Kenapa Ibu Bapa Sekarang Suka Membanding Bandingkan Anak Dalam Segenap Aspek



"Anak kau tak puasa ke? Anak aku mula puasa masa umur 4 tahun, aku ajar dari awal. Sekarang umur 6 tahun, puasa penuh. Alhamdulillah... Rugilah anak kau umur dah 6 tahun belum puasa penuh. Nanti makin besar makin payah nak ajar..."
Bukan bab puasa saja, bab tahu ABC, membaca, mengira pun sama

"Anak aku ada dua orang. Si abang tu aku mula hantar sekolah tadika masa umur 3 tahun setengah cam tu. Alhamdulillah umur 5 tahun dah boleh baca surat khabar dengan lancar. Tetapi si adiknya, aku hantar ke tadika pada umur yang sama macam si abang. Umur 4 tahun sekarang ni tapi ABC pun tak kenal lagi. Aku tengok anak kau umur 4 tahun dah lancar membaca. Hebatnya anak kau...."
"Anak kau dapat 6A dalam UPSR? Tahniah weiii. Anak aku dapat 4A je. Dua subjek lagi tak tahulah kenapa, dapat 1B dan 1C. Tak tahulah kenapa, sejak kecil umur 4 tahun pergi sekolah sama macam anak kau, pergi tuisyen pun sama macam anak kau, tapi anak aku tak cukup pandai macam anak kau..."
Itu bab akademik. Pernah dengar ibu bapa banding-bandingkan anak berdasarkan rupa paras

"Dua orang anak aku, dari kecil, si kakak ikut kulit aku, putih. Yang adik ikut kulit ayahnya, gelap. Sebab tu jodoh si kakak ni cepat, nikah masa umur 24. Si adik ni lambat, ni umur 29 baru ada orang merisik..."
Alkisahnya..

Saya pernah dengar sendiri 4 situasi di atas. Saya yakin anda pernah alami juga. Atau sekurang-kurangnya pernah dengar. 
Inilah realitinya, orang dewasa banding-membandingkan anak

Cuba kita bayangkan kalau kita ubah situasi. Fikirkan bagaimana si anak-anak pula banding-membandingkan ibu bapa mereka. 
"Ayah aku lembab sikit bab nak mengajar aku dan adik-beradik aku puasa. Umur 8 tahun baru ayah aku ajar aku puasa. Tu yang aku umur 10 tahun baru puasa penuh." "Kau untunglah ada ayah yang efisien dan rajin. Umur 3 tahun dah belajar puasa, sekarang umur 10 tahun dah puasa penuh siap khatam qur'an lagi. Untunglah kau..."
"Ayah mak aku tak fikir jauh. Masih dok bawah tempurung. Orang lain hantar anak-anak ke tuisyen supaya boleh belajar lebih untuk jawab peperiksaan supaya dapat keputusan yang tinggi. Tapi mak ayah aku mana ada duit. Malas kerja belaka.""Kalau mak ayah aku rajin dan dapat duit lebih, mestilah aku pun boleh pergi tuisyen macam kau pergi tu. Mesti aku pun boleh berjaya juga. Tapi itulah, mak ayah aku pemalas. Malas kerja, mana nak dapat duitnya..."
"Ayah mak aku, kedua-duanya kulit putih. Patutlah aku putih melepak. Ayah kau kulit hitam, mak kau pun hitam, jadilah kau hitam. Kesian kau..."
"Ayah aku ada PhD weiiii. Rajin belajar sampai PhD. Ayah kau ada apa? Setakat degree je. Malu la ada ayah camtu... Mesti ayah kau dulu SPM cukup-cukup makan je. Ayah aku cemerlang masa SPM, dapat biasiswa pergi luar negara, belajar sampai hujung dunia tu... Ayah kau mesti tak pandai macam ayah aku..."
Amacam

Agak-agak, kita gembira ke kalau dengar anak-anak berbicara sebegini membanding-bandingkan kejayaan ibu bapa mereka dengan ibu bapa rakan-rakan mereka

Saya sebenarnya kesian bila tengok anak-anak seusia 4 hingga 7 tahun ini dibanding-bandingkan oleh ibu bapa sendiri. Anak jiran dah pandai baca buku ensiklopedia, anak kita eja 'ibu' pun jadi 'abu.' 
Anak kawan umur 4 tahun dah pandai tulis karangan 1000 patah perkataan, anak kita pegang pensel pun salah lagi. 
Anak saudara kita umur 5 tahun sudah tahu pakai mekap tebal tapi nampak natural macam Kate Middleton, anak kita umur 7 tahun sikat rambut pun malas. 
Hadoihh.
Sebenarnya pada umur sebegini anak-anak perlu disuburkan dengan nilai-nilai kehidupan dan kemahiran insaniah. 
Contohnya keyakinan diri. Orang putih kata self-confidence. 
Bercakap dengan orang, bergaul, kita puji kebaikan yang anak-anak kita buat, berikan peluang mereka buat silap supaya kita boleh perbetulkan, bercakap depan orang (dalam kelas di tadika), dan pelbagai lagi

Contoh seterusnya adalah akhlak dan moral. Berterima kasih apabila diberikan bantuan, meminta maaf apabila buat salah, senyum apabila bersua muka

Tahu hormat orang yang lebih tua, bersalam cium tangan atau tunduk hormat, hormat guru dan ibu bapa, luahkan rasa sayang pada ibu bapa dan adik-beradik, berpakaian bersih dan kemas, dan macam-macam lagi. 
Contoh lain adalah kemahiran untuk surive dalam hidup. Seperti tahu harga wang dan bagaimana nak membeli dan buat bayaran, cara melintas jalan raya, jangan bercakap atau ikut orang yang tak dikenali, pupuk minat belajar seni mempertahankan diri seperti silat atau taekwondo, dan sebagainya. 
Ini tidak
Umur baru 5 tahun ibu bapa dah nak hantar anak-anak ke sekolah berasrama penuh, tuisyen atau kelas peribadi berbayar yuran paling mahal dalam dunia pun tak apa, anak-anak masing-masing, bukan kita nak halang. 
Tetapi apa pun potensi atau pencapaian anak-anak seusia 3 hingga 7 tahun, usahlah dibanding-bandingkan dengan pencapaian kanak-kanak lain. Too early to say anything. 
Kesian si anak, asyik dibandingkan. Sedangkan kita sebagai ibu bapa tak suka orang bandingkan kita dengan ibu bapa lain. 
Cool je wak. Kita lakukan je dengan slow and steady. Anak-anak kita bukan bahan eksperimen, atau lab rat. Tapi anak-anak adalah mutiara kehidupan. 
Didik dengan aman, agar tumbesarannya menjadi manusia yang aman. Bukan carca-marba. 
Anak-anak kita bukan bahan bandingan. Nak banding, banding supaya kita tahu apa nak dibuat supaya anak-anak berubah jadi lebih baik. 
Bukan membandingkan sebab nak jadikan modal bersembang dengan kawan atau lawan. 
Ingatlah selalu, setiap anak mempunyai potensi yang berbeza. Jangan bebankan anak-anak seusia 3 hingga 7 tahun dengan perkara-perkara tak perlu sebegini. 
Jangan bebankan diri kita sebagai ibu bapa juga. 
Penat tau banding-membanding ni.... 
Anak itu anak kita, kan? Sayangi seadanya tanpa membanding-banding, kita pun akan lebih tenang jiwa. 
Dr Syahr MusafirPn Rahimah AR07/06/2018 #ParentingDrSyahr 
Boleh #SHARE. Diizinkan 100%. Moga bermanfaat. Terima kasih


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://annursyuhadah.blogspot.com/2020/06/kenapa-ibu-bapa-sekarang-suka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terlalu Harap Kesempurnaan Dari Anak Punca Ramai Ibu Bapa Sekarang Tertekan

Terlalu Harap Kesempurnaan Dari Anak Punca Ramai Ibu Bapa Sekarang Tertekan

papar berkaitan - pada 6/2/2021 - jumlah : 271 hits
Tekanan emosi dan perasaan dalam mendidik anak adalah sebahagian dari pakej yang datang dengan status menjadi seorang ibu atau bapa Mari bersikap jujur dengan diri sendiri Kita bukan Superhero Menguruskan urusan diri sendiri keluarga kerjay...
Jangan Rimas Anak Nak Tidur Suka Cari Jari Telinga Rambut Ibu Itu Ibarat Penenangnya

Jangan Rimas Anak Nak Tidur Suka Cari Jari Telinga Rambut Ibu Itu Ibarat Penenangnya

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 416 hits
Semestinya ibu ibu ada pengalaman ni kan Anak nak tidur mesti nak kita ada sebelahnya Selain tu ada juga yang perlu bantal busuk kain hisap jari gentel baju gosok telinga dan macam macam lagi Istimewanya juga anak kita ni bukan itu saja yan...
Nak Anak Suka Buku Tapi Tak Tahu Pilih Buku Menarik Ibu Ini Kongsi Tipnya

Nak Anak Suka Buku Tapi Tak Tahu Pilih Buku Menarik Ibu Ini Kongsi Tipnya

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 417 hits
Bagaimana nak didik anak suka buku Ini antara persoalan yang sering ibu bapa tertanya tanya untuk biasakan si kecil dengan bahan ilmiah Kajian menyatakan anak anak yang dibiasakan dengan buku dari awal tiada masalah untuk terus berdamping d...
Ibu Dan Bapa Tiri Amir Berdepan Hukuman Mati Didakwa Bunuh Anak

Ibu Dan Bapa Tiri Amir Berdepan Hukuman Mati Didakwa Bunuh Anak

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 353 hits
522 total views 522 views today Sebelum ini tular berita mengenai penemuan seorang kanak kanak dikenali sebagai Zubaidi Amir Qusyairi yang ditemui meninggal dunia akibat lemas di dalam sebuah tong air Mangsa dipercayai telah didera oleh ibu...
Isu Founder Cium Budak Tmj Minta Ibu Bapa Ajar Anak Tentang Gangguan Seksual

Isu Founder Cium Budak Tmj Minta Ibu Bapa Ajar Anak Tentang Gangguan Seksual

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 304 hits
Sejak semalam video video seorang founder perniagaan yang meluahkan rasa kasih sayang terhadap adik angkatnya dengan cara mencium bibir telah mengundang pelbagai maklum balas daripada warganet Dalam satu ulasan seorang pendakwah dikenali se...
Jadilah Suami Isteri Yang Baik Barulah Kita Boleh Jadi Ibu Bapa Yang Baik Ibu Ayah Idola Anak Anak

Jadilah Suami Isteri Yang Baik Barulah Kita Boleh Jadi Ibu Bapa Yang Baik Ibu Ayah Idola Anak Anak

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 426 hits
Bukan ibu sahaja yang kena bersedia dengan ilmu untuk bergelar mama papa juga perlu siapkan diri dengan ilmu sebelum lahirnya anak pertama Alasan utamanya kerana papa adalah idola anak anak Jadi pada suami yang bakal bergelar papa kena siap...
Peranan Ibu Bapa Pemupukan Minat Anak Melanjutkan Pelajaran Ke Peringkat Tinggi

Peranan Ibu Bapa Pemupukan Minat Anak Melanjutkan Pelajaran Ke Peringkat Tinggi

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 412 hits
Setiap ibu bapa mengimpikan anak anak melanjutkan pelajaran selepas menduduki Peperiksan Sijil Pelajaran Malaysia Hal ini demi menjaminkan masa depan Huraikan usaha ibu bapa dalam pemupukan minat anak anak untuk melanjutkan pelajaran ke per...
Kenapa Anak Saya Tak Pandai Pandai Penjelasan Doktor Ini Menyedarkan Ibu Bapa

Kenapa Anak Saya Tak Pandai Pandai Penjelasan Doktor Ini Menyedarkan Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 415 hits
1 Dalam dunia yang berorientasikan formula anak pandai anak hebat hari ini ramai ibu bapa yang turut terkesan dengan memberi tekanan luar biasa kepada anak anak untuk cemerlang dalam pelajaran Sehingga kadangkala jangkaan terhadap anak anak...
Bakal Ke Udara Ibu Bapa Percaya Dengan Didiktv Anak Anak Akan Lebih Fokus Dalam Pdpr

Bakal Ke Udara Ibu Bapa Percaya Dengan Didiktv Anak Anak Akan Lebih Fokus Dalam Pdpr

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 253 hits
Bakal dilancarkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin esok pada jam 8 pagi 17 Februari 2021 DidikTV menerima pelbagai respon netizen terutamanya ibu bapa Kebanyakan ibu bapa menyatakan harapan mereka semoga dengan adanya DidikTV a...
The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook

Lirik Lagu Doremon Atmosfera


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025