Kenapa Orang Korea Tidak Memakai Deodorant
Ramai antara kita yang bimbang tubuh badan mengeluarkan bau ketika ketiak berpeluh, ada juga orang yang yang tidak perlu menggunakan deodoran. Ini kerana, wujud peratusan populasi yang tidak mempunyai gen yang menghalang bau badan
Menurut penyelidik dari University of Bristol, gen khas itu dipanggil ABCC11. Kajian itu, yang diterbitkan dalam Journal of Investigative Dermatology, meneliti 6,495 wanita British dan mendapati bahawa 2% kekurangan gen ini. Ahli epidemiologi genetik, Ian Day berkata:“Gen utama ini pada dasarnya adalah penentu tunggal sama ada anda menghasilkan bau ketiak atau tidak.”Individu yang mempunyai variasi gen yang jarang berlaku juga berkemungkinan juga menghasilkan tahi telinga kering dan bukan jenis tahi telinga berbentuk lilin basah atau melekit. Penulis kajian turut melaporkan bahawa lebih daripada 97% orang yang berasal dari Eropah atau Afrika mempunyai gen peluh yang menghasilkan bau
Foto eonline.comDi samping itu, kebanyakan orang Asia Timur dan 30% hingga 50% daripada mereka tinggal di Asia Selatan, Kepulauan Pasifik, Asia Tengah, Asia Kecil dan orang-orang asli Amerika tidak mempunyai ketiak yang berbau
Memetik laman Live Science lagi, bahawa hampir semua orang Korea kekurangan gen yang membuat mereka kekurangan bau badan. Sampel darah diambil dari para wanita dalam kajian ini dan respon mereka turut dicatatkan terhadap soal selidik tentang penjagaan kebersihan dan penggunaan produk
Para penyelidik mendapati bahawa wanita yang tidak menghasilkan bau badan mungkin tidak menyedari hakikat itu dan masih menggunakan deodorant pada setiap hari. Day berkata:“Mereka menghabiskan wang mereka, mendedahkan kulit mereka kepada apa yang mungkin tidak baik untuk kulit mereka. Dengan itu mencadangkan kepada saya bahawa ramai juga orang yang tidak sedar di sekeliling kita.”
Bagi mereka yang tidak diberkati kerana kekurangan gen ini, ia mungkin masa untuk mengetahui cara memakai deodoran dengan betul
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.adajew.net/2019/08/kenapa-orang-korea-tidak-memakai.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+adajewnet+%28ADAJEW+DOT+NET%29