Panduan Hidup Ringkas Urus Kos Sara Hidup Yang Sangat Mencabar Sekarang




Kos sara hidup semakin hari semakin naik. Nampak gaya memang tak akan turun pun. Dengan kenaikan kos bahan utama seperti tarif eletrik, gaji minimum, jam bekerja berkurangan dan banyak lagi keputusan kerajaan yang membebankan para peniaga.
Peniaga akan salurkan semua kenaikan kos tersebut kepada pengguna. Mereka tiada pilihan untuk kekalkan perniagaan selain dari buat begitu. 
Semua keadaan ini memang mencabar kegigihan hidup mereka yang tidak dilahirkan dalam talam emas seperti anda dan saya.
Dengan semua cabaran hidup sedemikian, jika kehidupan tidak diringkaskan bermula dari sekarang, besar kemungkinan anda akan tenggelam dan karam dalam masalah tak cukup duit.
Sebelum saya teruskan intipati utama artikel ini, adalah baik untuk saya ulang sedikit definisi penting tentang kekayaan. Kaya di sini saya khaskan takrifannya hanya untuk orang yang mahu amalkan gaya hidup yang ringkas.
Erti kaya gaya hidup ringkasSebelum ini saya ada tulis dalam artikel yang lalu, bahawa untuk menjadi kaya amat mudah.
Jika kita jadikan hidup ringkas sebagai amalan hidup, makna kekayaan jadi ringkas dan mudah untuk semua orang berusaha mendapatkannya.
Berikut adalah perkara penting tentang kekayaan,
“Kaya bukan bermakna anda ada banyak duit. Tetapi kaya bermakna anda ada duit lebih sedikit, daripada apa yang diperlukan”
Dengan mengikuti falsafah ini, jika pendapatan yang anda dapat adalah sebanyak RM1,500 dan untuk menyara kehidupan selama sebulan memerlukan sebanyak RM1,455, maka anda sebenarnya tergolong dalam kumpulan mereka yang kaya.
Baki sebanyak RM5 itu anda boleh simpan dalam sarung bantal atau masukkan ke dalam akaun bank atau tabung Haji. Tak kisah banyak atau sikit, yang penting ada baki.
Panduan kuasai kos sara hidup yang mudahSeperti yang saya sebut di atas, anda pun tahu kos sara hidup semakin hari semakin naik.
Samada suka atau tidak suka, bersedia atau tidak bersedia, kos sara hidup tak pernah minta izin terlebih dulu untuk naik sepanjang tahun.
Apa yang kebanyakan orang buat untuk hadapi perkara itu adalah bertungkus lumus mengejar wang bagi tingkatkan pendapatan. Ini perlu untuk tampung peningkatan kos.
Cara begitu memang terlalu ramai diamalkan di muka bumi sekarang. Robert Kiyosaki namakan kumpulan manusia yang sebegitu sebagai 'terperangkap dalam perlumbaan tikus' atau “Rat Race”.
Cuba lihat bagaimana seekor tikus yang diletakkan di dalam sangkar bergelung. Semakin kuat dia berlari, semakin kuat pusingan gelung yang memerangkapnya berpusing. Malangnya tikus masih tetap berada di tempat yang sama setelah berpenat lelah berlari dengan laju.
Itulah maksud Rat Race.
Pulun buat kerja tingkatkan pendapatan untuk bayar kos sara hidup. Semakin tinggi  ditambah pendapatan semakin tinggi pula kos sara hidup meningkat. Akhirnya tak ada perubahan dan keadaan diri masih tetap seperti dulu juga.
Jangan biarkan kehidupan anda menjadi kusut, buat pendekatan mudah dari sekarang. Bila kos sara hidup meningkat jangan lari lebih laju, sebaliknya lari lebih perlahan.
Caranya mudah saja:
“Dengan mengurangkan keperluan anda atau lebih tepat lagi kita namakan berjimat. Kalau dah tak mampu bayar ansuran kereta RM500 sebulan, jalan mudahnya adalah dengan bertukar kepada kereta yang ansurannya hanya RM250 sebulan.”
Bukankah itu bijak namanya.
Jika anda sentiasa pantau kos atau perbelanjaan hidup semua urusan, anda akan dapat trim kepada jumlah yang lebih rendah tanpa ganggu prestasi kehidupan.
Penting di sini untuk abaikan apa orang kata. Lupakan perasaan takut turun martabat dan sebagainya. Itu semua mainan syaitan untuk menghancurkan hidup manusia. Badan anda, ada ukurannya yang tersediri. Jangan tiru ukuran baju orang lain.
Lagi bijak jika buat 2 sekali gusBagi anda yang lebih bijak, boleh amal kedua-dua teknik di bawah.
Kurangkan keperluan seperti yang saya sebutkan di atas – lihat gaya hidup anda sekarang dan fikirkan bagaimana kos sara hidup dengan gaya hidup itu dapat dikurangkan.Turut sama tingkatkan pendapatan – Mengurangkan kos sara hidup dengan membuang atau melupakan apa yang tak perlu, membolehkan anda ada lebihan duit. Fikirkan pula bagaimana wang lebihan itu boleh dijana untuk tambah pendapatan.Sebenarnya amalan sering bermuhasabah, bertanya pada diri sendiri untuk meringkaskan kos sara hidup membuatkan urusan seharian kita menguruskan kehidupan menjadi lebih lapang.
Dengan meringankan kos sara hidup kita telah meringankan bebanan kehidupan dan hasilnya simpanan meningkat dan masa bertambah.
Dari situ masa yang ada dapat pula digunakan untuk menjana pendapatan tambahan.
Semakin cekap kita meringkaskan kehidupan, semakin banyak masa terluang dan semakin banyak wang tersimpan.
Oleh itu jangan biarkan kos sara hidup menentukan gaya hidup anda. Sebaliknya andalah yang menentukan apakah kos sara hidup yang anda mahu dan apakah kos sara hidup yang anda tak mahu.
Jangan buatkan kos sara hidup menjadikan diri kita macam serabai.
Meringkaskan kehidupanApa yang saya maksudkan dengan meringkaskan kehidupan?
Ia bermakna sentiasa menyedari apa yang sedang dilakukan agar apa yang anda buat hanya perkara yang diperlukan sahaja untuk mencapai sasaran.
Semua perkara tak perlu, sekalipun ianya adalah baik, abaikan dan tinggalkan saja.
Saya bagi contoh, katakan anda bekerja sebagai seorang guru. Kerja lain yang tidak membantu kerjaya seorang guru perlu ditinggalkan. Sebagai contoh, pergi jadi nelayan di waktu lapang untuk tangkap ikan.
Tangkap ikan memang baik, tapi ia bukanlah kerja seorang guru. Malah sedikitpun tidak tambah kebolehannya untuk menjadi seorang guru yang baik. Pergi sekali dua untuk merasai pengalaman boleh lah. Tapi setiap kali waktu lapang jadi nelayan bukanlah cara hidup ringkas.
Sebaliknya, setiap kali waktu lapang anda menziarahi pelajar untuk kenali mereka, keluarga mereka dan bagaimana cara kehidupan mereka adalah jauh lebih bermanfaat untuk menjadikan anda seorang guru yang hebat dalam jangka panjang.
Lihat dan fikirkan betul-betul apa sasaran yang anda mahu capai. Jalan apa yang anda ambil. Semua itu perlukan kesedaran yang tinggi untuk kenal pasti apa yang perlu dan apa yang tak perlu untuk mencapai sasaran.
Dalam masa yang sama kenal pasti apa kelebihan anda dan apa kelemahan diri. Gunakan kelebihan untuk dijadikan batu loncatan. Yang lemah cari jalan untuk serahkan saja pada mereka yang cekap.
Keseluruhan aktiviti kehidupan jika diamalkan seperti di atas, membantu meringkaskan hidup anda. Pembaziran masa terhadap perkara sia-sia makin lama makin berkurangan. Kualiti hidup meningkat dan anda akan dapati keluasan hidup yang lebih bermakna.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.hidupringkas.com/2023/01/panduan-hidup-ringkas-urus-kos-sara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Strategi Baharu Sedang Dirangka Atasi Kos Sara Hidup Rafizi

Strategi Baharu Sedang Dirangka Atasi Kos Sara Hidup Rafizi

papar berkaitan - pada 26/1/2023 - jumlah : 138 hits
Sepertimana yang diumumkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada minggu lepas kadar inflasi pada Disember 2022 mereda kepada 3 8 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya Bagi keseluruhan tahun 2022 inflasi Malaysia adalah 3 3 seperti yan...
Kwsp Bukan Tabung Buluh Selesai Kos Sara Hidup Kata Pakar

Kwsp Bukan Tabung Buluh Selesai Kos Sara Hidup Kata Pakar

papar berkaitan - pada 20/1/2023 - jumlah : 168 hits
BAYANGKAN di tangan anda hanya ada RM42 untuk dibelanjakan setiap bulan selama 20 tahun selepas bersara kelak Itulah kemungkinan yang dihadapi oleh kira kira 6 1 juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja berusia 55 tahun ke bawah berikut...
Saya Sangat Sibuk Sekarang Isteri Isteri Bergaduh Zainal Abidin Belum Sedia Untuk Bersuara

Saya Sangat Sibuk Sekarang Isteri Isteri Bergaduh Zainal Abidin Belum Sedia Untuk Bersuara

papar berkaitan - pada 26/1/2023 - jumlah : 124 hits
Sedia maklum beberapa hari lalu tular berita mengenai pertelingkahan kedua dua isteri bekas jurulatih bola sepak antarabangsa Datuk Zainal Abidin Hassan di sebuah kedai mamak Isteri kedua iaitu Fyna Jebat telah pun membuat laporan polis sel...
Cara Terbaik Mudah Dan Selamat Untuk Menjadi Kaya Cara Hidup Ringkas

Cara Terbaik Mudah Dan Selamat Untuk Menjadi Kaya Cara Hidup Ringkas

papar berkaitan - pada 14/1/2023 - jumlah : 321 hits
Dalam artikel pendek ini saya mahu kongsikan satu cara yang terbaik mudah dan selamat untuk menjadi kaya Semua orang secara umumnya mahu jadi kaya Walaupun ada yang di bibirnya sering ucapkan aku tak mau jadi kaya tapi jauh di sudut kecil h...
Hidup Ringkas Bukan Bermakna Hidup Selekeh Tiada Keinginan Untuk Cemerlang

Hidup Ringkas Bukan Bermakna Hidup Selekeh Tiada Keinginan Untuk Cemerlang

papar berkaitan - pada 31/1/2023 - jumlah : 169 hits
Ketika minum dengan kawan kawan baru baru ini ada seorang melawak pada saya tentang amalan hidup ringkas Katanya jika semua orang amalkan gaya hidup ringkas maka habislah semua perniagaan yang tawarkan produk mewah mewah akan bungkus gulung...
Kenapa Anda Perlu Rajin Membaca Kalau Nak Hidup Ringkas

Kenapa Anda Perlu Rajin Membaca Kalau Nak Hidup Ringkas

papar berkaitan - pada 1/2/2023 - jumlah : 191 hits
Kata nak hidup ringkas tapi kenapa kena baca buku pulak Apa kelebihan membaca Itu soalan yang mungkin anda tanya selepas membaca tajuk di atas Jika fikiran sebegitu terlintas dalam kepala bermakna ada sesuatu yang tak kena dengan pemahaman ...
Sebab Craving Sangat Yaya Zahir Umum Hamil Anak Pertama Sanggup Terbang Ke Korea Sebab Mengidam

Sebab Craving Sangat Yaya Zahir Umum Hamil Anak Pertama Sanggup Terbang Ke Korea Sebab Mengidam

papar berkaitan - pada 21/1/2023 - jumlah : 169 hits
Tahniah diucapkan buat pengacara Yaya Zahir yang mengumumkan hamil anak pertama yang kini sudah pun berusia enam bulan Menerusi Instagramnya Yaya yang cukup petah berkata kata ini memuat naik video kehamilan itu Kongsi Yaya menerusi satu pe...
Kek Mini Red Velvet Coklat Moist Satu Adunan Dapat Banyak Biji Berbaloi Sangat

Kek Mini Red Velvet Coklat Moist Satu Adunan Dapat Banyak Biji Berbaloi Sangat

papar berkaitan - pada 26/1/2023 - jumlah : 208 hits
Sebenarnya banyak resipi mudah boleh disediakan untuk anak anak Cuma rajin atau tak sahaja untuk membuatnya Jika mama ada kelapangan boleh cuba menu Red Velvet Coklat Moist Hanya guna pengukus dah boleh dapat kek mini gebu dan cara buatnya ...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life