Rafizi Vs Shahril Shamsudin Sapura Saya Pertahankan Kenyataan Saya Terhadap Cadangan Menyelamatkan Seb






 
1 Jun 2022

SAMAN SHAHRIL SHAMSUDDIN:

AYUH KE MAHKAMAH

Saya telah menerima writ saman dari Tan Sri Shahril Shamsuddin, bekas Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah Urusan Sapura Energy Berhad (SEB) sekitar jam 1130 malam semasa saya dalam satu majlis di Kuantan pada 11 Mei 2022.

Writ itu adalah untuk mengesahkan bahawa Tetuan Zul Rafique & Partners, peguam kepada Shahril Shamsuddin telah memfailkan saman terhadap saya di mahkamah berhubung kenyataan-kenyataan saya ekoran desakan Dato’ Seri Najib Tun Razak agar kerajaan menyuntik wang untuk menyelamatkan SEB.

Saya telah mengambil pendirian untuk mempertahankan kenyataan-kenyataan saya di mahkamah kerana kenyataan-kenyataan tersebut adalah untuk melindungi kepentingan awam.

Sejak 2010, saya telah melalui 14 kes di mahkamah (dari Mahkamah Sesyen hingga ke Mahkamah Persekutuan) demi mempertahankan wang rakyat. Sebahagian besar dari kes-kes itu bersabit skandal kewangan besar negara seperti National Feedlot Corporation (NFC), 1MDB, Majlis Amanah Rakyat, Tabung Haji dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Setakat ini, saya menang kesemua kes saman yang dibawa terhadap saya di mahkamah. Dalam proses mahkamah itu, rakyat dapat menilai sendiri butiran terperinci yang menjadi latar belakang setiap skandal kewangan tersebut.

Saya akan diwakili oleh pasukan peguam yang diketuai oleh Ranjit Singh dari Tetuan Ranjit Singh & Yeoh. Beliau adalah peguam yang mewakili saya selama 11 tahun sepanjang perbicaraan kes NFC dari 2011 hingga ke keputusan akhir Mahkamah Persekutuan yang berpihak kepada kami baru-baru ini.

Perbicaraan kes saman Shahril Shamsuddin adalah titik mula yang penting dalam usaha kita memastikan pelaburan rakyat melalui institusi pelaburan awam (seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP), Lembaga Tabung Haji (TH) dan lain-lain) memenuhi mutu piawai urus tadbir untuk pelaburan awam (required governance for public investments).

Dalam struktur ekonomi yang melibatkan banyak pelaburan dana rakyat yang besar di dalam syarikat-syarikat swasta senarai awam (public listed companies), kerangka urus tadbir pelaburan awam mestilah lebih ketat untuk mengelakkan dana simpanan rakyat kerugian apabila syarikat-syarikat ini mengalami kerugian besar.

Kebelakangan ini, pelaburan rakyat mengalami kerugian besar akibat masalah kewangan yang dihadapi oleh syarikat-syarikat seperti Serba Dinamik Berhad dan Sapura Energy Berhad. Walaupun syarikat-syarikat ini secara rasminya adalah syarikat swasta yang dikawal secara majoriti oleh pemegang-pemegang saham individu, kerugian mendadak yang dialami telah menyebabkan kerugian besar kepada rakyat.

Pulangnya saya ke arena politik tanah air disambut dengan kes mahkamah yang pertama yang dibawa oleh Shahril Shamsuddin. Insya Allah saya akan terus bersuara untuk melindungi dana rakyat seperti sebelum ini biar pun terpaksa berdepan dengan lebih banyak kes mahkamah yang akan dibawa.

RAFIZI RAMLI

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/06/rafizi-vs-shahril-shamsudin-sapura-saya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ex Sapura Ceo Sues Rafizi Over Bailout Issue

Ex Sapura Ceo Sues Rafizi Over Bailout Issue

papar berkaitan - pada 2/6/2022 - jumlah : 245 hits
Newly elected PKR deputy president Rafizi Ramli has been hit by a lawsuit over the bailout issue of Sapura Energy Bhd In a blog posting today the former Pandan MP said he was served the writ of summons by lawyers acting for former Sapura En...
Ketua Pemuda Umno Tarik Balik Kenyataan Fitnah Terhadap Mujahid

Ketua Pemuda Umno Tarik Balik Kenyataan Fitnah Terhadap Mujahid

papar berkaitan - pada 24/5/2022 - jumlah : 151 hits
Ketua Pemuda Umno Tarik Balik Kenyataan Fitnah Terhadap Mujahid Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki hari ini menarik balik kenyataan berbaur fitnah yang dibuatnya terhadap bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof Perkara itu...
Rafizi S Day In Court Will Put Sapura Energy Under Scrutiny

Rafizi S Day In Court Will Put Sapura Energy Under Scrutiny

papar berkaitan - pada 5/6/2022 - jumlah : 160 hits
Former Sapura Energy Berhad CEO Shahril Shamsuddin upset with remarks by Rafizi Ramli has taken the former Pandan MP to court Rafizi had issued the statements because he disagreed with Najib Razak s suggestion on March 21 that the governmen...
Isu Bail Out Bekas Ceo Sapura Energy Saman Rafizi Dakwa Najib Desak Supaya Suntik Wang

Isu Bail Out Bekas Ceo Sapura Energy Saman Rafizi Dakwa Najib Desak Supaya Suntik Wang

papar berkaitan - pada 2/6/2022 - jumlah : 196 hits
KUALA LUMPUR Rafizi Ramli yang baru menang jawatan sebagai Tmbalan Presiden Parti Keadikan Rakyat telah disaman berhubung isu bail out Sapura Energy Bhd Menurut Rafizi dia telah menerima writ saman daripada peguam yang mewakili bekas CEO Sa...
Rafizi Dan Saifuddin Bukan Soal Kelayakan Tetapi Kesesuaian

Rafizi Dan Saifuddin Bukan Soal Kelayakan Tetapi Kesesuaian

papar berkaitan - pada 19/5/2022 - jumlah : 123 hits
PENDAPATADA beberapa WhatsApp dari orang tertentu yang bertanya saya siapa lebih layak untuk jadi timbalan presiden Keadilan Mulanya saya malas untuk jawab atau ulas secara spesifik takut bias Bagaimana pun untuk memberi sedikit pencerahan ...
Awat Tak Saman Mamat Ni Kaw Kaw Asyraf Wajdi Tarik Balik Kenyataan Kes Selesai

Awat Tak Saman Mamat Ni Kaw Kaw Asyraf Wajdi Tarik Balik Kenyataan Kes Selesai

papar berkaitan - pada 25/5/2022 - jumlah : 100 hits
24 Mei 2022 Asyraf Wajdi Tarik Balik Kenyataan Kes Selesai Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini telah merekodkan Penghakiman Persetujuan melibatkan kes saman fitnah yang difailkan oleh Datuk Seri Dr Mujahid bin Yusof terhadap Ketua Pemuda ...
Kenyataan Qatar Airways Mengenai Pesawat Airbus A350

Kenyataan Qatar Airways Mengenai Pesawat Airbus A350

papar berkaitan - pada 31/5/2022 - jumlah : 124 hits
Kenyataan Qatar Airways mengenai Pesawat Airbus A350 Ini berikutan ada beberapa isu berkaitan dengan pihak Qatar Airways dan Airbus dalam melibatkan pesawat tersebut beberapa bulan lepas sehingga ia membawa kepada penghakiman di mahkamah Le...
Hiburan Wanita Tidak Dilahirkan Untuk Jadi Pemimpin Kenyataan Nurul Zahid Undang Kecaman Netizen

Hiburan Wanita Tidak Dilahirkan Untuk Jadi Pemimpin Kenyataan Nurul Zahid Undang Kecaman Netizen

papar berkaitan - pada 1/6/2022 - jumlah : 143 hits
Tular di media sosial semalam apabila kenyataan daripada anak kepada Presiden UMNO Nurulhidayah Ahmad Zahid telah menimbulkan perdebatan dalam kalangan netizen Dia yang dilihat memberi pendapat mengenai isu kepimpinan dan juga hak asasi man...
Pastikan Harga Makanan Asas Terkawal Kenyataan Media Ppim 23 05 2022

Pastikan Harga Makanan Asas Terkawal Kenyataan Media Ppim 23 05 2022

papar berkaitan - pada 24/5/2022 - jumlah : 162 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia menyambut baik langkah kerajaan dalam menangani krisis harga makanan di negara ini Susulan pengumuman kerajaan menghentikan eksport ayam sebanyak 3 6 juta ekor sebulan bermula 1 Jun nanti PPIM berharap bany...
Kadir Jasin Warns Pmx Ph Against Falling Into The Trap To Free Najib

Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Pjd Link Cancellation Fahmi Tells Govt Critics To Read Pwd Statement

Is Now A Good Time To Buy Property In 2024

Masverse Unveils Groundbreaking Blockchain Platform

Tiga Lelaki Bakar Anak Kucing Diburu Polis

Dap Leader Unsurprised By Mca S Decision To Not Campaign For Its Candidate

Banjir Besar Dubai 2024 Ustaz Azhar Idrus



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Legacy Credit Emerges As A Substantial Shareholder In Vci Global

Sempena Mother S Day Enfagrow A Mindpro Menjemput Semua Ibu Ibu Untuk Hasilkan Lagu

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

Power Of Storytelling In Marketing

Lirik Lagu Berharap Kau Kembali Fabio Asher

Bisikan Setan