Bukan Islam Harus Elakkan Baca Quran Untuk Politik



PENDAPAT
N BalasubramaniamTINDAKAN ketua dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Balasubramaniam membaca petikan ayat Quran surah as Saf ayat 4 ketika berucap menggulung perbahasan di muktamar Pas ke-71 di Kedah telah menjadi isu kontroversi.

Para pengkritik Pas berpendapat cara dan tindakan Balasubramaniam itu kurang manis, ada yang menganggap ia mencemarkan kesucian agam Islam. 
Ada pengkritik terdiri daripada influncer pro kerajaan mengira perbuatan Subramaniam itu menempelak Pas yang sebelum ini mengecam seorang pemimpin DAP Haword Lee yang memetik terjamahan Quran dalam pidatonya. Pemimpin DAP itu dikecam sehingga ke parlimen, gara gara itu beliau berjumpa dengan Menteri Agama dan menyatakan kemaafan

Umat Islam mempersoalkan tindakan ketua DHPP itu apabila tidak ada teguran daripada Pas. Sikap Pas mendiamkan diri dengan kejadian itu dikatakan sebagai double standard apabila mereka membiarkan Subramaniam membaca ayat ayat Quran walaupun tidak betul dari segi makhraj dan tajuidnya. Kalau Subramaniam setakat membaca terjemahnya, seperti sebelum ini mungkin ia tidak menjadi masalah.

Sebelum ini beliau pernah membaca terjemahan ayat Quran dalam ucapan dimajlis sama. Kerana teruja dengan kemampuan Subramaniam itu mendorong pengerusi muktamar ketika itu yang berharap dan mencadangkan untuk masa akan datang Subramaniam membaca ayat Quran sekali. Mungkin kerana menyahut cabaran pengerusi itu, dalam muktamar kali ini beliau berani membaca ayat Quran surah as Saf ayat 4 itu.

Disini saya ingin memberi sedikit pandangan saya dalam hal ini. Sudah lama saya mengikuti kejadian seperti ini, orang Islam memetik ayat Quran sebagai hujah dalam ceramah politik mereka. Tindakan Subramaniam itu bukan baru, lama sebelum ini sudah ada pemimpin parti politik bukan beragama Islam menjadikan ayat Quran sebagai bahan ceramahnya. 
Di Kelantan pada era 80an seorang pemimpin MCA sering membaca ayat Quran dalam surah Ali Imran ayat 103, berbunyi (watasimum bihabilah...) yang bermaksud, "dan berpegang teguhlah sekalian kepada tali Allah (Islam) dan janganlah kamu bercerai berai," dalam ceramahnya, dalam hajat menyeru agar tidak ada pergaduhan dan berbaik baik sesama insan, sampai pemimpin MCA itu dikenali dengan "Ustaz Watasimum"

Tidak salah, kalau orang bukan Islam memetik dan membaca Al Quran, kerana al Quran itu sendiri bersifat petunjuk universal semua manusia dan makhluk. Tetapi kalau ia dipergunakan untuk kempen politik, ia sudah boleh dianggap mempersendakan Islam, kerana masakan orang tidak beriman dengan Quran, tetapi mengambil isinya sebagai hujah berpolitik. Perbuatan seperti itu jika diibaratkan kepada buah, kulitnya diambil isinya dibuang. 

Bukankah itu mempersendakan Quran, walaupun ia tidak salah, dan dari sisi agama ia dialu alukan kerana menunjukkan isu atau ajaran Islam itu dimanfaatkan, tetapi penggunaan cara itu tetap salah.

Bagi saya perbuatan itu tidak wajar seseorang bukan Islam untuk membaca ayat ayat Quran atau mentafsirnya apa lagi dalam majlis yang majoriti dihadiri umat Islam, terdiri daripada ustaz dan alim ulama. Dalam muktamar Pas itu saya yakin lebih 99 peratus dihadiri orang Islam, situasi itu sangat tidak kena.

Maaf saya katakan, walaupun tujuannya baik, tetapi kaedahnya tidak kena, tidak ada keberkatan kerana bacaan itu tidak ada roh Islami sebab yang membaca itu sendiri belum bersyahadat, atau beriman. Macam mana orang hendak akur dengan dakwah daripada seseorang yang belum mendapat hidayat dan bersyahadat?

Kita faham cara Subramaniam itu untuk menunjukkan kehebatan dan kesukaannya terhadap perjuangan Pas yang digembar gemburkan berlandaskan Islam. Ia cuba memberi gambaran perjuangan Pas diterima umum, dan Pas berbangga dengan kejadian itu. 
Namun dari sudut lain, iman dan akiqah, ia seperti songsong dan memalukan apabila orang bukan Islam, (mungkin juga beragama Hindu) membaca kitab suci al Quran untuk didengari dan difahami oleh orang yang sudah lama menerima hidayah dan bersyahat. Cara Subramaniam itu seperti kura kura atau labi labi dengan telornya, yang mengikut sesetengah mazhab, ibu tidak boleh dimakan, tetapi telor haruskan.

Sekiranya Subramaniam ini mengambil sipiritual agama dalam politiknya elok sahaja beliau memetik ayat-ayat atau pengajaran dalam kitab Hindu, seperti kitab Veda, Upanishad, Dharmashastra, Artha, Karna, Bhagavad Gita dan lain lain

Melihat kejadian itu apa yang mendukacitakan, kesalahan sebutan ayat Quran itu tidak ditegur oleh para hafiz dan hafizah, ustaz dan ulama yang ada dalam majlis itu. Mereka sendiri seperti terpukau dengan kebolehan Subramaniam. 
Apakah mereka jadi buta atau syaitan bisu apabila tindakan Subramaniam itu menguntungkan dari aspek politik. Kalau begitu, kehadiran Subramaniam itu tidak lebih daripada menjadi lambang kepada lembu merah yang ditunggangi Pas

Lain kali hal seperti ini patut dihindari, Pas tetap akan nampak lebih Islamik berbanding parti parti lain kalaupun ia tidak dibaji oleh orang atau individu seperti Subramaniam itu.

Dan kepada bukan Islam yang menyertai Pas, mereka dialu alukan kerana menerima menhaj perjuangan Pas sebagai bahtera mencapai cita cita politiknya,  tetapi jangan pandai pandai dan ghairah untuk memetik dan membaca al Quran untuk menunjukkan anda sudah mendalami Islam. Ayat Quran adalah mujizat yang suci dan perlu dihormatinya dan terpelihara.

Apa yang berlaku dalam muktamar Pas itu seharusnya ia diberi perhatian serius oleh menteri yang menjaga hal ehawal agama. Jangan baru hendak bertindak setelah ada laporan, kerana kejadian itu sudah riuh randah di segenap pejuru tanah air. Menteri jangan tidur dan asyik dengan majlis majlis ceremony sahaja, bertindak, gerakan kakitangan Jakim untuk membuat islah. [wm.kl. 8:37 pm 18/09/2025]



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2025/09/bukan-islam-harus-elakkan-baca-quran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Baca Politik Bersatu Alami Kontraksi

Baca Politik Bersatu Alami Kontraksi

papar berkaitan - pada 5/9/2025 - jumlah : 1611 hits
Parti Bersatu akan mengadakan mesyuarat agung minggu depan Mesyuarat agung selalunya akan menjadi indikator apakah sesebuah parti itu hebat ataupun ia sebuah parti picisan Umum tahu Bersatu kini sedang mengalami kontraksi prosed pengecutan ...
Charity Starts At Home Siti Kasim Cites Quran To Convince Muslims Who Die Die Want To Send Money To Gaza

Charity Starts At Home Siti Kasim Cites Quran To Convince Muslims Who Die Die Want To Send Money To Gaza

papar berkaitan - pada 5/9/2025 - jumlah : 1590 hits
THOSE seem to be the overriding sentiment among many Malaysians over Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim having pledged another RM100 mil in aid to war torn Palestine That is to go with an earlier pledge of a similar sum bringing the to...
Monolog Jiwa Politik Di Tempat Kerja Antara Arus Prinsip

Monolog Jiwa Politik Di Tempat Kerja Antara Arus Prinsip

papar berkaitan - pada 25/9/2025 - jumlah : 2142 hits
Monolog Jiwa Politik Di Tempat Kerja Antara Arus Prinsip Di ruang yang sama kita berpagi bertugas dan pulang tersusun cerita cerita kecil senyuman yang dipaksa pujian yang berlapis bisik bisik di koridor Itulah politik tempat kerja bukan ha...
Inkues Peguam Tertuduh Kecam Shafie Apdal Eksploitasi Kes Zara Qairina Jadi Modal Politik Label Sebagai Pembunuhan

Inkues Peguam Tertuduh Kecam Shafie Apdal Eksploitasi Kes Zara Qairina Jadi Modal Politik Label Sebagai Pembunuhan

papar berkaitan - pada 22/9/2025 - jumlah : 855 hits
Presiden WARISAN Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dikecam oleh peguam empat tertuduh dalam inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir kerana didakwa didakwa cuba mengeksploitasi kes itu demi kepentingan politik menjelang Pilihan Raya Neg...
Malaysia Hantar 20 000 Naskhah Al Quran Ke Kemboja

Malaysia Hantar 20 000 Naskhah Al Quran Ke Kemboja

papar berkaitan - pada 6/9/2025 - jumlah : 2535 hits
Malaysia Hantar 20 000 Naskhah Al Quran Ke Kemboja PUTRAJAYA 5 Sept Malaysia hari ini menghantar 20 000 naskhah al Quran dan terjemahan dalam bahasa Khmer ke Kemboja sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh syiar Islam di peringkat ant...
Retorik Parti Melayu Konflik Payung Besar Politik Melayu

Retorik Parti Melayu Konflik Payung Besar Politik Melayu

papar berkaitan - pada 25/9/2025 - jumlah : 394 hits
BARD Badang23 September 2025Sekali lagi Tun Mahathir Mohamad bercakap mengenai payung besar Kali ini beliau mengingatkan kewujudan banyak payung besar dalam kalangan parti parti Melayu akan hanya membawa kepada perpecahan dan kekalahan dala...
Tak Boleh Dah Kata Quran Itu Kitab Suci Noran Zamini

Tak Boleh Dah Kata Quran Itu Kitab Suci Noran Zamini

papar berkaitan - pada 9/9/2025 - jumlah : 2447 hits
Sejak kerajaan PH ambil alih kerajaan Malaysia pelbagai isu yang membimbangkan umat Islam muncul Ini antaranya Saksikan huraian dan penjelasannya
Peminat Teruja Lihat Majlis Khatam Al Quran Amira Othman Amp Rehearsal Kahwin Bersama Fattah Amin

Peminat Teruja Lihat Majlis Khatam Al Quran Amira Othman Amp Rehearsal Kahwin Bersama Fattah Amin

papar berkaitan - pada 14/9/2025 - jumlah : 8888 hits
Menjelang detik bersejarah 14 September ini pasangan sensasi Fattah Amin dan Amira Othman dilihat sibuk melakukan persiapan terakhir termasuk sesi rehearsal pernikahan serta majlis khatam al Quran yang berlangsung penuh syahdu Majlis khatam...
Lelaki Non Muslim Tinggal Pesan Lepas Lihat Ayat Al Quran Pada Van Jenazah

Lelaki Non Muslim Tinggal Pesan Lepas Lihat Ayat Al Quran Pada Van Jenazah

papar berkaitan - pada 22/9/2025 - jumlah : 459 hits
Lelaki Non Muslim Tinggal Pesan Lepas Lihat Ayat Al Quran Pada Van Jenazah Di Malaysia kita mungkin sudah biasa melihat kelibat van jenazah dengan tulisan ayat al Quran terpampang jelas di bahagian sisi atau belakang kenderaan Lazimnya ia d...
Kereta Breakdown Tepi Jalan Waktu Hujan Lebat

Jenna Ortega S Legs And Feet In Tights 34

Selangor Mb In Firing Line For Seeing Bandar Utama School Murder Tragedy From Racial Lenses

Mcmc Warns Against Sharing Content On School Stabbing

Gempa Bumi Lemah Landa Keningau Sabah Pagi Tadi

Prepaid Sah Laku 365 Hari

Penggunaan Ayat Call To Action Dalam Kempen Pemasaran Beserta Contoh

Airports Refuse To Show Video Of Kristi Noem Blaming Democrats For Shutdown


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Belajar Flutter Bagi Pengembang Native

Kelantan Curi Buku Perpustakaan Sorok Dalam Baju

8 Latest Trends Shaping Native App Development Services In 2026

Jasa Konsultan Dan Sertifikasi Dapur Mbg Panduan Lengkap Untuk Dapur Sehat Dan Aman

Detik Awal Sebelum Puting Beliung Mengganas Di Sijangkang Dirakam Penduduk

Tentera Israel Serbu Wilayah Selatan Syria