Kenapa Anda Perlu Rajin Membaca Kalau Nak Hidup Ringkas




Kata nak hidup ringkas, tapi kenapa kena baca buku pulak?
Apa kelebihan membaca?
Itu soalan yang mungkin anda tanya selepas membaca tajuk di atas.
Jika fikiran sebegitu terlintas dalam kepala, bermakna ada sesuatu yang tak kena dengan pemahaman anda tentang hidup ringkas.
Hidup ringkas bukan untuk menjadi bodoh dan malas sampai tak bergerak lansung rohani atau jasmani. Sebaliknya, anda menggunakan cara hidup yang ringkas untuk mengoptimumkan usaha mencapai sasaran dalam hidup.
Anda tentu sedar yang hidup ini tempohnya sangat pendek. Berbanding hidup selepas mati yang tiada penghujungnya, tempoh selama 70 ke 80 tahun adalah lebih pendek dari sekelip mata.
Perubahan diri dari kanak-kanak, ke remaja, kemudian dewasa, kemudian tua dan kemudiannya menunggu mati terasa sangat pantas bagi anda yang menggunakan akal dalam merenung semula kehidupan anda.
Oleh itu perlu ada pendekatan untuk pastikan tidak dibuang masa dengan perkara yang sia-sia. Seminit yang anda gunakan sekarang, tidak akan kembali semula. Habis! ia berlalu pergi, tiada ulangan lagi.
Kita ambil pendekatan hidup ringkas.
Hidup ringkas bertujuan untuk menjadikan kehidupan anda semakin baik dari masa ke masa. Dalam masa yang sama kekal ringkas dan sederhana.
Hari ini biarlah lebih baik daripada semalam dan kehidupan tahun ini mestilah lebih baik daripada tahun lepas.
Untuk menjayakan matlamat tersebut anda mestilah pastikan segala aktiviti kehidupan berfaedah dan mendatangkan manfaat bagi membantu mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
Perkara yang tidak membantu anda mencapai matlamat itu hendaklah ditinggalkan. 
Dengan berbuat demikian, dapat membebaskan anda daripada kekusutan dan terkejar-kejar dengan berbagai perkara. Seterusnya akan memberikan ruang yang lebih bagi dipenuhi dengan perkara yang bermanafaat.
Kelebihan membacaMari tengok apakah kelebihan membaca.
Pergerakan kehidupan anda sentiasa dipenuhi dengan aktiviti membuat keputusan.
Tidak ada sesuatupun yang bergerak pada diri seseorang manusia yang waras samada dari segi rohani maupun jasmani melainkan ia sentiasa dimulai dengan ribuan keputusan-keputusan yang kecil-kecil.
Gambarannya seolah-olah sistem keputusan binary yang hanya ada angka ‘1’ atau ‘0’. Ia merupakan rangkaian jalinan yang cukup besar bermula dari satu cabang dan berpecah kepada dua dan setiap satu cabang kemudiannya berpecah pula kepada dua, ‘Ya’ atau ‘Tidak’.
Untuk kelangkah seterusnya anda perlu menentukan samada ya atau tidak, selagi soalan itu tidak terjawab, tiada pergerakan akan berlaku.
Begitulah caranya setiap keputusan yang keluar di skrin komputer terhasil daripada jalinan rangkaian ya atau tidak.
Bagaimanakah anda menentukan samada ya atau tidak?
Ia bergantung kepada maklumat-maklumat yang telah anda masukkan ke dalam minda ingatan. Jika banyak maklumat, lebih baiklah keputusan yang akan anda buat.
Dan salah satu daripada cara untuk membantu pengisian maklumat ke dalam minda,  adalah melalui membaca. Di situlah terserlahnya kelebihan membaca pada diri seseorang yang sentiasa perlu membuat keputusan yang baik.
Setiap maklumat yang anda dapat, hasil daripada pembacaan diserap ke dalam minda separa sedar, dan sebenarnya anda amat jarang menyedari bahawa semua keputusan yang berlaku secara spontan adalah terhasil daripada maklumat itu.
Perlu dingat bahawa keputusan yang dibuat secara tekanan dan memerah otak jarang mengeluarkan hasil yang baik. Minda sedar berfungsi tidak secekap minda separa sedar.
Contoh yang paling ketara sekali adalah dalam urusan anda membawa kereta. bagi mereka yang telah mahir, aktiviti membawa kereta adalah aktiviti spontan yang lansung tidak memerlukan daya berfikir.
Semuanya berlaku dengan amat lancar sekali kerana yang berfungsi pada ketika itu adalah minda separa sedar.
Berbeza dengan mereka yang baru belajar membawa kereta di mana terpaksa menggunakan minda sedar, segalanya nampak amat rumit sekali.
Anda merasakan terlalu banyak perkara yang perlu dilihat, cermin depan, cermin belakang kiri dan kanan, tekan minyak, tekan clutch, tekan brek, masukkan gear tengok kenderaan depan, belakang, tengok meter berapa laju kita berjalan, tengok garisan jalan, dan bermacam-macam lagi dan hasilnya kereta dibawa dengan cara terhegeh-hegeh hingga dimarahi orang lain.
Begitulah perbezaan besar antara penggunaan minda separa sedar dengan minda separa sedar.
Jadi besarkan simpanan maklumat yang ada di dalam minda separa sedar anda dengan membaca dan membaca sebanyak mana bahan yang boleh untuk membantu anda mencapai matlamat yang ditetapkan.
Anda mungkin rasa ia macam tidak berguna, anda mungkin tak sedar akan kelebihan membaca, tetapi percayalah, ia sebenarnya terselit di ruang maya minda anda dan akan digunakan bila tiba masanya tanpa anda sedari.
Apabila berada di dalam keadaan tersebut, kerja membuat keputusan menjadi lebih mudah cekap dan pantas dan tidak banyak membuangkan masa. Ini seterusnya membuatkan kehidupan anda menjadi lebih ringkas.
Tapi perlulah membaca dalam keadaan sedar untuk memproses apa yang ditulis dalam buku tersebut. Baca dan renungkan sambil bandingkan segala maklumat yang sudah ada dalam diri anda selama ini.
Membaca kemudiannya perlu diselangkan dengan aktiviti berfikir. Perlu juga kongsikan dengan kawan-kawan lain tentang apa yang anda dah pelajari. Mungkin dari perbincangan itu anda akan sedar samada benar-benar faham atau tidak. Mungkin juga akan timbul soalan baru yang tak terjawab dan memerlukan anda mencari atau merujuk semula bahan bacaan untuk mendalami lebih jauh.
Begitulah secara ringkas kelebihan membaca. 
Yang pentingnya tanam tabiat suka membaca. Orang yang tahu membaca tetapi tidak digunakan untuk membaca dalam menambah pengetahuannya adalah seumpama orang yang buta huruf sahaja. Tiada apa-apa bezanya ..


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.hidupringkas.com/2023/02/kenapa-anda-perlu-rajin-membaca-kalau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hidup Ringkas Bukan Bermakna Hidup Selekeh Tiada Keinginan Untuk Cemerlang

Hidup Ringkas Bukan Bermakna Hidup Selekeh Tiada Keinginan Untuk Cemerlang

papar berkaitan - pada 31/1/2023 - jumlah : 169 hits
Ketika minum dengan kawan kawan baru baru ini ada seorang melawak pada saya tentang amalan hidup ringkas Katanya jika semua orang amalkan gaya hidup ringkas maka habislah semua perniagaan yang tawarkan produk mewah mewah akan bungkus gulung...
Panduan Hidup Ringkas Urus Kos Sara Hidup Yang Sangat Mencabar Sekarang

Panduan Hidup Ringkas Urus Kos Sara Hidup Yang Sangat Mencabar Sekarang

papar berkaitan - pada 28/1/2023 - jumlah : 178 hits
Kos sara hidup semakin hari semakin naik Nampak gaya memang tak akan turun pun Dengan kenaikan kos bahan utama seperti tarif eletrik gaji minimum jam bekerja berkurangan dan banyak lagi keputusan kerajaan yang membebankan para peniaga Penia...
Program Nak Ubah Hidup 2023 Hampir 6000 Peserta Termasuk Artis Dan Influencer Hadir Hari Pertama

Program Nak Ubah Hidup 2023 Hampir 6000 Peserta Termasuk Artis Dan Influencer Hadir Hari Pertama

papar berkaitan - pada 7/2/2023 - jumlah : 217 hits
Program Nak Ubah Hidup 2023 Hampir 6000 Peserta Termasuk Artis Dan Influencer Hadir Hari Pertama Assalamualaikum semua Melangkah masuk tahun baru ni pasti semangat semua orang berkobar kobar kan Masing masing mesti akan pasang azam dan ingi...
1 Hari Lagi Virtual Online Bina Bisnes Berjaya Edisi Khas Nak Ubah Hidup

1 Hari Lagi Virtual Online Bina Bisnes Berjaya Edisi Khas Nak Ubah Hidup

papar berkaitan - pada 23/1/2023 - jumlah : 162 hits
1 Hari Lagi Virtual Online Bina Bisnes Berjaya Edisi Khas Nak Ubah Hidup Assalamualaikum hi semua Berita baik untuk dikongsikan dengan korang semua Kalau korang follow rapat dengan Sis Gee di Instagram dan Facebook sudah pasti sedia maklum ...
Program Nak Ubah Hidup 2023 Nana Mahazan Norman Hakim Dan Tya Ariffin Di Antara 6000 Orang Yang Sertai Nuh2023

Program Nak Ubah Hidup 2023 Nana Mahazan Norman Hakim Dan Tya Ariffin Di Antara 6000 Orang Yang Sertai Nuh2023

papar berkaitan - pada 6/2/2023 - jumlah : 219 hits
Program Nak Ubah Hidup 2023Program Nak Ubah Hidup 2023 Nana Mahazan Norman Hakim dan Tya Ariffin Di Antara 6000 Orang Yang Sertai NUH2023 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys Semua orang inginkan hidup yang lebih baik Tahukah anda 6000 ...
Kami Cuma Nak Berehat Dia Ni Adik Saya Nak Saya Buktikan Macam Mana Lagi Kata Pemuda 29 Tahun

Kami Cuma Nak Berehat Dia Ni Adik Saya Nak Saya Buktikan Macam Mana Lagi Kata Pemuda 29 Tahun

papar berkaitan - pada 24/1/2023 - jumlah : 179 hits
nbsp Pasangan yang ditangkap oleh Jabatan Agama Islam Melaka atas tuduhan berkhalwat di hotel bajet di Klebang dekat sini menyatakan bahawa pasangan mereka adalah adik kandung nbsp Kemudian ketika ditahan dalam pemeriksaan jam 1 55 pagi itu...
Nak Tegur Perlu Ada Batas Bukan Mengamuk Atau Menghentam Azwan Ali

Nak Tegur Perlu Ada Batas Bukan Mengamuk Atau Menghentam Azwan Ali

papar berkaitan - pada 24/1/2023 - jumlah : 134 hits
Nama pengacara sensasi Azwan Ali bukanlah asing dalam industri hiburan kerana sering melontarkan kata kata dengan lantangnya terutama di media sosial Terbaharu Azwan atau lebih dikenali Diva AA meluahkan pandangan mengenai tindakan juri yan...
Kuiz Berkenaan Kewangan Yang Anda Perlu Baca Kalau Nak Kaya

Kuiz Berkenaan Kewangan Yang Anda Perlu Baca Kalau Nak Kaya

papar berkaitan - pada 25/1/2023 - jumlah : 205 hits
Salah satu kelebihan orang yang faham bab kewangan adalah dia mampu memaksimumkan cara penggunaan wang Mengoptimumkan cara duit di gunakan dah jadi automatik dalam amalan hidupnya Mari kita lihat samada anda ada bakat atau tabiat yang bakal...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran