Hidup Ringkas Bukan Bermakna Hidup Selekeh Tiada Keinginan Untuk Cemerlang




Ketika minum dengan kawan-kawan baru-baru ini, ada seorang melawak pada saya tentang amalan hidup ringkas. 
Katanya, jika semua orang amalkan gaya hidup ringkas maka habislah semua perniagaan yang tawarkan produk mewah-mewah akan bungkus gulung tikar kerana tidak ada lagi orang yang akan membeli produknya!
Semua barangan yang mahal-mahal sudah tidak mendapat perhatian lagi jika semua orang amalkan kehidupan yang ringkas. Begitulah gurauannya.
Walaupun melawak, saya yakin itulah yang terbayang dalam fikirannya tentang gaya hidup ringkas. Gaya hidup sederhana yang lebih mengarah kepada hidup selekeh. Pakaian, tempat tinggal, makan dan minum ala kadar saja.
Tapi hidup ringkas bukan macam tu. Malah jika kita mahu namakan hidup sederhana sekalipun. Sebab sederhana dalam kehidupan itu sendiri amat subjektif dan tidak mempunyai nilai yang tetap.
Asas kehidupanKehidupan mesti ada tanda aras minimun yang perlu dipenuhi. Perkara asas yang setiap manusia perlu adalah:
MakananTempat berlindungItu 2 perkara asas yang mana kita tidak dapat elakkan diri untuk mendapatkannya jika mahu meneruskan kehidupan.
Kemudian, dalam arus kemodenan sekarang di mana semua kehidupan sudah dikuasai oleh teknik yang berteraskan hasil yang optimum, maka tak dapat dielakkan untuk tambah lagi perkara asas iaitu pendidikan.
Zaman tok nenek kita dulu, anda tak perlu ada apa-apa asas pendidikan untuk cari makan dan hidup. Tak reti membaca dan menulis pun tak ada masalah.
Tapi dunia sekarang sudah berbeza. Anda perlu ada perkara asas dalam pendidikan untuk membolehkan anda di ambil kerja. Manusia sudah dijadikan sebagai sah satu dari sumber atau alat pengeluaran sahaja.
Anda sendiri, yang sedang makan gaji sekarang, di mata para pemilik kekayaan dan perindustrian anda adalah sekadar sumber manusia. Seorang mampus, masuk seorang lagi ganti. Tiada apa-apa kepentingan dan macam kata mat saleh, nothing personal.
Kita tulis bab manusia moden dalam artikel lain jika ada kesempatan. Kali ni fokus bab hidup ringkas saja dulu.
Berbalik kepada keperluan asas yang semua manusia perlu dapatkan sekarang, iaitu, makanan, tempat berlindung dan pendidikan. Semua orang perlu tetapi, makanan jenis apa yang diambil, pendidikan tahap mana yang mampu dan tempat perlindungan bagaimana yang anda selesa adalah sesuatu yang subjektif.
Masing-masing ada keperluannya yang tersendiri bergantung kepada keadaan masyarakat, suasana muka bumi, keperluan untuk meneruskan hidup dan lain-lain seumpamanya. 
Itu semua menentukan tahap sederhana yang kita takrif.
Jika kita duduk di bumi khatulistiwa umpamanya, memakai kod, tali leher, kasut kulit tinggi, baju sejuk dan lain-lain bukanlah satu keperluan.
Malah mereka yang memakai kod, bertali leher yang menjerut leher dan berkemeja lengan panjang ditambah lagi dengan baju dalam sambil berbincang di kedai kopi tanpa penghawa dingin atau berjalan kesana sini melihat projek bangunan ditengah rembang adalah satu perbuatan yang boleh dikatakan agak bodoh.
Tetapi malangnya ada juga mereka yang berbuat begitu. Itulah satu contoh yang kita namakan gaya hidup yang menyusahkan diri sendiri, yang sepatutnya ringkas bersesuai dengan suasana mukabumi yang kita tinggal.
Barang mahal tak lakuBerkenaan barangan berjenama pulak, adakah ia akan mula hilang sebab pelanggan dah tak ada bila semua orang hidup ringkas.
Sudah tentu tidak sama sekali.
Ini disebabkan barangan berjenama datang sekali dengan kualiti. Kita tidak mempercayai suatu barang yang berjenama dan dijual dengan harga yang tinggi jika kualitinya sama sahaja dengan jenama berbeza dan berharga rendah.
Jika kualitinya sama, faedah yang kita dapat sama sahaja di antara dua jenama tetapi yang satu lagi lebih murah, maka tidak bijaklah jika kita masih meneruskan membeli jenama yang mahal.
Oleh itu bagi mereka yang mementingkan kualiti dalam kehidupannya dan dalam masa yang sama mahu amalkan gaya hidup ringkas akan memilih barangan berjenama yang terbukti kualitinya.
Apabila kita berfikiran sebegitu maka satu lagi kesan yang amat baik yang berlaku dalam masyarakat perniagaan adalah terbentuknya sistem ekonomi yang berfaedah dan bukan menjana sistem ekonomi yang membazir.
Aktiviti ekonomi positif akan terbentuk di mana kesemua produk perniagaan akan memikirkan kesesuaian dan faedah yang didapati oleh masyarakat berbanding hanya untuk menipu dan buat duit.
Keadaan aktiviti yang positif dan berfaedah secara lansung akan menghalang lambakan barangan tiruan yang mana ianya tidak berkualiti.
Bagi saya membeli barangan tiruan adalah satu pembaziran wang. Tujuannya semata-mata mahu menipu orang nak tunjukkan bahawa kita punya banyak wang. 
Hidup dengan menipu sebegitu bukalah cara satu gaya hidup yang sihat.
Hidup ringkas bukan bermakna hidup selekeh. Sebaliknya, hidup ringkas adalah hidup berdasarkan keperluan bagi memenuhi tugasan hidup anda secara optimum. Buat, beli, pakai, apa yang diperlukan sahaja untuk mencapai matlamat itu.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.hidupringkas.com/2023/01/gaya-hidup-ringkas-adalah-gaya-hidup.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenapa Anda Perlu Rajin Membaca Kalau Nak Hidup Ringkas

Kenapa Anda Perlu Rajin Membaca Kalau Nak Hidup Ringkas

papar berkaitan - pada 1/2/2023 - jumlah : 196 hits
Kata nak hidup ringkas tapi kenapa kena baca buku pulak Apa kelebihan membaca Itu soalan yang mungkin anda tanya selepas membaca tajuk di atas Jika fikiran sebegitu terlintas dalam kepala bermakna ada sesuatu yang tak kena dengan pemahaman ...
Panduan Hidup Ringkas Urus Kos Sara Hidup Yang Sangat Mencabar Sekarang

Panduan Hidup Ringkas Urus Kos Sara Hidup Yang Sangat Mencabar Sekarang

papar berkaitan - pada 28/1/2023 - jumlah : 181 hits
Kos sara hidup semakin hari semakin naik Nampak gaya memang tak akan turun pun Dengan kenaikan kos bahan utama seperti tarif eletrik gaji minimum jam bekerja berkurangan dan banyak lagi keputusan kerajaan yang membebankan para peniaga Penia...
Menikmati Hidup Sebagai Surirumah Panic Disorder

Menikmati Hidup Sebagai Surirumah Panic Disorder

papar berkaitan - pada 18/1/2023 - jumlah : 166 hits
Saya diagnosis sebagai pesakit panic disorder sejak tahun 2021 Namun saya tak serius cuba merawatnya dengan terapi atau ubatan Cuba kawal diri sendiri sebaiknya untuk banyakkan bertenang sabar sabar dan menerima ujian dari Allah Apa yang be...
Dia Tak Pernah Minum Alkohol Park Jinjoo Akui Kagum Dengan Gaya Hidup Yoo Jaesuk

Dia Tak Pernah Minum Alkohol Park Jinjoo Akui Kagum Dengan Gaya Hidup Yoo Jaesuk

papar berkaitan - pada 17/1/2023 - jumlah : 151 hits
Yoo Jae suk sememangnya merupakan selebriti yang dihormati ramai dek kesungguhannya dalam bekerja ARTIKEL BERKAITAN Terbaru pelakon Park Jin joo telah mengadakan temu bual dengan akhbar di sebuah kedai kopi di Seoul di mana dia mendedahkan ...
Penjelasan Ahli Pidana Mengenai Hukuman Seumur Hidup

Penjelasan Ahli Pidana Mengenai Hukuman Seumur Hidup

papar berkaitan - pada 18/1/2023 - jumlah : 157 hits
akan mendekam di bui sepanjang hidupnya atau sesuai dengan usianya saat ini
Kalau Komen Kat Video Orang Kaya Hidup Saya Sempit Sampai Mamp S Pun Sempit Suami Fatin Afeefa

Kalau Komen Kat Video Orang Kaya Hidup Saya Sempit Sampai Mamp S Pun Sempit Suami Fatin Afeefa

papar berkaitan - pada 18/1/2023 - jumlah : 176 hits
Hampir setiap hari ada saja kisah mengenai pelakon Fatin Afeefa dan suaminya Aliff Awang atau lebih dikenali sebagai Opai yang dilihat lantang bercerita mengenai kisah peribadinya di media sosial Terbaru Aliff yang juga seorang usahawan ber...
Belilah Afro Kopi Bantu Insan Yang Hidup Berdikari Ini

Belilah Afro Kopi Bantu Insan Yang Hidup Berdikari Ini

papar berkaitan - pada 19/1/2023 - jumlah : 123 hits
KHIDMAT KOMUNITI ZUNAR Mari sama2 terutama yang berada di Balik Pulau Pulau Pinang untuk membantu saudara kita ini dengan membeli kopinya Dia kena stroke tak boleh bercakap Tetapi tetap berniaga bukan minta simpati katanya
Sekeluarga Hidup Dengan Ular Sawa

Sekeluarga Hidup Dengan Ular Sawa

papar berkaitan - pada 19/1/2023 - jumlah : 259 hits
Sekeluarga hidup dengan ular sawa ELISTIA bersama dua anaknya bermainan bersama ular sawa peliharaan di rumah mereka di Desa Kertaungaran di Jawa Barat AGENSI BANDUNG Sebuah keluarga di Desa Kertaungaran di wilayah Sindang Agung di Jawa Bar...
Kisah Wanita Cina Besarkan Anak Angkat Muslim Terbitan Rtm Antara Telemovie Menarik Tahun Baharu Cina Ini

Cara Mohon Cash Loan Tng Dan Touch N Go Loan Interest Rate

Polis Awasi Peserta Himpunan Anti Rasuah Berarak Ke Dataran Merdeka

Biodata Jefri Nichol Karier Kontroversi

Teknik Grounding Yang Berkesan Langkah Demi Langkah

Rakyat Korea Utara Sanggup Bergaduh Kerana Najis

Home Minister Saifuddin Warns Of Fake Clinics As Malaysia S Medical Tourism Grows

Sarapan Di Pasar Larkin


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Fail Rpm2025 Fail Rekod Persediaan Mengajar Sesi 2025 2026

Khutbah Jumat Isra Mi Raj Dan Palestina

Tambahan Hari Rehat Perkukuh Profesionalisme Warga Bomba

Subsidi Tambang Penerbangan Musim Raya Kurang Rungutan Rakyat Kata Loke

Student Rally A Wake Up Call For The Madani Regime But Is Anwar Listening

Belajar Bahasa Utara Status Dalam Keluarga