5 Tips Penting Dalam Memilih Nursing Bra Baju Dalam Menyusu Ibu Ibu Jangan Sampai Tersalah Beli
Bagi bakal ibu atau first time mom mesti tak tahu apa itu nursing bra kan? Nursing bra merupakan pakaian dalam khas dicipta bagi memudahkan ibu-ibu menyusukan baby. Rekaan klip bukaan khas di bahagian depan nursing bra dapat memudahkan penyusuan berlangsung tanpa perlu bersusah payah. Klip bukaan depan ini telah dicipta secara inovasi supaya amat mudah dibuka dan dipasangkan semula hanya dengan menggunakan sebelah tangan sahaja. Ciri ini akan memberi keselesaan ekstra kepada ibu apabila perlu menyusui bayi di tempat awam
Kenapa hampir semua nursing bra di pasaran adalah non-wired?Ibu-ibu menyusu tak digalakkan untuk memakai wired bra atau kita sebut baju dalam dengan dawai sokongan. Penggunaan baju dalam berdawai boleh menyekat dan mengganggu kelancaran pengeluaran susu yang mana akan mengakibatkan engorged atau bengkak susu.
Lazimnya doktor akan memberikan antibiotik dan antibiotik yang ibu ambil itu akan diserap ke dalam susu ibu. Doktor mungkin akan menasihati agar ibu memberhentikan dulu penyusuan sepanjang tempoh rejimen antibiotik perlu dihabiskan
Bila masa yang sesuai untuk membeli nursing bra?Sebenarnya, sewaktu mengandung pun, anda perlu memakai bra. Tiada alasan untuk tidak memakai bra meskipun kandungan makin membesar. Malah, pemilihan bra yang elok adalah penting kerana ia dapat mengelakkan kesan payudara kendur selepas bersalin!
5 CARA MEMILIH NURSING BRA YANG TEPAT DAN IDEAL
1. BERSESUAIAN DENGAN SAIZKalau boleh, biar betul-betul ‘ngam’ dengan payudara. Pastikan anda mengambil masa untuk mengukur dan mencuba bra di dalam bilik persalinan. Jangan main ‘tangkap muat’ saja ya
Setelah mencuba, gerakkan badan, angkatkan lengan, dan biarkan selama 1-2 minit supaya anda boleh merasa sebarang tanda tekanan atau lebihan ruang sekiranya ada
Berikut panduan memilih saiz sekiranya anda membeli nursing bra secara online
2. UKUR PAYUDARA SETIAP BULANJangan lupa, ukur payu dara setiap bulan. Jika semakin besar, pastikan beli yang baru agar dapat menampung payu dara selain memberi keselesaan kepada anda sepanjang tempoh mengandung
Tapi untuk selamat, and boleh memilih nursing bra yang stretchable yang boleh fit saiz M hingga XL. Ada meh bra macam tu?
Ada! Tengok sini, bawah ni. Contoh carta saiz nursing bra dari Mamaway. Saiz L mereka boleh fit dari orang yang memakai saiz 36C hinggalah 36F. Malah yang bersaiz 38C pun masih boleh pakai L.
sangat Wow! kan? Very high stretch level kan? Bra Mamaway boleh stretch 2-3 saiz cup yang berbeza. Tak cakap kosong, aku sendiri pengguna tegar nursing bra brand Mamaway
3. BOLEH DILARASKANPastikan anda mendapatkan bra yang mudah dilaraskan. Selain saiz ‘cup’ yang akan membesar, perut juga akan membesar, jadi postur badan anda juga mungkin akan berubah. Sepanjang kehamilan, anda mungkin akan perlu mengubah sokongan ini beberapa kali mengikut keselesaan payudara
Sekali lagi, seamless bra mamaway boleh atasi masalah perubahan badan ini. Macam mana? Ha jom tonton video di bawah ni sebentar, dan anda pasti terpikat
4. MATERIAL YANG TINGGI KADAR SERAPAN PELUHBiasanya sewaktu mengandung, badan cepat panas. Maka, pilihlah bra daripada material kapas. Kain kapas dapat meresap peluh dan memberi ‘ruang udara’ pada payu dara. Elakkan membeli material jenis sintetik atau jenis kain renda (lace) yang menyebabkan kulit anda menjadi tidak selesa, iritasi atau gatal
5. SLEEPING BRA PADA WAKTU MALAMWalaupun sokongan daripada bra amat penting kepada payudara, anda dinasihatkan supaya mengelakkan daripada memakai bra sepanjang hari. Tanggalkanlah bra pada waktu malam, lebih-lebih lagi sebelum tidur kerana bukan sahaja ia tidak selesa malah mengikut perubatan, boleh meningkatkan risiko kanser payudara
Sleeping bra. Konsep selak dan terus menyusu. Best!
Nipis dan selesa, tanpa span.
Namun, jika payudara anda sudah mula mengeluarkan susu, pakailah sleeping bra atau baju dalam khas untuk tidur, dan ia juga dipanggil relax bra, beserta dengan ‘breast pad’ pada waktu malam untuk mengelakkan tilam anda dibasahi susu yang overflow semasa anda tidur
MAMAWAY - TEMPAT PALING BEST NAK SHOPPING NURSING BRAIanya tak mudah nak shopping ketika anda lagi sedang hamil kan? Lebih sedap duduk di rumah dan shopping menggunakan hujung jari. Xu sendiri banyak membeli secara online sahaja barang-barang keperluan maternity dan barang nak berpantang
Salah satu website favourite Xu adalah Mamaway lah. Antara produk Mamaway yang Xu pernah pakai termasuklah nursing bra dia, bantal baby a.k.a bantal sejuk dan juga baby sling. So far Xu tiada sebarang isu dengan semua produk mereka
Sekiranya anda nak shopping barang maternity, berpantang serta barang baby kat Mamaway, sekarang ni mereka ada buat Year End Sale, dan anda boleh nikmati less RM25 untuk membeli apa juga barang kat sana dengan nilai pembelian minimum RM135.00#
Gunakan promocode : MAMAWAY-ANNUR25
Sah sehingga 20 Januari 2019 sahaja tau! Cepat grab sebelum quota voucher ni habis. Terhad kepada 10 pembeli terawal saja ni tau. Lepas tu voucher ini dah tak boleh guna
Happy shopping
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.annursyuhadah.com/2018/12/5-tips-memilih-nursing-bra-mamaway.html