Kenapa Pas Sukar Untuk Tumbang Di Kelantan Terengganu



DARIPADA tiga negeri dikuasai Pas, Kedah paling banyak mendapat tumpuan pemimpin Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) untuk ditumbangkan berbanding Kelantan dan Terengganu. Ini boleh difahami kerana Kedah lebih ramai pengundi bukan Melayu berbanding Kelantan dan Terengganu yang mempunyai jumlah pengundi Melayu amat tinggi.
Pas juga sudah bertapak amat kuat di Kelantan dan Terengganu di mana penduduknya amat sinonim dengan parti itu. Atas dasar ini, maka calon-calon Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di kedua-dua negeri menggunakan lambang Pas, tidak seperti Kedah menggunakan lambang Perikatan Nasional (PN) bagi menarik pengundi bukan Melayu mengundi mereka.
Berbanding Kedah yang menyaksikan satu kerusi Parlimen terlepas ke tangan PH dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Pas dan Bersatu menyapu bersih semua lapan kerusi Parlimen di Terengganu dan 14 di Kelantan dengan majoriti besar sehinggakan bila undi PH dan BN digabungkan sekalipun belum mampu mengatasi undi PN.
Kedua-dua Menteri Besar Kelantan dan Terengganu juga tiada kontroversi, begitu juga calon-calon PN dalam pilihan raya negeri (PRN), 12 Ogos ini yang rata-ratanya bersih daripada isu. Serangan ke atas isu peribadi calon Pas seperti di Panchor dan Kemasik juga bersifat tempelan dan tidak mendasar untuk menjejaskan parti itu.
Kelantan dikira paling selamat untuk Pas kerana ia telah menguasai negeri itu tanpa gagal sejak 1990 lagi. Rakyatnya sudah lali dengan isu-isu kekurangan pembangunan atau masalah bekalan air bersih yang setiap kali PRU berlangsung akan didendangkan tetapi tidak pernah memberi kesan. Formula sama bila diguna sukar memberi kejayaan kepada lawannya.
Tambahan pula dalam PRN ini, PH-BN tidak meletakkan calon-calon dengan nama besar di Kelantan. Sebahagian besar ketua-ketua bahagian atau tokoh-tokoh tersohor PH-BN tidak bertanding termasuk Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakob, Tan Sri Mohd. Fatmi Che Salleh dan Datuk Zawawi Othman dari BN atau Datuk Husam Musa dan Muhammad Husin dari PH.
GELOMBANG HIJAU
Sebaliknya, nama-nama baharu yang belum teruji lebih banyak diturunkan sekali gus menimbulkan tanda tanya mengenai keseriusan PH-BN untuk merampas Kelantan. Atas faktor ketiadaan aura calon-calon PH-BN, kempen PRN ini kurang meriah.
Dengan perkembangan ini dan calon-calon kuat yang ditonjolkan oleh Pas serta Bersatu, sukar untuk PH-BN di Kelantan. Malah, Pengerusi PH Kelantan, Nik Nazmi Nik Ahmad awal-awal lagi sudah mengaku kalah dan menyebut tumpuan PH di negeri itu hanyalah untuk mewujudkan sejumlah pembangkang yang kuat dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan.
Terengganu lebih menarik untuk dilihat kerana ia dikatakan sebuah swing state di mana Pas hanya sempat memerintah selama sepenggal sebelum ini dari 1999 ke 2004. Begitupun, keadaan berbeza sekarang kerana faktor nasional yang wujud pada 2004 setelah persaraan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri tidak ada pada masa ini.
PRN yang dilangsungkan selepas kerajaan Pusat dibentuk pasca PRU15 menjadikan isu-isu tempatan lebih menonjol selain jangkaan penerusan ‘gelombang hijau’ dalam PRU15. Bagaimanapun, Terengganu di bawah pimpinan Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar selaku seorang teknokrat menunjukkan prestasi memberangsangkan dalam aspek ini.
Pencapaian Terengganu dalam 15 segmen utama boleh dinilai oleh rakyat melalui Kad Laporan Prestasi Kerajaan Negeri Terengganu 2018-2023 setebal 79 muka surat yang dikeluarkan oleh Terengganu Strategic & Integrity Institute.
AUDIT
Dalam segmen ekonomi, Keluaran Dalam Negeri Kasar Terengganu menunjukkan pencapaian memberangsangkan dengan pertumbuhan sebanyak 5.9 peratus pada 2022, antara tertinggi pernah dicapai dalam tempoh 15 tahun. Dalam tempoh 2018 hingga 2022, nilai pelaburan di Terengganu juga meningkat, berjumlah RM10.60 bilion.
Dalam segmen kewangan, kerajaan negeri menerima pengiktirafan Sijil Ketua Audit Negara, Pendapat Tanpa Teguran bagi empat tahun berturut-turut (2018-2021). Kerajaan negeri juga berjaya menurunkan baki hutang dengan Kerajaan Persekutuan sebanyak RM640.58 juta atau 70.6 peratus kepada RM266.36 juta pada 2021 berbanding RM906.94 juta (2017).
Dari sudut pembangunan, kerajaan negeri meluluskan peruntukan pembangunan melebihi RM3.95 bilion bagi tempoh 2018 hingga 2023. Ia juga berjaya memulihkan beberapa projek bermasalah sebelum ini seperti Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Hotel Paya Bunga, jambatan dan hotel di Pulau Poh serta Kompleks Kerajaan Persekutuan di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir.
Kerajaan negeri juga mempunyai Dasar Integriti Darul Iman (DIDI). Ia negeri kedua selepas Melaka yang mengadakan majlis menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dalam kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). Sehingga sekarang, tiada dalam kalangan pemimpin Terengganu didakwa atas kesalahan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.
Dari sudut daya huni, Terengganu berada di tempat empat teratas dalam Indeks Kebahagiaan Rakyat Malaysia (MHI) 2021. Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) pula diiktiraf bandar paling bahagia sempena Hari Kebahagiaan Sedunia 2020 manakala Hulu Terengganu diiktiraf antara lima bandar komuniti bahagia terbaik pada 2022.
Manifesto ditawarkan oleh PN Terengganu dalam PRN ini juga objektif dan realistik. Lebih penting lagi, ia dijamin pelaksanaannya sepertimana manifesto sebelumnya dipantau oleh Jawatankuasa Induk Pelaksanaan Manifesto Terengganu (MT20) yang dipengerusikan bersama oleh Setiausaha Kerajaan Negeri bagi memastikan semuanya berjaya dilaksanakan.
Kesimpulannya, adalah selamat untuk merumuskan selain Kelantan yang telah sekian lama di bawah Pas, Terengganu juga akan kekal di tangan PN khususnya Pas dalam PRN ini.
 
Dr. Nik Yusri Musa Profesor Madya Fakulti Pengajian Bahasa & Pembangunan Insan, Universiti Malaysia Kelantan


Asal pandangan disiarkan oleh Utusan

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/08/kenapa-sukar-untuk-tumbangkan-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Offers Change Of Leadership In Kelantan Status Quo In Kedah Terengganu

Pas Offers Change Of Leadership In Kelantan Status Quo In Kedah Terengganu

papar berkaitan - pada 11/8/2023 - jumlah : 146 hits
STATE POLLS PAS announced that it is offering a change in leadership in Kelantan for the menteri besar and deputy menteri besar positions while Terengganu and Kedah will maintain their incumbent leaders if the party continues to receive the...
Peratusan Undi Rendah Pas Tumbang Di Kelantan

Peratusan Undi Rendah Pas Tumbang Di Kelantan

papar berkaitan - pada 13/8/2023 - jumlah : 139 hits
bharian com myOleh Ogos 12 2023Menteri Besar Kelantan yang juga calon PAS bagi Dewan Undangan Negeri N03 Pasir Pekan Datuk Ahmad Yakob selesai melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pengundi bagi Pilihan Raya Negeri Kelantan di Sekolah Menen...
Keluhan Sang Nestapa Di Kelantan Dan Janji Pas Yang Banyak Di Capati Parti Pembohing Tapi Nama Islam

Keluhan Sang Nestapa Di Kelantan Dan Janji Pas Yang Banyak Di Capati Parti Pembohing Tapi Nama Islam

papar berkaitan - pada 11/8/2023 - jumlah : 252 hits
Apabila aku menyeru rakyat Kelantan untuk mengundi selain PAS ramai juga fanatik PAS menyerang Ada yang mengatakan kalau undi PHBN nanti ada konsert di Kelantan lelaki sama lelaki bercium kedai nombor ekor dibuka semula dan sebagainya Ada j...
Janji Politik Kelantan Air Berpisah Tiada Janji Baru Pas Prn2023

Janji Politik Kelantan Air Berpisah Tiada Janji Baru Pas Prn2023

papar berkaitan - pada 1/8/2023 - jumlah : 235 hits
Selepas 33 Tahun Memerintah baru sekarang dapat idea hmmmmm PAS yang mentadbir Kelantan sejak 33 tahun itu menawarkan pembangunan bekalan air bersih dengan penjenamaan semula Air Kelantan Sdn Berhad dan menambah simpanan bekalan air melalui...
Ak 37 Isu Air Pemimpin Pas Kelantan Kebal Dikritik

Ak 37 Isu Air Pemimpin Pas Kelantan Kebal Dikritik

papar berkaitan - pada 12/8/2023 - jumlah : 247 hits
Pemimpin Pas Kelantan terus mengkritik pihak yang menggambarkan masalah air Kelantan berlaku di seluruh negeri Timbalan Pesuruhjaya PAS I Kelantan Datuk Mohd Amar Abdullah menegaskan isu itu tidak pernah dinafikan kerajaaan negeri tetapi ia...
Rasmi Pas Menang Bergaya Di Kelantan

Rasmi Pas Menang Bergaya Di Kelantan

papar berkaitan - pada 13/8/2023 - jumlah : 129 hits
PENAFIAN TV Wau tidak bertanggungjawab sebarang komen dan respon balas penonton TV Wau berpendapat tidak menjadi kesalahan untuk penonton juga memberikan pandangan selepas menonton video ini selagi ianya tidak menyentuh sensitiviti dan tida...
Hadi Pas Wants New Spirit For Kelantan With Change Of Leadership

Hadi Pas Wants New Spirit For Kelantan With Change Of Leadership

papar berkaitan - pada 12/8/2023 - jumlah : 175 hits
STATE POLLS PAS president Abdul Hadi Awang today said his party is looking for a new spirit in Kelantan through its move to change the state s leadership if it once again formed the government after the state election Speaking to reporters ...
Kelantan Pas Tukar Mb Timbalan Sebab Mahu Semangat Baru Hadi

Kelantan Pas Tukar Mb Timbalan Sebab Mahu Semangat Baru Hadi

papar berkaitan - pada 12/8/2023 - jumlah : 205 hits
Malaysiakini Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata keputusan untuk menukar Menteri Besar Kelantan dan timbalannya jika PAS diberikan mandat mengekalkan pentadbirannya selepas Pilihan Raya Negeri dibuat kerana inginkan semangat baru ...
Pet Expo Midvalley 2024

All Cheers For 1q 2024 Gdp Growth Of 4 2 But Sustaining That Pace Is Tricky And Highly Challenging

Speed Read Rsd S Nitrous Fueled Bmw R18 Drag Bike And More

Tajuk Utama Minggu Ini Ytl Power Euforia Gabungan Axiata Inflasi Rendah Gdp 1q Wajib

Cara Buat Kad Guru Malaysia Online Dan Cara Dapatkan Sijil Guru Malaysia

Kenapa Bini Aku Tak Cantik

Menyamar Polis Samun Warga Asing Penjawat Awam Antara 4 Ditahan

Iranian President Raisi Feared Dead As Helicopter Wreckage Found



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bunga Salju Slot Tiara Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia


Transit Aliran Automatik Di Putrajaya Percuma Selama Tiga Bulan

Rumah Terbuka Wld Raya 2024

Ayam Masak Merah Untuk Tetamu

Beyond Lettuce Wraps Unleash The Power Of Low Carb Bread

Pengadu Terima Panggilan Pertama Ebit Pada 3 40 Pagi Mahkamah Diberitahu

Seorang Lelaki Ditemui Rentung Atas Katil Selepas Apartmen Terbakar