Kenapa Lemah Sangat Untuk Bertindak Terhadap Zuraida

Sudah lebih dua minggu berlalu sejak Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Zuraida Kamaruddin mengumumkan keluar Bersatu pada 26 Mei lalu untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia atau PBM sambil menyatakan hasratnya untuk berbincang dengan Perdana Menteri mengenai perletakan jawatannya, tetapi sehingga hari ini segala-galanya masih lagi statik.
Zuraida masih lagi menteri sehingga kini, malah pertemuan beliau dengan Ismail Sabri Yaakob untuk berbincang mengenai perletakan jawatannya juga belum lagi berlangsung.
Sementara Ismail Sabri sejak awal lagi mengatakan akan bertemu dengan Zuraida sebelum membuat apa-apa keputusan, manakala Ahli Parlimen Ampang itu pula dilaporkan tiga hari lalu bahawa beliau sentiasa “standby” untuk dipanggil bertemu Perdana Menteri, malangnya tiada apa-apa yang bergerak setakat ini.
Di mata umum, bahkan kedengaran di mana-mana, keadaan ini menyebabkan Ismail Sabri dianggap terlalu perlahan dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
Kenapa perlu memakan masa sehingga lebih dua minggu tanpa apa-apa perkembangan dalam kes Zuraida yang diketahui sudah sedia meletakkan jawatan, sedangkan ia adalah perkara yang mudah saja?
Kuasa melantik menteri adalah hak Perdana Menteri, di sebalik setiap parti diperuntukkan kouta tertentu mengenainya.
Dalam hal ini, meskipun perlantikan Zuraida sebelum ini adalah atas kouta Bersatu, terpulang kepada Ismail Sabri sama ada mahu mengekalkan kouta itu untuk Bersatu atau tidak.
Jika mahu dikekalkan kouta Bersatu, segeralah berbuat demikian dengan melantik pengganti baharu yang akan dicadangkan oleh Bersatu.
Kalau mahu Zuraida kekal lagi dalam kabinet, beliau juga boleh dikekalkan atas kedudukan PBM sebagai parti yang menyokong kerajaan.

Sama ada jawatan menteri untuk Bersatu mahu diganti atau dibiarkan berkurang, itu juga adalah hak Perdana Menteri memutuskannya.
Begitu juga, kiranya Ismail Sabri menerima perletakan jawatan Zuraida, tetapi tidak mahu melantik menteri baharu daripada Bersatu, sebaliknya ingin memberi jawatan itu kepada UMNO, ia turut merupakan hak Perdana Menteri yang tidak boleh dipertikaikan.
Pokoknya, apa juga keputusan berikutan tindakan Zuraida keluar Bersatu dan menyertai PBM, semuanya adalah hak Perdana Menteri untuk bertindak dan menyelesaikannya.
Mengekalkan Zuraida, menerima perletakan jawatannya, menggantinya atau tidak mengubah apa-apa dalam sususan menteri, tiada yang lain berhak melainkan Perdana Menteri saja.
Cuma, apa juga yang mahu diputuskan, ia mestilah disertai dengan pengumuman dan tidaklah terbiar tergantung tanpa sebarang tindakan kerana ini melibatkan kerajaan dan rakyat berhak untuk diberitahu.

Tidak bertindak dan tidak memberitahu rakyat tentang sesuatu perkara yang perlu diketahui bermakna kerajaan itu boleh dianggap tidak bertanggungjawab kepada rakyat selaku pembayar cukai atau pembiaya wujudnya sesebuah kerajaan.
Adalah diharapkan, dengan pelbagai isu yang sedang melanda dalam negara, Ismail Sabri dapat segera bertindak dan membuat keputusan berkenaan kedudukan Zuraida ini dalam tempoh yang tidak terlalu lama.
Jangan dibiarkan ia tergantung begini terlalu lama kerana ia akan memberi ruang kepada kritikan serta kemampuannya kian dipertikaikan. – ShahbudinHusin 11/06/2022.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/06/kenapa-lemah-sangat-untuk-bertindak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berlebihan Sangat Kim Jongkook Dikritik Bertindak Kasar Dalam Running Man

Berlebihan Sangat Kim Jongkook Dikritik Bertindak Kasar Dalam Running Man

papar berkaitan - pada 7/6/2022 - jumlah : 191 hits
Umum mengetahui bahawa setiap ahli Running Man mempunyai personaliti tersendiri di dalam program itu ARTIKEL BERKAITAN Seperti Kim Jong kook dia terkenal dengan watak tough ataupun gangster seperti yang digelar oleh ahli lain Dalam episod P...
Menteri Gesa Mcmc Bertindak Tegas Terhadap Syarikat Telekomunikasi

Menteri Gesa Mcmc Bertindak Tegas Terhadap Syarikat Telekomunikasi

papar berkaitan - pada 15/6/2022 - jumlah : 140 hits
Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa pada majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2021 untuk kementeriannya menyatakan bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia perlu bertindak tegas terhadap syarikat t...
Rafizi Vs Shahril Shamsudin Sapura Saya Pertahankan Kenyataan Saya Terhadap Cadangan Menyelamatkan Seb

Rafizi Vs Shahril Shamsudin Sapura Saya Pertahankan Kenyataan Saya Terhadap Cadangan Menyelamatkan Seb

papar berkaitan - pada 2/6/2022 - jumlah : 185 hits
1 Jun 2022 SAMAN SHAHRIL SHAMSUDDIN AYUH KE MAHKAMAH Saya telah menerima writ saman dari Tan Sri Shahril Shamsuddin bekas Ketua Pegawai Eksekutif Pengarah Urusan Sapura Energy Berhad sekitar jam 1130 malam semasa saya dalam satu majlis di K...
Johnny Depp Menang As 15 Juta Saman Fitnah Terhadap Bekas Isteri

Johnny Depp Menang As 15 Juta Saman Fitnah Terhadap Bekas Isteri

papar berkaitan - pada 2/6/2022 - jumlah : 201 hits
Pelakon terkenal Hollywood Johnny Depp dianugerahkan AS 15 juta dalam kes saman fitnah terhadap bekas isterinya sebentar tadi Mahkamah dalam keputusannya bagaimanapun mendapati pelakon francais filem Pirates of the Caribbean itu dan Amber H...
Dakwaan Terhadap Khairuddin Tak Bersandarkan 5 Laporan Polis Luar Negara Kata Saksi

Dakwaan Terhadap Khairuddin Tak Bersandarkan 5 Laporan Polis Luar Negara Kata Saksi

papar berkaitan - pada 2/6/2022 - jumlah : 175 hits
Dakwaan terhadap Khairuddin tak bersandarkan 5 laporan polis luar negara kata saksi Dikemas kini 31 minit yang lalu Diterbit
Berita Pendek Keputusan Pemilihan Pkr Tak Bererti Akar Umbi Hilang Keyakinan Terhadap

Berita Pendek Keputusan Pemilihan Pkr Tak Bererti Akar Umbi Hilang Keyakinan Terhadap

papar berkaitan - pada 1/6/2022 - jumlah : 290 hits
Keputusan pemilihan PKR tidak bererti akar umbi telah hilang keyakinan terhadap Anwar Ibrahim sebaliknya ahlinya mengharapkan Rafizi Ramli membawa perubahan asas kata penganalisis
Sekatan Terhadap Russia Bakal Jejaskan 15 000 Syarikat Jepun

Sekatan Terhadap Russia Bakal Jejaskan 15 000 Syarikat Jepun

papar berkaitan - pada 31/5/2022 - jumlah : 193 hits
Sekatan terhadap Russia bakal jejaskan 15 000 syarikat Jepun Dikemas kini 30 minit yang lalu Diterbitkan pada 30 May 2022 10
Ppim Lancar Kaji Selidik Pandangan Rakyat Terhadap Isu Semasa Dagang News 24 05 2022

Ppim Lancar Kaji Selidik Pandangan Rakyat Terhadap Isu Semasa Dagang News 24 05 2022

papar berkaitan - pada 3/6/2022 - jumlah : 269 hits
KUALA LUMPUR 24 Mei Persatuan Pengguna Islam Malaysia akan mengadakan program kaji selidik keberkesanan agensi kerajaan bagi mendapatkan pandangan orang awam terhadap beberapa perkara atau isu semasa secara dalam talian Ketua Aktivis PPIM D...
Apa Punya Bengap Angkara Salam Tak Cium Tangan Vokalis Skinhead Kena Belasah

Kelas Berenang

Khaled In Turin To Inspect Work On Maritime Aircraft

Polis Siasat Dakwaan Vokalis Skinhead Diserang Dipukul

Zahid Says Umno S Partnership In Unity Government Is About Stability Not Submission To Dap

Advice To Senior Citizens

Sarapan Pagi Wesak Day

Why Is Helping Others Important Why Should We Be Generous

echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar

Berhenti Menjadi People Pleaser

Wanns Ahmad Bulan Ku Chord

Pacheco House By A4estudio Elevated Living Overlooking The Green

Us China Trade War Over Rejoice

Man Nabbed In Probe Into Alleged Abuse Of 3 Year Old Nephew

Indian Pm Modi Set To Address Nation After Pakistan Truce