Kenapa Menteri Tak Bersungguh Isu Jawi Seperti Tanglung


Tak kisah gantung di SJK, tapi ini sekolah kebangsaan, janganlah 'over' 10/01/2020


BANGI, 14 Jamadilawal 1441H, Jumaat – Pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah kesal apabila isu perhiasan Tahun Baru Cina di sebuah sekolah di Puchong, Selangor lebih mendapat ‘perhatian’ menteri-menteri, berbanding isu tulisan jawi yang ditentang pertubuhan radikal Cina.

Beliau mengakui sedih kerana perjuangan tulisan jawi tidak mendapat sokongan pemimpin Pakatan Harapan (PH), walhal kedudukan jawi jauh lebih besar daripada tanglung dalam soal perpaduan.

“Tidak pernah berlaku dalam sejarah, tujuh menteri dan mungkin lebih, serta pemimpin-pemimpin besar berkunjung ke satu sekolah semata-mata untuk menyaksikan betapa pentingnya perpaduan gara-gara tanglung.

“Bab tanglung mereka bersungguh-sungguh. Sedihnya bila bab jawi, tidak pula bersungguh-sungguh macam ni, apa nak jadi…Istighfar dan mengucap panjang saya.

“Bila tiba bab tanglung, soal perpaduan. Sampai bab jawi tidak kedengaran pula pasal perpaduan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, jawi bukan sahaja perlu difahami sebagai jati diri dan identiti majoriti orang Melayu, pada masa sama, lambang jata negara, lambang negeri-negeri, tanda halal, dan banyak lagi, terdapat tulisan jawi.

“Malangnya, nak laksanakan jawi, kena tanya PIBG (Dong Zong). Sedihnya. Yang melibatkan hak kepada yang berhak, tak bersungguh-sungguh.

“Bila tiba hak kepada yang belum tentu namanya hak, kerana melibatkan undi, bersungguh-sungguh. Bila kita nak insaf ni?,” katanya.

Pada masa sama, Ridhuan Tee berkata, beliau tidak menafikan hak minoriti dan menegaskan bahawa mereka mesti dijaga.

“Tetapi jangan sampai hak majoriti tenggelam dalam hak minoriti. Teringat saya hak orang Uyghur di China. Apalah hak yang mereka ada.

“Saya tidak hairan sangat kalau semua identiti tersebut digantung di Sekolah Jenis Kebangsaan atau Sekolah Persendirian.

“Tetapi untuk sekolah kebangsaan, buatlah berpada-pada, jangan ‘over’. Jika tanglung sebesar gergasi dibawa dan digantung, jangan lupa bila tiba Hari Raya nanti, gantunglah lambang ketupat sebesar lori,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menasihati para pemimpin untuk tidak bertindak berat sebelah hanya kerana undi.

“Cukup-cukuplah, kalau terlalu kemarukkan undi, jangan buat macam ini, tidak baik untuk pembinaan negara bangsa.

“Dibimbangi bila tiba perayaan agama lain nanti, macam-macam yang pelik-pelik digantung di sekolah aliran kebangsaan. Bila ada precedent, nanti semua orang nak, tak kira berhak ke tidak. Justeru, berpada-padalah,” katanya.

Isu tanglung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pusat Bandar Puchong 1 menjadi kontroversi selepas ada pemimpin pembangkang mendakwa, ia dipasang secara berlebihan serta dikaitkan sebagai usaha untuk menyebarkan agama lain kepada murid Islam.

Susulan perkara itu, pihak sekolah bertindak menurunkan perhiasan berkenaan, yang sekali gus menerima kecaman kebanyakan menteri dan timbalan menteri.

Bagaimanapun, satu majlis diadakan untuk memasang semula tanglung di sekolah terbabit yang dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta beberapa menteri lain, antaranya Menteri Kewangan, Lim Guan Eng; Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching serta Menteri Beliau dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/01/kenapa-menteri-tak-bersungguh-isu-jawi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prihatin Sungguh Menteri Menteri Kita Isu Tanglung

Prihatin Sungguh Menteri Menteri Kita Isu Tanglung

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 636 hits
Jangan pula sebab takut hilang undi Cina sindir AminuddinBANGI Jadi sekarang kita semua sudah tahu bahawa kalau mahu menteri menteri datang melawat turunkan perhiasan perhiasan Tahun Baru Cina sindir Haji Aminuddin Yahaya Presiden gerakan I...
Saya Dilihat Banyak Timbulkan Krisis Terutama Isu Tulisan Jawi Dr Maszlee Letak Jawatan Sebagai Menteri Pendidikan

Saya Dilihat Banyak Timbulkan Krisis Terutama Isu Tulisan Jawi Dr Maszlee Letak Jawatan Sebagai Menteri Pendidikan

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 813 hits
Dr Maszlee Malik hari ini mengumumkan perletakan jawatan sebagai Menteri Pendidikan yang akan berkuat kuasa mulai esok selepas mendapat nasihat dari Perdana Menteri Saya dengan taat setia dan reda walaupun berat dengan nasihat ayahanda Perd...
Suara Menteri Pendidikan Hilang Isu Jawi

Suara Menteri Pendidikan Hilang Isu Jawi

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 601 hits
Krisis kepimpinan disebabkan polisi dasar yang dilakukan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Alif Anas Md Noor BANGI Kegagalan Dr Maszlee Malik menangani pelaksanaan pembelajaran tulisan jawi di sekolah vernakular memberi kesan kep...
Malaysia Dibakar Isu Tulisan Jawi Hiasan Tanglung

Malaysia Dibakar Isu Tulisan Jawi Hiasan Tanglung

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 416 hits
January 13 2020 9 00 AMTatkala Australia sedang menghadapi kebakaran hutan yang berleluasa negara kita Malaysia juga sedang terbakar dengan isunya tersendiri Ketegangan dan kontroversi yang ditimbulkan kerana 3 muka surat tulisan Jawi dan h...
Menjelang Sidang Dong Zong Dan Kpm Kongsi Pentas Isu Jawi

Menjelang Sidang Dong Zong Dan Kpm Kongsi Pentas Isu Jawi

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 486 hits
NG XIANG YI ANNABELLE LEE Di tengah tengah polemik pengajaran Jawi di sekolah vernakular wakil Gabungan Persekutuan Pertubuhan Lembaga Sekolah sekolah Cina Malaysia dan wakil Kementerian Pendidikan Malaysia berkongsi pentas untuk menjelaska...
Zahid Dakwa Pakatan Utamakan Isu Hiasan Tahun Baru Cina Berbanding Tulisan Jawi

Zahid Dakwa Pakatan Utamakan Isu Hiasan Tahun Baru Cina Berbanding Tulisan Jawi

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 495 hits
Zahid dakwa Pakatan utamakan isu hiasan Tahun Baru Cina berbanding tulisan Jawi Dikemas kini 13 minit yang lalu Diterbitkan p
Kisah 7 Menteri Tanglung

Kisah 7 Menteri Tanglung

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 377 hits
Ahli politik pun boleh diperalat biarkan diri diperbodohISUNYA bukan sekadar tanglung atau kaligrafinya tetapi agenda siapa yang lebih tersirat dan dominasi siapa yang semakin ketara Tanglung dan kaligrafi Cina hanyalah satu kesinambungan d...
Elderly Woman Killed In Hit And Run Accident At Traffic Light

The Evolution Of Gaming Technology How Video Games Have Transformed Over The Years

Madani Wins Ayer Kuning But Psm Makes Waves While Pn S Pig Agenda Fails

Powering Up Zambia A Look Into The Electricity Sector

Kempen Ladang Babi Pn Gagal Sekat Madani Psm Ganda Undi

Encouraging Movement From A Young Age Promises A Bright Future

Paul Rudd Kembali Bersama Nintendo Dalam Iklan Switch 2 Terbaru

Bn Menang Besar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


100 Jenis Style Gambar Lukisan Kartun Yang Boleh Dihasilkan Menerusi Chatgpt

Kaedah Relaksasi Otot Kurangkan Stress

Ai Team Subscribers April 27 2025

Skmm Diperalatkan Nurul Izzah Nafi Buat Laporan Skmm Terhadap Aliff Ahmad

Jdt Dinobatkan Juara Unifi Piala Malaysia Selepas Sewaskan Sri Pahang Fc 2 1 Di Stadium Nasional Bukit Jalil

Sarapan Pengantin Rumah Terbuka Aidilfitri Mengopi Di Hari Sabtu