Menjelang Sidang Dong Zong Dan Kpm Kongsi Pentas Isu Jawi


NG XIANG YI & ANNABELLE LEE



Di tengah-tengah polemik pengajaran Jawi di sekolah vernakular, wakil Gabungan Persekutuan Pertubuhan Lembaga Sekolah-sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) dan wakil Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkongsi pentas untuk menjelaskan pendirian masing-masing.

Meskipun mengakui pengalaman belajar Jawi ketika di sekolah dahulu tidak pun menukar agamanya kepada Islam, Setiausaha Agung Dong Zong Ng Chai Heng memberitahu, wujud rasa takut di kalangan ahli kumpulan bahawa tindakan itu akan “mengislamkan” murid.

“Bukan takut kepada Jawi, itu tak betul. Tapi sebenarnya, takut diislamkan,” katanya.

Ng menjelaskan ketakutan itu dan ketidakpercayaan terhadap tindakan kementerian, berpunca daripada tanggapan bahawa murid di sekolah kebangsaan akan ditukar agama kepada Islam.

“Ini bukan apa yang saya lihat, tapi begitulah yang diberitahu. Betul atau tidak, saya tak pasti. Tapi apa yang saya nak beritahu di sini, faktor ketakutan itu ada,” tambahnya.
Ng Chai Heng Ng berulang-ulang kali menyatakan bahawa kumpulan pendidikan Cina itu tidak membantah Jawi, tetapi mahu lembaga sekolah turut terlibat sekali dalam menentukan pengajaran tiga muka surat berkenaan Jawi itu kepada pelajar tahun empat sebagai sebahagian silibus Bahasa Malaysia tahun hadapan.

Berdasarkan garis panduan KPM, keputusan mengenai hal itu terletak di tangan ibu bapa dan persatuan ibu bapa dan guru (PIBG). Lembaga sekolah hanya boleh membuat keputusan di sekolah-sekolah yang tiada PIBG, itu pun setelah ibu bapa membuat undian terhadap perkara itu.

Dia turut menggesa KPM untuk lebih terbuka untuk berkomunikasi dengan pihak berkepentingan berkenaan isu tersebut.

Penghargaan terhadap Jawi, bukan Islamisasi

Memberi respons terhadap kebimbangan disuarakan Dong Zong, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Polisi dan Kurikulum) Habibah Abdul Rahman menjelaskan Jawi dimasukkan dalam buku teks untuk menggalakkan murid menghargai tulisan tradisional Melayu itu ketika belajar tentang mekanik bahasa.

Tegasnya, tujuannya bukan untuk mengislamkan murid.

“Saya tak fikir kita belajar Jawi atau khat itu akan menukarkan agama, kefahaman atau prinsip seseorang. Ia untuk kita belajar bahasa lain, dari segi tulisan itu, dan menghargai seni di sebalik tulisan tersebut...

“Kita tak mundur ke belakang, tetapi untuk kita sedar bahawa inilah warisan kita, yang kita pernah menulis (bahasa Melayu) dalam Jawi (suatu ketika dahulu),” katanya.
Habibah Abdul RahmanHabibah turut menjelaskan bahawa kabinet memutuskan untuk memberikan suara terbesar kepada ibu bapa dalam menentukan apa yang anak-anak mereka akan pelajari di sekolah.

“Kita tak boleh biarkan PIBG dan lembaga sekolah di satu sekolah yang sama untuk buat keputusan, kerana tak semua PIBG mempunyai hubungan rapat dengan lembaga sekolah.

“Saya fikir itulah kebenarannya, dan kami tak mahu sebarang salah komunikasi (atau) salah faham berlaku antara pihak-pihak yang memainkan peranan penting dalam sekolah,” katanya.

Tambahnya, apabila Dong Zong dan kumpulan-kumpulan lain menyuarakan bantahan terhadap silibus baru Bahasa Malaysia itu sejak Julai, KPM telah berkomunikasi dengan mereka dan meminda silibus tersebut sebanyak lima kali.

Ini termasuklah mengurangkan separuh daripada pengajaran Jawi kepada tiga muka surat, tidak membabitkan peperiksaan, dan menukar fokus pengajaran daripada kosa kata Jawi kepada mengenali tulisan Jawi dalam objek kebangsaan dan objek harian.

Bagaimanapun, dia mengakui bahawa kementerian perlu menambah baik proses libat urus dengan pihak berkepentingan

Habibah berharap Persidangan Bersama Organisasi Cina anjuran Dong Zong Sabtu ini akan turut mengambil maklum mengenai kesediaan kementerian untuk menangani kebimbangan berhubung Jawi.

“Sekolah tetap akan bermula dan kita masih berfikir tentang Jawi dan ketakutan kita terhadap Jawi… Saya harap kita boleh fikir (mengenai hal ini) dan bergerak ke hadapan,” tambahnya.

Habibah turut berkongsi bahawa Jawi akan turut dimasukkan dalam silibus Bahasa Malaysia darjah lima dan enam yang disemak semula untuk sekolah vernakular. Ia akan dilaksanakan pada tahun 2021 untuk darjah lima dan 2021 untuk darjah enam.

Kebuntuan dan gangguan

Ng dan Habibah berkongsi pandangan mereka dalam “Forum Jawi: Saling Memahami” malam tadi di Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH), anjuran NGO Gabungan Bertindak Malaysia (GBM).

Ia bagi menjernihkan keadaan berhubung persidangan Dong Zong yang akan berlangsung esok (28 Disember).

Dianggap sebagai persidangan anti-Jawi, persidangan itu mengundang kemarahan kumpulan nasionalis Melayu. Ada yang mengancam tindak balas ganas, dan menggesa agar Dong Zong diharamkan sekiranya persidangan itu diteruskan.

Polis dijangka akan turut hadir di lokasi persidangan itu nanti.

Ketika ditemui selepas forum, baik Ng dan Habibah, kedua-duanya tidak berganjak dengan pendirian mereka.

Habibah bertegas bahawa keputusan terbaru KPM berhubung Jawi adalah muktamad, manakala Ng berkata persidangan itu tetap akan diteruskan. Ng berhadap Menteri Pendidikan Maszlee Malik dapat bertemu dengan Dong Zong berhubung isu berkenaan.

“Saya secara terbuka memohon menteri memberi peluang untuk kami bertemu dengannya,” kata Ng.

Pada awal berlangsungnya forum, ada sebahagian penonton yang tidak berpuas hati dengan perjalanan dialog, dan cuba bertanyakan soalan. Antaranya peguam dan aktivis, Siti Kasim.
Siti KasimMereka bagaimanapun ditegah daripada mengganggu perjalanan forum oleh ahli panel, moderator Nathaniel Tan dan penonton-penonton lain.

Siti merupakan sebahagian daripada NGO Gabungan Seni Khat Action Team (Sekat), yang akan menganjurkan kongres berasingan berhubung pengajaran Jawi pada 29 Disember.

Ng menjelaskan acara Sekat itu tiada kaitan dengan Dong Zong.

“Ia bukan dianjurkan oleh Dong Zong, tapi oleh mereka yang tidak berpuas hati. Bagaimanapun, ia organisasi lain,” katanya semasa forum.

Selain Ng dan Habibah, ahli panel lain ialah Presiden Tamil Foundation K Arumugam, Timbalan Presiden Ikram Badlishah Sham, dan Presiden Abim Muhammad Faisal Abdul Aziz, dan anggota Exco KLSCAH Isabella Pek.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/12/menjelang-sidang-dong-zong-dan-kpm.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dong Zong Terbit Buku Digital Dalam Bm Jelaskan Pendirian Isu Jawi

Dong Zong Terbit Buku Digital Dalam Bm Jelaskan Pendirian Isu Jawi

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 645 hits
MALAYSIAKINI Dong Zong menerbitkan buku digital 16 halaman berbahasa Melayu untuk menjelaskan secara terperinci pendiriannya berhubung pengajaran Jawi di sekolah vernakular Diterbitkan beberapa hari sebelum kongres anjurannya berkenaan perk...
Dap Mca Perguna Dong Zong Ambil Kesempatan Isu Jawi Pemuda Pas

Dap Mca Perguna Dong Zong Ambil Kesempatan Isu Jawi Pemuda Pas

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 357 hits
Kira kira 300 peserta menyertai Himpunan Bangkit Pertahan Jawi Haramkan Dong Zong yang berlangsung di hadapan Sogo Kuala Lumpur
Isu Tulisan Jawi Dong Zong Menyalak Lagi Apa Agenda Sebenar Dan Siapa Di Belakang Mereka

Isu Tulisan Jawi Dong Zong Menyalak Lagi Apa Agenda Sebenar Dan Siapa Di Belakang Mereka

papar berkaitan - pada 23/12/2019 - jumlah : 595 hits
Sekali lagi pertubuhan ultra kiasu Cina Dong Zong menyalak mengenai perlaksanaan pengenalan Tulisan Jawi di sekolah vernakular tanpa menghiraukan sensitiviti bangsa Melayu sebagai bangsa majoriti di negara ini Dulu bila dah kena hentam deng...
Dong Jiao Zong Chinese Ngos Insist No Jawi Lessons For Std Four Pupils

Dong Jiao Zong Chinese Ngos Insist No Jawi Lessons For Std Four Pupils

papar berkaitan - pada 29/12/2019 - jumlah : 345 hits
Seventeen Chinese NGOs led by Dong Zong and Jiao Zong are adamant that the government should cancel the teaching of Jawi script in Bahasa Malaysia Standard Four textbooks in vernacular schools next year We urge the government to listen to t...
After Scuttling Dong Zong Meet Malay Ngos Set Sights On Jawi Congress By Liberals

After Scuttling Dong Zong Meet Malay Ngos Set Sights On Jawi Congress By Liberals

papar berkaitan - pada 29/12/2019 - jumlah : 313 hits
A coalition of Malay Muslim NGOs has warned liberal groups against proceeding with their gathering in Petaling Jaya tomorrow opposing the government s implementation of Jawi lessons in the Year Four Bahasa Malaysia syllabus The gathering to...
Court Order Obtained To Stop Dong Zong S Anti Jawi Gathering

Court Order Obtained To Stop Dong Zong S Anti Jawi Gathering

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 276 hits
Malaysian police have obtained a court order against education group Dong Zong on Friday to stop it from holding the Chinese Organisation Congress a gathering of Chinese associations against Jawi script lessons in vernacular schools Local m...
Dong Zong Kecewa Polis Halang Kongres Anti Jawi

Dong Zong Kecewa Polis Halang Kongres Anti Jawi

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 324 hits
Sebanyak 17 kumpulan pendidikan Cina kecewa terhadap tindakan polis mendapatkan injunksi mahkamah untuk menghalang kongres yang dijadualkan esok bagi membincangkan pengenalan pembelajaran tulisan Jawi di sekolah vernakular mulai tahun depan...
How Will Halt Of Dong Zong S Jawi Congress Affect Pakatan

How Will Halt Of Dong Zong S Jawi Congress Affect Pakatan

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 171 hits
Provided by Malay Mail Asia Institute Tasmania director Prof James Chin said the Dong Zong conference cancellation has both upset the ethnic Chinese community and emboldened right wing Malay groups which would in turn have an impact on vote...
Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City

High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Vivo Malaysia Memperkenalkan Inisiatif Eksklusif Untuk Pengguna Celcomdigi Di Malaysia

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


The Evolution Of Adult Entertainment

Drama Projek Exit

Surah Al Ikhlas Bacaan Rumi Terjemahan

Pelepasan Cukai Sukan 2024 Senarai 103 Sukan Tersenarai

Cara Guna Cimb Dan Cara Check Status Loan Cimb

Berjalanlah Di Atas Jalan Kebenaran