Kenapa Abang Pergi Dulu Bagaimana Saya Nak Jalani Kehidupan Ini Ramai Netizen Tak Sanggup Baca Sampai Habis


The Reporter


Hargailah ibu bapa anda sementara mereka masih ada. Jika mereka ada keinginan yang belum ditunaikan, anda sebagai anak tunaikanlah mengikut kemampuan. Bahagiakan mereka, sayangilah mereka kerana apabila mereka tiada kelak, perit rasanya mahu menerima hakikat itu

BILA IBU KITA SUDAH TUA
Ibu kita ini sering kesunyian. Ibu sering ketakutan. Ibu sering dilanda kerinduan. Dahulunya hidup si ibu bertemankan suaminya yang dicintai. Kini teman sehidupnya telah lama pergi. Janji semati tidak mampu lagi ditepati. Tinggallah si ibu sendirian meniti hari

Jika kita letak diri di tempat ibu sebegini, mampukah kita menjawab soalan - soalan yang bermain di fikirannya? Dapatkah kita mendengar bisikan hatinya tanpa menitiskan sedikit pun air mata

Nah, rasakan sedikit apa yang bermain di fikiran Ibu kita

"Suamiku, kenapa kau pergi dulu? Kenapa tinggalkan sayang sendirian? Suamiku, sayang rindu, bagaimana sayang nak menjalani kehidupan ini? Sayang takut, sayang sunyi. Sayang tak boleh hidup seorang diri. Tolong la kembali suamiku. Sayang tak biasa. Kita selalu buat semua benda bersama. Kenapa pergi dulu? Apa sayang nak buat ni? Sayang takut sangat."
Pada ketika dan saat saya menaipkan ayat di perenggan di atas, saya benar - benar menangis teresak - esak seperti anak kecil. Itu baru sedikit sebenarnya. Tak mampu untuk saya selami lebih dalam lagi. Hati saya terasa amat kecil seperti dipicit - picit menjadi sekecil guli. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul

Janganlah ditegur kenapa ibu sering teringatkan apa yang arwah ayah suka dan sering lakukan bersama. Berpuluh tahun lamanya, pasti ada perkara yang akan melekat di dalam fikiran ibu selama - lamanya. Pasti setiap yang pernah disentuh, akan terasa, setiap kebahagiaan yang pernah dikecapi, akan diingati

Jangan berani cakap mengenai "move on" dan hidup mesti diteruskan. Jika kita tidak pernah merasakan kehilangan teman yang berpuluh - puluh tahun lamanya bersama, kita tidak akan sekali - kali pun faham kerinduan dan kehilangan yang telah Ibu lalui sehinggalah kita laluinya sendiri nanti

Jangan kamu biadap mencadangkan pengganti. Ibu sudah tahu siapa menunggunya di syurga nanti. Orang yang paling dicintai iaitu si suami

Ibu kita sering disalah erti. Selalunya ibu sebenarnya tidak maksudkan apa yang kita tafsirkan. Kadang - kala ibu terlebih berterus - terang kerana telah penat selama ini menahan diri, menjaga hati dan sentiasa mengendahkan sensitiviti

Kita sebagai yang lebih muda, kita sebagai anak perlulah bersabar. Walaupun kadang - kala ianya pahit untuk ditelan, tetapi kita kena terima seadanya ibu kita itu sebagaimana ibu menerima kita seadanya semenjak dari kecil lagi

Bagaimanakah kita tergamak untuk tidak tahan dengan bebelan ibu sedangkan si ibu inilah yang melahirkan kita? Bagaimanakah kita tergamak meninggikan suara kepada insan yang memperkenalkan kita pada dunia? Jika kamu pernah melayan ibu seperti ini, tidak ingatkah kamu akan dosa, anak derhaka

Bila kali terakhir kita tanya ibu kita apa yang ingin ibu lakukan? Jika ada, cubalah realisasikan. Jika belum, buatlah secepat mungkin. Kita tidak tahu mungkin itu hasratnya yang terakhir atau mungkin hasrat yang direalisasikan itu bakal memberinya semangat untuk terus hidup lebih bertahun - tahun lamanya

Pada tahap umur sebegini, ibu memang suka bercerita. Kadang - kala perkara yang sama. Yang pastinya kebanyakannya perkara yang lama. Berilah perhatian kepadanya. Layanlah percakapan serta perkongsiannya. Hanya itu yang tinggal di minda ibu, perkara yang lalu. Memori kehidupan sejuta warna. Saat - saat kegembiraan, kesusahan, teladan dan sempadan. Selagi daya, ambillah semua. Seraplah perkongsiannya. Semoga dapat kita contohi melalui pengalaman hidupnya

Umur yang tua membawa seribu kesakitan. Amalkan bertanya bagaimana keadaan kesihatan ibu kita. Temanlah ibu ke hospital bila perlu. Sekarang semuanya sudah terbalik. Ingatkah kita pada saat kita kecil dahulu? Betapa kita takut untuk berjumpa Doktor? Namun, pimpinan tangan ibu menenangkan segalanya. Sama seperti sekarang. Ibu kita seperti anak kecil yang ketakutan, percayalah yang dia amat memerlukan penenang jiwa iaitu kita anaknya

Akhir kata, janganlah kita jadi anak yang tidak mengenang jasa. Di saat kita dalam kesusahan, ibu antara yang pertama menghulurkan tangan. Setiap kali kita rasa mahu marah kepada ibu, fikirkan apa yang telah kita sumbangkan kepadanya? Adakah sama dengan yang pernah kita terima? Jika tidak, lebih baik diam sahaja dari berkata - kata. Kerana tanggungjawab kita tidak akan setara. Betapa banyak pun emas permata dalam dunia, kita tidak mampu memberi ibu nyawa

Sekian nukilan hati saya mengenai ibu. Semoga dapat membuka mata dan minda. Kongsikan penulisan ini untuk tatapan lebih ramai orang lagi dan sebagai tanda anda menyayangi ibu anda

Jika Ibumu sudah tiada, panjatkan doa dan bersedekahlah melalui manfaat yang pernah diberikannya dan atas namanya. Semoga ini dapat membantunya di akhirat kelak

Jemput follow saya 👉 Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai kekeluargaan, hubungan suami isteri dan isu semasa

Jom join SUPERGROUP TELEGRAM saya di mana saya kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi

Klik ➡️ t.me/broohsemfans ⬅️
Sumber: BroOhsem

March 06, 2019 at 02:19AM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://atmknews.blogspot.com/2019/03/kenapa-abang-pergi-dulu-bagaimana-saya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Harga Xiaomi Redmi Go 899 Ribuan Mau Baca Ini Dulu Bro

Harga Xiaomi Redmi Go 899 Ribuan Mau Baca Ini Dulu Bro

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 397 hits
Pada penasaran dengan harga Xiaomi Redmi Go yang dijual dengan harga cuman Rp 899 ribuan saja itu Biasanya sih begitu Setiap kali Xiaomi merilis HP Android baru terlebih yang harganya murah pasti akan jadi rebutan Saya sempat dapat Xiaomi R...
Mae Maybank Tak Patuh Syariah Meh Baca Dulu Yer

Mae Maybank Tak Patuh Syariah Meh Baca Dulu Yer

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 966 hits
Sekarang tengah viral Aplikasi MAE dari maybank2u application ni Alah Dia sama je macam E Wallet juga cuma MAE ni boleh kumpul earning dengan bermain game yang di sediakan Terjebak juga register MAE ni tapi haram tak ada earning dok tunggu ...
Dah Tau Tua Bangka Pun Masih Gigih Nak Pakai Macam Ni Netizen Nekad Kritik Penampilan Skirt Pendek Dynas Mokhtar

Dah Tau Tua Bangka Pun Masih Gigih Nak Pakai Macam Ni Netizen Nekad Kritik Penampilan Skirt Pendek Dynas Mokhtar

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 2155 hits
Pelakon dan pengacara Dynas Mokhtar kini sedang hamil hasil perkahwinan terbarunya dengan Shazrik Din Untuk pengetahuan Dynas sedang sarat mengandung tujuh bulan Dalam perkembangan terkini ada satu gambarnya yang telah mencuri tumpuan netiz...
Jangan Nak Sentap Dulu Jasmin Hamid Dipersenda Bersalin Secara Normal Tanya Ada Tak Suami Cari Lain Sebab Longgar

Jangan Nak Sentap Dulu Jasmin Hamid Dipersenda Bersalin Secara Normal Tanya Ada Tak Suami Cari Lain Sebab Longgar

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 447 hits
Jangan Nak Sentap Dulu Jasmin Hamid Dipersenda Bersalin Secara Normal Tanya Ada Tak Suami Cari Lain Sebab Longgar Berkongsi sebuah klip kecekalan seorang ibu melahirkan anak secara normal Jasmin Hamid di laman Instagram meluahkan rasa gara ...
Hiburan Iqram Dinzly Buat Hal Lagi Netizen Minta Pergi Berubat

Hiburan Iqram Dinzly Buat Hal Lagi Netizen Minta Pergi Berubat

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 384 hits
Sekiranya dilihat semata mata berdasarkan perkongsian di laman sosial sememangnya ada sesuatu yang tidak kena dengan Iqram Dinzly Namun mungkin ada sisi Iqram yang kita tidak ketahui di dunia sebenar Terbaru satu gambar yang menunjukkan dir...
Normal Kalau Anak Nampak Ayah Nak Pergi Kerja Mesti Nak Ikut Dato Fazley Kongsi Gelagat Anaknya Sebelum Ke Tempat Kerja

Normal Kalau Anak Nampak Ayah Nak Pergi Kerja Mesti Nak Ikut Dato Fazley Kongsi Gelagat Anaknya Sebelum Ke Tempat Kerja

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 490 hits
Dato Fazley Yaakob juara Master Chef Malaysia yang juga bekas penyanyi popular suatu masa dahulu memuatnaik sebuah video di instagramnya Beliau mendirikan rumah tangga bersama Azrene dan dikurniakan empat cahaya mata tiga lelaki dan satu pe...
Saya Kembali Lagi Ke Tempat Yang Kita Pernah Pergi Bersama Dulu Tapi Kali Ini Berbeza Kerana Tanpa Awak Disisi

Saya Kembali Lagi Ke Tempat Yang Kita Pernah Pergi Bersama Dulu Tapi Kali Ini Berbeza Kerana Tanpa Awak Disisi

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 496 hits
Sejak akhir akhir ini isu suami curang terhadap isteri meskipun baru sahaja mendirikan rumah tangga semakin banyak dikongsikan di laman laman sosial Hal ini menyebabkan golongan wanita meletakkan penanda aras tentang tahap kesetiaan golonga...
Nak Tau Petua Hilangkan Serak Dan Batuk Meh Baca Ini

Nak Tau Petua Hilangkan Serak Dan Batuk Meh Baca Ini

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 504 hits
Nak tau petua hilangkan serak dan batuk Meh baca ini Assalamualaikum wbt Ada orang suka mengamalkan petua sebab bagi mereka yang menggunakan bahan semulajadi itu lebih selamat Betul Yup betullah tu kan Keadaan cuaca sekarang memang tak mene...
Isteri Jual Sate Apa Nak Malu Kerja Di Loji Kumbahan Pun Achey Sanggup

Isteri Jual Sate Apa Nak Malu Kerja Di Loji Kumbahan Pun Achey Sanggup

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 480 hits
Achey sokong tindakan isteri majukan perniagaan keluarga PELAWAK Achey memberitahu isterinya Nor Hasanah Yahaya mengambil peluang setiap kali balik ke kampung di Segamat Johor untuk menjual sate Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord