Pengalaman Menjadi Tutor Matematik Ajar Kelas Tusyen Addmath Calculus Statistik


Pengalaman Menjadi Tutor Matematik, Ajar Kelas Tusyen Addmath, Calculus & Statistik | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Saya dah jadi tutor Math and Matematik Tambahan selama hampir 4 tahun. Dalam masa itu.. ramai yang tanya macam mana pengalaman menjadi tutor matematik dan mengajar kelas tusyen addmath? Macam mana handle kelas tutor? Susah tak ajar subjek math & addmath? Mengajar student sekolah darjah dan tingkatan berapa? Pelajar sekolah je ke? Pelajar kolej, matrik or universiti ada tak? Apa tips untuk mereka yang baru ingin menceburkan diri dalam bidang private tutoring? Bagaimana untuk meletakkan upah mengajar? per jam, per month or per class? Lokasi terbaik untuk mengadakan kelas (buat di rumah sendiri/ datang ke rumah pelanggan)? Bahan pengajaran yang digunakan (buku teks/ past year questions/ buku latihan/ modul pembelajaran sendiri)?
Perghh gitu list soalan nya hahahaha.
Okay meh saya cerita pengalaman saya, serba sedikit basic penting tutor class for a beginner, apa yang perlu buat dan beberapa tips how to be a home tutor..

PENGALAMAN MENJADI TUTOR MATEMATIK, ADDMATH
Macam mana boleh terjebak dengan home tuition ni?
Selepas habis degree di UPM selama 4 tahun pada tahun 2016, saya decide untuk bekerja instead of sambung Master. Mula mula memang lah saya semangat cari kerja kerajaan, swasta. Apply jawatan kosong sana sini. Bila dapat invitation untuk interview di luar kawasan Seremban, hmm abi saya yang sangat protective terhadap anak bongsu nya (iaitu saya haha) tak izinkan. Senang cerita abi susah nak lepaskan saya haha.
So dari situ lah.. Saya fikir untuk mengajar tusyen di rumah. Lagipun saya ni memang suka mengajar orang. Kat Matrik Selangor and UPM dulu pun saya suka ajar kawan kawan.

Itu lah 'asal usul' penglibatan saya di dalam 'industri' home tutor ni.
Kenapa pilih subjek Math & Addmath untuk diajar? Subjek lain tak ajar ke?
Okay.. the main reason why I teach math & addmath because I love these two subjects so much berbanding dengan subjek subjek lain hahaha. Saya ambil degree course Major Matematik di UPM. My SPM result in Modern Mathematics & Additional Mathematics was A+. So, thats why lah haha.
Subjek lain seperti Sains, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Agama.. minta maaf saya tak ajar. Saya hanya fokus pada subject yang related dengan maths SAHAJA.
Macam mana orang boleh tahu tentang kelas tutor math & addmath Sayidah Napisah?
Awal awal tu memang takde yang tahu lah kan haha. So saya promote habis habisan di sosial media FACEBOOK. Saya post di group group FB Negeri sembilan, seremban, ampangan, Seremban 2, senawang, sikamat, rembau, nilai. Haa tak cukup group N9, group negeri lain pun saya post haha. Sebab nak sebarkan tentang my personal tutor class.MY POSTER - TUTOR MATEMATIK, ADDMATHSelain FB, of course le saya promote juga di blog. Apa guna jadi blogger tapi tak manfaatkan blog sendiri kan? Hahaha. In fact, war warkan di blog is one of the most effective way to promote any kind of business. Sebab bila buat entri di blog automatic akan keluar di carian enjin seperti Google, Yahoo.

Orang sekarang kan kalau nak cari apa apa, mesti search kat Google kan? Haa so you know what I mean hehe.
Dan ia memang terbukti because.. Ada mak/ayah student yang contact saya beritahu mereka tahu tentang kelas tusyen saya dari Google. Alhamdulillah.
BACA JUGA:
Anak Murid Tutor.. Math Trial PT3 dapat C, Matematik PT3 Sebenar dapat A!
TUTOR CLASS/ KELAS TUSYEN STYLE SAYIDAH NAPISAHPengalaman Menjadi Tutor Matematik, Ajar kelas Tusyen AddmathBuat kelas tutor kat mana? - di rumah saya (i mean my parents' house haha). Lokasi: Seremban, Negeri Sembilan.
Datang ke rumah student atau.. ? - memandangkan saya takde transport & abi tak izinkan pergi ke rumah student, so.. Student lah yang datang ke rumah saya. Ada je yang minta saya datang ajar ke rumah mereka, tapi.. dah abi tak kasi. Nak buat acamno. Cakap ayah kena lah dengar kan. Baru berkat hee.
Tapi kalau rumah pelajar tu dekat dengan rumah saya, haa saya akan pergi mengajar di rumah mereka. Contohnya kalau area Warisan Puteri, Taman Seremban Putra.
Ajar subjek apa? Cover untuk tingkatan berapa? - dulu dulu time mula berkecimpung dalam bidang tutor ni, saya ajar macam macam juga. BI, sains bagai. Tapi sekarang saya memang fokus subjek berkaitan matematik sahaja. Math, addmath, math modern, calculus, statistics. And saya terima student dari almost semuaaa 'level'. Sek rendah, menengah, matrikulasi, diploma, ijazah, teknik or kolej. Yang lemah ke, sederhana ke sila sila.
Bila? - disebabkan saya full time tutor so.. Hari, masa pukul berapa semua terpulang pada mak ayah student. Kalau masa yang dia nak tu tak selisih dengan masa student lain, okay deal. Weekdays malam boleh, pagi boleh, hujung minggu boleh. Selalunya kelas penuh weekend la. Thats why bagi saya, saya 'kerja' sabtu ahad haha.
Berapa jam satu kelas? - bak kata saya tadi. Terpulang pada students. Kebiasaannya 1 jam atau 2 jam. Tapi ada je yang nak kelas 3 or 4 jam straight. Yang tu biasanya kes student yang susah nak datang (duduk asrama/ tinggal jauh) atau nak dekat exam. Contohnya, sorang student Calculus saya yang belajar kat Serdang. So dia datang sekali sekala tapi sekali dia datang, kelas 4 jam terus.
Ajar ramai ramai atau..? - Saya ajar secara personal. Means.. kelas one to one dengan student. Sebab kebanyakan mak ayah yang hantar memang nak saya ajar anak dia seorang sahaja. Supaya lebih fokus dan dia lebih mudah untuk bertanya jika tak faham.
Tapi ada juga kes yang parents nak hantar 2 orang anak sekaligus. Yang tu saya terima lah jika students adik beradik. Sebab kesian pula kat parents nak hantar 2 orang anak pada waktu yang berbeza beza.
BACA JUGA: Pengalaman Mengajar Addmath Pada Hampir 100 pelajar Form 4 di UiTM Penang
Berapa rate? Macam mana nak tetapkan? - bayaran berapa tu sebenarnya depends on tempat/negeri masing masing. Kalau saya kat seremban ni, rate takdelah semahal kat KL or Shah Alam. Saya charge RM20/jam for sek rendah. RM25/jam form 1-3. RM30/jam form 4&5. RM50/jam matrik/diploma/ijazah.
Memang kira per hour ke? Bukan per pax, per bulan or per class? - disebabkan saya ajar one to one, so saya charge per hour. Senang. Tapi kalau anda nak buat satu kelas ada 10 orang ke.. Maybe boleh kira per month or nak letak pakej harga sekian sekian ke.
Duit bayar pada hujung bulan atau lepas kelas? By cash or transfer online? - kalau saya.. Bayar CASH setiap kali selepas kelas habis. Tapi kadang akdang ada je yang request nak bayar pada hujung bulan (lepas dapat gaji). Boleh je. Tapi pastikan orang tu dipercayai la haha. Dan ada juga mak pelajar yang minta transfer online sebab takde duit pecah. I'm totally okay with that. So.. sebenarnya bab ni ikut budi bicara masing masing gitu.Pengalaman Menjadi Tutor Matematik, Ajar Kelas Tusyen AddmathGuna buku student atau sendiri punya? Ada modul ke? Bahan latihan cari kat mana? Silibus? - sebelum my first class dengan student, saya kebiasaannya akan minta mereka bawa kertas peperiksaan, buku tulis, buku teks, buku latihan (jika ada).
Daripada bahan yang student bawa, saya akan 'nilai' dulu dia berada di tahap mana. Jika lemah sangat sangat, saya akan ajar basic dulu tanpa bergantung sangat pada buku. Tapi ikut silibus la haha.
Atau tanya je direct kat student "mana topik yang awak rasa lemah? Atau bab mana yang tak faham langsung kat sekolah?". Tengok lah dia tunjuk kat topik mana. Dan kita pun kena bersedia lah untuk ajar on the spot. So, don't forget to study balik la ye subjek yang kita nak ajar.
Atau incase dapat student yang 'sopan' a.k.a pendiam bangatttt.. Bila kita tanya dia taknak jawab. So kaedahnya.. Suruh dia jawab soalan. Soalan mana nak ambil? bagi je soalan dari buku teks atau buku latihan yang dia bawa. Atau provide je soalan kita sendiri. Ikut style masing masing.
Phewww~ itulah details penting yang anda nak tahu. so pada sesiapa yang nak buat kelas tutor sendiri, harap dapat lah gambaran macam mana lepas baca ni hee. Goodluck!
Kalau ada soalan apa apa lagi, drop je kat komen okay?
Till next time, daa~ wassalam! :)
BACA JUGA: Tips Skor A Kertas Matematik (PT3 & SPM)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sayidahnapisah.com/2019/05/pengalaman-menjadi-tutor-matematik-ajar-kelas-tusyen-addmath.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Ajar Anak Tak Boleh Makan Dan Minum Je Masa Puasa Rugi Besar Kita

Jangan Ajar Anak Tak Boleh Makan Dan Minum Je Masa Puasa Rugi Besar Kita

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 628 hits
Selalu bila nak didik anak berpuasa mama papa selalu beritahu mengenai tak boleh makan dan minum sahaja kan Hakikatnya ada banyak lagi kita patut ajar dan beritahu secara perlahan lahan Jangan paksa Perkongsian lima tip oleh Dr Taufiq Razif...
Nak Mula Ajar Anak 4 Tahun Belajar Iqra

Nak Mula Ajar Anak 4 Tahun Belajar Iqra

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 467 hits
Hai Assalamualaikum Al Kisahnya nak cerita pengalaman ajar Ahmad Khalif baca Iqra Akhir bulan ni Khalif masuk 4 tahun Tahun depan dah nak sekolah dah Plan nak start serius ajar Khalif Iqra untuk persediaan tahun depan Yang saya nampak peran...
Menginjak 3 Tahun Anak Mula Tunjuk Kuasa Tempoh Ini Jangan Biar Tapi Kena Ajar

Menginjak 3 Tahun Anak Mula Tunjuk Kuasa Tempoh Ini Jangan Biar Tapi Kena Ajar

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 465 hits
Bila anak dah mula nak suruh kita ikut cakapnya sehingga apa yang ibu ayah arahkan dah tak mahu dengar maksudnya anak dalam fasa Misguided Power atau Power Seeking Behaviour Biasanya di usia dua tahun ke atas anak dah mula menunjukkan ciri ...
Najib Balas Pua Ajar Mengenai Pelaburan

Najib Balas Pua Ajar Mengenai Pelaburan

papar berkaitan - pada 21/5/2019 - jumlah : 281 hits
Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan perbezaan pelaburan asing yang berlaku semasa pentadbiran Barisan Nasional dan Pakatan Harapan kepada Ahli Parlimen Damansara daripada DAP Tony Pua yang bangga dengan pencapaian partinya Pua menerusi k...
Mandi Nak Lama Lama Pergi Taman Tak Mahu Balik Teknik Ini Ajar Anak Move On

Mandi Nak Lama Lama Pergi Taman Tak Mahu Balik Teknik Ini Ajar Anak Move On

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 490 hits
Mandi nak mandi lama lama Pergi playground tak nak balik Pergi supermarket nak lari ke sana ke mari Main mainan orang lain tak nak pulang Pergi kedai mainan nak bawa mainan keluar dari kedai Anak papa mama ada tak ciri macam ni Jika ada bac...
Bila Bawa Anak Keluar Ajar Dia Ini Sayur Apa Warna Apa Aunty Cina Kongsi Tip 2 Anaknya Berjaya Sehingga Master

Bila Bawa Anak Keluar Ajar Dia Ini Sayur Apa Warna Apa Aunty Cina Kongsi Tip 2 Anaknya Berjaya Sehingga Master

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 375 hits
Ilmu keibubapaan sebenarnya sangat luas anda boleh belajar dari ramai orang terutama sekali orang orang tua Pendidikan yang mereka terapkan dalam diri anak anak masih relevan untuk diguna pakai di zaman millennia ini Baca Selanjutnya Puan N...
What The F K Are You Doing Pelancong Kurang Ajar Berang Ditegur Kerana Mengemis Di Jonker Walk

What The F K Are You Doing Pelancong Kurang Ajar Berang Ditegur Kerana Mengemis Di Jonker Walk

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 388 hits
Viral di media sosial video sekumpulan pelancong asing yang menjual barangan cenderahati di Jongker Walk Melaka mengundang pelbagai reaksi netizen Bukan sahaja jelas melakukan kesalahan dan menyalahgunakan pas lawatan sosial di negara ini m...
Remaja Buli Oku Warga Emas Satu Kampung Turun Ajar

Remaja Buli Oku Warga Emas Satu Kampung Turun Ajar

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 610 hits
Viral di media sosial bilamana video berdurasi 1 24 minit memperlihatkan sikap kurang ajar remaja membuli sorang warga emas dipercayai Orang Kurang Upaya Video berkenaan juga mendapat kecaman netizen yang melihat video berkenaan dipercayai ...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation