Kenapa Mustahil Untuk Manusia Pergi Ke Bintang Lain


Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Sejak manusia mula memandang ke langit malam, bintang-bintang sentiasa menjadi sumber inspirasi dan tanda tanya yang tidak pernah padam. Dari mitos purba hingga ke filem fiksyen sains moden, imaginasi untuk mengembara ke bintang lain sudah lama menghantui minda kita. Dalam budaya popular, kita melihatnya digambarkan dalam siri seperti Star Trek (1966-sekarang), filem epik Interstellar (2014) , filem Pasengers (2016) sehinggalah ke dunia adiwira Marvel Studios seperti Guardians of the Galaxy (2014) yang dengan mudah berulang-alik antara galaksi. 
Namun, realiti tidak semudah di layar perak. Walaupun teknologi angkasa semakin maju, perjalanan ke bintang lain masih kekal sebagai impian yang belum tercapai. Sedangkan untuk ke Bulan sahaja mengambil masa yang lama dan susah inikan pula diluar Sistem Suria. Adakah benar mustahil buat masa ini untuk manusia pergi ke bintang lain dan apakah halangan besar yang menghalang kita? 
 (toc) #title=(Table of Content) 
KENAPA MUSTAHIL (BUAT MASA INI) UNTUK MANUSIA PERGI KE BINTANG LAIN? 
JARAK KOSMIK YANG TERLALU BESAR 
Apabila kita bercakap tentang “pergi ke bintang lain”, cabaran paling jelas ialah jarak yang teramat jauh. Bagi kita di Bumi, angka beribu kilometer mungkin sudah terasa jauh contohnya, mengelilingi seluruh planet ini hanya sekitar 40,000 km. Tetapi, jarak ke bintang terdekat pula diukur dalam tahun cahaya, iaitu jarak yang ditempuh cahaya dalam setahun dengan kelajuan 300,000 km sesaat. Satu tahun cahaya bersamaan kira-kira 9.46 trilion kilometer (NASA). 
Bintang paling hampir dengan kita ialah Proxima Centauri, yang terletak sekitar 4.24 tahun cahaya dari Bumi. Untuk membayangkan jaraknya, cuba fikir begini: jika kita gunakan kapal angkasa terpantas ciptaan manusia setakat ini, Parker Solar Probe (yang boleh mencecah lebih 690,000 km/j) (Guinness World Records), perjalanan ke Proxima Centauri masih akan mengambil masa lebih kurang 6,500 tahun! Itu baru bintang terdekat, belum lagi bintang-bintang lain yang berpuluh, ratus atau beribu tahun cahaya jauhnya. 

Jarak kosmik ini membuatkan apa yang kelihatan mudah di dalam filem sains fiksyen, menjadi hampir mustahil dalam realiti sekarang. Perbandingan mudah: kalau Bumi dan Matahari diibaratkan hanya 1 meter jauhnya, Proxima Centauri pula akan berada lebih 270 kilometer dari situ (European Southern Observatory). 
BACA JUGA :  Teleskop Angkasa James Webb : Teleskop paling berkuasa, paling besar pernah dibina NASA!
HAD TEKNOLOGI SISTEM PEMANDUAN ANGKASA Selain jarak yang terlalu jauh, masalah besar lain ialah teknologi enjin roket yang kita ada sekarang. Hampir semua misi angkasa lepas setakat ini menggunakan roket kimia, sama ada dengan bahan api cecair atau pepejal. Teknologi ini cukup untuk menghantar manusia ke Bulan atau kapal angkasa tanpa pemandu ke Marikh, tetapi ia terlalu perlahan untuk perjalanan antara bintang. 

Sebagai contoh, kapal angkasa Voyager 1 yang dilancarkan pada tahun 1977 masih bergerak di angkasa sehingga kini. Dengan kelajuan sekitar 61,000 km/j (NASA), ia sudah pun menjadi objek buatan manusia paling jauh dari Bumi. Namun, untuk sampai ke Proxima Centauri, Voyager 1 memerlukan lebih 70,000 tahun perjalanan! 
Oleh itu, saintis mula mencadangkan pelbagai alternatif. Antaranya: 
Fusi nuklear (Nuclear Fusion) :  menggunakan tindak balas sama seperti dalam teras bintang, yang berpotensi memberi tenaga sangat besar. Namun, teknologi ini masih di tahap kajian makmal. (European Space Agency) 
Pendorongan Antijirim (Antimatter propulsion) : idea menggunakan zarah antimatter, yang jika bertembung dengan zarah biasa akan menghasilkan tenaga sangat tinggi. Masalahnya, antimatter sukar dihasilkan dan disimpan; setakat ini saintis hanya boleh menghasilkan antimatter dalam jumlah kecil di makmal seperti CERN. 
Layar Suria (Solar sail / lightsail): menggunakan tekanan cahaya daripada Matahari atau laser berkuasa tinggi untuk menolak layar gergasi. Projek Breakthrough Starshot kini sedang menguji konsep ini dengan harapan menghantar probe kecil ke Proxima Centauri dalam beberapa dekad akan datang (Breakthrough Initiatives). 
Enjin Lompatan Ruang (Warp drive (Alcubierre Drive): teori yang mencadangkan “melengkungkan ruang masa” untuk bergerak lebih pantas daripada cahaya tanpa melanggar undang-undang fizik. Walau bagaimanapun, idea ini masih dalam bentuk teori matematik dan belum ada cara praktikal untuk melaksanakannya. (NASA) Semua cadangan ini menunjukkan bahawa imaginasi manusia memang luas, tetapi teknologi yang ada sekarang masih jauh daripada mencukupi untuk membawa manusia ke bintang lain. 
BACA JUGA : Bagaimana Misi Apollo 11 Pergi Ke Bulan pada Tahun 1969?
CABARAN BIOLOGI & MANUSIASelain teknologi kapal angkasa, faktor biologi manusia juga menjadi penghalang utama untuk perjalanan ke bintang lain. Tubuh kita direka untuk hidup di Bumi dengan graviti, atmosfera, dan perlindungan semula jadi daripada radiasi kosmik. Di angkasa lepas, semua itu hilang. Astronaut di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) contohnya, menghadapi masalah kesihatan seperti kehilangan ketumpatan tulang dan otot walaupun hanya beberapa bulan berada di orbit rendah Bumi [NASA, 2022]. Jika perjalanan mengambil masa berpuluh atau beratus tahun, kesan ini akan jadi lebih serius. 

Radiasi kosmik pula boleh merosakkan DNA manusia dan meningkatkan risiko kanser atau penyakit kronik lain. NASA dan ESA sedang mengkaji pelbagai cara perlindungan, termasuk dinding kapal angkasa yang lebih tebal, atau menggunakan air sebagai perisai semula jadi [European Space Agency, 2023]. Namun, setiap perlindungan tambahan menambah berat kapal, sekali gus menyukarkan perjalanan jauh. 
Selain itu, faktor psikologi juga penting. Hidup berdekad-dekad dalam kapal angkasa tertutup boleh menyebabkan tekanan mental yang melampau. Walaupun misi ke Marikh sahaja dijangka mengambil 2–3 tahun pergi balik, NASA sudah bimbang dengan isu kesunyian, konflik sosial, dan kesihatan mental kru [NASA Human Research Program, 2021]. Bayangkan pula perjalanan berabad lamanya, mungkin generasi baharu perlu dilahirkan dalam kapal, dan itu menimbulkan persoalan tentang struktur sosial, pendidikan, serta bagaimana mengekalkan motivasi misi. 
ALTERNATIF YANG SEDANG DITEROKAWalaupun mustahil buat masa ini untuk manusia tiba ke bintang lain, saintis dan pengkaji sudah mula memikirkan beberapa alternatif yang mungkin menjadi jalan keluar pada masa depan. Antara idea yang sering dibincangkan termasuklah kapal generasi, tidur kriogenik (cryosleep), dan kecerdasan buatan sebagai pengganti manusia. 
1. Kapal Generasi (Generation Ship) Konsep ini membayangkan sebuah kapal angkasa yang cukup besar untuk menampung komuniti manusia selama beratus tahun. Dalam kapal ini, generasi demi generasi akan lahir, membesar, dan meninggal dunia sebelum keturunan mereka akhirnya sampai ke destinasi. Namun, ia menimbulkan cabaran sosial besar, bagaimana memastikan kestabilan politik, pendidikan, dan sumber dalam jangka masa panjang [Long, 2011]. 
 2. Tidur Kriogenik (Cryosleep / Suspended Animation) Idea ini banyak kita lihat dalam filem seperti Passengers (2016), iaitu manusia “dibekukan” dalam kapsul khas untuk tempoh yang lama, lalu dibangunkan semula apabila tiba di destinasi. NASA kini sedang mengkaji “torpor” keadaan tidur metabolik yang boleh mengurangkan penggunaan tenaga dan keperluan makanan semasa misi jauh [NASA, 2020]. Namun, teknologi ini masih dalam peringkat teori. 
3. Kapal Dikuasai AI / RobotAda juga cadangan bahawa manusia tidak perlu pergi sendiri. Sebaliknya, kapal angkasa dengan kecerdasan buatan atau robot boleh dihantar terlebih dahulu untuk meneroka, membina habitat, atau mengumpul maklumat. Projek seperti Breakthrough Starshot (2016) sedang menguji konsep probe nano bersaiz kecil yang boleh dipacu dengan laser untuk sampai ke bintang Alpha Centauri dalam beberapa dekad [Breakthrough Initiatives, 2016]. Walaupun bukan manusia yang pergi, ia tetap langkah awal dalam penerokaan bintang. 
BACA JUGA : Bagaimana Manusia Membina Penempatan di Planet Marikh
KESIMPULANNYA
Perjalanan ke bintang lain buat masa ini masih tergolong dalam kategori mustahil, sekurang-kurangnya dengan teknologi dan kemampuan manusia sekarang. Halangan fizikal seperti kelajuan cahaya, jarak yang teramat jauh, serta kekangan biologi manusia menunjukkan betapa kecilnya kita berbanding keluasan kosmos. 
Walaupun pelbagai cadangan futuristik telah dibentangkan dari kapal generasi hingga tidur kriogenik, semuanya masih di peringkat teori, belum mampu direalisasikan dalam masa terdekat. Namun, di sebalik keterbatasan ini, manusia tidak pernah berhenti bermimpi. Filem sains fiksyen seperti Interstellar (2014), Passengers (2016), dan Guardians of the Galaxy (2014) terus menghidupkan imaginasi tentang suatu hari nanti kita mampu menjelajah ke bintang-bintang. 
Dari sisi ilmiah pula, projek seperti Breakthrough Starshot memberi gambaran awal bahawa walaupun lambat, langkah pertama sedang pun diambil. Dalam tradisi Islam, keterbatasan ini sebenarnya mengingatkan kita tentang kebesaran Allah. 
Al-Quran menyebut:  
“Wahai golongan jin dan manusia, kalau kamu sanggup menembus keluar dari lingkungan langit dan bumi, maka tembuslah; kamu tidak dapat menembusnya melainkan dengan satu kekuatan (daripada Allah).”  Surah Ar-Rahman (55:33) 
Ayat ini ditafsirkan oleh ramai ulama sebagai pengiktirafan bahawa penerokaan langit adalah mungkin, tetapi hanya dengan izin dan kekuatan yang diberikan Allah. Tokoh seperti Dr. Zaghloul El-Naggar menekankan bahawa ilmu astronomi dan teknologi hanyalah sebahagian kecil daripada rahsia besar alam semesta yang Allah izinkan manusia fahami. Dengan kata lain, batasan yang kita hadapi hari ini bukanlah penghalang mutlak, tetapi peringatan bahawa pengetahuan manusia sentiasa terbatas berbanding ilmu Tuhan. 
Maka, soalan besar tetap tinggal: adakah suatu hari nanti manusia akan benar-benar menjejakkan kaki di bintang lain, atau impian ini hanya akan kekal dalam cerita sains fiksyen? Hanya masa, usaha, dan izin Allah yang mampu menjawabnya. 
RUJUKAN :NASA. Life in the Universe. https://map.gsfc.nasa.gov/universe/uni_life.html Guinness World Records. Fastest Spacecraft Speed. https://www.guinnessworldrecords.com/world-records/66135-fastest-spacecraft-speed European Southern Observatory (ESO) (2016). Proxima b Discovery. https://www.eso.org/public/news/eso1629/ NASA JPL. Voyager Mission Status. https://voyager.jpl.nasa.gov/mission/status/ European Space Agency (ESA). Interstellar Travel: What Are We Waiting For? https://www.esa.int/Science_Exploration/Space_Science/Interstellar_travel_what_are_we_waiting_for Breakthrough Initiatives. Main Page. https://breakthroughinitiatives.org/initiative/3 NASA Glenn Research Center. Warp Drive (Alcubierre Drive). https://www.nasa.gov/centers/glenn/technology/warp/warp.html NASA (2022). The Human Body in Space. https://www.nasa.gov/hrp/bodyinspace European Space Agency (ESA) (2023). Radiation Risks in Space. https://www.esa.int/Science_Exploration/Human_and_Robotic_Exploration/Space_radiation NASA Human Research Program (2021). Risks to Human Health on Long-Duration Missions. https://www.nasa.gov/hrp Long, Kelvin F. (2011). Deep Space Propulsion: A Roadmap to Interstellar Flight. Springer. NASA (2020). Torpor Inducing Transfer Habitat for Human Stasis to Mars. https://www.nasa.gov Breakthrough Initiatives (2016). Breakthrough Starshot. https://breakthroughinitiatives.org/initiative/3/starshot

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2025/09/kenapa-mustahil-manusia-pergi-bintang-lain.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Pun Gunalah Ic Untuk Pembelian Minyak Itu Salah Satu Dari Alternatif Lain Kecuali Tak Ada Kad Pengenalan

Apa Pun Gunalah Ic Untuk Pembelian Minyak Itu Salah Satu Dari Alternatif Lain Kecuali Tak Ada Kad Pengenalan

papar berkaitan - pada 26/9/2025 - jumlah : 1045 hits
SURAT TERBUKA SAYA PADA YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA DATO SERI ANWAR IBRAHIM 1 Isu subsidi bersasar ni baik tapi perlu di tangani dengan teliti 2 Rakyat pengalaman harus di lihat baik di semenanjung dan sabah Sarawak 3 Syarat umur tu ok bol...
Lain Macam Semangat Sambutan Rakyat Timor Leste Sambut Ds Anwar

Lain Macam Semangat Sambutan Rakyat Timor Leste Sambut Ds Anwar

papar berkaitan - pada 24/9/2025 - jumlah : 1340 hits
Menerima sambutan rasmi penuh istiadat di Istana Presiden yang diserikan dengan pemeriksaan barisan kawalan kehormatan statik sempena lawatan ke Timor Leste Usai kunjungan hormat ke atas Presiden Timor Leste Dr Jos Ramos Horta kami kemudian...
Lain Betul Jadinya Bila Abang Petronas Try Jadi Plumber Rumah

Lain Betul Jadinya Bila Abang Petronas Try Jadi Plumber Rumah

papar berkaitan - pada 24/9/2025 - jumlah : 1305 hits
Lain Betul Jadinya Bila Abang Petronas Try Jadi Plumber Rumah Kalau cakap pasal rakyat Malaysia memang tak pernah kering idea nak hiburkan orang Ada saja gelagat spontan yang kadang kadang tak masuk akal tapi boleh buat kita terguling gelak...
Kelar Mentua Kerana Bekas Isteri Mahu Kahwin Lain

Kelar Mentua Kerana Bekas Isteri Mahu Kahwin Lain

papar berkaitan - pada 23/9/2025 - jumlah : 1132 hits
AgensiPacitan Indonesia Didakwa sakit hati selepas mengetahui bekas isterinya merancang untuk berkahwin lain seorang lelaki tergamak menyerang keluarga mentuanya sehingga menyebabkan seorang maut lapor Kompas Dalam kejadian di Pacitan Jawa ...
Buah Manggis Berbunga Lebat Tanaman Lain Nampak Berhasil

Buah Manggis Berbunga Lebat Tanaman Lain Nampak Berhasil

papar berkaitan - pada 29/9/2025 - jumlah : 1088 hits
Buah manggis nampak lebat kali ini 29 09 2025 pagi Isnin kemaskinikan blog lagi Banyak cerita hendak sampaikan tetapi ita kekangan masa yang benar benar berkualiti mengurus blog Disebabkan itu kadang kala terbuat kesilapan di blog seperti k...
Trump Dan Duta Us Lain Kah

Trump Dan Duta Us Lain Kah

papar berkaitan - pada 29/9/2025 - jumlah : 723 hits
Zainuddin OmarLawatan Trump ke Malaysia bangkang Lawatan Duta Besar US ke Kelantan disambut meriah dijamu nasi kerabu dan ayam percik Apa beza Trump dengan Duta Besar US Duta Besar US yg baru ini membawa polisi Trump dan wakil Trump di Mala...
Cara Tahu Blog Views Blogger Lain

Cara Tahu Blog Views Blogger Lain

papar berkaitan - pada 4/10/2025 - jumlah : 176 hits
Cara Tahu Blog Views Blogger Lain Contoh Ramai yang ingin tahu berapa ramai sebenarnya yang singgah ke blog orang lain setiap hari Adakah blog itu ramai pembaca atau sunyi seperti halaman yang baru bertunas Sebenarnya data sebenar trafik se...
Marinette Kapal Terakhir Gsf Masih Berlayar Selepas Yang Lain Dipintas

Marinette Kapal Terakhir Gsf Masih Berlayar Selepas Yang Lain Dipintas

papar berkaitan - pada 3/10/2025 - jumlah : 159 hits
Marinette Kapal Terakhir GSF Masih Berlayar Selepas Hampir Semua Yang Lain Dipintas Marinette kini menjadi kapal tunggal dalam misi Global Sumud Flotilla yang masih berlayar menuju ke Gaza selepas kapal yang lain dipintas Israel semalam Ber...
Who Is Anwar Ibrahim The Malaysian Leader Who Helped Trump Preside Over A Peace Deal

To Debate Satanic Us Trade Deal

Nothing To Shout About Trump S Kl Stopover Is A Matter Of Calendar Not Diplomatic Calibre

Family Life Protection Plan Malaysia Secure Your Loved Ones Future

Cara Solat Sunat Taubat Nasuha

Trade Deal Why Are We Surrendering Rm1 Trillion To Us Ask Hassan Mca Leader

Wabak Maut Menular Di Israel 8 Kematian Dan Hampir 5000 Kes

10 000 Langkah Kenapa Kaki Kena Rajin Melangkah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rm250k Penalty Per Aerotrain Breakdown Should Have Been Imposed From Outset Not After Almost 2 Dozen Disruptions

K Car Elektrik Pertama Byd Racco Buat Debut Di Jepun

Kisah Benar Scam Siber Over 4 Million Malaysians Reached Through Real Life Scam Stories

Hujah Ini Mungkin Kurang Tepat

Covva House Bon Studio Colombia

Man Under Influence Of Drugs Alcohol Nabbed Over Temple Ruckus