Kenapa Negara Arab Tidak Bersatu Menetang Israel




SUDAH kira-kira 40 hari berlalu serangan bertali arus oleh tentera Israel ke atas penduduk Gaza. Atas alasan mencari kumpulan penyerang Hamas, rejim Zionis melakukan sesuka hati mereka menyerang dan memusnahkan Semenanjung Gaza yang didiami oleh kira-kira 2 juta penduduk.
Perlakuan tidak berperikemanusiaan rejim Zionis itu bukan sahaja membuat serangan udara dan menembak penduduk Gaza, malah Israel sebelum itu memutus bekalan air, elektrik dan menyekat bekalan minyak. Pendek kata, memang Israel mahu bunuh orang Palestin.
Sebab itu, timbul spekulasi bahawa serangan Hamas itu sebenarnya hanya alasan yang dicipta zionis untuk memusnahkan Gaza dan seterusnya menawan kawasan tersebut. Yang tersirat daripada yang tersurat, Gaza kini dibom oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu kerana pemimpin kejam itu dikatakan mahu melaksanakan ‘Projek Terusan Ben Gurion’.
Laporan terkini Pemantau Hak Asasi Manusia, Euro-Med memaklumkan angka kematian di Semenanjung Gaza akibat pembunuhan beramai-ramai oleh rejim zionis meningkat kepada kira-kira 15,000 mangsa.
Masyarakat dunia menyaksikan kekejaman dan kebiadapan Israel musnahkan sesuka hati apa yang ada di Gaza. Sehinggakan, tidak ada seinci pun tanah yang selamat. Semuanya dibom tentera Israel.
Tak perlulah nak cakap tentang Konvensyen Geneva. Apa lagi peraturan dalam konvensyen itu yang tidak dilanggar oleh Israel? Konvensyen Geneva yang ditandatangani pada 1949 memperjelas hak asas pihak yang terlibat dalam peperangan melibatkan tentera dan orang awam.
Paling jelas dilanggar oleh Israel adalah terhadap mereka yang cedera dan sakit serta mewujudkan perlindungan ke atas orang awam yang berada dalam persekitaran perang. Ini apabila hospital dan khemah-khemah pelarian dibom oleh tentera Israel.
Malangnya, negara-negara Islam semacam bisu dan buta dalam insiden ini. Semua 57 negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pun gagal capai kata sepakat mahu bertindak balas ke atas Israel.
OIC hanya mampu kecam dan gesa gencatan senjata. Tetapi apabila diajak melakukan sekatan ekonomi ke atas Israel, sekat penghantaran minyak dan gas, OIC gagal. Ada negara anggota yang membantah. Inilah menimbulkan kemarahan umat Islam.
Di kala kita menyaksikan saban hari dan setiap detik anak-anak, kaum wanita dibunuh di Gaza, walaupun situasi ini bukanlah asing bagi rakyat Palestin sejak tahun 1948, OIC terus gagal mengambil tindakan keras desak Israel hentikan serangan dan patuhi Konvensyen Geneva.
Barangkali inilah digambarkan dalam hadis Nabi SAW yang bermaksud: Hampir tiba satu waktu di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang yang hendak makan mengerumuni hidangan mereka.
Maka salah seorang sahabat bertanya: “Adakah hal itu kerana bilangan kamu sedikit pada hari itu?” Nabi SAW menjawab: “Bahkan kamu pada hari itu ramai sekali, tetapi kamu umpama buih pada waktu banjir dan Allah SWT akan mencabut rasa gentar terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu dan Allah akan melemparkan ke dalam hati kamu penyakit wahan.”
Seorang sahabat bertanya: “Apakah penyakit wahan itu wahai Rasulullah?” Nabi SAW menjawab: “Cinta dunia dan takut mati”. (Riawayat Abu Daud)
Ternyata daripada hadis di atas Rasulullah SAW pernah menyatakan berlakunya keadaan ini kerana kesalahan umat akhir zaman ini yang mempunyai antaranya dua penyakit yang amat kronik, walaupun jumlah umat Islam dalam dunia sekarang adalah lebih I.8 billion (setakat 2015).
Negara-negara Barat sentimen dan tindakan mereka sudah boleh ditelah. Pasti menyebelahi Israel. Dan ini sudah terbukti sejak pendudukan Israel ke atas tanah yang diberkati Allah SWT, Palestin bermula apabila Resolusi 181 mendapat sokongan penuh daripada Amerika Syarikat (AS) dan undian sebanyak 33 undi di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 1947.
Walaupun Resolusi 67/19 diluluskan oleh (PBB) pada 4 Disember 2012 berkaitan status Palestin sebagai sebuah negara, hak rakyat negara itu sentiasa dinafikan oleh Israel.
Keadaan ini amat berbeza dengan tindakan negara dunia dalam Perang Teluk semasa pencerobohan Iraq ke atas Kuwait pada tahun 1990. AS mengetuai kempen bersenjata 1990-1991 oleh tentera bersekutu 35 negara sebagai tindak balas kepada Iraq.
Ia dijalankan dalam dua fasa utama: Operasi Desert Shield iaitu pembentukan tentera dari Ogos 1990 hingga Januari 1991 ;dan Operasi Desert Storm iaitu kempen pengeboman udara terhadap Iraq pada 17 Januari 1991. Ia berakhir dengan pembebasan Kuwait pada 28 Februari 1991. Dalam perang ini, PBB turut mengenakan sekatan ekonomi ke atas Iraq.
Tetapi dalam kes kekejaman Israel di Gaza, tiada satu pun tindakan ketenteraan atau sekatan ekonomi dikenakan ke atas negara penjajah itu. Dan seperti biasa, OIC sekadar jadi pertubuhan ‘oh i see’. Jelas double standard Barat apabila melibatkan negara Palestin yang tidak ada apa-apa kepentingan bagi mereka.
Tidak seperti isu Kuwait yang ada banyak minyak. Ketika dua negara Islam ini berperang, kuasa asing sekali lagi mengambil kesempatan menjaga kepentingan mereka sendiri. AS dan sekutunya membantu Kuwait dan Arab Saudi kerana ‘ada udang di sebalik batu’.
Sebenarnya AS dan sekutunya bukan membantu Kuwait dan Arab Saudi, sebaliknya membantu industri pembuatan senjata dan petroleum negara masing-masing.
Dalam mesyuarat khas OIC di Riyadh baru-baru ini, ada saranan untuk kenakan sekatan ekonomi ke atas Israel. Malangnya, tiga negara dikatakan membantah iaitu Arab Saudi, Bahrain dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Ketua Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor berkata, ketiga-tiga negara itu adalah negara teras dalam Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan liga Arab serta mempengaruhi keputusan-keputusan dalam OIC.
Ini kerana kekuatan ekonomi khususnya minyak yang mereka ada. Mereka juga tunduk kepada kuasa Barat dan tak berani bertegas dengan Israel. Malah ada negara yang buka pintu sempadannya menerima pelancong Israel dan turut melakukan hubungan dagang dengan rejim Zionis tersebut.
Selagi negara-negara Islam tidak bersatu, selagi itulah kita hanya mampu melihat saudara seagama kita ditindas dan diperlakukan semahu-mahunya oleh Israel.

MOHD. Radzi Mohd. Zin Pengarang Berita Utusan Malaysia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/11/kenapa-negara-arab-tidak-bersatu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Negara Islam Perlu Henti Jual Minyak Gas Kepada Israel Tun M Utusan Malaysia 15 11 2023

Negara Islam Perlu Henti Jual Minyak Gas Kepada Israel Tun M Utusan Malaysia 15 11 2023

papar berkaitan - pada 16/11/2023 - jumlah : 211 hits
Artikel oleh Utusan MalaysiaNEGARA ISLAM PERLU HENTI JUAL MINYAK GAS KEPADA ISRAEL TUN M
Tun M Gesa Negara Pengeluar Minyak Henti Jual Bekalan Kepada Negara Sokong Israel Berita Harian 14 11 2023

Tun M Gesa Negara Pengeluar Minyak Henti Jual Bekalan Kepada Negara Sokong Israel Berita Harian 14 11 2023

papar berkaitan - pada 16/11/2023 - jumlah : 215 hits
PUTRAJAYA Semua negara Islam khususnya pengeluar utama minyak dan gas digesa menghentikan penjualan bekalan itu bukan sahaja kepada Israel malah kepada negara yang menyokong rejim terbabit terutama Amerika Syarikat dan Eropah Bekas Perdana ...
Ekonomi Israel Mula Tertekan Mari Kita Doakan Kehancuran Negara Israel

Ekonomi Israel Mula Tertekan Mari Kita Doakan Kehancuran Negara Israel

papar berkaitan - pada 8/11/2023 - jumlah : 100 hits
ISRAEL MULA TERTEKAN DARI SEGI EKONOMI AKIBAT BERPERANG DENGAN PALESTINSaiz Ekonomi Israel yang sebesar 488 Bilion USD mula terkesan akibat Perang Israel Palestin Ratusan operasi syarikat perniagaan terjejas sektor kewangan mula tertekan da...
Apakah Umat Islam Dan Umat Arab Menunggu Rakyat Eropah Membebaskan Palestin Daripada Penindasan Zionis Israel

Apakah Umat Islam Dan Umat Arab Menunggu Rakyat Eropah Membebaskan Palestin Daripada Penindasan Zionis Israel

papar berkaitan - pada 6/11/2023 - jumlah : 143 hits
Setiap kali berlaku kekejaman Zionis Israel terhadap penduduk Palestin yang memangsakan penduduk Muslim dan Kristian negara negara Arab dan Islam akan mengadakan protes besar besaran Itulah tindakan kebiasaan yang dilakukan sepanjang 75 tah...
Rakyat Palestin Kecewa Gesa Negara Islam Tekan Israel Henti Eksport Minyak Sinar Harian 15 11 2023

Rakyat Palestin Kecewa Gesa Negara Islam Tekan Israel Henti Eksport Minyak Sinar Harian 15 11 2023

papar berkaitan - pada 16/11/2023 - jumlah : 262 hits
Artikel oleh Sinar HarianRAKYAT PALESTIN KECEWA GESA NEGARA ISLAM TEKAN ISRAEL HENTI EKSPORT MINYAK
Tekan Israel Dengan Lebih Berani Ismail Gesa Negara Oic

Tekan Israel Dengan Lebih Berani Ismail Gesa Negara Oic

papar berkaitan - pada 11/11/2023 - jumlah : 274 hits
Ismail Sabri Yaakob turut menggesa rakyat Malaysia bersatu menyokong Palestin serta tidak terpengaruh dengan propaganda media barat PETALING JAYA Bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob menggesa negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam l...
Jokowi Prihatin 190 Pemimpin Negara Tak Mampu Hentikan Kekejaman Israel Di Palestina

Jokowi Prihatin 190 Pemimpin Negara Tak Mampu Hentikan Kekejaman Israel Di Palestina

papar berkaitan - pada 12/11/2023 - jumlah : 163 hits
Presiden Jokowi mengaku prihatin ratusan kepala negara dan miliaran manusia di bumi tidak mampu menghentikan kekejaman Israel
Kenapa Tidak Boikot Negara Yang Lahirkan Negara Israel

Kenapa Tidak Boikot Negara Yang Lahirkan Negara Israel

papar berkaitan - pada 10/11/2023 - jumlah : 201 hits
Seorang kanak kanak berusia tidak lebih tiga tahun berlari dengan girang di sebuah restoran makanan segera yang lenggang Kanak kanak perempuan itu tersenyum riang seperti tiada kesusahan Restoran makanan segera itu sebelum konflik Israel Ga...
Penipuan Israel Telaga Dikatakan Tunnel Hamas

Penipuan Israel Telaga Dikatakan Tunnel Hamas

papar berkaitan - pada 20/11/2023 - jumlah : 212 hits
Tentera Israel telah menerbitkan rakaman yang menunjukkan apa yang didakwanya sebagai terowong pengganas sepanjang 55 meter yang penting 10 meter di bawah Hospital Shifa Video itu bagaimanapun telah disunting dengan jelas ia bermula dengan ...
Karipap Pusar Keropok Lekor Viral

Gadis Maut Dua Penumpang Parah Kereta Bertembung Suv

Dive Into Joy And Creativity At Legoland Malaysia Resort S Brick Tacular Holidays

Perkampungan Ilmu Tremendous Kota Kecemerlangan 2024

Ini Halatuju Baru Trump Niat Jahat Busuk Ganas Terbongkar

Pemandu E Hailing Cemas Kereta Terjun Tasik

Cara Matikan Ai Microsoft Word Yang Mengintip Apa Yang Anda Tulis

Lelaki Muda Hilang Di Sungai Jeram Badoh Risau Lemas


echo '';
Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama

Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad


Abdullah Bin Jahsy Ingin Bertemu Allah Dengan Hidung Terpotong

Ministry Won T Interfere In Ptptn S Decision On Student Loans Says Zambry

Polytechnics To Triple Number Of Students To 300 000 By 2030

Pas Linked Group Holds Another Flag Rally In Teluk Intan

Resepi Ikan Bakar Sambal

Harap Tiada Majikan Dikhianati Seperti Saya Hanis Zalikha