Set Althea A Bloom Produk Dari Korea Yang Menarik
Set Althea A'Bloom Produk Dari Korea Yang Menarik |Terima kasih kepada korang yang sudi membaca entri Sinopsis Skrin Sentuh Hati Eyna. Pertama kali Cik Ash diperkenalkan dengan produk daripada Korea ni iaitu Set Althea A'Bloom. Kalau ikut barang ni sampai pada bulan 6 aritu tetapi mungkin disebabkan musim raya Aidilfitri aritu barang ni hilang semasa penghantaran. Barang ni Cik Ash terima pada bulan Julai aritu hari sempat nak berkongsi dekat blog untuk korang semua.
Set Althea A'Bloom Produk Dari Korea Yang Menarik
Apabila Cik Ash terima kotak pink ni Cik Ash terfikir patut la ramai yang tertarik nak dapatkan produk daripada Althea ni sebabnya packing dan kotak mereka yang sangat menarik perhatiann pelanggan. Manakala untuk produk yang dia bagi kesemuanya sangat comel jer, lagi pulan kesan penggunaan produk daripada Korea pun sangat Tip Top tengok artis mereka semuanya lawa-lawan kan.
Untuk pengetahuan korang semua di dalam Set Althea A'Bloom ini terdapat 4 Variasi produk iaitu :-
👉BHA Blackhead Blaster👉A'Bloom Giant Meringue Puff👉A'Bloom Baby Meringue Puff👉A'Bloom Mask Sheet (4 Variasi)
Sebab itu Cik Ash begitu teruja dengan produk Althea A'Bloom ianya sangat menarik dan comel-comel barang yang dibagi ni. terasa sayang pulak nak guna tambah Giant dan baby Meringue Puff tu. Jom baca pengkongsian mengenai produk ni dekat bawah ni :-
BHA Black Blaster BHA Black Blaster ni bila tengok mula-mula ingat ke lipstick hihihi, bila buka kotak tu terkejut rupa-rupanya BHA Black Blaster dalam bentuk lipstick selalunya yang Cik Ash jumpa dalam bentuk mask ataupun cecair tu. Ia didatangkan dalam bentuk stick putar bukan jenis yang mask cecair yang pernah korang pakai tu. Ianya diformulasi oleh Natural BHA (White Willow Bark Extract 5,000ppm), Fungsinya dapat membantu untuk menyingkirkan blackhead/whitehead,sel kulit mati dan sebum yang berlebihan di kulit korang dengan mudah tanoa rasa sakit langsung. Selalunya kita pakai mask tu kita perlu biarkan kering dulu mesti la masa nak tarik-tarik ia melekat kuat dekat kulit muka kan. Nak tarik mask masa tu la sakit tetapi sekarang dah tak perlu risau sebab adanya BHA Blackhead Blaster.
Kandungan bahan yang digunakan seperti powder,apricot,seed,tea tree, leaf oil untuk skrub kulit muka tanpa rasa kerengsaan kerana testurnya yang sangat lembut dan membuatkan kulit korang rasa ringan pada muka. Ianya sesuai untuk mereka yang mempunyai jenis kulit yang berminyak dan kombinasi. Harga BHA Blackte Blaster RM16.00.
A'Bloom Giant Meringue PuffSebenarnya pasal sponge ni Cik Ash kurang ambil tahu sikit mengenainya, tu pun tengok duk guna untuk meratakan foudation. Bila diperkenalkan dengan A'Bloom Giant Meringue Puff ni ianya sangat berbeza dengan sponge yang biasa kita guna tu. Tambahan sponge yang comel dan lembut. Apa yang menarik pasal Giant Meringue Puff ni boleh direndamkan ke dalam air. Untuk digunakan meratakab kawasan yang ada pada muka seperti bahagian pipi,dahi dan dagu. Harga untukk satu giant meringue puff ni ialah RM11.00.
A'Bloom Baby Meringue PuffsTurut didatangkan dengan sponge yang kecil ni untuk memudahkan kerja-kerja meratakan foundation pada kawasan yang susah atau kecil,korang perlu gunakan Baby Meringue Puff ni pada bahagian seperti di bawah mata,celah tepi hidung,tepi mulut dan celah antara kening dengan dahi tu. Ianya sangat mudah digunakan kerana ianya bersaiz kecil dan boleh mengembang seperti Giant Meringue Puff.
Manakala untuk cara penggunaan pulak ianya dapat menghasilkan solekan yang lebih sempurna. Boleh guna dua cara iaitu kering ataupun basah. Untuk mendapatkan kesan yang berkilat korang perlu basahkan meringue puff dan perahkan buangkan lebihan air. Untuk kesan Matte dan solekan kulit lebih flawless boleh guna secara terus dalam keadaan kering. Harga untuk satu sponge ni RM11.00.
A'Bloom Mask Sheet (4 Variasi)Althea A'bloom memperkenalkan 4 variasi mask Sheet yang dihasilkan dari ekstrak buah-buahan semulajadi. Ianya mempunyai fungsi yang berbeza untuk kulit. Nak tahu apa 4 variasi dan fungsinya jom baca dekat bawah ini :-
Moisturizing Watermelon Mask Sheet ( Water-Me-Long) Water-Me-Long ini mengandungi ekstrak tembikai untuk memberi penghidratan dan kelembapan pada kulit supaya kelihatan lebih segar. Manakala lavendar untuk menenangkan kulit dengan bauan yang cukup tenang bila memakainya. Mask ini amat sesuai untuk semua jenis kulit terutama yang jenis kulit kombinasi.
Nourishing Avacado Mask Sheet (Avo-Cuddle-Me)Avo-Cuddle-Me ini mengandungi dengan antioksidan untuk menyuburkan dan melindungi kulit dari faktor alam sekitar serta mencegah kedutan. Ianya diadunkan dengan ekstrak avocado dan bunga raya untuk kulit lebih lembut dan bersinar.
Brightening Lemon Lime Mask Sheet (Sparle-Me-Bright) Sparle-Me-Bright ini mengandungi Lemon dan Lime yang diperkayakan dengan kandungan Vitamin C dengan dos yang berganda untuk mencerahkan kulit serta memudahkan bintik gelap. Teh hijaudigunakan untuk mencerahkan sambil menenangkan kulit. Mask ini sesuai untuk digunakan oleh semua jenis terutama kulit kombinasi.
Anti-Blemish Peach Mask Sheet (Ac-Me-Peach)Ac-Me-Peach ni mengandungi bahan utama ekstrak buah prunus persica (peach), daun ekstrak Melaleuca Alternifolia (pokok teh). Ianya berfungsi untuk membersihkan dan melegakan kulit yang sensitif. Diperbuat daripada ekstrak buah pic dan minyak teh yang dapat membantu mengawal pengeluaran minyak dan mengimbangi kelembapan dan membersihkan kulit supaya menjadi lebih lembut dan halus. Mask ini sesuai untuk semua jenis terutama kulit berminyak dan sensitif.
Ok la korang semua itu jer yang Cik Ash nak kongsi dengan korang semua iaitu koleksi produk Althea Korea Set Althea A'Bloom ni. Kalau yang ingin tahu lebih info mengenai kesemua produk yang Cik Ash kongsi tu korang boleh klik link di bawah ni ya.
WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM
#altheakorea#altheaabloom#kbeauty#beautyproducts#bloggerkedah#bloggermalaysia#cikash#cikashdotcom
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.cikash.com/2019/08/set-althea-abloom-produk-dari-korea-yang-menarik_8.html