Kenali Punca Punca Penyakit Buasir Dan Tips Untuk Merawatnya


Sistem Guru Online
Sistem Guru Online - "SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

Kenali Punca-Punca Penyakit Buasir dan Tips Untuk Merawatnya ini sedikit sebanyak mampu untuk membantu anda dalam mengetahui salah satu penyakit yang sering di alami oleh manusia. Oleh itu, pada bahagian seterusnya kami akan membincangkan dengan lebih teliti tentang penyakit buasir ini. Teruskan membaca.
Buasir atau hemoroid merupakan sejenis penyakit yang menyebabkan pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Penyakit ini akan menjadi masalah apabila berlaku keradangan atau pembengkakan. Sekiranya berlaku pembengkakan, vena akan membonjol keluar dan membran di sekitar kawasan tersebut berasa sakit, perit, gatal dan mungkin berlaku pendarahan. Apabila berlaku terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum (sistem gastrousus bawahan), dinding vena akan teregang atau ‘memberi’ dan membonjol dengan ketara. Sekiranya tidak dirawat, buasir boleh pecah dan menyebabkan masalah yang lain.
Jenis-Jenis Penyakit Buasir Penyakit buasir ini boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu:
Buasir dalaman Buasir dalaman kebiasaannya berlaku jauh di dalam rektum pesakit. Buasir jenis ini tidak terasa sakit dan gatal. Meskipun buasir jenis ini tidak merbahaya, pesakit akan meneran kerana terdapat gangguan dari laluan najis semasa hendak melakukan proses membuang air besar. Hal ini akan menyebabkan kecederaan pada permukaan buasir yang getas dan seterusnya menyebabkan berdarah. Sekiranya terdapat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas, anda hendaklah segera mendapatkan bantuan perubatan daripada doktor kerana darah yang keluar itu mungkin berpunca dari masalah yang lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.
2. Buasir luaran
Berbeza dengan buasir dalaman, buasir jenis luaran akan mengakibatkan gejala yang lebih teruk seperti terasa sakit, gatal, bengkak dan pedih di bahagian dubur ketika membuang air besar. Tahap kesakitan yang dirasai oleh seseorang penghidap penyakit ini juga mungkin berbeza. Ada pesakit yang mungkin merasa sedikit tidak selesa, tetapi ada juga yang merasa panas atau amat pedih. Sakit yang kuat mungkin berlaku akibat salur darah yang tersumbat oleh darah beku. Apabila berlaku gejala darah beku dan kesakitan yang tinggi, anda hendaklah mendapatkan rawatan dan perubatan di klinik atau di hospital yang terdekat. Salur darah vena rektum teregang dan terjadinya buasir, kebiasaannya akan sukar untuk dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Hal ini demikian kerana, penyakit tersebut mungkin akan berulang kembali walaupun tekanan atau bebanan yang lebih ringan berlaku berbanding sebelumnya.
Punca-Punca Penyakit Buasir Terdapat banyak punca yang menyebabkan penyakit buasir in berlaku kepada seseorang. Antaranya ialah:
Meneran dengan kuat ketika membuang najis yang keras atau ketika berlaku sembelit. Tekanan yang besar akan berlaku pada otot di sekeliling pangkal hujung dubur (Internal and external anal sphincter). Ini merupakan punca utama penyakit buasir berlaku dalam kalangan pesakit. Sentiasa duduk dalam jangka masa yang lama atau jarang melakukan senaman Kegel (Kegel Exercise). Berat badan berlebihan dan berdiri dalam jangka waktu yang lama setiap hari. Cirit-birit yang teruk, kerap dan berpanjangan. Duduk dalam posisi mencangkung di dalam tandas terlalu lama. Genetik keluarga yang mempunyai sejarah menghidap penyakit buasir. Mengalami batuk yang teruk atau kuat dengan kerap dan berpanjangan. Kurang pengambilan air yang cukup di dalam kehidupan seharian. Kurang mengamalkan pengambilan diet yang sihat seperti kurang memakan sayur-sayuran dan buah-buahan di dalam pemakanan seharian. Melakukan pekerjaan yang berat seperti mengangkat barang secara berlebihan dan berpanjangan dengan postur badan yang tidak betul (posisi mengangkang). Contohnya pekerjaan buruh dan lain-lain. Pengamalan hubungan kelamin melalui dubur oleh golongan berlawanan jantina dan sesama jantina (Kes jarang berlaku). Wanita mengandung akibat perubahan hormon dan pembesaran janin dan berlaku tekanan ke bahagian dubur. Bersalin normal yang tidak teratur. Tabiat kerap menghisap merokok iaitu lebih 3 batang rokok sehari. Tanda-Tanda dan Gejala-Gejala Penyakit Buasir Setiap penyakit yang baharu menyerang tubuh badan seseorang manusia biasanya akan menunjukkan tanda-tanda atau gejala-gejala yang signifikan. Oleh itu, anda hendaklah sentiasa cakna dengan mengenal pasti dan mengambil tahu tentang perihal kesihatan tubuh badan anda. Sekiranya terdapat tanda-tanda atau gejala-gejala yang berbeza berbanding sebelumnya, anda hendaklah tidak memandang remeh hal tersebut. Mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Berikut merupakan antara tanda-tanda dan gejala-gejala penyakit buasir yang anda perlu ketahui seperti:
Terdapat gumpalan lembut atau gumpalan-gumpalan boleh dirasai sekitar bahagian dubur. Berasa kurang selesa ketika duduk, berdiri dan juga berjalan terutamanya ketika memakai kasut tumit tinggi. Mempunyai rasa gatal atau pedih di sekitar kawasan dubur. Selain daripada itu, berlaku juga pendarahan seperti titisan darah berwarna merah cerah terutamanya selepas atau semasa membuang air besar diikuti dengan rasa sakit dan perit. Muka akan menjadi pucat, berlaku tekanan darah rendah (hypotension), badan menjadi lemah, lesu dan kurang bermaya, mudah berasa pening dan berasa ingin pengsan atau pitam apabila pendarahan berlaku dalam jangka masa yang lama. Tips untuk Mencegah Penyakit Buasir Amalan gaya hidup sihat amatlah penting bagi mengelakkan diri daripada terkena sebarang penyakit merbahaya. Dalam konteks ini merujuk kepada penyakit buasir yang sering berlaku dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, kami akan menyenaraikan beberapa tips yang mungkin anda boleh gunakan untuk mencegah penyakit buasir. Antaranya ialah:
Melakukan pergerakan secara ringan. Jika pekerjaan anda memerlukan anda sentiasa untuk kekal statik di suatu tempat duduk, anda disarankan untuk sekali-sekala bangun dan berjalan sekurang-kurangnya selama 5 minit dalam setiap jam. Anda boleh melakukan pergerakan dengan hanya di kerusi anda untuk mengelakkan tekanan langsung dari rektum. Elakkan juga duduk di atas kerusi yang keras, panas dan kurang selesa. Amalkan postur badan yang baik. Sebagai contoh, jangan membaca atau melakukan aktiviti-aktiviti sampingan seperti bermain telefon bimbit atau berehat-berehat di dalam tandas pada waktu yang terlalu lama dengan posisi mengangkang. Jika pergerakan usus anda mengambil masa lebih dari 3-5 minit, perkara ini menunjukkan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan usus anda. Anda hendaklah mengubah kedudukan secara baik dan teratur agar tidak kelam kabut dalam mengatur langkah dan seterusnya boleh mengakibatkan kesakitan pada hujung dubur. Amalkan tabiat membuang air besar yang baik. Pastikan najis sentiasa dalam keadaan lembut dengan memperbanyakkan pengambilan makanan yang seimbang dan berserat tinggi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Jadikan kedua-dua makanan tersebut sebagai rutin dalam diet makanan harian. Selain itu, anda juga disarankan untuk memperbanyakkan pengambilan air suam atau air masak untuk mencairkan najis yang keras. Dapatkan rawatan awal apabila terkena sebarang penyakit. Sekiranya anda mengalami penyakit seperti batuk, cirit-cirit atau sembelit segera dapatkan rawatan susulan. Hal ini demikian kerana, penyakit buasir ini biasanya akan terjadi sekiranya penyakit-penyakit yang dinyatakan di atas tadi berpanjangan. Pengawalan pernafasan. Apabila mengangkat sesuatu barang, anda hendaklah tidak menahan nafas sebaliknya menghembuskan nafas keluar. Selain itu, ketika melakukan Kegel Exercise tariklah nafas secara teratur dan lembut. Rawatan untuk Mengubati Penyakit Buasir Sekiranya anda menghidap penyakit buasir, terdapat banyak rawatan yang boleh anda cuba untuk mengubati penyakit buasir ini. Disini ada beberapa rawatan yang kami cadangkan mungkin boleh membantu menghentikan gejala atau simptom (sakit, pedih dan gatal) dan sebahagiannya lagi boleh membantu mengecutkan buasir tersebut. Berikut merupakan senarai rawatan yang boleh dicuba untuk mengubati penyakit buasir:
Gunakan minyak zaitun (olive oil) pada permukaan dan pangkal hujung dubur anda apabila telah selesai membuang air besar. Lakukanlah pada waktu malam sebelum tidur. Terlebih dahulu, anda hendaklah membersihkan bahagian yang ditumpukan dengan sabun antibakteria dan celupkan jari kelingking di dalam minyak tersebut. Kemudian letakkan pada permukaan dubur dan juga pangkal hujung dubur. Seterusnya masukkan ke dalam dubur secara perlahan-lahan sehingga minyak tersebut sampai ke dalam kawasan yang terkena buasir tersebut. Anda hendaklah memutarkan jari kelingking dengan lembut yang sudah dicelup dengan minyak tersebut di sekeliling dalam dan pangkal hujung dubur anda. Lakukannya dengan lembut, berhati-hati secara rehat dan baring mengiring. Terlebih dahulu, anda mestilah sudah memotong kuku dan tangan anda bersih daripada segala kotoran untuk mengelakkan jangkitan kuman. Jika anda tidak mempunyai minyak zaitun, anda juga boleh menggunakan minyak kelapa sebagai alternatif. Hal ini demikian kerana, minyak kelapa turut mengandungi banyak unsur khasiat seperti vitamin dan mineral yang mampu membantu merawat penyakit buasir. Pengambilan ubat julap juga dapat melembutkan segera najis anda untuk mengelakkan anda meneran dengan kuat dan seterusnya mungkin akan menyebabkan keadaan buasir menjadi lebih parah. Sehubungan dengan itu, anda boleh cuba untuk menggunakan julap serat pukal (bulk fibre laxative) untuk melembutkan najis. Ubat ini mampu mengelakkan anda daripada meneran semasa membuang air besar. Kaedah Mandian Sitz juga boleh anda cuba untuk merawat penyakit buasir yang anda alami. Kaedah ini boleh dilakukan dengan rendamkan bahagian rektum atau hujung pangkal dubur ke dalam air suam iaitu selama 15-20 minit. Lakukan kaedah ini 3 hingga 4 kali sehari. Rawatan ini sangat mudah dan berkesan untuk mencapai kedua-dua matlamat di atas. Ubat krim buasir dan supositori juga boleh membantu untuk menghilangkan gangguan dan kesakitan. Meskipun begitu, ubat ini tetap tidak boleh mengecutkan buasir dan hanya berfungsi untuk melegakan penyakit ini sahaja. Kaedah lingkaran getah atau dikenali sebagai Rubber Band Ligation/ Gumming. Kaedah ini merupakan kaedah rawatan moden iaitu dengan menggunakan satu atau dua lingkaran getah diikat di sekeliling pangkal buasir. Tujuan kaedah ini dilakukan adalah untuk menyekat peredaran darah masuk ke buasir tersebut. Dalam tempoh 7 hingga 10 hari, buasir tersebut akan tertanggal keluar. Ikatan lingkaran getah ini hanya digunakan untuk mengubati masalah penyakit buasir dalaman sahaja. Proses Rubber Band Ligation ini dilakukan tanpa menggunakan ubat bius dan tidak menimbulkan sebarang kesakitan. Namun anda mungkin akan berasa sedikit ketidakselesaan untuk beberapa hari. Rawatan ini boleh dilakukan sendiri atau boleh mendapatkan khidmat kepakaran doktor dan ahli-ahli perubatan yang bertauliah untuk melakukannya. Kaedah terapi laser. Kaedah ini akan menggunakan sinaran laser yang akan mengewapkan tisu buasir. Kelebihan kaedah ini adalah baik untuk menghilangkan lebam kecil sahaja. Kaedah terapi laser digunakan untuk menghancurkan saluran hemoroid yang membawa darah ke benjolan dan seterusnya dapat menghilangkan buasir. Kaedah ini juga sama dengan kaedah lingkaran getah iaitu tidak menggunakan bius dan tidak berdarah. Pesakit yang menjalani rawatan ini hanya akan mengambil masa selama 15 minit. Selepas pesakit menjalani rawatan, mereka mungkin akan merasakan benda asing di dubur. Walau bagaimanapun, kaedah ini didapati lebih mahal dan tidak menunjukkan sebarang kelebihan berbanding dengan kaedah yang lain. Kaedah terapi laser ini perlulah dijalankan dengan berhati-hati dari segi kedalaman dan lokasinya bagi mengelakkan pendarahan dan kesakitan kepada pesakit. Diharapkan perkongsian mengenai Kenali Punca-Punca Penyakit Buasir dan Tips Untuk Merawatnya ini dapat membantu anda dalam meningkatkan kesedaran tentang pentingnya akan penjagaan kesihatan yang baik. Kesihatan itu merupakan suatu pemberian nikmat yang tidak terhingga nilainya oleh sang pencipta. Sekiranya anda merupakan penghidap penyakit buasir, kami berharap anda dapat menggunakan tips dan panduan yang telah kami berikan dan kami mendoakan anda akan segera diberikan kesembuhan.
 
 
Kenali Punca-Punca Penyakit Buasir dan Tips untuk Merawatnya
Firdaus Johari


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2021/03/kenali-penyakit-buasir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Who Dah Tahu Dari Mana Punca Datangnya Wabak Penyakit Covid 19 Berdasarkan Siasatan Di China

Who Dah Tahu Dari Mana Punca Datangnya Wabak Penyakit Covid 19 Berdasarkan Siasatan Di China

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 477 hits
Tikus buluh yang dijual hidup hidup segar kat pasar Myanmar Sumber gambarDari mana asalnya datang virus corona sampai merebak kepada manusia dan akhirnya menjadi wabak penyakit covid 19 di seluruh dunia sampai sekarang tak habis habis lahi ...
Tips Mudah Untuk Tidur Awal And Nyenyak

Tips Mudah Untuk Tidur Awal And Nyenyak

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 347 hits
Tips untuk tidur awal dan tidur yang nyenyak Tahu tak menurut kajian kita boleh bangun dengan fresh cergas dengan hanya tidur 3 jam sahaja Macam mana tu Tidur tu kenalah tidur dari pukul 9 hingga pukul 12 malam Waktu ini memang elok tidur B...
Nak Tips Rentas Negeri Netizen Kritik Isa Khan Dan Risteena Berbulan Madu Di Sabah

Nak Tips Rentas Negeri Netizen Kritik Isa Khan Dan Risteena Berbulan Madu Di Sabah

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 527 hits
Walaupun pada asalnya dikatakan menggunakan alasan untuk honeymoon bagi mendapatkan surat kebenaran kemudiannya mereka menukar alasan kepada atas urusan perniagaan apabila hal tersebut mendapat perhatian pihak berkuasa Baru sahaja mendirika...
Tiga Sebelum Tiga Tips Siap Divaksinasi Dari Dr Reisa

Tiga Sebelum Tiga Tips Siap Divaksinasi Dari Dr Reisa

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 153 hits
Saat ini sudah sekitar 6 juta masyarakat Indonesia yang menerima vaksin dosis pertama dan sekitar 2 5 juta orang yang sudah menerima vaksin dosis ke 2
Tips Penjagaan Berat Badan Ideal Dengan Kitsui Coco Xslite

Tips Penjagaan Berat Badan Ideal Dengan Kitsui Coco Xslite

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 335 hits
Ana percaya setiap dari kita impikan berat badan ideal untuk tampil sihat setiap masa Ada orang yang bertuah kerana mungkin faktor keturunan bersaiz kecil sederhana dari muda hingga lah ke hari tua Ada pula yang begitu konsisten dalam penja...
Netflix Stay Here Share Tips Cara Promote Homestay Dengan Baik

Netflix Stay Here Share Tips Cara Promote Homestay Dengan Baik

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 349 hits
Netflix Stay Here Share Tips Cara Promote Homestay Dengan Baik Daku seorang yang suka tonton rancangan berkaitan lifestyle Daku juga suka tonton rancangan berkaitan marketing business Baru baru ini daku berkesempatan untuk tonton rancangan ...
Tips Cara Membersihkan Dot Bayi Yang Berkerak

Tips Cara Membersihkan Dot Bayi Yang Berkerak

papar berkaitan - pada 23/3/2021 - jumlah : 308 hits
Permasalahan yang sangat sering terjadi ketika bayi masih menggunakan dot adalah dot bayi berkerak Kerak dapat timbul dikarenakan reaksi antara minuman si kecil dan karet dot sehingga menimbulkan endapan berwarna kuning atau hitam Selain it...
Tips Mencuci Pakaian Agar Terhindar Dari Bau Apek

Tips Mencuci Pakaian Agar Terhindar Dari Bau Apek

papar berkaitan - pada 22/3/2021 - jumlah : 198 hits
Bagi banyak orang pakaian yang wangi akan menambah kepercayaan diri seseorang yang mengenakannya Sehingga pada umumnya seseorang akan menggunakan pengharum pakaian ataupun deterjen yang terdapat pengharum pakaian pada saat mencuci namun pad...
9 Tips Kekal Sihat Di Musim Panas

9 Tips Kekal Sihat Di Musim Panas

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 387 hits
9 Tips Kekal Sihat Di Musim Panas Musim panas membahang sekarang ni kan Ramai juga yang tak sihat di musim ini Memang panas betul dengan lapisan ozon dah nipis Lagilah terasa Setiap malam wajib pasang air cond kalau tak memang anak rimas ta...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Joker123th 100

Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias