Datuk Shaari berkata...
Sentimen Anti Matrikulasi Memeningkan Dr Maszlee

Sentimen Anti Matrikulasi Memeningkan Dr Maszlee

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 235 hits
Ketika isu kuota 90 untuk kemasukan pelajar Bumiputera ke matrikulasi menjadi isu sensasi bulan lalu Kementerian Pendidikan membawa isu itu ke kabinet untuk dibuat keputusan Keputusannya mudah bilangan kemasukan pelajar ke program matrikula...
Matrikulasi Umno Kecewa Maszlee Teruja Cadangan Pemuda Dap

Matrikulasi Umno Kecewa Maszlee Teruja Cadangan Pemuda Dap

papar berkaitan - pada 27/5/2019 - jumlah : 290 hits
May 27 2019 8 13 AMNaib Presiden Umno Khaled Nordin PETALING JAYA Umno berkata pihaknya kecewa dengan keterujaan Menteri Pendidikan Maszlee Malik menyambut gesaan Pemuda DAP berhubung isu matrikulasi Naib Presiden Umno Khaled Nordin berkata...
Polemik Kuota Matrikulasi Tolak Sentimen Palsu Dap

Polemik Kuota Matrikulasi Tolak Sentimen Palsu Dap

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 342 hits
Husain AwangKUALA LUMPUR Kuota kemasukan ke matrikulasi bukan isu besar jika semua pihak terutama DAP memahami dan menghormati suatu elemen penting dalam pembentukan negara iaitu kontrak sosial Ahli Dewan Negara Senator Husain Awang berkata...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation