Kenangan Kuih Karipap


Kenangan Kuih Karipap.  Korang suka tak makan kuih karipap? Antara kuih kegemaran akak.  Kuih karipap ni ada banyak kenangan dalam keluarga kami.  Waktu kecil, arwah mak memang pakar dalam membuat kuih karipap ni.  Mak buat jualan kecil-kecilan dengan meletak beberapa puluh keping kuih karipap di gerai kawan mak setiap pagi.  Gerai kawan mak tu terletak berhampiran dengan sekolah dan bus stop.  Jadi memang ramai orang akan singgah minum atau beli jajan di situ.  Duduk kampung, gerai-gerai tepi jalan ni memang selalu jadi port mengopi.
Akak sendiri waktu tu selalu jadi pemerhati sebab biasanya yang akan tolong mak ialah kak long dan kak ngah.  Setiap petang, mak akan mula masak inti karipap.  Mak suka guna kentang untuk buat inti karipap.  Jarang sekali mak guna ubi keledek kerana katanya ubi keledek akan jadikan inti tu lembek manakala kentang, akan kelihatan juga petak-petak potongannya.
Lepas isya biasanya mak akan mula menguli tepung.  Lepas tu terus mula membuat kuih karipap.  Bahagian keliman tepi karipap biasanya jadi tugas kak long atau kak ngah.  Keliman mereka memang cantik, elok tersusun.  Walau pun ada dijual alat membentuk karipap, tapi mak lebih suka cara manual.
Karipap arwah mam memang sedap.  Tak pernah tak habis.  Kadang-kadang ada juga jiran yang menempah untuk kenduri atau jamuan keluarga.   Kak Long dan kak ngah pun pandai buat karipap sama macam mak buat.  Akak lebih banyak memerhati.  Bila dah bekeluarga, anak-anak pun suka makan karipap.  Biasa kalau buat akak akan buat banyak untuk di 'frozen' kan.


Resipi Kuih Karipap Turun TemurunDaripada pemerhatian masa sekolah dulu, akak buat cubaan sendiri.  Biasanya taklah pernah menghampakan.  Rasanya hampir sama.   Jom akak kongsikan cara akak buat kuih karipap.  Mula-mula kita buat inti karipap dahulu.  Bahan-bahan seperti dalam gambar.
Kentang - potong dadu kecil
Bawang merah, bawang putih - dikisar
Rempah kari daging - boleh guna yang biasa sahaja atau campur dengan yang extra pedas
Daun kariSedikit daun sup - dicincang (yang ni tak masuk pun tak apa)Daging kisar- yang ni pun optional, boleh tukar dengan ayam Serbuk perasa ayamSedikit garam dan gulaMinyak untuk menumis




Cara penyediaan inti karipap:Korang tengok ikut arah lawan jam yer.  Tapi gambar pertama dan kedua tu pun dah tertukar. Ampunkan saya.  Pertama sekali panaskan sedikit minyak.  Tumis sedikit bawang merah dan putih yang dihiris bersama dengan daun kari.  Bila dah naik bau, masukkan bawang kisar pula.  Tumislah agak garing.  Lepas tu masukkan daging kisar.  Hancur-hancurkan daging kisar tu dahulu.  Kemudian masukkan serbuk kari




Bila pes kari tu agak-agak dah pecah minyak, masukkan kentang.  Daun sup tu korang boleh masuk sekali atau masukkan kemudian.  Akak senang masuk semua sekali.  Gaul-gaulkan bagi rata dan tambahkan air agak-agak tenggelam kentang.  Biarkanlah sampai kentang masak dan jadi pekat.  Korang jangan lupa selalu kacau tau.  Masak sampai kentang empuk elok.  Taburkan serbuk perasa, garam dan gula serba sedikit dan rasa



Bila inti dah siap bolehlah ketepikan supaya inti jadi sejuk dahulu.  Sementara tu boleh siapkan dohnya.  Doh paling senang.  Bahan-bahannya  tepung gandum, sedikit garam, air dan minyak masak yang dipanaskan.  Kalau nak kulitnya sedikit rapuh korang boleh gunakan butter.  Biasanya kalau akak guna minyak masak, sukatannya adalah secawan untuk sekilo tepung gandum.  Minyak masak ni akak panaskan dulu.  Kalau guna butter, ambil separuh bahagian butter sahaja dan panaskan sampai cair

Masukkan tepung dalam bekas,  tabur sedikit garam.  Kemudian lubangkan di bahagian tengah mangkut tu dan curahkan minyak panas ditengah-tengah.  Kaiskan tepung menutupi minyak panas tadi dan perlahan-lahan bolehlah mula menguli.  Kalau rasa tepung masih melekat, letakkan sedikit air.  Uli sampai dah dah tak melekat di jari

Rehatkan doh dalam 10-15 minit.  Ambil papan canai dan geleklah doh tadi.  Kemudian korang gulung doh tadi dan potong atau bahagi-bahagikan berapa biji karipap yang korang nak buat.  Ambil satu-satu dan gelek leper, biasanya akak akak gunakan cawan atau bekas bulat untuk tekap dan dapatkan pastri yang bulat.  Letakkan inti, dan  lipat dua.  Tekan-tekan bahagian hujungnya dan bolehlah kelim dari hujung ke hujung.  Maaflah tiada gambar semasa buat doh ni.  Dah siap semua baru teringat tak ambil gambar





Inilah hasilnya.  Memang buat banyak sebab ada tetamu nak datang rumah.  Boleh bekalkan mereka sama nanti



Akak suka kulit karipap macam ni.  Kalau korang nak simpan frozen, boleh goreng sedikit.  Lepas tu sejukkan. Bila dah betul-betul sejuk, boleh masukkan dalam bekas dan simpan dalam freezer.  Senang sahaja nak buat kuih karipap ni.  Di utara ni selain karipap inti ubi, ada juga karipap sardin, karipap inti ubi lada hitam.  Inti karipap ini juga korang boleh guna untuk buat samosa





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.azirahman.com/2025/01/kenangan-kuih-karipap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jamal Abdillah Kenangan Yang Tak Bisa Dilenyapkan Chord

Jamal Abdillah Kenangan Yang Tak Bisa Dilenyapkan Chord

papar berkaitan - pada 16/1/2025 - jumlah : 96 hits
G Gm Fm Cm Cm7 Cm Semakin kau diam D Cm semakin kau cengkam A Cm P rasaanku Cm Tidakkah tersimpan D Cm rasa kasih padaku A Cm Walau secebis Fm Kenangan tak bisa A kau lenyapkan G Walau bagaimana Cm Kau coba memberi G A alasan kerna ku tahu ...
Fany Zee Tinggal Luka Dalam Kenangan Chord

Fany Zee Tinggal Luka Dalam Kenangan Chord

papar berkaitan - pada 21/1/2025 - jumlah : 71 hits
Gm A F C F C F Tersentak aku Gm di malam kelam A Terkenang masa F yang silam F Saat cintaku Gm engkau lepaskan A C Perih hatiku menahan F Kau berucap aku Gm yang kau sayang A Hingga ku larut F dan tenggelam F Seakan kita Gm tak terpisahkan ...
Nama Lain Gula Dan Tips Kawal Pengambilan Gula

Kelebihan Derma Darah Panduan Dan Manfaat Khas Untuk Penderma

What Is There To Do During Chinese New Year In Malaysia

Why Do Many School Teachers Choose To Retire Early

Kuala Lumpur Alternative Bookfest 2025

A Little Laughter Goes A Long Way A Chat With Drew From Bixby Moto

Uncle Mike And His Boys Ring In The Tung Tung Chiang

Pakaian Pengantin Traditional Minang


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Resepi Spicy Salted Egg Cornflakes

Bertha Benz Cipta Sistem Brek Kenderaan

3 Cara Memaksa Penipu Online Mengembalikan Uang Anda

Orang Saudi Dan Investasi

Belajar Trading Bagi Pemula Gratis Bergaransi Sampai Bisa Di Pontianak

Hilux Vios Main Langgar Orang Tepi Jalan Di Jalan Klang Lama