Kenali Azrey Henderey Dari Tongod Fasih 5 Bahasa Utama Dunia Dengan Hanya Belajar Melalui Youtube


Azrey mampu bertutur dalam bahasa Jepun, Rusia, Sepanyol, Mandarin serta bahasa Inggeris melalui pembelajaran di YouTube. 
Belajar melalui YouTube, pelajar penyiaran dari Sabah mampu bertutur lima bahasa utama dunia

Bayangkan dengan hanya berbekalkan ilmu dari YouTube, seorang anak muda kelahiran Sabah mampu bertutur 5 bahasa utama di dunia, selain turut fasih berbahasa Melayu dan sukuan Sungai Kalabuan.

Kedengarannya memang sukar, namun itulah dibuktikan Azrey Henderey, 20, dari Tongod, sebuah daerah pedalaman di Sabah, apabila beliau menunjukkan kemampuannya bertutur dalam bahasa Jepun, Rusia, Sepanyol, Mandarin, bahasa Inggeris serta bahasa ibundanya, dialek Sungai Kalabuan dan bahasa Melayu menerusi satu video di aplikasi TikTok.

Menerusi paparan video TikTok itu, Azrey begitu selesa, selamba dan fasih menuturkan bahasa utama dunia itu ketika bersembang dalam talian menerusi media sosial dengan kenalannya di luar negara.

"Saya mahu mengembara ke seluruh dunia suatu hari nanti, jadi saya mahu belajar pelbagai budaya dan mahu lebih memahami mereka, jadi kalau boleh saya mahu belajar bukan sahaja tujuh lapan tapi sebanyak boleh bahasa yang saya mampu," katanya kepada Bernama.

Menceritakan kebolehannya berbahasa Mandarin, Azrey berkata kemahiran itu diperoleh ketika belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Sabah pada usia tujuh tahun, sebelum menyambungnya setahun kemudian di Johor kerana mengikuti keluarganya berpindah ke negeri itu.



Ketika di sekolah menengah pula, beliau berkata kekangan bahasa yang dihadapi beliau untuk berkomunikasi dengan pelajar dari Jepun yang mengikuti program pertukaran pelajar di sekolahnya membuatkan beliau nekad untuk mempelajari bahasa Jepun menerusi saluran YouTube.

"Saya tidak mampu mengikuti kelas sebab yurannya agak mahal, jadi saya gunakan medium percuma iaitu YouTube selain menonton siri anime Jepun," katanya menambah, beliau lebih mudah dan cepat belajar menggunakan video berbanding buku.

Bercerita lanjut, Azrey berkata setelah menamatkan persekolahannya beliau berkenalan dengan ramai sahabat dari luar negara seperti Sepanyol, Kazakhtsan, Rusia serta Jepun, kebanyakannya menerusi media sosial sehingga mendorong beliau untuk mempelajari lebih banyak bahasa untuk memudahkan komunikasi.

Mengakui bukanlah semudah yang disangkakan, Azrey berkata setiap ilmu yang diperolehnya di YouTube perlu dipraktikkan menerusi latihan percakapan dan beliau banyak menggunakan aplikasi OmeTV yang membolehkannya berinteraksi dengan pelbagai individu dari seluruh dunia.

"Pada pendapat saya kalau kita belajar sesuatu bahasa, kita dapat lebih memahami seseorang itu dan kita dapat memahami budaya mereka.

Foto diambil dari halaman rasmi Azrey Hendery Channel "Kalau kita bercakap menggunakan bahasa ibunda seseorang itu, orang itu akan lebih terbuka berkongsi masalah dan pendapat dengan kita," katanya yang berhasrat mempelajari bahasa Poland, Jerman dan Korea selepas ini.

Penuntut Tahun pertama Diploma in Broadcasting di Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman yang bercita-cita menjadi penyampai radio itu turut menasihatkan anak-anak muda untuk mempelajari lebih daripada satu bahasa.

"Teknologi pun makin canggih gunakanlah peluang ini sebaiknya, kamu akan rasa keindahan bila kamu mampu bercerita dengan orang yang kamu gunakan bahasa mereka, kamu akan dapat pelajari banyak benda yang tiada di sekolah," katanya.

-- BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/08/kenali-azrey-henderey-dari-tongod-fasih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buku Mudahnya Belajar Bahasa Arab Siri 1

Buku Mudahnya Belajar Bahasa Arab Siri 1

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 422 hits
Saya dah lama tinggal Bahasa Arab last belajar Tingkatkan 4 rasanya bukak semula buku Bahasa Arab darjah 1 pun rasa macam blurrrr nyaaa apa benda ni Mesti ramaikan yang tercari cari buku atau bahan pembelajaran Bahasa Arab yang sesuai dipel...
4 Prinsip Pola Asuh Ala Selebriti Dunia Beyonce Tanggung Jawab Yang Utama

4 Prinsip Pola Asuh Ala Selebriti Dunia Beyonce Tanggung Jawab Yang Utama

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 334 hits
Belum banyak yang tahu lo kalau Beyonce punya trik jitu dalam mendidik anaknya
Pas Ambil Langkah Untuk Satukan Umat Islam Melalui Tiga Parti Utama Pas Umno Ppbm

Pas Ambil Langkah Untuk Satukan Umat Islam Melalui Tiga Parti Utama Pas Umno Ppbm

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 264 hits
KOTA BHARU Parti Islam SeMalaysia menggunakan acuan yang dirintis Nabi Muhammad s a w dalam peristiwa hijrah ke Madinah bagi menghadapi cabaran memerintah sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian kaum dan kepercayaan Presiden PAS Dato Seri...
Hiburan Hanya Bawa Petai Dan Hantar Adik Angkat Tauke Jambu Bersara Dari Dunia Hiburan

Hiburan Hanya Bawa Petai Dan Hantar Adik Angkat Tauke Jambu Bersara Dari Dunia Hiburan

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 329 hits
Susulan daripada tohmahan yang diterima Tauke Jambu berkenaan kes pemerdagangan manusia untuk tujuan eksploitasi seks pelawak itu khabarnya telah membuat keputusan untuk bersara daripada dunia hiburan ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementTauke at...
Dunia Seni Hanya Persinggahan Jo Anna Rampas

Dunia Seni Hanya Persinggahan Jo Anna Rampas

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 267 hits
TIMBALAN Ketua Wirawati Parti Warisan Sabah Jo Anna Sue Henley Rampas Jo Anna dari ratu cantik ke ratu rakyat Meninggalkan dunia glamor sebagai seorang anak seni tidak sedikit pun membuatkan wanita kacukan Inggeris Dusun Jo Anna Sue Henley ...
Kenali Fanzi Ruji Penyanyi Malaysia Yang Kalahkan 4 000 Peserta Seluruh Dunia Dalam Heartattackchallenge

Kenali Fanzi Ruji Penyanyi Malaysia Yang Kalahkan 4 000 Peserta Seluruh Dunia Dalam Heartattackchallenge

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 243 hits
Nama penyanyi Fanzi Ruji menjadi sebutan ramai di media sosial sejak beberapa hari yang lalu berikutan memenangi cabaran nyanyian di dalam aplikasi TikTok yang telah dianjurkan oleh seorang YouTuber yang juga komposer terkenal Amerika Syari...
Dwayne Johnson Masih Ada Dalam Dunia Fast Furious Melalui Sekuel Hobbs Shaw

Dwayne Johnson Masih Ada Dalam Dunia Fast Furious Melalui Sekuel Hobbs Shaw

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 326 hits
Sebelum ini Dwayne Johnson sudah membuat kenyataan yang dia tidak akan muncul dalam filem Fast Furious 10 dan juga 11 Namun itu tidak bermakna wataknya sebagai Hobbs sudah hilang dalam dunia francais tersebut Menurut penerbit filem Hira Gar...
Hanya Individu Lengkap Divaksin Boleh Masuk Pasar Raya Dine In Di Sabah

Hanya Individu Lengkap Divaksin Boleh Masuk Pasar Raya Dine In Di Sabah

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 696 hits
Berkuat kuasa hari ini hanya individu yang lengkap divaksin sahaja dibenarkan masuk ke pasar raya KOTA KINABALU Kerajaan Sabah memutuskan untuk memperketatkan semula syarat kemasukan ke premis perniagaan dan restoran berkuat kuasa serta mer...
Lirik Aku Hanya Ingin Dirimu Akar Nadi

Lirik Aku Hanya Ingin Dirimu Akar Nadi

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 414 hits
jangan lepaskan genggamanmu aku hanya ingin dirimujangan pergi dan tinggalkankuhatiku hanyalah untukmu berbagai masalah yang dating menghampiritetap jalani jangan putus asatunggu waktu
Pen Nsula House By Studio Fabricio Rodrigues A Serene Lakeside Sanctuary In Piracaia

Adventure Travel To The Amazon Forest A Journey Into The Heart Of Nature

Digital Double Meanings What Garden Gummies Say About Today S Social Media Culture

Monitor All Projects To Ensure Timely Completion Pm

Comic Art Festival Kuala Lumpur 9

Drama Dari Rahim Yang Sama

Api Dapur Bertukar Oren Jangan Panik Cuba Cara Ni Dulu

71 Peratus Rakyat Austria Sanggup Boikot Barangan As Tinjauan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kable Unifi Terputus

Sekuriti Berjaya Menggagalkan Cubaan Seludup Siswi Ke Asrama Lelaki Apabila Mengesyaki Ada Sesuatu Dalam Beg

Resort Ni Cantik Tepi Pantai Design Pun Estetik

Buat Program Infaq Bagi Bantuan Sana Sini Tapi Akaun Tiktok Boikotpakmat Dakwa Pak Mat Western Liat Bayar Gaji Staf

Kerajaan Perlu Ambil Tindakan Tegas Terhadap Tengku Maimun Nazri

Exploring The Underwater Caves Of The Yucat N Peninsula