Kenapa Penting Database
Orang bijak pandai kata, database is king. Database sangat
penting bila berniaga online.
Bila berniaga online, sesetengah kata ialah fesbuk. Ini adalah salah faham mengenai meniaga online. Facebook ialah media sosial. Berniaga online bukan semata-mata facebook. Ada database, sales tool, marketing tool,dan macam-macam lagi.
Apa jadi kalau facebook tutup? Cuba bayangkan apa akan jadiseseorang yang ada page Facebook, followernya sehingga berjuta? Ke mana pergi maklumat follower kita? Dah tentu milik pemilik facebook iaitu Mark Zukerbegh. Jika anda hanya bergantung kepada facebook, pastilah menangis tak berlagu jika account Facebook anda musnah sekelip mata. (ini hanya andaian, supaya nampak lebih jelas)
Pernah guru saya bercerita, beliau berpengalaman buat bisnes sejak tahun 2006 lagi. Waktu tu zaman Friendster. Ada yang kenal Friendster? Jika anda kenal, ketahuilah anda sudah tua..hehe.. Ok baiklah, kita sambung semula. Guru saya mempunyai income sehingga 6-7k sewaktu orang lain baru mengenali Friendster.
Tetapi apa terjadi pada tahun 2010? Friendster hilang sama sekali. Apabila muncul Facebook, income dari Friendster beliau jatuh sehingga menjadi KOSONG. Nampak tak betapa bezanya?
Jadi apa pengajaran yang dapat kita ambil?
Inilah yang saya nak tekankan KENAPA PENTINGNYA DATABASE.
Database boleh terdiri daripada nama, no telefon, dan email. Kita ada database kita sendiri yang disimpan sama ada dalam Excel, GoogleSheet, atau sebagainya. Database inilah benda yang sangat berharga sebagai usahawan. Jika apa-apa berlaku, kita boleh guna semula database yang kita ada untuk kita hubungi, membuat promosi dan buat jualan.
Boleh nampak tak kepentingannya?
Jadi sebab tu ramai usahawan online yang berjaya, mereka sangat mementingkan database. Tak dinafikan, email marketing adalah tools yang berkesan sepanjang zaman untuk digunakan bagi membuat jualan di online. Email marketing menggunakan database nama dan email untuk menghubungi bakal pelanggan.
Jika anda berniaga online, pastikan anda fikirkan tentang perkara ini. Sudah berapa lama anda berniaga? Ambil langkah untuk memberi perhatian terhadap setiap database yang datang kepada anda. Setiap pelanggan yang pernah membeli dari anda adalah aset anda.
Nak belajar cara kutip database melalui website? Saya kongsikan dalam artikel saya.. CARA KUMPUL DATABASE.
Semoga bermanfaat.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://rafiqhasrudin.com/kenapa-penting-database/