Kenapa Kau Menangis
Iya…kenapa kau menangis tu?
Sendu dan syahdu sekali alunannya…
Kerna duniakah tangisanmu itu?
Atau kerana kau sudah tidak punya rasa apa-apa?
Entahlah kawan…
Kadang tu semata terkenangkan itu, dia auto sendu.
Terkenang yang ini pula dia seolah dipicu sesuatu.
Dan matanya langsung menangis bagai tiada pelangi esok hari..
Kenapa kau menangis? Tanya dia
Kerana kehidupan inilah…
Terasa teruji benar rasanya.
Namalah kehidupan
Apa sajalah kehidupan ini tanpa ujian kawan..
Jadi syukurlah jika masih teruji.
Ujian itu untuk rawat hati kita ini juga kawan
Ujian bersihkan hati
Ujian agar sedar tinggi rendah suatu langit
Lega sedikit dia mendengar
Bolehkan jika dia sekadar mahu berkongsi rasa, curhat bahasa pendeknya, tanpa sebarang prejudis dan implikasi pesimis…
Bolehkan?
Luahlah kawan…
Kitakan manusia..
Jika diperam terlalu lama, gusarkan menggelegak…
Bahaya itu kawan…
Ada hari tu kan, dia tidaklah mahu menangis mana…tapi seolah air matanya itu pantang jika tidak mengalir..
Lantas ada sajalah yang hendak ditangis.
Cerita tidaklah sesedih mana. Humor komedi kawan yang dia tonton…
Pun menangis!
Aiguuuuu…
Kenapalah kau menangis ya mata…
Kan tak memasal sembam sudah mata dikau
Halus sangat perasaanmu itu
Atau kau merasa seolah setiap suatu rasa itu hanyakan berbalik, kau hanya sendirian?
Sendiri itu merinding jiwa
Namun dengan sendiri jua dia bahagia
Kerna hanya bersendiri kita lebih menjiwai segala raga..
Jadi telat kelam nan malam ini, adakah kau menangis kerana dihurung suatu wadah hitam yang tidak kenampakkan namun punya bisikan gempita alam?
Iya…kita tidak sendiri kawan
Itu kau punya temanan dalam dirimu…
Berkawanlah dengan ia sebaiknya
Sampai bertemu lagi kawan..
The post Kenapa Kau Menangis… first appeared on Sofie Adie.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sofieadie.com/kenapa-kau-menangis/