Kenapa Tidak Boikot Negara Yang Lahirkan Negara Israel



Seorang kanak-kanak berusia tidak lebih tiga tahun berlari dengan girang di sebuah restoran makanan segera yang lenggang. Kanak-kanak perempuan itu tersenyum riang seperti tiada kesusahan.
Restoran makanan segera itu sebelum konflik Israel-Gaza sentiasa sibuk. Tidak mungkin anak kecil itu dapat berlari seperti berada di Disneyland. Tetapi konflik yang meragut lebih sembilan ribu nyawa termasuk lebih 3,000 kanak-kanak telah meningkatkan kemarahan masyarakat Islam di negara ini. 
Kalau ada yang datang, menggunakan lorong pandu lalu, mungkin mahu mengelak dilihat sebagai penyokong Zionis.
Kebanyakan orang Islam telah memboikot restoran ber­kenaan. Sebuah kedai kopi terkenal berasal dari Amerika Syarikat (AS) juga lenggang, diboikot orang Islam. Kiraan mudah, dua syarikat ini kerugian pendapatan jutaan ringgit sehari.
Keadaan dilaporkan lebih buruk di negeri-negeri di Pantai Timur yang mana kebencian terhadap jenama Amerika semakin menebal.
Perkara sama bukan sahaja berlaku di Malaysia. Di Eropah dan Asia Barat boikot sama sedang berlangsung. Kemarahan memuncak 1.4 bilion umat Islam memberi kesan kepada ekonomi. Begitu juga 65% penduduk Islam Malaysia akan mempunyai kesan besar kepada boikot perniagaan.
Sasaran selalunya syarikat AS yang sememangnya menyokong rejim Zionis Israel. Mereka seperti menghalalkan darah rakyat Pa­lestin.
Tetapi kenapa tiada yang memboikot Britain seperti kebencian terhadap AS. Sejarah menunjukkan bagaimana Bri­tain adalah pencetus kepada penubuhan negara Israel.
Pada 1917, kerajaan Britain telah mengeluarkan Pengisytiharan Balfour ketika Perang Dunia Pertama yang menyokong kepada penubuhan national home for the Jewish people (negara kebangsaan untuk bangsa Yahudi) di Palestin.
Ketika itu Palestin adalah kawasan di bawah pemerintahan Ottoman dengan jumlah penduduk Yahudi kecil.
Pengisytiharan itu dengan jelas menyatakan sokongan kepada Zionis sebagai kuasa politik yang diiktiraf London.
Sejak itu Yahudi dibenarkan berkembang, membeli ta­nah dan meluaskan jajahan ketika Britain menjadi pengurus wilayah Palestin. Pada 14 Mei 1948, David Ben-Gurion mengisytiharkan negara Israel yang merdeka maka lahir negara Zionis yang diiktiraf termasuk oleh AS, Britain dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Kekejian sama dilakukan oleh Britain ketika menandata­ngani Perjanjian Anglo-Dutch pada 1824 atau Treaty of London pada 17 March 1824 yang memecahkan kepulauan Riau. Orang Melayu dipisahkan oleh penjajah kerana ketamakan mereka.
Ramai rakyat negara ini mempunyai hubungan rapat de­ngan Britain. Ribuan lulus dengan ijazah dari UK. Ada mempunyai rumah di London. Tidak kurang menganggap Britain sebagai rumah kedua. 
Britain sama yang menanam benih Zionis dan penubuhan negara Israel. Britain juga harus diboikot kerana dosa lalu.
Peluntur boleh menghilangkan hampir semua kotoran termasuk yang degil tetapi ia tidak mungkin menghilang darah yang ditumpahkan ke bumi - UM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/11/kenapa-tidak-boikot-negara-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ekonomi Israel Mula Tertekan Mari Kita Doakan Kehancuran Negara Israel

Ekonomi Israel Mula Tertekan Mari Kita Doakan Kehancuran Negara Israel

papar berkaitan - pada 8/11/2023 - jumlah : 178 hits
ISRAEL MULA TERTEKAN DARI SEGI EKONOMI AKIBAT BERPERANG DENGAN PALESTINSaiz Ekonomi Israel yang sebesar 488 Bilion USD mula terkesan akibat Perang Israel Palestin Ratusan operasi syarikat perniagaan terjejas sektor kewangan mula tertekan da...
Boikot Tuntutan Maslahah Umum Dalam Isu Boikot Produk Israel

Boikot Tuntutan Maslahah Umum Dalam Isu Boikot Produk Israel

papar berkaitan - pada 6/11/2023 - jumlah : 321 hits
Dr Mohd Farhan Md AriffinUniversiti Kebangsaan MalaysiaISU boikot produk Israel dan sekutunya di Malaysia semakin panas dengan ada pihak yang menyokong penuh menyokong dengan pilihan menentang tiada perasaan dan tidak kurang ada yang tawaqq...
Giliran Peniaga Warung Kedai Makan Boikot Guna Produk Israel

Giliran Peniaga Warung Kedai Makan Boikot Guna Produk Israel

papar berkaitan - pada 2/11/2023 - jumlah : 392 hits
KOSMO PETALING JAYA Kekejaman Israel ke atas penduduk Palestin ketika ini memberi kesan kepada ramai pihak sehingga mereka mula memboikot segala barangan berkaitan negara tersebut Tindakan ini juga turut dilakukan segelintir peniaga warung ...
Khutbah Jumat Boikot Produk Pendukung Zionis Israel Ataukah Tidak

Khutbah Jumat Boikot Produk Pendukung Zionis Israel Ataukah Tidak

papar berkaitan - pada 9/11/2023 - jumlah : 395 hits
Apakah kita boleh ikut ikutan boikot produk pendukung zionis Israel Coba simak materi menarik dan berbagai pertimbangan dari sisi dalil dari khutbah Jumat berikut ini
Tun M Gesa Negara Pengeluar Minyak Henti Jual Bekalan Kepada Negara Sokong Israel Berita Harian 14 11 2023

Tun M Gesa Negara Pengeluar Minyak Henti Jual Bekalan Kepada Negara Sokong Israel Berita Harian 14 11 2023

papar berkaitan - pada 16/11/2023 - jumlah : 275 hits
PUTRAJAYA Semua negara Islam khususnya pengeluar utama minyak dan gas digesa menghentikan penjualan bekalan itu bukan sahaja kepada Israel malah kepada negara yang menyokong rejim terbabit terutama Amerika Syarikat dan Eropah Bekas Perdana ...
Mcdonald S Starbucks Terus Jadi Sasaran Boikot Di Sebalik Penafian Sokong Israel

Mcdonald S Starbucks Terus Jadi Sasaran Boikot Di Sebalik Penafian Sokong Israel

papar berkaitan - pada 9/11/2023 - jumlah : 286 hits
Hantaran media sosial menunjukkan ramai yang masih tidak puas hati dengan penjelasan diberikan oleh beberapa jenama Amerika Syarikat MalaysiaNowSuasana lengang di sebuah cawangan kedai makanan segera di Bangi Selangor pada tengah hari semal...
Ulama Indonesia Keluar Fatwa Boikot Syarikat Berkaitan Israel

Ulama Indonesia Keluar Fatwa Boikot Syarikat Berkaitan Israel

papar berkaitan - pada 12/11/2023 - jumlah : 496 hits
BharianonlineJAKARTA Majlis Ulama Indonesia mengeluarkan fatwa menggesa orang ramai memboikot barangan dan perkhidmatan syarikat yang menyokong Israel sebagai menunjukkan solidariti terhadap rakyat Palestin MUI menegaskan umat Islam di nega...
Jokowi Prihatin 190 Pemimpin Negara Tak Mampu Hentikan Kekejaman Israel Di Palestina

Jokowi Prihatin 190 Pemimpin Negara Tak Mampu Hentikan Kekejaman Israel Di Palestina

papar berkaitan - pada 12/11/2023 - jumlah : 215 hits
Presiden Jokowi mengaku prihatin ratusan kepala negara dan miliaran manusia di bumi tidak mampu menghentikan kekejaman Israel
Bergema Laungan Takbir Dan Doa Perang Mahu Anwar Turun Untuk Naikkan Hamzah Sebagai Pm Ke

Dinner Di Grill Haven Ingatkan Kedai Jepun Rupanya

Rush To Build In Penang High Density Projects Sprouting Without Gazetted Local Plan

Selepas Himpunan Turun Anwar Apakah Ada Langkah Seterusnya

Wanita Tidak Berbaju Berkeliaran Di Sebatang Jalan Raya Di Jontien

Allah Tahu Segalanya Walau Tak Pernah Kita Luah

Aplikasi Web Yang Makan Bateri Telefon Korang Tanpa Sedar

The Rise Of Virtual Influencers Redefining Fame In The Digital Age


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Turun Anwar A Protest That Stirs Headlines

Should Motorcyclists Be Exempt From Highway Tolls

Holiday For Mara Junior Colleges After Rugby Championship Victory

Manchester United Menang Skor Tipis 2 1 Atas West Ham

Nerdywave Com The Ultimate Tee Destination For Nerds Gamers Dark Humor Lovers

Badan Bengkak Sebelah Jangan Abaikan Ini Mungkin Lymphedema