Terung Buat Pc Menangis
TERUNG BUAT PC MENANGIS | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. LUANGKAN BANYAK MASA DENGAN BABAH. Suka sembang. Suka dengar cerita babah. Ada yang gembira. Ada yang sedih. Warna warni. Naik turun. Ada lurus. Ada berliku-liku.
"Babah masa kecik-kecik main. Macam budak-budak lain juga tapi main kat kebun. Kawan baik babah pak uda (abang babah nombor tiga). Kami ni adik beradik merangkap kawan baik. Kecik-kecik bila cuti sekolah je.. jaie nyai (mak/bapak babah) bawa anak-anak pergi kebun. Bercucuk tanam. Untuk jadikan sumber makanan dan sebagai pendapatan juga. Cangkul. Tajak. Pisau. Parang. Jadi kawan zaman kanak-kanak babah dan pak uda.. ada masa main dengan kawan-kawan sekolah tapi banyak masa di kebun. Ubi, keladi, tomato dan banyak jenis lagi ditanam. Termasuklah terung.."- babah
Bila babah bercerita PC rasa kagum. Sebab PC penyambung tradisi ini. Pergi kebun. Terutama bila cuti sekolah. Kawankan arwah nyai. OK, babah sambung cerita.
"Babah ni kurang serasi tanam pokok jenis berbuah. Serasinya tanam pokok berdaun sahaja macam sawi ke.. kangkung.. bayam. Pernah tolong nyai tanam pokok terung beratus pokok.. tiba waktu petik buah tomato, orang lain berbakul-bakul.. babah cuma sebakul kecil hasil pokok yang babah tanam.. sedih ada.. geli hati ada.." - babah
Bukan tangan tak sesuai.. memang segitu rezekinya. Eh, sambung pula cerita tanam pokok terung warna unggu tu kann.
"Pokok terung pun nyai tanam tau Jua.. tekun PC dengar babah sambung cerita. Berpuluh pokok tanamnya. Alhamdulillah. Lama rasanya tak makan terung. Seronok kalau tanam.. ada hasil, petik lepas tu masak.. "- babah
Beberapa hari kemudian. Babah bawa balik sebiji terung busuk. Babah pergi kedai beli jagung ayam. Kedai tu ada jual sayuran juga. Haaaa.
"Jua.. ni babah minta terung yang dah dibuang.. tapi belum busuk sangat. Simpan dulu sehari dua.. nanti ramas, buang kulitnya.. tapis ambil bijinya, jemur lepas tu semai.. Jua tanam ya.. " - babah
"Ni pertama kali ba.. kalau cili tu dah beberapa kali.. cuak juga.." - PC
Boleh babah ketawakan.. siap cakap lagi.. ubahlah.. cuba lain dari cili.. ada berani?. Imbas kenangan zaman babah dengan arwah pak uda kecil-kecil tolong nyai tanam pokok terung. Fuh. Bissmillah. Maka bermulalah proses ikut macam mana yang babah cakap dan ajar tu.. dari awal hinggalah..
Masih muda
Rezeki
Bila kita lakukan proses daripada awal, akan terbit satu perasaan yang lain. Ada motivasi yang menggebu-gebu. Hari-hari siram pagi petang.. kecuali hujan je. Dua minggu sekali baja. Bangun tidur, awal pagi setelah selesai urusan rumahtangga.. mula la menyembang dengan pokok-pokok ni. Ada komunikasi dua hala. Kita bersuara dia jawab dengan mengeluarkan buah. Alhamdulillah. Terima kasih Allah.
Bila PC rumah mertua, babah tolong siram. Bila dah nampak berbunga. Ada putiknya.. seterusnya membesar.. terus niat dalam hati.. buah pertama ni nak masakkan dulu untuk babah terung ni.. tak kisahlah babah nak terung ni dimasak apa.. ada lebih.. sedekah. Tapi belum apa-apa..... 5 biji buah pertama ini yang tinggal tunggu masa dipetik.. telah selamat dimakan monyet.
Jujur. PC menangis. PC langsung tak ada rasa marah dengan monyet pun.. PC nangis sebab rasa terkilan tak dapat bagi babah makan terung yang pokoknya pertama kali PC tanam. Alhamdulillah berbuah juga yang pertama kali. Itu je. Rasa sedih sangat-sangat. Tapi tak apalah. Ada hikmahnya. Ada jalan cerita lebih baik Allah swt susun. Aamiin.
NOTA PC : en suami mula semai biji mata kucing
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.perducinta.com/2025/09/terung-buat-pc-menangis.html