Kenangan Manis Dalam Tahun 2020
Assalamualaikum semua.
Lama tersangatlah lama aku tak menulis blog. MashaaAllah. Terlalu sibuk dengan kerja. Tahun 2020, berlalu satu tahun yg kukira sememangnya ujian buat semua orang. 2020, tahun yang sangat sukar dan memerlukan ketabahan serta kesabaran yang tinggi. Wabak virus Covid-19 sungguh menguji kita semua. Impak yang sangat besar khususnya kepada frontliners.
Tahun 2020, tahun yang berlalu begitu sahaja. Rata rata di antara kita menghabiskan masa berdiam diri di rumah, kuarantin di rumah, atau dalam erti kata lain, 'work from home'. Sungguh, Covid-19 ini sungguh menguji kita semua
Dalam kesedihan serta kepahitan mengharungi tahun 2020, mahu aku selitkan satu kenangan manis yang terjadi dalam hidup aku. Kukira sudah cukup untuk melengkapkan putaran satu tahun 2020, walaupun hanya 1 bulan daripada 12 bulan yang sangat penuh bermakna
12 DISEMBER 2020...
Detik tercipta, tarikh yang akan diingati dan tersemat dalam memori sepanjang hayatku. Detik bermulanya aku sah menjadi seorang isteri. Alhamdulillah
Walaupun perit dan sedikit sebak kerana majlis tidak dapat diraikan dengan meriah bersama ramai orang yang sepatutnya hadir, namun aku bersyukur kerana semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan semua urusan
Perkenalan kami dari sekolah rendah yang hampir menjangkau usia 15 tahun perkenalan, akhirnya dipermudahkan segalanya, sah menjadi raja sehari dan suami isteri pada hari tersebut
Kenangan paling manis dalam tahun 2020. Alhamdulillah. Perkahwinan PKP, majlis hanya diraikan dengan ahli keluarga terdekat dan beberapa kenalan rapat. Terima kasih semua atas doa kalian untuk kami. Detik dan waktu itu akan selalu kuingat kerana pernikahan dan perkahwinan dalam tempoh PKP memang akan menjadi satu kenangan dalam hidup.
Apa-apa pun, Alhamdulillah syukur. Moga kalian semua dapat juga mendoakan kebahagiaan kami dunia akhirat. Aamin. Kukira sampai sini sahaja coretan kali ini. Mungkin seterusnya akan ada coretan lain dalam tahun 2021. Waktu ini juga masih rancak dengan PKP dan kes Covid-19 nampaknya masih lagi tiada kesudahannya
Semoga semuanya berada dalam lindunganNya. Jaga diri dan patuhi SOP di mana jua anda berada. #kitajagakita. Sampai ketemu di post yang seterusnya ya
Gambar kenangan 12 Disember 2020:
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://yea-slmn.blogspot.com/2021/01/kenangan-manis-dalam-tahun-2020.html