Lembut Sangat Sedap Chef Jason Kongsi 3 Resipi Istimewa Masak Guna Daging Halal Dari Australia


Sajian Malaysia penuh dengan rasa yang enak dan menyelerakan. Adunan pelbagai ramuan serta rempah menjadikan makanan negera ini makin dikenali serta digemari ramai bahkan menjadi bualan masyarakat di luar negara. Selain penggunaan bahan mentah yang segar dan berkualiti, pemilihan daging juga amat penting dalam penghasilan sajian yang memukau selera.
Bersempena Webinar Halal Integrity of Australian Beef and Lamb from Farm to Table, Chef Jason Manson telah berkongsi 3 resipi istimewa menggunakan daging dari Australia yang pastinya memenuhi cita rasa dan selera tempatan.

Webinar ini juga turut menampilkan 3 orang speaker yang memberi penerangan lanjut mengenai daging lembu & kambing Halal dari Australia iaitu Encik Sanjay Boothalingam dari Australian Agriculture Counsellor, Australian High Commission, Encik Terry Nolan, wakil dari Australian Meat Industry Council (AMIC) dan Cik Valeska Valeska, Regional Manager for Southeast Asia, Meat & Livestock Australia.
 
1. AUSTRALIAN BEEF RENDANG (RENDANG DAGING)

BAHAN-BAHAN:
500gm kiub daging lembu Halal Australia
1 kuntum bunga lawang
1 keping kulit kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
2 helai daun kunyit
3 helai daun limau purut – hiris nipis
4 sudu makan kerisik
4 sudu makan gula melaka / gula kabung
Garam secukup rasa
1 cawan minyak masak
1 cawan santan
BAHAN KISAR:
7 biji bawang merah
10 ulas bawang putih
4 inci halia
2 inci kunyit segar
2 inci lengkuas
5 batang serai
6 tangkai cili merah
BAHAN SANGAI/GORENG TANPA MINYAK:
½ sudu teh jintan manis
½ sudu teh jintan putih
½ sudu teh biji ketumbar
CARA MEMASAK:
1. Panaskan periuk saiz sederhana dan masukkan minyak masak.
2. Tumis kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga. Kemudian masukkan bahan kisar bersama bahan-bahan yang disangai.
3. Tumis dan kacau semua bahan hingga mula naik bau.
4. Masukkan daging yang telah dipotong kiub dan gaul sebati bersama rempah tumis tadi. Masukkan juga daun kunyit.
5. Bila daging kelihatan sebati bersama rempah, masukkan santan dan kacau sebati. Masak guna api sederhana hingga daging lembut dan empuk.
6. Bila daging sudah masak, tambahkan kerisik dan juga daun limau purut. Perasakan dengan gula melaka yang telah diparut dan juga garam secukupnya.
 
2. CHEF JASON’S AUSTRALIAN BEEF SOTO (SOTO DAGING)

BAHAN-BAHAN:
400gm kepingan daging lembu Halal Australia – hiris nipis
750gm bihun – dicelur
150gm timun – hiris nipis
150gm tauge – buang akarnya
5 biji telur – rebus
50gm hirisan ketumbar – untuk hiasan
50gm hirisan daun bawang – untuk hiasan
3 biji limau – potong dua
2 sudu makan minyak masak
BAHAN AIR REBUSAN DAGING :
1.5 liter air
6 kiub pati daging
1 uncang sup bunjut
BAHAN KISAR:
3 batang serai
3 biji bawang merah kecil
2 inci halia
2 ulas bawang putih
2 ketul kunyit segar
CARA MEMASAK:
1. Panaskan periuk, masukkan minyak dan tumis bahan kisar hingga masak.
2. Bila bahan kisar telah masak, masukkan air rebusan daging dan masak lagi hingga mendidih anggaran 10-15 minit. Kecilkan api dan biarkan kuah mereneh.
3. Untuk menghidang, masukkan bihun yang telah dicelur ke dalam mangkuk bersama hirisan timun dan tauge.
4. Ambil hirisan daging, celur seketika di dalam sup panas selama 1 minit dan letakkan di dalam mangkuk berisi bihun tadi.
5. Tuang 1-2 senduk kuah sup panas ke dalam mangkuk.
6. Hiaskan dengan hirisan ketumbar, daun bawang, bawang goreng dan juga limau.
 
3. STIR-FRIED AUSTRALIAN BEEF WITH BELIMBING BULUH (DAGING GORENG BERSAMA BELIMBING BULUH)

BAHAN-BAHAN:
300gm kepingan daging lembu Halal Australia
200gm Belimbing Buluh – potong dua
100gm Taucu
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan kicap cair
1 sudu makan sos tiram
2 sudu makan gula
3 biji bawang merah – potong baji nipis
3 biji cili padi merah – hiris
2 ulas bawang putih – cincang
½ cawan minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih. Kemudian masukkan taucu, kicap cair, kicap pekat, sos tiram dan gula. Tumis hingga wangi.
2. Kemudian masukkan hirian daging. Kacau hingga sebati bersama sos.
3. Tambahkan hirisan cili dan bawang merah. Goreng selama 2 minit.
4. Akhir sekali, msukkan belimbing buluh. Goreng lagi selama 1 minit.
5. Hiaskan dengan hirisan cili merah dan hidangkan bersama nasi panas.
Wow…Nampak sedap kan? Masak menggunakan daging lembu dan kambing Halal dari Australia ini ternyata lazat dan berkhasiat. Nak masak menu Asia lain atau masakan Barat pun boleh menggunakan daging dari Australia ni. Ini kerana dagingnya yang berkualiti, segar dan lembut. Malah bagi orang muslim, tidak perlu lagi rasa was-was bila menikmatinya.
 
NIKMATI DAGING HALAL AUSTRALIA TANPA RAGU

Australia adalah pembekal daging dan produk daging yang dipercayai malah telah membekalkan produk daging lembu dan kambing halal ke lebih 100 buah negara termasuk Timur Tengah, Indonesia dan Malaysia.
Peka akan kepentingan ‘Halal’ dalam sumber makanan masyarakat Muslim, haiwan ternakan di negara ini dipastikan memenuhi syarat serta kriteria yang ditetapkan oleh undang-undang Islam.
Di Autralia, haiwan ternakan dibela dengan baik dalam persekitaran yang bersih dan bebas dari penyakit. Haiwan-haiwan ternakan dibiarkan merumput secara bebas di padang ragut. Ini adalah selaras dengan undang-undang pihak berkuasa tempatan bagi menjaga kebajikan haiwan ternakan. Maka tidak hairanlah Australia mampu menghasilkan daging lembu dan kambing Halal yang berkualiti tinggi secara konsisten.
Baru-baru ini satu kajian oleh Meat and Livestock Australia (MLA) telah mendedahkan bahawa haiwan yang dibesarkan dan diproses dalam persekitaran bebas tekanan akan menghasilkan daging berkualiti yang konsisten, lebih bersih, selamat dan berkhasiat menjadikan daging-daging ini pilihan terbaik untuk dinikmati oleh para pengguna.
 
MACAM MANA DAGING UNTUK PASARAN MALAYSIA DIPROSES?

Semua lembu, biri-biri dan kambing yang diproses di Australia untuk pasaran Malaysia disembelih oleh orang Islam bertauliah di bawah Program Halal Selia Kerajaan Australia (Australian Government Supervised Halal Programme). Ia adalah salah satu program yang diselia oleh Jabatan Pertanian Persekutuan (Federal Department of Agriculture) di Australia.
Selain itu, semua kemudahan pemprosesan di Australia hanya menggunakan penyembelih Muslim yang berdaftar dan terlatih dari Halal Certifying Bodies yang diiktiraf dan diluluskan oleh JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia).
Sebelum diimport ke Malaysia, daging akan diperiksa dengan teliti supaya mematuhi standard Halal oleh wakil-wakil yang dilantik. Terdapat juga syarat-syarat lain yang perlu dipatuhi malah setiap penghantaran dilengkapi dengan sijil Halal dan sijil Kesihatan.
Oleh itu tidak perlu lagi ragu-ragu untuk membeli dan menikmati seleksi daging Halal dari Australia ini. Macam-macam menu boleh disediakan dan pastinya bakal menggembirakan seisi keluarga.
Selamat mencuba!
The post Lembut & Sangat Sedap! Chef Jason Kongsi 3 Resipi Istimewa Masak Guna Daging Halal Dari Australia appeared first on RASA.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2021/09/lembut-sangat-sedap-chef-jason-kongsi-3.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Muffin Pandan Bakar Guna Air Fryer Hanya 15 Minit Sahaja Hasilnya Sangat Lembut Gebu Sedap

Resipi Muffin Pandan Bakar Guna Air Fryer Hanya 15 Minit Sahaja Hasilnya Sangat Lembut Gebu Sedap

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 350 hits
Muffin pandan antara resipi yang paling mudah nak disediakan lebih mudah jika mama hanya menggunakan air fryer sahaja untuk membakar kuih ini Jom ikuti resipi ringkas ini Pandan muffin Resepi dia mudah je lembut gebu sedap pulak tu tapi jan...
Cara Masak Kuah Ikan Percik Yang Sangat Sedap Guna Resipi Tradisi

Cara Masak Kuah Ikan Percik Yang Sangat Sedap Guna Resipi Tradisi

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 382 hits
Nikmatnya kalau dapat makan tengahari dengan lauk Ikan Percik Ramai yang takut takut nak masak kerana bimbang tidak menjadi Janganlah risau jika nak masak sendiri di rumah tidak susah pun Malah lagi puas hati Kalau makan bersama nasi kerabu...
Daging Masak Merah Sedap Guna Sos Cap Labu

Daging Masak Merah Sedap Guna Sos Cap Labu

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 314 hits
Assalamualaikum HARI ini sepatutnya giliran Sk masuk ke pejabat tetapi kerana menguruskan ibu yang sedang dalam kuarantin bersama Ilham bos memberi pelepasan untuk Sk bekerja dari rumah Ada beberapa dokumen penting yang perlu disiapkan Mala...
Resipi Apam Susu Paling Mudah Guna Sukatan Cawan Sedap Sangat

Resipi Apam Susu Paling Mudah Guna Sukatan Cawan Sedap Sangat

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 368 hits
Dah bosan dengan warna dan perasa apam susu kali ini sedikit eksklusif dengan lorekan bunga ros di atasnya Kreatif dan berseni Paling menarik cukup mudah hendak disediakan dan confirm menjadi kerana menggunakan sukatan cawan sahaja Memang m...
Resipi Roti Pisang Rangup Guna Bahan Simple Memang Sedap Sangat Tak Cukup Sekeping

Resipi Roti Pisang Rangup Guna Bahan Simple Memang Sedap Sangat Tak Cukup Sekeping

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 411 hits
Kadang kadang mama dah buntu nak sediakan menu untuk makan pagi atau sebagai kudapan makan petang Mama boleh jadi lebih kreatif dengan hanya menyediakan roti pisang rangup dan yang paling penting bahan bahanya sangat simple Selamat mencuba ...
Masak Sendiri Takoyaki Homemade Sedap Macam Dekat Gerai Guna Resipi Mudah Ni

Masak Sendiri Takoyaki Homemade Sedap Macam Dekat Gerai Guna Resipi Mudah Ni

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 245 hits
Sedapnya Takoyaki Street food dari Jepun yang kini menjadi kegemaran rakyat Malaysia Tepi tepi jalan pun ada gerai jual snek ni Bagi anda yang gemar makan Takoyaki saudari Norliza Razali bermurah hati berkongsi resipi Takoyaki yang boleh an...
Penggemar Apam Balik Boleh Buat Sendiri Guna Resipi Mudah Ini Yang Penting Boleh Letak Banyak Jagung Kacang

Penggemar Apam Balik Boleh Buat Sendiri Guna Resipi Mudah Ini Yang Penting Boleh Letak Banyak Jagung Kacang

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 569 hits
Sesiapa yang gemar makan apam balik tu sekarang dah boleh buat sendiri Lagi rangup dan lagi sedap Yang penting boleh letak banyak jagung dan apa apa bahan yang kita suka Ayak tepung bersama baking powder soda bikarbonat dan garam 2 Pukul te...
Lelaki Ini Kongsi Ilmu Pengasih Masak Nasi Putih Sedap Macam Di Kedai

Lelaki Ini Kongsi Ilmu Pengasih Masak Nasi Putih Sedap Macam Di Kedai

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 560 hits
Nasi putih sememangnya menjadi pilihan hati orang ramai tanpa mengira peringkat umur Baik makan di rumah mahupun di kedai nasi putih pasti menjadi pilihan teratas Namun jika anda perasan nasi putih di kedai makan agak sedikit lain dan terda...
Resipi Sotong Kangkung Yang Sedap Mudah Tak Guna Banyak Bahan

Resipi Sotong Kangkung Yang Sedap Mudah Tak Guna Banyak Bahan

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 331 hits
Penggemar hidangan Kangkung mesti suka resipi ni Maklumlah jika dibeli sepinggan kecil sahaja dah mahal harganya Sedangkan ia boleh dihasilkan sendiri secara homemade Menerusi perkongsian saudari Rosilawati Masri beliau kongsikan resipi Sot...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba