Kenapa Anda Di Larang Sembur Aerosol Racun Serangga Bila Jumpa Anai Anai Di Rumah




Baru-baru ini saya dapat satu panggilan dari Shah Alam. Dia mahu maklumat lanjut berkenaan cara untuk menghapuskan masalah anai-anai dirumahnya.
"Rumah saya dah kena makan anai-anai dari bawah sampai ke atas naik ke siling dah .. " terang pemanggil lelaki itu.
Dari nada dan cara dia terangkan masalah serangan anai-anai itu jelas ada rasa risau dalam dadanya. Dia mahu masalah itu diselesaikan dan tidak berulang lagi.
"Waktu malam dapat dengar anai-anai tu keluarkan bunyi, tik tik tik .. agak menyeramkan!" sambungnya lagi menampakkan tanda satu lagi kerisauan sedang bergelora di hati.
"Macam mana you buat rawatan masalah anai-anai tu ya, dan berapa harganya?" laju dia terus nak tahu pasal harga.
Seperti biasa saya cuba ringkaskan penerangan supaya dia boleh faham dan buat keputusan dengan yakin. Saya jelaskan sedikit di bawah ni.
1. Cara biasa - tebuk lubangLubang akan ditebuk di sekeliling rumah pada bahagian lantai berdekatan dengan semua dinding rumah. Bergantung kepada saiz rumah, jumlah lubang akan menentukan kos rawatan. Setiap lubang akan disuntik bahan kimia beracun.
Bahan kimia itu akan melakat dengan tanah di bawah rumah itu, melebar ke bahagian slab rumah dan kawasannya untuk membentuk lapisan perlindungan.
Jumlah lubang untuk rumah teres bersaiz biasa boleh capai dalam lingkungan 200 lubang atau lebih. Bergantung kepada jenis bahan kimia, kesan terhadap anai-anai adalah berbeza. Panjang juga jika mahu diterangkan secara mendalam.
Bagi anda yang tak mahu rosakkan tile rumah yang dah cantik kemas terpasang, tentu tak akan benarkan cara sebegini. Memang ada pelanggan yang menolak terus cara tebuk lubang sedemikian atas faktor sayang pada rumah.
2. Cara sistem umpanUntuk yang tak suka lantai rumahnya dicacatkan, ini soluti paling baik. Pasang saja stesen yang dimasukkan umpan anai-anai di dalamnya.
Anai-anai akan masuk ke dalam stesen dan mula ambil semua umpan tersebut masuk ke dalam sarang di mana koloninya tinggal.
Bahan umpan yang mengandungi IGR - bahan pembantut pertumbuhan serangga, mula bertindak membunuh anai-anai secara perlahan-lahan. Akhirnya keseluruhan komoni bawah tanah tu akan terhapus.
Bila jadi begitu, semua tempat yang diserang anai-anai di atas rumah tadi akan jadi kering dan sudah tidak ada anai-anai lagi. Jadi tak perlu risau takut ada di bahagian lain yang anda tak nampak sebab tersorok. Di mana saja mereka berada dalam rumah tu akan pasti terhapus mati.
Lubang tak payah tebuk, rumah tak rosak dan semua anai-anai mati. Cuma berapa lama ia akan selesai adalah tidak pasti. Dari pengalaman, paling lama pernah berlaku adalah 2 bulan. Paling cepat adalah dalam 2 minggu saja.
Mana pilihan terbaikItu soalan yang sangat sukar untuk dijawab. Kalau tanya saya, lebih suka berikan statistik aduan selepas rawatan selama saya berkhidmat dalam industri pest control ini.
Untuk kerja tebuk lubang dulu, dalam 10 pelanggan, pasti akan ada hampir separuh yang komplen ada lagi anai-anai. Komplen tak sudah-sudah dan kos kami akhirnya melambung dan jatuh rugi. Sebab itu saya tak berapa gemar syorkan cara tebuk lubang.
Bila syarikat kami mendapat peluang dilantik sebagai syarikat bertauliah menggunakan sistem pengumpanan yang terkini, saya terus syorkan pada pelanggan cara ini. Dan hasilnya, dari 10 pelanggan, nak dapat satu komplen pun susah. Sentiasa mantap dan berjaya selesaikan masalah pengguna. 
Jangan spray aerosolDari penerangan saya di atas, nampak jelas apa yang akan dipilih oleh pelanngan. Cuma perlu jelaskan berapa kos merawatn pakai umpan sekarang.
Untuk itu, saya perlu buat pemeriksaan tapak terlebih dahulu.
Bila sampai ke rumahnya, memang ada banyak kesan anai-anai pada bahagian yang popular di serang anai-anai. Pada rangka pintu bilik air, pada stor, pada kabinet dapur, pada almari sebelah bilik air, pada skirting rumah dan pada tangga kayu rumah.
Banyak tempat yang dah kering. Anai-anai sudah melarikan diri. Saya tanya samada dia ada sembur apa-apa racun. Dia mengiyakannya. 
Ramai pelanggan akan buat begitu. Pertamnay sebab geram habis kayu buku almari, baju dan lain-lain telah rosak. Sembur dan bunuh terus anai-anai putih kecil tu. Rasa puas hati.
Keduanya sebab nak hapuskan masalah.
Apa yang anda dapat hasil dari menyembur racun bila jumpa anai-anai hanyalah puas hati saja melihat serangga makan kayu itu mati. Tapi ia lansung tidak selesaikan masalah.
Jumlah yang mati itu hanya sebahagian yang sangat kecil berbanding jumlah anai-anai yang ada tersorok anda tak nampak.
Tahukah anda bahawa untuk satu koloni, boleh ada lebih dari 2 juta ekor anai-anai. Bila anda sembur di satu tempat, berapa ekor sangat yang mati. Tak terkesan lansung terhadap kecekapannya untuk merosakkan segala struktur kayu di rumah.
Satu lagi sebab kenapa anda dilarang sembur racun serangga adalah jika mahu hapuskan anai-anai tersebut dengan menggunakan sistem pengumpanan.
Sistem itu perlukan anai-anai ada kelihatan di laluannya. Bila ada laluan, kami akan pasang stesen umpan tersebut merentanginya. Dia akan masuk dan makan.
Kalau cari anai-anai tak jumpa, dan itulah yang sering berlaku selepas kena sembur. Pemasangan sistem umpan jadi agak mencabar. Kena tunggu dia muncul semula dn baru boleh pasang. Atau cuba-cuba pada tempat yang dirasakan dia akan datang.
Semburan racun akan halau anai-anai ke lokasi lain yang anda tak tahu. Biasanya bila dah banyak anai-anai tu baru mudah nampak. Itu yang bahaya anai-anai ni.

Jadi, ringkasnya, jika jumpa anai-anai di rumah, jangan sembur. CALL kami di 019-226 0807 E Pest Control. Atau Wasap terus dengan klik di sini. Atau scan QR Code di bawah.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mypestnews.com/2023/05/kenapa-anda-di-larang-sembur-aerosol.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kawalan Serangga Di Rumah Lebih Jimat Ambil Kontrak Setahun Berbanding Sekali Servis

Kawalan Serangga Di Rumah Lebih Jimat Ambil Kontrak Setahun Berbanding Sekali Servis

papar berkaitan - pada 18/4/2023 - jumlah : 224 hits
Apa saja barangan atau peralatan yang anda mahu guna dalam masa yang lama perlu penjagaan yang rapi Penjagaan yang rapi di sini bermakna cara pakai yang betul diikuti oleh aktiviti selenggaraan yang dijalankan secara berkala Sikap tunggu ke...
Pmx Anjur Majlis Rumah Terbuka Di 6 Negeri Cabar Maruah Kerajaan Negeri Takiyuddin

Pmx Anjur Majlis Rumah Terbuka Di 6 Negeri Cabar Maruah Kerajaan Negeri Takiyuddin

papar berkaitan - pada 27/4/2023 - jumlah : 246 hits
The Reporter Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menganjurkan majlis rumah terbuka Malaysia Madani di enam negeri mengundang rasa kurang senang Perikatan Nasional Timbalan Setiausaha Agung PN Takiyuddin Hassan berkata tindakan...
6 Lokasi Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani Bersama Yab Perdana Menteri

6 Lokasi Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani Bersama Yab Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 26/4/2023 - jumlah : 204 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjemput orang ramai untuk hadir ke Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia MADANI bersama beliau di enam lokasi bermula 29 April 14 mei 2023Lokasi Rumah Terbuka Malaysia Madani bersama Perdana menteriJan...
Kebaikan Mengupah Tukang Rumah Berpengalaman Di Kuala Lumpur

Kebaikan Mengupah Tukang Rumah Berpengalaman Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 27/4/2023 - jumlah : 289 hits
Kebaikan Mengupah Tukang Rumah Berpengalaman di Kuala Lumpur Rumah anda adalah tempat untuk bersantai dan zon selesa anda bersama keluarga dan kawan kawan Setiap sudut di rumah pasti mempunyai detik istimewa yang dinikmati bersama orang ter...
Kontraktor Rumah Kajang Nas Nuri Construction Bina Rumah Berkualiti Tinggi Atas Tanah Sendiri

Kontraktor Rumah Kajang Nas Nuri Construction Bina Rumah Berkualiti Tinggi Atas Tanah Sendiri

papar berkaitan - pada 27/4/2023 - jumlah : 283 hits
Kontraktor Rumah Kajang Nas Nuri Construction Bina Rumah Berkualiti Tinggi Atas Tanah Sendiri l Assalamualaikum Sebut je Kajang mesti ramai akan teringat signature menu di sana iaitu Satay Kajang Tak kisahlah Sate Haji Samuri ke Satay Willy...
Potret Rumah Kayu Sederhana Tapi Bikin Betah Perabotannya Ditata Rapi Banget

Potret Rumah Kayu Sederhana Tapi Bikin Betah Perabotannya Ditata Rapi Banget

papar berkaitan - pada 28/4/2023 - jumlah : 153 hits
Hunian yang nyaman tak melulu harus megah dan mewah Rumah kayu sederhana ini misalnya Sang pemilik bisa menata kediamannya hingga rapi dan begitu nyaman untuk ditinggali Berikut potret selengkapnya dilansir dari akun Instagram unikinfo id
Berdiri Di Tengah Hutan Rumah Terbengkalai Di Kuningan Isinya Masih Lengkap Tertata

Berdiri Di Tengah Hutan Rumah Terbengkalai Di Kuningan Isinya Masih Lengkap Tertata

papar berkaitan - pada 28/4/2023 - jumlah : 252 hits
Penampakan sebuah rumah terbengkalai dengan keadaan cukup mengejutkan Bagaimana tidak meski berdiri di tengah hutan serta tak dihuni di dalam rumah ini masih tersimpan perabotan yang masih lengkap Berikut adalah ragam potretnya melansir dar...
Berang Bini Asyik Berzumba Sampai Lupa Jalan Balik Rumah Suami Mengamuk Baling Tong Gas

Berang Bini Asyik Berzumba Sampai Lupa Jalan Balik Rumah Suami Mengamuk Baling Tong Gas

papar berkaitan - pada 28/4/2023 - jumlah : 199 hits
Berang bini asyik berzumba sampai lupa jalan balik rumah suami mengamuk baling tong gas Memang sudah jadi lumrah buat pasangan suami isteri untuk saling memahami dan bantu membantu antara satu sama lain Suami mahupun isteri setiap daripada ...
Rumah Sultan Mewah Mangkrak Dan Terbengkalai Di Dalamnya Banyak Furniture Ciamik

Rumah Sultan Mewah Mangkrak Dan Terbengkalai Di Dalamnya Banyak Furniture Ciamik

papar berkaitan - pada 26/4/2023 - jumlah : 258 hits
Penampakan tiap sisi rumah Sultan mewah yang dibiarkan mangkrak begitu saja Sementara di dalamnya masih banyak sekali furniture ciamik yang menggoda mata Seperti apa kondisinya saat ini Demikian ragam potretnya melansir dari Youtube Hardi A...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord