Kenapa Mat Salih Dilayan Istimewa


ORANG putih atau mat salih tatkala berada di Malaysia atau di mana-mana negara Asia, mereka pasti akan diangkat persis seorang raja dan permaisuri. Tidak kira apa status mereka di negara asal, asalkan berkulit putih, bermata biru dan berambut perang, mereka terus disanjung dan dilayan dengan layanan kelas pertama.

Hal ini ternyata merupakan satu barah dan sikap keterlaluan orang Asia yang perlu dihentikan serta-merta.

Sebagai seorang yang berpengalaman berkelana selama lapan tahun di luar negara dan melawat 20 negara dalam tempoh yang lama khususnya di Eropah, saya berasa bertanggungjawab untuk menasihat para pembaca yang budiman supaya lebih berhati-hati dengan segala tindak tanduk kita yang sebenarnya memakan diri.

Pengalaman saya di bumi Barat tidak seindah pengalaman orang kulit putih di bumi Malaysia. Perkauman dan diskriminasi berlaku secara kerap, mereka seolah-olah begitu jijik melihat seseorang yang berkulit gelap, hitam atau tidak berwajah seperti mereka berjalan di tanah air mereka. Ejekan dan kata-kata nista pasti dilemparkan tanpa bantahan daripada orang lain yang memerhatikan.

Sehingga hari ini juga, saya masih berurusan dengan golongan mat salih di Malaysia. Malang buat mereka kerana saya bukanlah seorang Melayu yang mempunyai sikap toleransi, merendah diri dan hormat tak kena tempat. Maka, beberapa kali jugalah saya menghentam habis rakan-rakan mat salih supaya mereka sedar hakikat bangsa mereka.

Saya dengan sinis pernah mengatakan kepada seorang mat salih, “wah, bukan main seronok jadi terkenal sekali pun tak ada apa-apa bakat istimewa, bahkan turut dapat layanan terbaik di Malaysia. Tetapi, malangnya, layanan baik kami kepada kamu dibalas dengan layanan buruk dan hina di bumi kamu pula. Kami dihina, diejek dan didiskriminasi dengan dahsyat.

“Apabila kamu kembali semula ke negara kamu, pastikan kamu nasihatkan orang kulit putih di sana supaya menghormati dan meraikan pelancong dari luar Eropah!”

Disebabkan layanan dan hormat yang keterlaluan orang kita terhadap golongan bermata biru inilah secara tidak langsung membuatkan mereka menjadi bongkak, sombong dan angkuh. Lihat sahaja sikap sebahagian pelancong dari Rusia yang sentiasa melakukan masalah dan jenayah di negara kita.

BACKPACKER
Sebelum ini juga kita disajikan dengan kisah-kisah orang putih backpacker yang gemar mengutip sumbangan atau mengemis di kaki jalan di Malaysia, Thailand dan Indonesia hanya semata-mata untuk mendapatkan wang segera bagi menampung perbelanjaan melancong ke negara lain.

Sikap terkeji dan menyalahi undang-undang ini malangnya dibela pula oleh sebahagian rakyat kita yang kononnya prihatin dan pemurah. Bayangkan kalau kita lakukan hal yang sama di negara mereka?

Saya bukanlah ingin menyematkan kebencian terhadap orang putih, tetapi sekadar ingin menyedarkan sebahagian daripada kita yang terlalu mengangkat mereka. Ya, mereka cantik, kacak, tinggi dan sasa, tetapi itu bukan bermakna kita perlu melayan mereka jauh lebih baik daripada bangsa lain.

Sedih tatkala melihatkan bagaimana pelancong dari Asia atau Afrika yang tidak mendapat layanan sama hanya kerana rupa paras yang kurang indah dan status rendah.

Ratusan tahun bangsa kulit putih menjajah tanah air kita, merampas harta benda, merobek khazanah alam, menyembelih nenek moyang kita dan menghina adat tempatan, namun malangnya mereka masih dipandang dan disanjung tinggi seolah-olah kezaliman dan kejahatan mereka pada masa lampau itu tidak pernah wujud sama sekali.

Sekiranya kita ingin melakukan kebaikan kepada orang lain, pastikan tidak ada dwistandard mengikut rupa paras dan bangsa tertentu. Dan bagi mereka yang begitu gah melayan dan menyanjung golongan mata biru ini, ingatlah belum tentu anda akan mendapat layanan yang sama di bumi mereka.

Sebahagian orang kita suka membandingkan negara-negara mat salih. Kata mereka, kita kena sokong Rusia sebab mereka lawan Amerika Syarikat (AS). Dalam erti kata lain, Rusia lebih baik daripada AS. Lucu sekali penilaian seperti ini. Ya, Rusia dengan AS mungkin bermusuhan tetapi ketika berhadapan dengan umat Islam, mereka pasti bersatu!

Apa yang kita perlu akur ialah sebahagian golongan ekspatriat mat salih di Malaysia sangat rasis dan sombong dengan penduduk tempatan. Sekali pun mereka berada di tanah air kita serta mendapat layanan tiptop, malangnya, mereka masih mempunyai mentaliti jijik seperti Melayu adalah ekstremis agama dan sering memburuk-burukkan bangsa kita.

Jangan marah sekiranya mereka bersikap angkuh dan rasis dengan kita. Bukankah kita sendiri yang begitu menyanjung mereka sehingga membuatkan mereka berasa kebal dan maksum? Berubahlah wahai bangsa Malaysia dan Asia!

Oleh: Thaqib Shaker

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/09/kenapa-mat-salih-dilayan-istimewa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Penyanyi Dangdut Cita Citata Batal Perkahwinan Dengan Mat Salih

Hiburan Penyanyi Dangdut Cita Citata Batal Perkahwinan Dengan Mat Salih

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 197 hits
Korang yang menggemari irama dangdut pasti mengenali Cita Citata seorang penyanyi dangdut terkenal di Indonesia Cita Citata sebelum ini dikhabarkan bakal melangsungkan perkahwinan bersama seorang jejaka mat salih dari Belanda namun terpaksa...
Kuah Pecal Sedap Padu Resipi Istimewa Peninggalan Arwah Mak

Kuah Pecal Sedap Padu Resipi Istimewa Peninggalan Arwah Mak

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 253 hits
Pecal adalah antara sajian masyarakat yang tidak asing lagi dikalangan rakyat Malaysia Pecal ni memang special anda boleh nikmatinya pada bila bila masa sama ada sarapan pagi makan tengahari atau pun malam Rahsia keenakannya terletak pada k...
Hiburan Istimewa Sangat Hadiah Ibu Ayash Affan Muka Seiras Shuib Kuat Minum Susu

Hiburan Istimewa Sangat Hadiah Ibu Ayash Affan Muka Seiras Shuib Kuat Minum Susu

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 354 hits
Pelawak dan juga usahawan Shuib menzahirkan rasa syukur apabila sudah boleh bertemu dengan anak bongsunya Ayash Affan ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementPerkara tersebut dikongsikan Shuib menerusi ruangan Instagram Story miliknya untuk tatapan ...
Lembut Sangat Sedap Chef Jason Kongsi 3 Resipi Istimewa Masak Guna Daging Halal Dari Australia

Lembut Sangat Sedap Chef Jason Kongsi 3 Resipi Istimewa Masak Guna Daging Halal Dari Australia

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 231 hits
Sajian Malaysia penuh dengan rasa yang enak dan menyelerakan Adunan pelbagai ramuan serta rempah menjadikan makanan negera ini makin dikenali serta digemari ramai bahkan menjadi bualan masyarakat di luar negara Selain penggunaan bahan menta...
So Ju Yeon Jung Yi Seo Jo In Bintangi Drama Istimewa Kbs

So Ju Yeon Jung Yi Seo Jo In Bintangi Drama Istimewa Kbs

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 225 hits
So Ju Yeon Jung Yi Seo dan Jo In akan membintangi drama pendek terbaru KBS Ketiga tiga pelakon itu telah dipilih untuk membintangi drama pendek berjudul Three yang merupakan sebahagian daripada siri UHD KBS Drama Special 2021 The post appea...
Promo Istimewa Kupon Membeli Belah Rm50 Dari Lulu Hypermarket Hanya Berbelanja Rm100 Tau

Promo Istimewa Kupon Membeli Belah Rm50 Dari Lulu Hypermarket Hanya Berbelanja Rm100 Tau

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 189 hits
Hi Korang Lama betul tak ke Lulu Hypermarket OMG Yeah Dapat je pelepasan kebenaran merentas daerah yang kerajaan umumkan baru baru ini haruslah ahkak ko ke Lulu Hypermarket Setia Alam Ermm lama betul tak ke mari yer rasanya 5 6 bulan cam tu...
Kempen Stay Strong Malaysia Oleh Samsung Jom Dapatkan Hadiah Istimewa Sekarang

Kempen Stay Strong Malaysia Oleh Samsung Jom Dapatkan Hadiah Istimewa Sekarang

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 224 hits
Ini adalah tahun kedua Samsung meraikan perpaduan negara dalam norma baharu Walaupun berterusan rintangan kita terus maju dengan kebaikan dan tidak mementingkan diri sendiri mempercayai bahawa dengan bekerja bersama kita dapat mengatasi cab...
Viral Video Dakwaan Vip Diberi Layanan Istimewa Ini Penjelasan Masjid Putra

Viral Video Dakwaan Vip Diberi Layanan Istimewa Ini Penjelasan Masjid Putra

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 265 hits
Kena daftar awal jam 11 dah penuh kapasiti Semalam tular di media sosial video keluhan orang ramai yang dikatakan tidak dapat masuk ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat Walaupun sudah tiba awal pagar masjid ditutup dan dikawal ketat kaki...
Resepi Gulai Ikan Nyok Nyok Istimewa Sedap Guna Daun Kesum

Resepi Gulai Ikan Nyok Nyok Istimewa Sedap Guna Daun Kesum

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 434 hits
Resepi Gulai Ikan Nyok Nyok Istimewa Sedap Guna Daun Kesum Semalam seperti hari Sabtu biasa memang hari wet marketing DH beli 2 ikan Nyok Nyok sederhana besar ada rasanya sebesar tapak tangan dia Bila nampak ikan tu memang menggulailah menu...
Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Kelam Kabut Semua Buat Sendiri Daler Yusof Kongsi Pengalaman Urus Isteri Pertama Kali Berpantang Di Malaysia

Vivo Malaysia Memperkenalkan Inisiatif Eksklusif Untuk Pengguna Celcomdigi Di Malaysia

Wordless Wenesday 115 Diy Baju Kurung Lama

Get To Know About And Benefits Of Bulk Sms For Business

Meet Studio Your New Favorite Way To Develop Wordpress Locally

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Buat Apa Jika Terseliuh



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

The Secret To Effortless Living Collaboration With Ashdown Studio

Prof As Dakwa Tak Selamat Kunjungi Malaysia Selepas Sebar Propaganda Sokong Zionis

Fahmi Fadzil Perlu Beri Penjelasan Bukan Beri Alasan

Alhamdulillah Hujan Turun Lebat

Wajibkan Fasih Bm Untuk Dapat Warganegara Pemuda Umno