Kenali Greenland Shark Mampu Capai Usia Sehingga 400 tahun [VIDEO]
JERUNG Greenland adalah haiwan vertebrata yang mempunyai jangka hayat paling lama, malah mampu mencecah 400 tahun, menurut satu kajian pada 2016
Mari kita lihat beberapa fakta mengenai jerung ini:
Jerung Greenland hidup di perairan dingin seperti Lautan Artik dan Atlantik Utara, dengan suhu antara -1ºC hingga 10ºC.
Jerung ini berenang di dasar lautan dan kebiasaannya hanya boleh dilihat pada kedalaman 2,200 meter. Ini salah satu sebab mengapa tidak banyak yang diketahui mengenai Jerung Greenland.
Saintis menggunakan radiocarbon dating pada lensa mata jerung untuk mengetahui usianya.
Jerung ini membesar hanya satu sentimeter setahun, dan mencapai kematangan seksual pada usia sekitar 150 tahun.

Walaupun tidak pantas berenang, jerung ini boleh makan apa sahaja; anjing laut, beruang kutub malahan rusa juga pernah ditemui dalam perut mereka.
Bahan kimia dalam badan Jerung Greenland yang membolehkannya hidup dalam air sejuk dan dalam, menjadikan dagingnya beracun kepada manusia.
Tetapi masyarakat di Iceland telah menemui jalan keluar untuk mengatasi masalah ini. Daging jerung akan diperam dan dikeringkan selama berbulan-bulan sebelum dimakan.
Populasi jerung Greenland semakin rendah, namun ia penting bagi industri perikanan di perairan Norway, Iceland, dan Greenland. Jerung Greenland diburu untuk memperoleh liver oil yang dikatakan mempunyai manfaat kepada manusia.
Jerung Greenland kini disenaraikan sebagai “Near Threatened” oleh World Conservation Union (IUCN).
https://cdn.theguardian.tv/mainwebsite/2016/08/12/160812Sharks3_desk.mp4
Kenali Greenland Shark Mampu Capai Usia Sehingga 400 tahun [VIDEO]|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |