Kenapa Lagakan Rakyat Dan Istana


Sejarah penjajah terlalu diagungkan sehingga sejarah kita sendiri yang begitu bermakna dilupakan. Boleh dikatakan kita terlalu menyimpan dan menjaga warisan sejarah penjajah sehinggakan warisan sejarah sendiri diabaikan.
Penjajah Portugis dan Belanda yang hanya mampu menguasai Kota Melaka dan tidak mampu meluaskan tanah jajahan ke negeri-negeri Melayu lain sejak runtuhnya Kesultanan Melaka pada 1511.

Malahan Pulau Pinang sahaja dijajah British pada 1786 dan Kota Melaka pada 1824. Bagi negeri-negeri lain pada masa itu masih bebas. Yang mengejutkan, keluarga James Brooke hanya dilantik sebagai penguasa negeri dan bukannya diberikan terus kepada James Brooke. Itu pun bermula dari 1841 di Sarawak sahaja.

Di Sabah pula, sebuah syarikat Amerika menyewa Sabah daripada Sultan Brunei pada 1865, kemudian diambil alih sewa oleh syarikat Overbeck pada 1878. Sabah dan Sarawak hanya dijajah British selepas 1946. Dari 1841 hingga 1945, Sarawak masih dimiliki oleh Brunei dan dianggap sebagai naungan keluarga Brooke. Sabah pula hanya disewa dari 1865 hingga 1945. Pengecualian diberikan kepada Singapura kerana tidak lagi berada dalam Malaysia.

Jadi, negeri-negeri Melayu hanya berada dalam naungan British sejak 1874 melalui Perjanjian Pangkor. Itu pun hanya negeri-negeri Melayu Bersekutu. Bagi negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu hanya berada dalam naungan British bermula Perjanjian Bangkok 1909. Ini bermakna negeri-negeri Melayu di Tanah Melayu masih merdeka dan hanya berada dalam naungan.

British terpaksa melepaskan negeri-negeri naungan setelah gagal menjajah Tanah Melayu apabila orang Melayu bangkit menentang Malayan Union pada 1946. Maka Perjanjian 1948 yang mewujudkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah memberi ruang untuk Tanah Melayu merdeka dan bebas daripada naungan. Disebabkan itu, kemerdekaan daripada naungan menjadi satu proses diplomasi dan bukannya revolusi seperti Indonesia. Indonesia benar-benar dijajah Belanda.

BARAT
Malangnya sehingga ke hari ini, masih ada rakyat Malaysia (termasuk Melayu sendiri) yang menganggap Tanah Melayu dijajah. Sila buktikan, di manakah penjajahan itu?

Penjajahan selalu menidakkan sistem pemerintahan beraja dan rakyatnya terpaksa mengasimilasikan budaya penjajah sebagai sebahagian budaya mereka.

Inilah dikatakan apabila rakyat sendiri selama ini ditipu dengan mitos penjajahan. Akibatnya, pemikiran kita turut dijajah dan mengagungkan budaya penjajah. Ini bermakna kita sendiri yang merelakan pemikiran dan budaya kita dijajah sedangkan sejarah Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak hanya di bawah naungan atau sewaan.

Apabila minda kita terjajah maka kita mula membenci sistem raja berperlembagaan dan jati diri negara ini. Akibatnya lahir segelintir pemimpin politik yang anti-istana dan ingin menjadikan negara ini menjadi republik. Adakah dengan menjadikan negara ini sebagai republik mampu menyelesaikan segala permasalahan yang berlaku? Adakah sistem republik model Barat itu lebih baik daripada model sistem raja berperlembagaan negara ini?

Bukan semua yang ada di Barat itu sesuai dengan kehidupan kita. Walaupun ada sebilangan yang mendapat pendidikan Barat, sepatutnya digunakan untuk meningkatkan kehidupan rakyat.

Sebagai contoh, pemodenan Jepun yang mengambil ilmu Barat semasa pemerintahan Maharaja Meiji, tidak mengubah sistem beraja negara tersebut. Malahan rakyat Jepun yang mendapat pendidikan Barat apabila balik ke Jepun tidak kelihatan membawa balik elemen-elemen antiistana.

Malahan rakyat Jepun yang kembali ke Jepun dilihat memodenkan dan memajukan negaranya mengikut acuan kejepunan, bukannya menumbangkan sistem beraja yang ada. Kesetiaan rakyat Jepun yang mendapat pendidikan Barat lebih taat dan patuh kepada Maharaja Meiji walaupun tindakannya terlibat dalam Perang Dunia Kedua tidak pernah diragui dan dipersoalkan.

Teramat pelik di negara kita, masih ada pemimpin politik yang masih kurang faham apa yang sedang berlaku di negara ini. Apa yang menyedihkan, terdapat segelintir pemimpin politik cuba mengambil kesempatan dengan mengeruhkan hubungan golongan istana dengan rakyat. Politik rimba apakah ini? Musuh-musuh bertepuk tangan kerana politik sebegini tidak menguntungkan pribumi.

Negara kini dilanda krisis peningkatan kes Covid-19 disebabkan sebahagian rakyat degil dan tidak mahu mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Akibatnya apabila kes Covid-19 semakin kritikal maka kesan impaknya adalah ekonomi. Ekonomi kini menjadi taruhan disebabkan terdapat pemimpin politik yang hanya tahu mengkritik dan mencari alasan untuk menunjukkan persepsi negatif ke atas kerajaan. Mereka tidak mahu saling bekerjasama untuk menyelesaikan masalah. Tetapi ingin menimbulkan masalah sehingga akhirnya sebahagian besar rakyat marhaen tertekan dan hidup dalam kesusahan.

Bagi mereka, prinsip Rukun Negara tidak penting apabila melihat berlakunya serangan demi serangan ke atas istana. Malahan cuba melaga-lagakan antara rakyat dan istana. Seolah-olah golongan istana ini kelihatan tidak berlaku adil dan kelihatan zalim. Persoalannya, di manakah kewarasan dan sifat empati ke atas rakyat yang kini rata-rata tertekan dengan krisis Covid-19? Sepatutnya pemimpin-pemimpin politik turun padang dan membantu rakyat semasa waktu krisis ini, bukannya mencurahkan cuka dan garam ke atas situasi kritikal sebegini.

Melihat dengan mata kepala saya sendiri baru-baru ini, teramat sedih melihat 2,000 rakyat terpaksa beratur begitu panjang di bawah panas terik mentari, ditambah dengan khemah yang tiada berkipas untuk membuat penilaian Covid-19 di Dewan Komuniti, Taman Kajang Utama, Selangor. Di manakah wakil-wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat untuk membantu ketika rakyat sangat memerlukan? Alangkah indahnya jika golongan istana, wakil rakyat dan rakyat kelihatan bersama. Pasti akan terpahat dalam sejarah kerana raja dan rakyat berpisah tiada. Bukannya menanam kebencian terhadap istana.

Oleh: Prof. Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah
         dan Dr. Iskandar Hasan Tan Abdullah

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/06/kenapa-lagakan-rakyat-dan-istana.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalau Nak Umum Orang Lain Nak Bagi Bantuan Sah Dia Akan Umumkan Harap Rakyat Puji Kita Tengok Nanti

Kalau Nak Umum Orang Lain Nak Bagi Bantuan Sah Dia Akan Umumkan Harap Rakyat Puji Kita Tengok Nanti

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 214 hits
W FAUDZINTak payah keluar statement la buat menambah dosa orang maki hang je letak je jawatan apa susahnya Gila sangat nk jadi PM tapi tak tahu apa satu tu buat apa Patut dah sedia perancangan total lockdown selama 3 bulan paling kurang Buk...
Rakyat Makin Pokai Perlu Wang Tunai Subsidi Untuk Lockdown Kata Pakar Ekonomi

Rakyat Makin Pokai Perlu Wang Tunai Subsidi Untuk Lockdown Kata Pakar Ekonomi

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 204 hits
May 29 2021 Semua aktiviti ekonomi dan sosial tidak dibenarkan beroperasi kecuali perkhidmatan perlu dan sektor ekonomi tertentu selama dua minggu mulai Selasa depan PETALING JAYA Pelbagai pihak mendesak kerajaan menyediakan bantuan sara di...
Sokong Pkp Penuh Dengan Syarat Utamakan Kos Hidup Rakyat Ph

Sokong Pkp Penuh Dengan Syarat Utamakan Kos Hidup Rakyat Ph

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 201 hits
POSTED BY AMIR WRLRPakatan Harapan menyokong pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan penuh atau total lockdown namun mengemukakan beberapa syarat kepada kerajaan Perikatan Nasional Menurut kenyataan Jawatankuasa Kos Sara Hidup Pakatan Harap...
Nasihat Dari Rakyat Buat Pm

Nasihat Dari Rakyat Buat Pm

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 147 hits
KAK IDA ABDULLAH TSMY Assalamu alaikum Saya sebagai rakyat ingin memberi pendapat walau sudah agak terlambat Saya pernah beri pendapat setahun dahulu minta kamu u turn dan kembali ke PH tapi tak diendah dan ramai perkecilkan Anyway your los...
Total Lockdown Kenapa Seperti Ada Kempen Salahkan Rakyat

Total Lockdown Kenapa Seperti Ada Kempen Salahkan Rakyat

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 351 hits
NORMAN RADZUANTOTAL LOCKDOWN Kenapa seperti ada kempen salahkan rakyat APAKAH PERSEDIAN KERAJAAN UTK RAKYAT Akhirnya 1hb ini kita akan kembali total lockdown Saya terbuka dlm soal ini demi kebaikkan rakyat tetapi apakah kerajaan sudah menye...
Ph Beri Syarat Utamakan Rakyat Laksana Pkp Penuh

Ph Beri Syarat Utamakan Rakyat Laksana Pkp Penuh

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 352 hits
Pakatan Harapan menyokong pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan penuh atau total lockdown namun mengemukakan beberapa syarat kepada kerajaan Perikatan Nasional Menurut kenyataan Jawatankuasa Kos Sara Hidup Pakatan Harapan PKP penuh keraja...
Rakyat Mahu Skandal Itu Disiasat Bukan Surat Yang Bocor La Lebai

Rakyat Mahu Skandal Itu Disiasat Bukan Surat Yang Bocor La Lebai

papar berkaitan - pada 30/5/2021 - jumlah : 256 hits
Skandal tanah Lembaga Getah Malaysia Menteri PAS buat laporan polis siasat surat bertaraf rahsia yang bocorMay 29 2021 Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Mohd Khairuddin Aman Razali membuat laporan polis bagi menafikan tuduhan liar...
Kerajaan Pn Boleh Jimat Untuk Rakyat Jika Hamba Sahaya Ini Ditutup

Kerajaan Pn Boleh Jimat Untuk Rakyat Jika Hamba Sahaya Ini Ditutup

papar berkaitan - pada 30/5/2021 - jumlah : 209 hits
Hari ni umum TOTAL LOCKDOWN Korang tahu tak yang kerajaan can easily buat total lockdown 2 bulan dan tampung gaji 2 8 juta rakyat Siap ada elaun RM 1 000 untuk 500 000 rakyat lagi Macam mana Tugas menteri bukan buat poster rakyat menangis d...
Rakyat Perlu Bangkit Dan Pertahankan Prabakaran

Rakyat Perlu Bangkit Dan Pertahankan Prabakaran

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 234 hits
Jangan ada pihak yang cuba membuli dan menindas kebebasan bersuara mencari kebenaran
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Sarat Hamil 8 Bulan Comel Je Baby Bump Maryam Durian Kimchi

First Time Jaga Anak Berkhatan Doktor Beri Tip Mudah Cepat Sembuh

10 Petua Dapur Berguna Untuk Memudahkan Hidup

Christmas With Tears In 2024

Precious Metal Recycling Malaysia Turning Waste Into Value

Ifa Raziah Dan Roslan Shah Tidak Lagi Bersengketa