Kenangan Hari Selasa Buat Najib


ULASAN

Wajah akhir Najib di luar 
penjara.HARI ini Selasa hari yang menjadi kesukaan Najib Razak kerana pada hari inilah yang beliau sebut-
sebut akan menyaman Sarawak Report yang melaporkan berita mengenai penglibatan Najib berhubung 1MDB. Semua orang menunggu hari Selasa, tetapi tidak ada kenyataan Najib berhubung hasratnya itu. Lama-lama hari Selasa menjadi "olok-olokan" orang kepada bekas perdana menteri ke-6 itu.Namun hari Selasa memberi signifikan juga kepada Najib. Kerana hari ini, Selasa beliau ditakdir akan mulai menjalani hukuman penjara selama 12 tahun berserta dengan denda apabila Mahkamah Persekutuan telah menolak rayuan sabit kesalahan ke atasnya dan mengekalkan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. 
Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang mendengar perbicaraan ke atas tuduhan Najib mendapati Najib menyalahgunakan dana SRC Internasional telah menjatuhkan hukuman 12 tahun penjara dan denda RM210 juta. 
Ekoran itu Najib telah mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan namun Mahkamah Rayuan menolak rayuannya dan mengekalkan hukuman Mahkamah Tinggi. 
Hari ini, Mahkamah Persekutuan yang mendengar rayuan akhir Najib telah mengekalkan hukuman ke atasnya itu. Lima hakim mendengar bicara rayuan Najib itu sebulat suara memutuskan bahawa tidak ada kekhilafan dilakukan Mohd Nazlan semasa menjatuhkan hukuman terhadap Najib.
Penal rayuan di Mahkamah Persekutuan itu didengar sendiri Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat selaku pengerusi bersama hakim besar Sabah dan Sarawak Abang Iskandar Abang Hashim, dan hakim-hakim mahkamah rayuan, Nallaini Pathmanathan, Mary Lim Thiam Suam, dan Mohamad Zabidin Mohd Dian.
Apa yang berlaku ke atas Najib hari ini adalah sejarah buat negara ini. Najib menjadi perdana menteri pertama Malaysia nyang dijatuhi hukuman penjara. 
Tindakan undang-undang ke atas Najib ini juga sedikit sebanyak ekoran daripada tumbangnya kerajaan UBN yang memerintah selama 63 tahun sebelum ini. Pendakwaan ke atas Najib dibuat semasa kerajaan PH selama 22 bulan. 
Manakala secara peribadi ia juga menjadi satu kenangan tersendiri buat perdana menteri kini Ismail Sabri Yaakob kerana proses kemasukan Najib ke dalam penjara berlaku ketika beliau menjadi perdana menteri. Berkebetulan setelah genap setahun beliau jadi perdana menteri, Najib Razak yang sebelum ini adalah presiden partinya (Umno) dihantar ke penjara.
Persepsi yang timbul disebalik kebetulan ini memberi gambaran bahawa Ismail Sabri dengan kuasanya sebagai PM tidak mencampuri urusan mahkamah. Apa yang berlaku itu menafikan tanggapan sesetengah pihak sebelum ini yang berpandangan Ismail Sabri akan mencampuri proses mahkamah. 
Dengan apa yang berlaku terhadap Najib itu, walaupun sebagai seorang ahli parti sama, tetapi ia sedikit sebanyak membanggakan Ismail Sabri sebagai perdana menteri Malaysia. [wm.kl. 6:44 pm 23/08/2022]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2022/08/kenangan-hari-selasa-buat-najib.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hari Hari Terakhir Seorang Najib Bermula Hari Ini

Hari Hari Terakhir Seorang Najib Bermula Hari Ini

papar berkaitan - pada 15/8/2022 - jumlah : 356 hits
PUTRAJAYA 15 Ogos Sebentar lagi bekas Presiden UMNO dan bekas Perdana Menteri Najib Razak akan mengemukakan rayuan terakhir di Mahkamah Persekutuan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dihadapin...
Kes Src Esok Hari Penting Buat Saya Najib Razak

Kes Src Esok Hari Penting Buat Saya Najib Razak

papar berkaitan - pada 15/8/2022 - jumlah : 355 hits
Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan rayuan akhir yang dijadualkan berlangsung di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya esok adalah hari penting buatnya Bekas Perdana Menteri itu akan cuba mengetepikan sabitan hukuman 12 tahun penjara dan den...
Rayuan Najib Sejarah Malaysia Akan Ditentukan Hari Isnin Ini

Rayuan Najib Sejarah Malaysia Akan Ditentukan Hari Isnin Ini

papar berkaitan - pada 14/8/2022 - jumlah : 452 hits
Hari Isnin ini bukan saja mengenai rayuan Najib Tun Razak terhadap hukuman 12 tahun penjara dan denda RM210 juta tetapi juga akan menentukan masa depan Malaysia
Dah Tiga Hari Najib Masih Terkial Kial Belum Buat Apa Tindakan Ke Atas Latheefa

Dah Tiga Hari Najib Masih Terkial Kial Belum Buat Apa Tindakan Ke Atas Latheefa

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 391 hits
Siapa yang rakam Cuba toleh kiri dan toleh kanan Budak tadika pun tahu ini siapa punya kerja Bagaimana yang lain TAKKANLAH dengan pompuan pun kau orang Tak berani keroyok dia Jangan jadi darai lah kalau sekadar gesa latheefa letak jawatan
Ketua Hakim Negara Ketuai Rayuan Najib Di Mahkamah Persekutuan Hari Ini

Ketua Hakim Negara Ketuai Rayuan Najib Di Mahkamah Persekutuan Hari Ini

papar berkaitan - pada 15/8/2022 - jumlah : 296 hits
Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat mengetuai panel lima hakim Mahkamah Persekutuan mendengar permohonan Datuk Seri Najib Razak dalam rayuannya mulai hari ini Anggota panel lain ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak Abang Iskandar A...
Najib Ke Penjara Hari Kemenangan Buat Rakyat Malaysia Dap

Najib Ke Penjara Hari Kemenangan Buat Rakyat Malaysia Dap

papar berkaitan - pada 24/8/2022 - jumlah : 432 hits
Berakhirnya proses rayuan di Mahkamah Persekutuan dan dikekalkan sabitan hukuman penjara serta denda ke atas bekas Perdana Menteri Najib Razak merupakan hari kemenangan gilang gemilang kepada rakyat Malaysia yang cintakan keadilan Menurut S...
Kes Src Rayuan Terakhir Najib Bersambung Hari Ini

Kes Src Rayuan Terakhir Najib Bersambung Hari Ini

papar berkaitan - pada 24/8/2022 - jumlah : 231 hits
PUTRAJAYA 23 Ogos Mahkamah Persekutuan hari ini dijadual mendengar hujahan peguam Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengetepikan sabitan dan hukuman terhadap bekas Perdana Menteri itu bagi kesalahan menyeleweng RM42 juta dana milik SRC Inter...
Senarai Dokumen Penting Yang Perlu Diselamatkan Semasa Banjir

Kenapa Travel Insurance Tetap Penting Walaupun Pampasan Tidak Maksimum

4 Jenis Makanan Viral Kegilaan Gen Z Trend Makanan Popular Di Media Sosial

Albert Wants Footage Released After Cops Say No Evidence Of Gun Pointing

Bursa Malaysia Lepasi 1 640 Mata Paras Tertinggi Tahun Ini

Rayhana Oo Rayhana

Contoh Soalan Muet Format Terkini 2026

Apa Yang Kita Biasakan Itulah Yang Anak Kita Pelajari


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kerajaan Tamat Perjanjian Pajakan Helikopter Black Hawk Langkah Strategik Untuk Pengurusan Aset Pertahanan

Hidup Yang Serabut Pentingnya Mengingati Tujuan Asal

Jalani Hidup Ini Dengan Apa Adanya

Totalenergies Raih Kontrak 21 Tahun Bekalkan Tenaga Untuk Pusat Data Google Dari Projek Solar Di Kedah

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu

Pelajar Dakwa Nampak Kelibat Dipercayai Pocong Di Koridor Kolej