Kenapa Perlu Ada Duta Khas Ke Timur Tengah Sedangkan Kita Ada Menteri Luar Ini Jawapannya


Sesungguhnya Tuan Guru Lebih Daripada Layak


1. Keputusan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melantik Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai Duta Khas ke Timur Tengah adalah satu keputusan yang bukan sahaja tepat, tetapi juga penting untuk kepentingan strategik negara – termasuk dalam situasi kita berhadapan krisis pandemik COVID-19.

2. Sesiapa yang mendalami kajian politik antarabangsa dan Asia Barat pasti akan bersetuju bahawa langkah ini cukup kritikal.

3. Ada yang bertanya mengapa kita memerlukan Duta Khas untuk Timur Tengah sedangkan kita sudah memiliki Menteri Luar iaitu Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

4. Jawapannya cukup jelas jika kita memahami orientasi dan hubungan politik luar kedua-dua Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan juga Datuk Seri Hishammuddin.

5. Datuk Seri Hishammuddin Hussein memiliki hubungan yang cukup erat dengan para pemimpin kerajaan monarki Arab seperti Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Bahrain, dan Kuwait.

TG Haji Hadi menemui bekas Presiden Iraq, Saddam Hussien dalam misi mendamaikan pertelingkahan didalam perang Iraq-Iran awal 1980an
6. Tuan Guru Abdul Hadi Awang pula cukup berpengalaman dan memiliki hubungan erat dengan gerakan Islamis di Timur Tengah seperti Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia, Ikhwanul Muslimin, Hamas Palestin, serta pelbagai gerakan Islam lain di Turki, Tunisia, Maghribi, Qatar, dan juga Iran – antara seteru monarki Arab.


TG Haji Hadi sering dijemput memberikan buah fikiran didalam persidangan Dunia Islam bagi mencari titik perdamaian dikalangan negara Islam.
7. Sinergi antara Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang memiliki hubungan erat dengan pemimpin monarki Timur Tengah dengan Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang memiliki hubungan mesra dengan para pemimpin dan gerakan Islamis ini pasti akan memberi manfaat kepada kepentingan strategik negara – termasuk dalam konteks kita berhadapan dengan COVID-19.

8. Sebagai contoh, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali (Ahli Parlimen PAS Kuala Nerus) telah berikrar untuk meneroka pasaran baru untuk industri sawit negara dan “bukan hanya bergantung kepada pasaran sedia ada sekarang iaitu minyak sawit melibatkan empat negara utama iaitu India, China, Eropah dan Amerika Syarikat”.

9. Di sini dalam potensi industri sawit sahaja kita boleh memanfaatkan sinergi Datuk Seri Hishammuddin Hussein dengan Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk membantu hampir sejuta rakyat Malaysia yang terlibat dalam bidang minyak sawit khususnya.

10. Begitu juga dalam isu Palestin dan Baitulmaqdis yang dijajah Zionis Israel serta disokong Amerika Syarikat.  Ketegasan Tuan Guru Abdul Hadi Awang bakal memposisikan Malaysia sebagai negara yang tidak mudah tunduk dengan imperialisme Zionis.

TG Haji Hadi sentiasa bertegas dengan prinsip kekacauan didalam negara Islam hanya akan menguntungkan Israel yang jelas musuh kepada seluruh umat Islam.
11. Jelas Perdana Menteri sendiri dalam kenyataan media beliau merujuk pada ketokohan Tuan Guru Hadi Awang yang bukan sahaja bekas Naib Presiden Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia, tetapi juga diiktiraf sebagai antara 500 Muslim Berpengaruh di Dunia bagi kategori Pendakwah dan Pembimbing Rohani dari The Royal Islamic Strategic Studies, Jordan pada 2016.

12. Tuan Guru Abdul Hadi Awang juga merupakan pemegang Ijazah Sarjana Sains Politik dari Universiti Al-Azhar (Mesir) dan Ijazah Sarjana muda Syariah dari Universiti Islam Madinah, Arab Saudi.

13. Ketika ramai masih terperangkap dengan pemikiran sempit yang hanya melihat geopolitik dengan pandangan hitam putih dua kutub sahaja yang kaku, jumud, dan rigid – seperti hanya antara ‘Iran vs Arab Saudi’, atau ‘Amerika vs Rusia’, atau ‘Iran vs Amerika’, ‘Syiah vs Sunni’, atau ‘Turki vs Syria’ semata-mata, Tuan Guru Abdul Hadi Awang jelas menegaskan sudut pandang kepentingan geopolitik Islam merentas negara-bangsa tertentu sahaja – bahkan bersifat fleksibel menurut keutamaan semasa.

14. Pendirian Tuan Guru Abdul Hadi Awang ini bersifat mengutamakan kelompok negara yang lebih utama dalam memberikan hasil positif kepada kepentingan politik Islam, tanpa meletakkan kebergantungan kepada satu kuasa semata-mata.

15. Dalam masa yang sama, beliau tidak hanya meletakkan sandaran kepada negara-negara Islam semata-mata, sebaliknya turut mendukung kerjasama dengan negara kuasa besar yang mampu mengimbangi kuasa besar yang lebih memudaratkan kepentingan politik Islam.  Jelas, Rusia ialah kuasa besar yang memberi lebih banyak manfaat kepada perjuangan politik Islam.

16. Ringkasnya, pendirian Tuan Guru Abdul Hadi Awang adalah seperti berikut: umat Islam perlu berusaha untuk mengimbangi pengaruh Amerika dengan Rusia.  Antara Iran dengan Amerika, umat Islam perlu memberi sokongan kepada Iran.  Hal ini cukup jelas kerana Iran membantu perjuangan Hamas dan Jihad Islam di Palestin, di samping mengimbangi Zionis yang disokong Amerika di Lubnan melalui Hezbollah. Namun begitu, umat Islam tidak hanya 100% bergantung pada Iran, tetapi juga perlu memberi sokongan kepada Turki dan Qatar serta negara-negara Islam lain yang menyokong perjuangan Islam.  Apa yang pasti, sokongan tidak diberi imperialisme Amerika serta Zionis Israel.

17. Iran pula seperti mana menurut Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendiri, “menunjukkan perubahan kerajaannya yang tidak terikat dengan Feqah Syiah yang fanatik dalam pemerintahannya kepada sistem Islam yang demokratik yang mereka sebut Wilayah Al-Faqeh”.  Hal ini jelas membezakan Iran di bawah Ayatollah Ruhollah Khomenei dahulu dengan Ayatollah Ali Khamenei hari ini.

18. Justeru seruan beliau: “Marilah kita bersatu menghadapi Israel dan sekutunya terlebih dahulu, kemudian selesaikan isu Sunni dan Syiah secara dalaman dan ukhuwwah dalam satu keluarga Islam dalam perkara rukun dan asas, walaupun berkhilaf cabangnya”.

19. Semoga Allah membantu Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam menjalankan tugas beliau sebagai Duta Khas Malaysia ke Timur Tengah.

Seeru A'la Barakatillah

Oleh: Abdul Muein Abadi
Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.krissmerah.com/2020/04/kenapa-perlu-ada-duta-khas-ke-timur.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+krissmerah+(Kriss+Merah.com+(Blogger+Melayu))

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Duta Khas Pm Ke Timur Tengah Lebai Hadi Menipu

Duta Khas Pm Ke Timur Tengah Lebai Hadi Menipu

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 811 hits
Gambar di bawah adalah petikan dari Surat Duta Khas PM Malaysia ke Timur Tengah kepada gerakan Islam bertarikh 22 Mac 2020 surat tersebut bertujuan untuk mempertahankan tindakan partinya menebuk atap bersama Azmin dan Muhyiddin tindakan itu...
Hadi Awang Dilantik Sebagai Duta Khas Pm Ke Timur Tengah

Hadi Awang Dilantik Sebagai Duta Khas Pm Ke Timur Tengah

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 348 hits
Presiden PAS Abdul Hadi Awang dilantik sebagai duta khas perdana menteri ke Timur Tengah bertaraf menteri Dalam satu kenyataaan Pejabat Perdana Menteri berkata lantikan itu dipersetujui oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin Hadi yang merupa...
Pas Bentuk Jawatankuasa Pantau Menteri Selepas Hadi Dilantik Duta Khas

Pas Bentuk Jawatankuasa Pantau Menteri Selepas Hadi Dilantik Duta Khas

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 285 hits
Presiden PAS Abdul Hadi Awang dilantik sebagai duta khas PM ke Timur Tengah PETALING JAYA PAS akan membentuk satu jawatankuasa penasihat berbentuk hisbah bagi memantau tugas dan menasihati anggota kerajaan daripada kalangan PAS supaya merek...
Belum Apa2 Duta Timur Tengah Dah Tertangkap Menipu

Belum Apa2 Duta Timur Tengah Dah Tertangkap Menipu

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 236 hits
Belum Apa2 Duta Timur Tengah Dah Tertangkap Menipu Surat bertarikh 26 March 2020 yang dihantar oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang kepada pemimpin pemimpin Gerakan Islam di atas cuba untuk menerangkan perubahan politik yang baru berlaku di...
Duta Khas Ke T Tengah T Kash Pm Pakatan Nasional M Sia

Duta Khas Ke T Tengah T Kash Pm Pakatan Nasional M Sia

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 365 hits
Weblog Ibnu Hasyim amat berterima kasih dan menghargai kepercayaan Perdana Menteri melantik Presiden PAS sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah Weblog ini sama seperti PAS yang merasakan perlantikan tersebut membolehkan Presiden ...
Tahniah Setelah Penat Menebuk Atap Dapatlah Habuan Jadi Duta Khas Taraf Menteri

Tahniah Setelah Penat Menebuk Atap Dapatlah Habuan Jadi Duta Khas Taraf Menteri

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 294 hits
Perlantikan Hadi Pas jilat ludah sendiri tidak kena pada masanya Tahniah Setelah penat menebuk atap dapatlah habuan jadi duta khas taraf menteri PH ke 8 tak habis lagi bagi ghanimah pada saat negara dilanda krisis terburuk Covid 19 kata Muj...
Duta Timur Tengah Lantik Tuan Guru Hj Hadi Langkah Tepat Prof Dr Azmi

Duta Timur Tengah Lantik Tuan Guru Hj Hadi Langkah Tepat Prof Dr Azmi

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 432 hits
BANGI 10 Syaaban 1441H Sabtu Pelantikan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah bertaraf menteri adalah satu keputusan yang tepat pada masanya kata Pakar Geostrategi Universiti Teknologi Malaysia Prof D...
Duta Khas Galaknya Mereka Serang Presiden Pas

Duta Khas Galaknya Mereka Serang Presiden Pas

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 265 hits
KELUAR pula cerita elaun Presiden PAS sebagai Duta Khas PM ke Timur Tengah Sebelum PRU14 mereka iaitu cybertroopers PH guna jumlah ini bagi menggambarkan betapa besarnya gaji diraih Menteri BN di Malaysia Tetapi selepas PH menang mereka men...
Perutusan Khas Prihatin Oleh Perdana Menteri

Perutusan Khas Prihatin Oleh Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 590 hits
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN yang berjumlah RM250 billion telah diumumkan pada pukul tiga petang semalam 27 Mac 2020 oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin yang akan memberi manfaat kepada semua Teks Ucapan perutusan Khas o...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip