Movie Premiere Tembuni Berdarah Lakonan Sophia Albarakbah


Hi Semua,
Berbeza dengan filem genre seram tempatan lain yang pernah berada di pasaran sebelum ini, TEMBUNI BERDARAH mengangkat isu pemakaian susuk dalam dunia estetika kecantikan serta perbezaan idelogi di antara generasi lama dengan generasi baharu tentang penggunaan amalan syirik sebagai jalan pintas untuk berjaya


Diterbitkan syarikat produksi Lindo Production Sdn Bhd, TEMBUNI BERDARAH adalah sebuah filem bergenre seram terbaharu arahan sutradara Dr Ahmad Idham yang dibintangi Sophia Albarakbah, Niezam Zaidi, Khatijah Tan, Shahirah Shahora, Riezman Khuzaimi serta Mia Nasir

Mengulas lebih lanjut mengenai TEMBUNI BERDARAH, Idham berkata, biarpun dia telah banyak menghasilkan berbagai jenis genre filem seram, namun masih ada yang mahukan dia kembali dengan filem seram seperti Jangan Pandang Belakang serta Congkak

“Apa yang boleh saya katakan, filem TEMBUNI BERDARAH ini memang mempunyai ‘vibes’ sepertimana kedua-dua filem seram arahan saya itu. Cuma, strukturnya sedikit berbeza kerana saya cuba mengangkat dua perbezaan idelogi di antara generasi lama dengan generasi baharu tentang penggunaan amalan syirik. Mengapa saya lakukan ini, kerana filem ini berkisar dengan suasana dan keadaan yang berlaku hari ini, apatah lagi bila ia mengaitkan tentang dunia estetika kecantikan. Kalau kita perhatikan, zaman ini ramai orang yang memilih dunia estetika kecantikan untuk merawat diri, menjaga penampilan untuk nampak cantik serta awet muda.

“Oleh kerana jangkamasa menonton semakin menipis di kalangan peminat filem, saya juga cuba kurangkan elemen drama melalui dialog yang banyak untuk memberikan lebih banyak rasa kejutan filem di kalangan penonton.
“Filem seram Melayu memang tidak lari dari saka. Berbeza dengan filem seram Indonesia yang lebih cenderung menampilkan hantu kuntilanak sebagai subjek utama,” katanya pada Malam Gala dan Sidang Media TEMBUNI BERDARAH di GSC MyTown Cheras

Idham juga mengakui turut berpuas hati dengan komitmen yang ditonjolkan kesemua barisan pelakon filem ini dalam menjayakan watak masing-masing

“Namun, sebagai teraju utama, saya memberikan cabaran yang lebih berat buat Sophia Albarakbah untuk membawakan ‘akting kotor’ agar dapat menampilkan dirinya dengan sisi lakonan yang lebih berbeza. Ternyata dia benar-benar menyahut cabaran saya untuk keluar dari zon selesanya apabila sanggup bermain dengan darah, menjayakan babak di kubur pada waktu malam daripada tampil cantik semata-mata dengan lakonannya. Satu lagi yang orang mungkin tidak tahu, Sophia Albarakbah memang seorang pelajar perubatan dan pernah bekerja di hospital. Jadi, kita akan nampak bahawa dia tidak kekok untuk bermain dengan jarum serta alat perubatan lain atau berbicara dengan pesakit,” jelasnya lagi


TEMBUNI BERDARAH menjalani penggambaran selama 20 hari di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor sebelum dan sewaktu bulan Ramadan pada tahun ini

Sinopsis Filem Tembuni Berdarah
Dr Izara (Sophia Albarakbah) mempunyai cita-cita untuk mengembangkan bisnes produk kecantikannya, namun dia percaya tiada jalan pintas untuk berjaya dan setiap individu haruslah berusaha serta bekerja keras demi mencapai cita-cita dan impian mereka


Namun neneknya, Bok Miah (Khatijah Tan) yang mengamalkan ajaran ilmu hitam pula berpendapat sebaliknya. Baginya, apalah gunanya ilmu hitam yang dimilikinya jika ia tidak digunakan untuk membantu anak cucunya agar mereka dapat hidup senang

Adakah Dr Izara tetap berpegang dengan prinsipnya atau akhirnya akur dengan kehendak neneknya, Bok Miah? Adakah punca perceraian Dr Izara dengan Aidan (Niezam Zaidi) mempunyai kaitan dengan amalan ilmu hitam neneknya itu


Review Cik Lily
Ermm setelah sekian lama tak menonton filem seram melayu, ternyata filem Tembuni Berdarah ni membuka mata kak lily. Maklumlah isu-isu seperti ini kita sebagai orang melayu selalu merahsiakan kerana ianya isu sensitif. Memang ada lagi mereka yang mengamalkan ilmu-ilmu ini untuk keperluan mereka sendiri tapi ada juga yang sebarkan kepada orang di luar sana untuk mengaut keuntungan. So terpulanglah untuk kita menerimanya


Berbalik pada filem Tembuni Berdarah ini, jalan ceritanya very straight forward tak de pusing-pusing, ianya taklah seseram mana tapi banyak elemen shock terperanjat lah. Tengah syiok-syiok tengok pop hantu kuar hahahahha.. oopss terbocor plak rahsia hehehehe
Endingnya korang tak kan bole predict itu yg best tuh, kak lily langsung tak tidur sebab manjang je terperanjat huahauhauhauha
So kak lily bagi 8/10 untuk filem Tembuni Berdarah ni

Filem TEMBUNI BERDARAH arahan Dr Ahmad Idham ini bakal ditayangkan seluruh pawagam tanah air pada 25 September 2025 ini

bile pi dengan geng penakut, terus auto takut la kan hehehhe


p/s : location klinik estetik tuh atas opis kak lily kat KL tuh, sebelum dengar-dengar pun dah cantik rupanya bila tengok lagi cantik hah. Besar dan luas, cuma belum pi buat treatment lagi hah hehehehhe
#TembuniBerdarah

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ciklilyputih.com/2025/09/movie-premiere-tembuni-berdarah-lakonan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sinopsis Tembuni Berdarah

Sinopsis Tembuni Berdarah

papar berkaitan - pada 21/9/2025 - jumlah : 999 hits
Filem Tembuni Berdarah merupakan karya baharu arahan Dr Ahmad Idham yang mengangkat isu pemakaian susuk dalam dunia estetika kecantikan moden serta mengetengahkan konflik perbezaan ideologi antara generasi lama dan baharu Diterbitkan Lindo ...
Saya Rasa Okay Je Tak Seksi Pun Sophia Albarakbah Rasa Babak Mandi Dalam Bathtub Tak Perlu Jadi Isu

Saya Rasa Okay Je Tak Seksi Pun Sophia Albarakbah Rasa Babak Mandi Dalam Bathtub Tak Perlu Jadi Isu

papar berkaitan - pada 20/9/2025 - jumlah : 1316 hits
Aktres Sophia Albarakbah berpendapat babak memaparkan dirinya berendam dalam tab mandi di dalam filem seram Tembuni Berdarah tidak seharusnya dibangkitkan atau diperkatakan ramai Kata pelakon berusia 32 tahun itu dia bersetuju untuk melakon...
Sophia Albarakbah Tak Tolak Jodoh Dengan Sahabat Baik 14 Tahun

Sophia Albarakbah Tak Tolak Jodoh Dengan Sahabat Baik 14 Tahun

papar berkaitan - pada 19/9/2025 - jumlah : 1205 hits
Sophia Albarakbah Tak Tolak Jodoh Dengan Sahabat Baik 14 Tahun Sophia Albarakbah tidak menolak sekiranya suatu hari nanti ditakdirkan berjodoh dengan sahabat baiknya sejak zaman universiti meskipun sebelum ini dia pernah mengakui sudah menu...
Sophia Albarakbah Kini Trauma Buka Dm Instagram

Sophia Albarakbah Kini Trauma Buka Dm Instagram

papar berkaitan - pada 7/9/2025 - jumlah : 2892 hits
Sophia Albarakbah Kini Trauma Buka DM Instagram Pelakon Sophia Albarakbah mengakui masih berdepan trauma untuk membuka sebarang mesej peribadi di Instagram selepas pengalaman hitam dibuli secara siber dan diganggu secara seksual Menurut Sop...
Hiburan Terima Kritikan Anna Jobling Akui Belum Sempat Ke Kelas Lakonan Kalau Pengarah Okay Saya Yakin

Hiburan Terima Kritikan Anna Jobling Akui Belum Sempat Ke Kelas Lakonan Kalau Pengarah Okay Saya Yakin

papar berkaitan - pada 7/9/2025 - jumlah : 3524 hits
Pelakon Anna Jobling mendedahkan jadual kerjanya yang padat menjadi sebab dia belum menyertai mana mana kelas lakonan buat masa ini Sebaliknya Anna banyak memperbaiki mutu lakonannya dengan bergantung kepada pandangan pengarah dan rakan pel...
Drama Rumah Tanpa Luka Lakonan Shukri Yahaya Dan Erysha Emyra

Drama Rumah Tanpa Luka Lakonan Shukri Yahaya Dan Erysha Emyra

papar berkaitan - pada 24/9/2025 - jumlah : 1603 hits
DRAMA RUMAH TANPA LUKA LAKONAN SHUKRI YAHAYA DAN ERYSHA EMYRA Drama adaptasi novel Rumah Tanpa Luka karya Ezza Mysara akan mengisi slot MegaDrama di Astro Ria bermula 1 September setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam Sinopsis Rumah Tanpa ...
Hiburan Inkues Kak M Keluar Kenyataan Berbaur Ugutan Terhadap Zara Qairina Kalau Aku Touch Kau Berdarah Kau Ni

Hiburan Inkues Kak M Keluar Kenyataan Berbaur Ugutan Terhadap Zara Qairina Kalau Aku Touch Kau Berdarah Kau Ni

papar berkaitan - pada 19/9/2025 - jumlah : 2017 hits
Mahkamah Koroner Kota Kinabalu diberitahu oleh saksi inkues kelapan Azhari Abd Sagap 31 bahawa pelajar yang dikenali sebagai Kak M ada mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan terhadap Zara Qairina Mahathir dan seorang lagi pelajar Namun kata ...
Zara Didakwa Ejek Adik Kak M Sebelum Ayat Kalau Aku Touch Kau Berdarah Tular Kata Saksi

Zara Didakwa Ejek Adik Kak M Sebelum Ayat Kalau Aku Touch Kau Berdarah Tular Kata Saksi

papar berkaitan - pada 19/9/2025 - jumlah : 2245 hits
Zara Qairina Mahathir dan rakannya dikatakan mengejek adik Kak M yang belajar di Tingkatan Dua Zara Qairina Mahathir ditemukan tidak sedarkan diri di longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar pada 16 Julai dan meninggal dunia keesokka...
Langit Berdarah Jiwa Berdosa Qifarah Bakal Gegar Pawagam 9 Oktober

Langit Berdarah Jiwa Berdosa Qifarah Bakal Gegar Pawagam 9 Oktober

papar berkaitan - pada 9/9/2025 - jumlah : 1058 hits
Langit Berdarah Jiwa Berdosa Qifarah Bakal Gegar Pawagam 9 Oktober Langit Berdarah Jiwa Berdosa Qifarah Bakal Gegar Pawagam 9 Oktober Antara langit yang berdarah dan warisan yang berdosa suatu kisah tentang qifarah yang menuntut bayaran Dit...
Ain Syakirah Feat Fara Insyirah Ku Kunci Rindu Buatmu Chord

Ijm Land Memperkenalkan Suria Park Di Suria Hill Taman Komuniti Yang Memupuk Gaya Hidup Sihat

Hailed For Heroics From Countless Arrest Only Makes Papagomo More Daring Instead Of Remorseful

Tinjauan Ramalan Glenauk Economics Tren Harga Minyak Sawit Di Masa Hadapan

Mandatory Email Account Verification For All Domain

Bans Lack Bite In Malaysia

Pengambilan Tingkatan 4 Pondok Moden Al Abaqirah Maiwp 2026

1 Slot Pgslot Top 34 By Dominick Secufamilyhouse Org 29 Nov 26


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Beberapa Kesilapan Etika Makan Yang Biasa

Hilton Petaling Jaya Presents The Season To Savor A Celebration Of Festive Feasts And Stays

Ryt Bank Malaysia Bank Digital Dengan Dividen Harian Permohonan Mudah

Tempah Baju Korporat Kualiti Terbaik Harga Direct Kilang

Lirik Lagu Amira Othman Irfan Haris Rasa Takdir

Fatin Menyesal Bedah Bariatrik Prince Syed Dedah Dah Lama Dibenci Mentua