Ini 10 Iklan Hari Raya Aidilfitri 2020 Yang Akan Naikkan Semangat Raya Korang Tahun Ini



Lagu-lagu raya sudah mula dimainkan di radio-radio dan juga televisyen, itu bermakna tak lama lagi kita bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri. Seperti kebiasaan, kita pasti disajikan dengan iklan raya dari syarikat-syarikat besar yang sangat kreatif dengan pelbagai kaedah pesanan untuk semua.

Jadi, Ohmedia nak kongsikan 10 iklan Hari Raya Aidilfitri yang sangat kreatif beserta pesanan yang berguna kepada korang untuk menyambut perayaan pada tahun ini dengan penuh bermakna lagi mengusik jiwa.

Watsons Raya 2020 - Jauh Di Mata Tetap Beraya
Biarpun raya tahun ni sedikit berbeza, Watsons tetap membuktikan yang kita boleh menyambut Hari Raya dengan penuh kegembiraan walaupun berjauhan dengan insan tersayang. Comel betul Ayda Jebat dalam video ni.

Iklan Raya SAJI 2020 | Kuah Kacang Ibu
Iklan Hari Raya Saji pada tahun ini pasti menarik perhatian ramai. Hal ini disebabkan, penonton disajikan dengan sebuah kisah yang menyentuh nilai kekeluargaan dan kasih sayang seorang ibu kepada anak-anaknya.

SAFI Raya 2020 - Alif Satar & Keluarga #RayaSamaSamaSafi
Mungkin raya tahun ini kurang meriah, tapi korang jangan risau sebab safi tetap akan bersama kita untuk pastikan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini penuh ceria. Jom kita lihat bagaimana Alif Satar meraikan raya tahun ini bersama keluarganya.

Ceritarasa Lebaran 2020 foodpanda | Nasi Minyak Pengubat Rindu
Fuhh! Sedih betul iklan raya Foodpanda ni. Ia mengisahkan tentang seorang frontliners yang rindukan masakan ibunya kerana tak dapat balik beraya disebabkan kesibukan kerja untuk bantu negara. Walaupun tak dapat rasa masakan ibunya di kampung, tetapi ibunya sempat membuat pesanan makanan melalui foodpanda walaupun rasa dia agak berlainan.

‘Jumpa Lagi’ - Lagu Raya 2020 Perodua
Iklan Perodua kalini agak berbeza sebab mereka keluarkan lagu raya yang berjudul ‘Jumpa Lagi’. Lagu tersebut menunjukkan yang kita masih boleh mengeratkan hubungan silaturrahim dengan pelbagai cara untuk hiburkan hati di hari raya pada tahun ini. Semoga kita semua berjumpa lagi di hari raya akan datang.

Jauh di mata, Dekat di hati - Hong Leong Bank Raya video 2020
Janganlah pula kita lupa kepada orang yang memerlukan sewaktu hari raya nanti. Iklan raya dari Hong Leong ni mengajak kita semua memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan ketika menghadapi waktu mencabar ini bagi meraikan hari raya dengan penuh bermakna.

Kalau korang nak tahu, Hong Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank akan menyumbang sebanyak RM150,000 bagi menyediakan makanan dan minuman kepada rumah-rumah anak yatim dan pusat penjagaan orang tua.

Maxis Iklan Raya 2020 | Suasana Syawal Sempurna (Audio 8D)
Kita tidak boleh berkumpul seperti tahun-tahun sebelum ni untuk menyambut perayaan dan hanya boleh mendengar suara orang tersayang dari jauh jer dengan membuat panggilan suara. Tetapi Raya tetap raya! Kita masih boleh bayangkan suasana beraya di kampung bersama mereka.

#RayaStyleLain with vivo 2020
Jauh tidak menjadi penghalang untuk kita membuat persiapan raya bersama keluarga tercinta. Raya tahun ini walaupun jauh sinarnya, tetapi masih sama. Iklan raya Vivo ini mengisahkan style persiapan raya dari sebuah keluarga yang tidak dapat pulang beraya di kampung halaman.

Perayaan Yang Berbeza, Namun Tetap Bersama. Salam Aidilfitri Daripada Toyota ( Iklan Raya 2020 )
Iklan raya Toyota ini menceritakan erti sebenar di mana, Aidilfitri bukanlah disambut dari pakaian dan makanan, tetapi dengan kemesraan bersama keluarga. Kita tetap dapat raya bersama walaupun perayaan tahun ini sedikit berlainan.

Setia Raya Film 2020 | Jauh Di Mata Setia Di Hati
Suasana hari raya pada tahun ini pasti gembira selepas menonton iklan raya dari Setia di mana kita tetap dapat meraikannya beramai-ramai walaupun sambutan pada tahun ini sedikit berbeza.

Antara semua 10 iklan ni, yang mana satu iklan paling korang suka ataupun yang naikkan semangat mood raya korang tahun ni? Hehe.
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/05/ini-10-iklan-hari-raya-aidilfitri-2020.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Koleksi Free E Card Kad Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2020

Koleksi Free E Card Kad Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2020

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 10493 hits
Koleksi E Card Kad Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2020 FREE DOWNLOAD Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua One more dayyyyyy Ramadan Allahu pantasnya masa berlalu Lusa dah 1 Syawal 1437H InshaaAllah Ahad ni 24 Mei 2020 kita menya...
Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri Jais Teks Khutbah Raya 2020 Mufti

Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri Jais Teks Khutbah Raya 2020 Mufti

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 1866 hits
Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri JAIS Teks Khutbah Raya 2020 Ringkas Lengkap Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua Ye esok Raya InshaaAllah jika diizinkan Allah dapat kita menyambut hari lebaran Eidul Fitri 1 Syawal 1441H 24 M...
Persiapan Hari Raya Aidilfitri 2020

Persiapan Hari Raya Aidilfitri 2020

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 576 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraDah lama jugak aku tak bersiaran di blog ni Beberapa hari kebelakangan ni agak sibuk menguruskan urusan dirumah terutamanya persiapan Aidilfitri Ketika entri ini ditulis masih lagi berbaki beberapa hari la...
Aidilfitri Tahun 2020 Di Perantauan Covid 19 Mengubah Cara Raya Kita

Aidilfitri Tahun 2020 Di Perantauan Covid 19 Mengubah Cara Raya Kita

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 459 hits
As Salam Salam Aidilfitri Dari Perantauan Alahuakbar Allahuakbar Allahuakbar Alhamdulillah Bersyukur atas segala kurniaan Allah yang tidak bertepi buat saya dan anda semua atas segala kesihatan tubuh badan rezeki yang melimpah kekuatan meng...
Salam 2 Syawal 2020 Selamat Hari Raya Aidilfitri

Salam 2 Syawal 2020 Selamat Hari Raya Aidilfitri

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 593 hits
Genap 15 tahun arwah ayah tinggalkan kami Salam 2 Syawal 2020 buat semua Hari ini 25 05 2020 genap 15 tahun arwah ayah dah tinggalkan kami Rindu sangat rasanya macam baru semalam ayah pergi Alfatihah Tahun ni kami tak dapat raya jenguk kubu...
Lihat Salah Satu Norma Baharu Dalam Menyambut Hari Raya Aidilfitri Tahun Ini

Lihat Salah Satu Norma Baharu Dalam Menyambut Hari Raya Aidilfitri Tahun Ini

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 512 hits
Setiap tahun Hari Raya Aidilfitri adalah hari yang paling yang paling ditunggu tunggu oleh semua Yang tinggal di desa tidak sabar pulang ke kampung Yang di kampung tidak sabar menantikan kepulangan anak anak kesayangan Namun pandemik COVID ...
Hari Raya Aidilfitri 2020 Kita Back To Basic

Hari Raya Aidilfitri 2020 Kita Back To Basic

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 553 hits
Insya Allah pada hari Ahad kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri hari kemenangan umat Islam setelah menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan Tetapi disebabkan kita masih berada dalam serangan makhluk yang tak nampak dek mata kasar maka H...
Permohonan Baru Bantuan Khas Hari Raya Aidilfitri Pekebun Kecil Risda 2020

Permohonan Baru Bantuan Khas Hari Raya Aidilfitri Pekebun Kecil Risda 2020

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 536 hits
PERMOHONAN BARU BANTUAN KHAS HARI RAYA AIDILFITRI PEKEBUN KECIL RISDA 2020 Bantuan Khas Hari Raya Aidilfitri 2020 Kepada Pekebun Kecil RISDA Berikutan Penularan Wabak Covid 19 Bantuan ini diwujudkan bagi membantu pekebun kecil RISDA yang te...
Iklan Raya Tahun 2020 Dari Celcom Cucu Cucu Tok Ucu

Iklan Raya Tahun 2020 Dari Celcom Cucu Cucu Tok Ucu

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 776 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Iklan raya dari Celcom tahun ni menampilkan telatah seorang nenek ditemani seekor kambing kesayangannya yang diberi nama Jantan Telatah seorang nenek menyuruh anak cucunya mencari bahan bahan untuk menyed...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

April 18 2024 Pesan Orang Alim

Wee Barking Up The Wrong Tree

Bersih Slams Hulu Selangor Funds Ahead Of Kuala Kubu Baharu Polls



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Insider Tricks Stylists Use To Make Clothes Fit Perfectly

Mobile Friendly Free Money The Community Has You Covered

Pelajar Lelaki 14 Tahun Meninggal Dunia Ketika Merentas Desa

Umur 7 Tahun Sudah Bergelar Tunangan Orang

Zus Coffee Ice Green Tea Latte

Bila Kau Rajin Nak Tolong Kerja Orang