Berhati Hati Dengan Penyakit Kencing Tikus Penting Untuk Ketahui Faktor Tanda Rawatan Dan Langkah Pencegahan



Berhati - hati Dengan Penyakit Kencing Tikus, Penting Untuk Ketahui Faktor, Tanda, Rawatan Dan Langkah Pencegahan || Penyakit kencing tikus? Pernah dengar kan. Rasa kena share la jugak kisah untuk perkongsian bersama dan supaya kita berhati - hati juga dengan penyakit kencing tikus. Terasa seram sejuk jugak bila dengar kisah betul - betul huu. Tiba - tiba pulak teringat baru -baru ini ada tonton rancangan 999, ada satu kes, pihak berkuasa pergi serbu restoran mamak tak silap, masuk dapur terus.

Tengok suasana dapur terus rasa macam nak termuntah. Kotor nya dapur. Tempat luar makan nampak kemain bersih. Masuk dapur rasanya macam dah loya tekak. Kru 999 ada pergi dekat satu peti ini, dia buka peti sejuk dan dia cakap bau hancing kencing tikus, Atas tempat peti masuk tu, penuh t*** tikus. Lagi la loya tekakku huu. Tak boleh nak bayangkan, kalau pelanggan hanya tahu makan, tapi kebersihan di dapur tak terjaga. Malah lebih lagi boleh menjadi bawaan penyakit atau pun wabak yang berpunca dari haiwan seperti tikus. Nasib baik, kat part tu video diblurkan.

Dan satu lagi pihak berkuasa tanya, sebab ada nampak macam telur ayam bersusun dalam kotak kertas tu kan. Dia tanya pekerja, telur ni basuh tak sebelum guna, pekerja tu cakap tak basuh terus pecahkan masuk dalam kuali. Kalau korang ada tonton rancangan 999 yang lepas, korang boleh tahu la berapa kotornya restoran tu. huu

Baru - baru ini, ada mendapat perkhabaran berita jiran dekat rumah masuk hospital kena tahan wad. Sampai satu tahap jiran tak sedarkan diri, dan dalam banyak hari juga doktor tak boleh nak sahkan sakit apa. Akhirnya doktor ambil peluang terakhir nak ambil air tulang belakang, sebab dah tak tahu sakit apa.

Selepas ambil air tulang belakang, baru tahu sebenarnya dah terkena penyakit kencing tikus. Alhamdulillah buat masa sekarang nampak makin baik, Abah ada pergi melawat kali kedua, jiran ada bagi tahu yang dia banyak makan kat luar.Kemungkinan kat tempat dia makan, makanan dah tercemar  Itu pun rasa salah satu sebab, penyakit kencing tikus.

Terasa seram jugaklah bila dengar pasal makan kat luar tu, kadang- kadang faham jugak kekangan masa, lebih lagi yang bekerjaya bukan senang, memang makan kat luar dah la kan. Sebenarnya penyebab sakit ni banyak sangat, bila dengar penyakit kencing tikus, gigih juga search cari nak tahu info lanjut pasal kencing tikus :(.

Terjumpa lah maklumat di laman web ini, Tolong ambil perhatian ya, jangan buat main - main dengan penyakit ini.

PENYAKIT KENCING TIKUS ATAU LEBIH DIKENALI DENGAN LEPTOSPIROSIS

Penyakit kencing tikus atau juga dikenali dengan nama sainsnya Leptospirosis ialah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Leptospira yang disbarkan melalui haiwan. sekiranya tidak dirawat segera, penyakit ini boleh merebak dan membawa maut. Bila dapat tahu bakteria ini bukan hanya datang dari tikus, maksudnya di sini, haiwan peliharaan atau liar juga boleh menjadi perumah kepada bakteria ini. Seram pulak dengar huu.

Bakteria ini boleh menjangkiti anjing, tikus dan haiwan liar lain seperti rakun dan serigala.


Faktor - Faktor Yang Boleh Terjadinya Risiko Penyakit Kencing Tikus

1. Melakukan pekerjaan yang terdedah kepada panas – Petani, penternak/peladang, pekerja rumah penyembelihan, doktor haiwan, pemotong kayu, pekerja system pembentungan, pesawah dan anggota tentera.
2. Aktiviti rekreasi dalam air seperti berenang, berkayak dan berbasikal di laluan denai di kawasan panas.
3. Terdedah kepada peralatan di rumah termasuk, binatang peliharaan seperti anjing, binatang peliharaan untuk disembelih, ruang perangkap air dan mengambil makanan yang telah digigit oleh binatang seperti tikus, tupai dan arnab.
4. Terdedah di tempat yang banjir dimana air kencing tikus tercemar di dalamnya, apabila terkena kulit yang luka, masuk dalam mata, hidung atau mulut(terminum) virus akan menjangkiti.

Tanda/Gejala:

1. Masa pengeraman di antara 2 hingga 26 hari (anggaran 10 hari).
2. Bermula dengan demam, menggigil, sakit anggota tubuh dan sakit kepala.
3. Batuk tidak berkahak
4. Loya, muntah dan cirit-birit, sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak dan sakit perut.
5. Radang selaput mata.
6. Pesakit mungkin mengalami sakit otot, pembesaran limpa atau hati, bengkak salur kelenjar, sakit tekak, kekerasan otot, perubahan bunyi pada peparu atau ruam.

Rawatan Yang Diberi: 

Ubatan Cephalosporim, Penicillins, doxycycline, chloramphenicol, dan erythromycin boleh diberi untuk rawatan leptospirosis. Penjagaan sokongan diperlukan bagi kes yang rumit dan bermasalah.

Langkah Pencegahan:

1. Elakkan berkunjung ke kawasan yang ada air bertakung.
2. Jika terdedah dan berisiko, pengambilan ubat doxycycline boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit. Jika anda terkena simpton virus ini, sila ke hospital dengan segera.
3. Simpan makanan atau minuman dengan baik agar tidak dicemari.
4. Cuci tangan dengan sabun sebelum makan.
5. Bersihkan diri selepas melakukan aktiviti luar seperti berkebun dan apa jua aktiviti yang terbuka.
6. Untuk majikan pula mereka harus memberi perlindungan kepada pekerja mereka yang mempunyai risiko yang tinggi dijangkiti seperti memberi sarung tangan dan sebagainya.
7. Menjaga kebersihan sekeliling, sediakan tempat membuang sampah yang bertutup, bersihkan tempat bekas air dan kolam renang, pastikan tiada tikus dikawasan sekeliling terutama rumah anda,membuat semburan disinfeksi tempat yang telah dicemari.

Semoga berhati - hati dengan penyakit kencing tikus, kalau melibatkan tempat makan atau makanan yang tercemar ni, kadang- kadang kita kurang ambil berat. apatah lagi sekarang ni banyak tempat rekreasi yang menjadi perhatian para pengunjung. Lagi satu, yang makanan dalam tin. Pastikan basuh la dulu tin tersebut sebelum buka. Tin makanan yang disimpan dalam stor kemungkinan ada terkena atau mejadi laluan tikus, kita pun mana tahu kan.

Semoga info ini bermanfaat risau sebab terlalu banyak kes yang melibatkan makanan yang tercemar.

Sumber : SINI

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.wanisukarno.com/2018/12/berhati-hati-dengan-penyakit-kencing-tikus-penting-untuk-ketahui-faktor-tanda-rawatan-dan-langkah-pencegahan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hati Hati 8 Tanda Depresi Ini Kerap Nggak Kamu Sadari Sakit Punggung Melulu Jadi Salah Satu Ciri

Hati Hati 8 Tanda Depresi Ini Kerap Nggak Kamu Sadari Sakit Punggung Melulu Jadi Salah Satu Ciri

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 239 hits
Bukan cuma insomnia naik berat badan drastis dan sakit punggung mulu bisa jadi gejala depresi lo
Penyebab Sakit Saat Kencing Hati Hati Bisa Saja Berbahaya

Penyebab Sakit Saat Kencing Hati Hati Bisa Saja Berbahaya

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 582 hits
Senyumperawat com Penyebab sakit saat kencing itu bisa beraneka macam Tentunya tergantung masalah yang terjadi Tapi jangan pernah meremehkannya Kondisi ini bisa terasa berupa rasa nyeri tidak nyaman dan perih pada jalur keluarnya urine di b...
Alasan Penting Kenapa Anak Kecil Tidak Seharusnya Dihukum Di Depan Publik Hati Hati Lo

Alasan Penting Kenapa Anak Kecil Tidak Seharusnya Dihukum Di Depan Publik Hati Hati Lo

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 278 hits
Baru aja ada video anak dimarahi di Hartono Mall Yogyakarta benarkah didikan semacam ini
Berhati Hati Pautan Kod Qr Pada Produk Maggi Membawa Ke Laman Tidak Selamat

Berhati Hati Pautan Kod Qr Pada Produk Maggi Membawa Ke Laman Tidak Selamat

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 338 hits
Nestle Malaysia sedia menyertakan sokongan kod QR pada beberapa produk mereka sebagai salah satu bentuk promosi ke laman rasmi termasuk pada MAGGI Walaubagaimanapun agak mendukacitakan kini ia dilihat kod QR pada produk MAGGI dilihat membaw...
Tahan Kencing Dari Siang Bila Doktor Periksa Rupa Rupanya Ia Bersebab Ibu Ayah Hati Hati 5 Cara Grooming Ini

Tahan Kencing Dari Siang Bila Doktor Periksa Rupa Rupanya Ia Bersebab Ibu Ayah Hati Hati 5 Cara Grooming Ini

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 738 hits
Kanak kanak yang masih kecil dan naif sebenarnya boleh menjadi mangsa 5 proses grooming ini ibu ayah jangan pandang remeh Kisah benar yang dikongsikan doktor ini wajar dijadikan pengajaran peringatan telah berkongsi pengalamannya mengendali...
Siti Hasmah Bomba Perlu Lebih Berhati Hati Jalankan Tugas

Siti Hasmah Bomba Perlu Lebih Berhati Hati Jalankan Tugas

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 290 hits
KUALA LUMPUR Isteri Perdana Menteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali meminta semua anggota bomba berhati hati dalam menjalankan tugas bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku Beliau mengulas mengenai kejadian yang berlaku terhadap Muh...
Tanda Tanda Awal Perziinaan Bermula Di Tempat Kerja Jagalah Suami Isteri Sebelum Terlambat

Tanda Tanda Awal Perziinaan Bermula Di Tempat Kerja Jagalah Suami Isteri Sebelum Terlambat

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 428 hits
Sudah hampir enam tahun aku berkerja dalam industri Saja aku tidak nyatakan dalam industri mana tapi aku akan bagi contoh berdasarkan pemerhatian aku terhadap diri sendiri dan kawan kawan aku dalam bidang kerjaya Mulanya nak guna perkataan ...
Kalau Anak Sakit Tunjukkan 3 Tanda Bahaya Ini Tolong Cepat Bawa Ke Hospital Lambat Bertindak Boleh Bawa Maut

Kalau Anak Sakit Tunjukkan 3 Tanda Bahaya Ini Tolong Cepat Bawa Ke Hospital Lambat Bertindak Boleh Bawa Maut

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 430 hits
Apabila anak sakit ibu ayah mesti risau Tapi jangan sekali kali terlepas pandang 3 tanda tanda ini tindakan awal anda membawa mereka ke hospital mampu menyelamatkan nyawa Anak kecil terdedah kepada pelbagai jangkitan Sememtelah antibodi yan...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization