1 Hari Lagi Virtual Online Bina Bisnes Berjaya Edisi Khas Nak Ubah Hidup
1 Hari Lagi Virtual Online Bina Bisnes Berjaya : Edisi Khas Nak Ubah Hidup | Assalamualaikum & hi semua! Berita baik untuk dikongsikan dengan korang semua. Kalau korang follow rapat dengan Sis Gee di Instagram dan Facebook sudah pasti sedia maklum, Sis Gee antara mereka yang pernah sertai program beliau ini.
Nak tahu perkhabaran apa yang mahu Gee sampaikan kali ini? Apa yang best adalah ia sangat berkait rapat dengan perjalanan norma baharu kita pada hari ini. Ada yang terpaksa mulakan bisnes disebabkan terpaksa dibuang kerja, ada yang menerima gaji yang lebih rendah dari sebelumnya, ada juga yang sedang berkecamuk emosi kerana terkesan dengan pandemik Covid-19.
Masa berlalu dengan pantas, pejam celik saja sudah setahun lebih kita menjalani kehidupan norma baharu selepas Perintah Kawalan Pergerakan 1.0 (PKP) yang dilaksanakan pada 18 Mac tahun lalu. Pelbagai impak dirasai rakyat Malaysia dengan ratusan ribu telah diberhentikan kerja seterusnya hilang punca pendapatan, ada juga dipotong elaun atau gaji, diarahkan untuk bercuti dan pelbagai situasi lain.
Kesusahan dihadapi sebahagian daripada rakyat ini memang benar contohnya kes yang tular di mana seorang suri rumah ditahan selepas gagal membayar barang makanan dan ubat bernilai RM58 di sebuah pasar raya pada 20 Januari lalu. Ini hanyalah salah satu daripada kes yang di ketengahkan dan pastinya ada lagi yang berdepan dengan tekanan hidup ekoran pandemik ini.
Mereka ini juga berkemungkinan berdepan dengan masalah lain terutama soal kesihatan mental yang boleh menjadikan kemurungan atau kegelisahan jika tidak dapat diuruskan dengan baik. Bahkan, satu kajian diterbitkan Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) mendapati golongan berpendapatan rendah mempunyai kadar masalah kesihatan mental dan penyakit kronik yang lebih tinggi berbanding yang lain.
Trend serupa juga didapati dalam data kesihatan mental dalam kajian Ketidaksamaan Sosial dan Kesihatan Malaysia. Golongan berpendapatan paling rendah mempunyai kadar masalah kesihatan mental tertinggi dalam kalangan orang dewasa dan kanak-kanak.
Isu kesihatan mental ini sebenarnya sangat penting yang mana ia memberi kesan kepada prestasi ekonomi negara. Jika dilihat pada 2018, isu kesihatan mental di tempat kerja dianggarkan menelan belanja RM14.46 bilion. Malah dilaporkan dalam akhbar Kosmo! baru-baru ini, dianggarkan lebih 237,500 bisnes usahawan PKS 'lingkup' atau terpaksa gulung tikar semenjak pandemik Covid-19 melanda negara bermula Mac 2020 tahun lalu.
Pelawaan RichWorks Menerusi Program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup
Sehubungan itu, RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) mahu membantu orang ramai di seluruh negara terutamanya mereka terkesan dengan pandemik ini untuk bangkit kembali dan melakukan perubahan yang lebih baik dalam situasi mencabar yang mereka hadapi pada waktu ini.
RichWorks percaya menerusi program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman pada 26 - 28 Mac 2021 yang ditaja sepenuhnya ini, tanpa sebarang pembayaran dapat membantu ramai orang terutama bangsa usahawan yang terjejas di luar sana.
Buat pengetahuan anda, program Nak Ubah Hidup merupakan penambahbaikan daripada program Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) adalah program berbayar sekitar RM900 dan ke atas. Program ini telah membantu lebih puluhan ribu orang terutama bangsa usahawan sejak dimulakan pada 2008 lagi.
RichWorks Lahirkan Ramai Jutawan Bumiputera
Ramai orang khususnya bangsa usahawan berjaya menyaksikan perubahan hidup dan bisnes mereka menjadi lebih baik lagi. Ada yang dulu hidup dalam kesusahan, mula bisnes dari rumah, ada jualan yang beberapa ratus sahaja sebulan, tapi kini berjaya saksikan perubahan hidup dengan bisnes semakin berkembang hingga mencatatkan jualan ratusan ribu sampai jutaan ringgit.
Kebanyakan mereka bermula dengan program ini contohnya pengasas jenama Sabella, Faith Fleur, Mamasab dan banyak lagi yang mana menyaksikan perubahan hidup sampai ke tahap usahawan jutawan.
Daftar Sekarang : Nak Ubah Hidup 2021
Tidak kisah siapa pun korang, bisnes apa pun yang korang lakukan atau tahap mana pun bisnes korang. Apa yang lebih penting, korang NAK UBAH HIDUP dengan mempelajari ilmu serta pengalaman-pengalaman mereka yang sudah terbukti 'proven results' telah berjaya. Hanya 1 hari lagi korang berpeluang hadir ke Program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup yang akan berlangsung paa Jumaat, Sabtu dan Ahad ini.
Korang boleh juga layari ke laman web www.BinaBisnesBerjaya.com untuk mendaftar sekarang!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sisgee.com/2021/03/1-hari-lagi-virtual-online-bina-bisnes.html