Dong Zong Di Sebalik Kerajaan
Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah Dasar jejas proses pencinaan pelajar menjadi secina-cinanya ditentang

SEDIH teramat sangat  apabila perlaksanaan dasar Pendidikan negara perlu bertanya kepada PIBG  Sekolah Cina sama ada ia boleh dilaksanakan atau tidak? Tidakkah kita  sedar bahawa PIBG Sekolah Cina itulah Dong Zong? Di manakah maruah kita  selaku kerajaan yang telah mendapat mandat rakyat dan berlegitimasi
Apabila kerajaan telah menggubal sesuatu  dasar untuk kepentingan negara, semestinya ia dilaksanakan sama ada suka  atau tidak. Ini berlaku di semua negara
Namun, keadaan sebaliknya berlaku di  negara kita, seolah-olah Dong Zong itulah kerajaan. Kerana di belakang  Dong Zong ada lebih 9000 NGO Cina menyokong. Ini tidak termasuk  parti-parti politik ultra kiasu mereka, DAP, MCA dan Gerakan
Ini bukan kali pertama, kita buat  pusingan U-turn apabila dibantah Dong Zong, sudah banyak kali. Sejak  zaman BN lagi. BN pula jangan cuci tangan dalam isu ini. Dosa kamu tetap  ada. Kerana kemarukkan undi, kamu gadaikan agenda negara. Keadaan sama  berlaku apabila pemerintah kerajaan berubah. Semua kerana undi
Apa yang Dong Zong tidak bantah dasar  Pendidikan yang telah ditetapkan kerajaan? Benar kata Perdana Menteri,  semua mereka bantah. Sekolah Wawasan yang amat baik, idea Perdana  Menteri, menggabungkan Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan  Cina dan Tamil gagal, kerana Dong Zong boikot
Akhirnya, lima (5) buah Sekolah Wawasan  yang telah dibina di Perak, Pulau Pinang, Selangor dan Kedah, gagal,  tidak mencapai matlamat yang dikehendaki. Sekolah Wawasan kembali  menjadi seperti Sekolah Kebangsaan
Dong Zong tidak mahu murid-murid  Cina bercampur dengan murid-murid Melayu. Dong Zong takut penguasaan  Bahasa Cina anak-anak Cina terjejas jika bercampur
Ketika PPSMI dikuatkuasakan, Sekolah Cina  tetap dengan cara Cinanya, tanpa memperdulikan PPSMI. Dong Zong  berkeras jika Bahasa Inggeris digunakan dalam pengajaran dan  pembelajaran Sains dan Matematik, murid-murid Cina akan menjadi kurang  mahir berbahasa Cina
Pendek kata, apa jua dasar yang boleh  menjejaskan proses pencinaan murid-murid Cina menjadi secina-cinanya  mereka akan tentang habis-habisan. Jika tidak percaya, tubuh RCI, kaji  satu demi satu penentangan Dong Zong terhadap dasar-dasar kerajaan sejak  ia ditubuhkan
Dong Zong sentiasa menang dan tidak  pernah kalah. Seolah-olah Dong Zong itulah kerajaan. Sudah sampai  masanya Dong Zong ini diharamkan
Saya mohon dan merayu kepada semua rakyat  Malaysia, berikanlah sokongan penuh dengan Perdana Menteri, dalam  berhadapan dengan pertubuhan rasis, cauvinis, dan ultra kiasu Cina ini.  Tidak semua Cina menyokong mereka, tetapi Dong Zong berjaya menampakkan  bahawa merekalah wakil keseluruhan Cina
*Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah, Pusat Pengajian Teras
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2019/08/dong-zong-di-sebalik-kerajaan.html